Isnin, 11 Jun 2012

NABI MUHAMMAD DI DALAM KITAB AGAMA HINDU ( B 1 )


Persoalan yang sering ditimbulkan adalah bolehkah umat Islam berhujah dengan menggunakan dalil – dalil daripada kitab suci agama Hindu ? Pada dasarnya, kitab – kitab suci semua agama dapat dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu yang pertama kitab – kitab suci yang diturunkan oleh Allah, iaitu Al – Quran, Taurat, Zabur dan Injil. Kategori yang kedua, ialah kitab – kitab suci yang pengiktirafannya tidak disebutkan secara khusus dalam al – Quran dan Sunnah seperti kitab – kitab agama Buddha, Hindu, Majusi atau Zoroaster dan seumpamanya.
            Untuk pengetahuan semua, sesungguhnya Allah telah menjelaskan di dalam bahawa Dia (Allah) telah mengutuskan rasul untuk setiap umat. Buktinya dapat kita lihat dalam surah al – Fathir, ayat 24 yang bermaksud ;
“Sesungguhnya Kami telah mengutuskanmu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. dan tidak ada satu umat pun melainkan ada padanya seorang pemberi peringatan.”
Perkara ini dapat diperkukuhkan lagi, apabila kita melihat pada ayat 36 dalam surah an – Nahl yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami mengutuskan rasul bagi setiap supaya menyeru ‘ Sembahlah Tuhan dan jauhilah kesesatan Taghut’.”
            Seperti yang kita sedia maklum, di dalam Quran juga menegaskan bahawa adanya rasul yang Allah tidak ceritakan mengenai mereka kepada kita. Pernyataan ini dapat dibuktikan apabila kita membuka al – Quran pada surah an – Nisak ayat yang ke – 164 yang bermaksud :
“Dan Kami mengutus rasul – rasul yang Kami kisahkan mengenai mereka kepadamu dahulu dan rasul – rasul yang tidak Kami kisahkan mengenai mereka kepadamu.”
            Syeikh Said Hawa telah mentafsirkan ayat 24 surah al – Fathir dalam kitabnya al – Asas fit Tafsir, katanya :
“ Ayat ini adalah dalil penting yang menunjukkan, bagi setiap umat diutus rasul – rasul tertentu. Dalil ini menolak pendapat sesetengah golongan yang mengatakan rasul – rasul hanya diutus di kawasan – kawasan kita, iaitu bumi Arab dan yang berhampiran dengan sahaja.” ( Al – Asas fit tafsir, Said Hawa, Darul Salam, Kaherah, 1985, jilid 8, hal. 4593 )
            Daripada kata – kata Said hawa tersebut ia membawa erti, tidak mustahil bagi Allah untuk mengutus rasul di negara –negara bukan Arab seperti India, China dan seumpamanya. Tokoh Islam pada masa ini, iiatu Profesor Dr. Jamal Badawi, iaitu Pengarah Pusat Islam di Halifax, Kanada dan juga ahli jawatankuasa Majlis Fikah Persatuan Islam Amerika Utara (ISNA) berpendapat, walaupun tidak ada sebarang nas yang jelas menunjukkan pengasas – pengasas dan kitab – kitab agama seperti Hindu, Buddha dan yang lain – lainnya adanya kemungkinan daripada Tuhan, namun kita tidak boleh terus menolak kemungkinan ia juga datang daripada Allah berdasarkan nas – nas yang disebutkan. Justeru itu, tidak ada salahnya umat Islam untuk menggunakan isi – isi kitab agama ini asalkan ia selari dengan al – Quran dan as – Sunnah. ( Heritage of Islam, Dr. Jamal Badawi, ‘ Muhammad in Ancient Scriptures’ ( A. Shokouri), 2000, http://www.geocities.com/Athens/Agora/6280/ )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan