Syariat Islam menilai
kecerdikan manusia bukannya seperti manusia yang menilai manusia dengan
kecerdikan manusia. umpamanya jikalau seseorang itu pandai menguruskan dirinya sehingga
sentiasa kelihatan segar dan sihat sehingga tidak pernah kelihatan sakit, maka
orang yang sedemikian dikatakan pandai menjaga kesihatan. Namun begitu,
walaupun dijaga dengan sebaik – baiknya, ia tetap akan dimamah oleh tanah jua
kelak.
Oleh hal demikian, kepandaian yang sedemikian bukanlah
satu kepandaian yang sebenarnya, kerana ia tetap akan hancur jua. Justeru itu,
dalam Islam orang yang sedemikian dianggap bodoh kerana mengusahakan sesuatu
yang tidak tahan lama.
Dalam Islam, orang yang cerdik adalah orang yang berusaha
dalam menjaga dirinya sehingga tidak menghidap penyakit yang boleh menyebabkan
ia menderita dan sengsara. Apa yang dimaksudkan, ialah sewaktu hidup sihat dan
selepas mati ia berada dalam keadaan yang baik.
Orang yang sedemikian, ialah orang yang sentiasa
merisaukan penyakit hati, kerana penyakit hati seperti riak, sombong, takkabur,
pemarah, hasad dan penyakit mazmumah yang lain supaya tidak berada dan
menguasai diri sendiri.
Penyakita hati adalah suatu penyakit yang boleh membawa
kepada penderitaan yang berkekalan terhadap diri sendiri sehinggalah ia diubati
dengan mambuang sifat – sifat mazmumah dalam diri. Sesungguhnya orang yang
sedemikian akan mendapat laknat daripada Allah dan akan menerima azab Allah
yang sungguh perit diakhirat kelak.
Bagi mengubati penyakit ini kita mestilah menanamkan
dalam diri kita semangat untuk berjihat bagi melawan hawa nafsu yang sentiasa
mendorong kita untuk melakukan perkara – perkara yang tidak elok. Justeru itu
kita mestilah berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan –
jalan yang telah digariskan oleh – Nya kepada kita semua. Cara tersebut, ialah
melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Antaranya,
menunaikan solat fardu berjemaah tepat pada waktunya, berpuasa pada bulan
Ramadhan, perbanyakkan solat sunat, perbanyakkan puasa sunat, perbanyakkan
zikir dan sebagainya yang telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.
Satu lagi saranan, kita bertanya kepada diri kita adakah
kita mampu untuk menjawab pertanyaan Allah s.w.t kelak mengenai maksiat yang
telah kita lakukan didunia ini ? Rasanya kita tidak mampu untuk menjawabnya
bagi membela maksiat yang telah kita lakukan didunia ini. Justeru itu, berhati
– hatilah dalam melakukan sesuatu, adakah ia akan memberi kebaikan atau
keburukan didunia dan diakhirat.
“dihari akhirat
adalah hari dimana harta dan anak – anak tidak lagi berguna kecuali orang –
orang yang menghadapi Allah dengan hati yang sejahtera”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan