Manusia muslim sejati
yang hatinya sentiasa mengingati Allah tidak akan mengalami stress, kerana
manusia muslim itu mempunyai Tuhan yang selalu didambakan pada waktu siang dan
malam dalam bentuk lansung atau terus. Terjadinya stress kerana hubungan
manusia dengan Tuhan mempunyai keretakan dan hampir – hampir putus.
Apabila manusia mengalami stress maka akan terjadilah
pelbagai perbuatan diluar kotak pemikiran manusia. Jika stress itu dibiarkan,
lama kelamaan ia akan menjadi barah dalam diri seseorang itu, yakni boleh
membawa kepada gangguan kiwa dan mental yang sangat parah. Sebagai contoh,
seorang bapa sanggup mendera anak – anak dan isteri sendiri, yakni sebagai
tempat untuk melepaskan stress. Oleh hal demikian, tahap atau darjat manusia
akan menjadi rendah bahkan lebih rendah daripada haiwan kerana sudah melanggar
batas – batas sebagai seorang manusia yang normal.
Stres ini lahirnya daripada perasaan yang tidak tenteram
dan tidak tenang didalam hati, justeru itu hati yang tenang dan tenteram pasti
tidak akan mengalami stress kerana ketenangan hati itu sendiri. Oleh kerana,
Stres ini disebabkan hati yang tidak tenang kerana tidak berpuas hati akan
sesuatu, ia akan memberontak dan melawan, namun manusia tidak dapat
melepaskannya melalui pemberontakkan, lantaran itu ia akan memendamkan perasaan
tersebut sehingga ia bertukar menjadi stress.
Namun begitu, bagi orang – orang Islam yang betul
mengamalkan ajaran Islam pasti akan dapat mengatasi masalah stress ini, kerana
mempunyai hati yang tenang dan tenteram serta ikhlas. Ikhlas merupakan suatu
ubat yang mujarab bagi penyakit stress dan ia berserta dengan kata hati yang betul.
Ini bermakna jika ingin membuat sesuatu,
buatlah kerana Allah bukannya kerana makhluk serta ingin mencari redha
Allah semata – mata.
Selain itu, setiap muslim juga haruslah jujur dan benar
dalam setiap perkara. Kejujuran itu dapat dilihat melalui zahirnya, kerana
itulah yang berada didalam diri. Benar pula, ialah bercakap dan berperilaku
benar dalam setiap perkara. Hal ini demikian, kedua – dua sifat ini, jika tidak
dijaga ia akan menyebabkan terjadinya stress. Stres ini terjadi apabila
seseorang itu tidak jujur dan benar, ia akan berasa bimbang dan timbul perasaan
bersalah sehinggakan ia berasa tertekan dengan masalah tersebut dan inilah yang
menyebabkan stress.
Manusia juga perlulah amanah dalam melakukan sesuatu
perkara, sama ada kepada Allah dan manusia. Hal ini demikian, sifat tidak
amanah akan menyebabkan kebimbingan lahir dalam diri inidividu sehingga
menyebabkan ia berasa bimbang dan takut akan sikapnya yang tidak amanah.
Justeru itu, ia akan menyebabkan seseorang itu menjadi tertekan dengan apa yang
telah dilakukannya.
Sifat tawakkal juga merupakan suatu sifat yang perlu
dalam diri setiap manusia. Tawakkal bermaksud berserah diri kepada Allah
setelah kita berusaha bersungguh – sungguh bagi mencapai sesuatu. Apabila
perasaan ini tidak ada dalam diri setiap individu, ia akan berasa tidak tenang
kerana risau dan perasaan tidak yakin akan kekuasaan Allah. Justeru itu, stres
tidak akan terjadi ke atas manusia yang berserah diri kepada Allah dengan
bersungguh – sungguh.
Seterusnya, zikir adalah suatu yang sangat penting.
Rasulullah banyak mengajar dan menyuruh kita semua agar sentiasa berzikir
kepada Allah. hal ini demikian, ia akan membantu kita semua untuk membersihkan
diri daripada segala penyakit dan masalah. Antaranya penyakit stress.
Secara kesimpulannya, itu sedikit sebanyak tips yang
dapat dikongsi buat saudara – saudara semua mengenai ubat stress. Diharap kita
semua dapat mengamalkannya agar kita menjadi hamba yang diredai – Nya dan dapat
menggelakkan diri daripada dibelenggu oleh perasaan tidak tenang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan