“Hampir tiba
masanya kamu dikeroyok oleh bangsa lain (musuh – musuh Islam) sebagaimana orang
– orang menghadapi hidangan dimajlis jamuan. Seorang sahabat bertanya ; apakah
kerana itu bilangan kami sedikit ? Rasulullah s.a.w. menjawab ; bahkan bilangan
kamu diwaktu itu banyak tetapi tidak ubah seperti buih – buih dipermukaan air
sewaktu banjir. Allah akan mencabutkan rasa ketakutan daripada hati musuh –
musuh kamu dan sebaliknya dimasukkan ke dalam hati kamu penyakit ‘Al – Wahan’.
Seorang sahabat bertanya ; Ya Rasulullah s.a.w., apakah Al – Wahan itu ? Jawab
baginda s.a.w. ; ialah cinta akan dunia dan takut menghadapi mati (maut).”
Saya ingin bertanya
kepada saudara sekalian, adakah saudara ketahui zaman apakah yang sedang kita
lalui sekarang. Untuk pengetahuan saudara sekalian, sekarang kita berada dimana
zaman yang telah diperkatakan oleh baginda s.a.w., iaitu zaman yang ditakuti
oleh baginda.
Pada zaman ini, apa yang ditakuti oleh baginda, ialah
masa akan menjadi pendek, amal semakin berkurangan, berlakunya kekikiran,
banyak berlaku fitnah, perbunuhan banyak berlaku, banyak berlaku perselisihan
faham, matinya orang – orang soleh, manusia menjual agama untuk dunia, al –
Quran tidak dihiraukan, banyak pemimpin yang sesat, pihak musuh berhubungan
dengan umat Nabi Muhammad s.a.w., lahirnya nabi – nabi palsu, al – Quran dilagu
– lagukan, perpecahan dalam kalangan umat Islam, lahirnya ulama’ yang fasiq,
ramainya raja yang zalim, orang munafiq membaca al – Quran, manusia mendustakan
takdir, wanita – wanita tidak malu, banyak berlakunya rompakan, berlakunya
wabak taun, banyak berlakunya gempa bumi, berlakunya kekuasaan dalam kalangan
orang fasiq, terjadinya kebuluran, berkuasanya musuh – musuh Islam ke atas
orang Islam, manusia menggunakan undang – undang Rom, ahli ibadah ramai yang
jahil dan sebagainya.
Keadaan manusia pada ketika itu, pada sebelah paginya
beriman, sebelah malamnya berpaling. Mereka menjual agama untuk dunia. Pada
ketika itu, orang – orang yang beriman akan menjadi golongan yang kecil, meraka
akan dipandang hina, beragama ibarat memeggang bara api dan mempertahankan
agama ibarat pelanduk melahirkan anak.
Antara saranan yang telah dianjurkan oleh baginda, ialah
peganglah agama dengan bersungguh – sungguh, jauhi urusan yang mnegandungi
maksiat, mengasingkan diri apabila tidak dapat bertahan, benci akan maksiat
serta berkumpulan dengan mereka yang soleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan