Isnin, 11 Jun 2012

KECILKAN BADAN, BESARKAN JIWA


Bagi mereka yang pernah menaiki teksi dalam satu jarak yang jauh atau bas, pengalaman yang sedemikian pastinya adalah suatu yang biasa. Hal ini, tidak sama bagi mereka yang menaiki teksi secara perseorangan atau berdua. Bagi mereka yang menaiki teksi seramai empat orang, sudah pasti akan timbul perasaan dalam diri untuk medapatkan keselesaan dalam teksi tersebut, kerana masa yang lama akan diambil untuk tiba di destinasi yang ingin dituju. Oleh hal demikian, mereka pasti akan berebut – rebut untuk duduk dihadapan, yakni disebelah pemandu teksi kerana apabila mereka dudu dibelakang mereka terpaksa berhimpit – himpit seramai tiga orang, berbanding dengan dihadapan hanya seorang sahaja.
            Di sinilah kita akan mula berasa sesak nafas dan kurang selesa dengan keadaan apabila duduk dibelakang seramai tiga orang. Kita akan berasa lebih rimas lagi apabila kita duduk disebelah penumpan yang merokok. Perasaan ini akan mejadi kurang selesa juga apabila penumpan itu seorang yang berbadan besar sedikit.
            Apakah yang akan berlaku pada situasi yang sedemikian ? Jawapannya, ialah setiap penumpan akan sengaja memperbesarkan badan mereka, yakni dengan membuka dengan lebih luas peha agar mendapat ruang yang lebih luas dan selesa. Hal ini bukan sahaja akan menimbulkan perasaan kurang selesa, malah perasaan tidak berpuas hati kerana masing – masing akan berusaha untuk mendapatkan ruang yang selesa.
            Dalam banyak kes, kebiasaannya akan ada penumpang yang berasa rimas akan minta diberhentikan kereta, agar dapat turun diseparuh jalan dengan bermacam – macam alasan. lantaran itu, dia akan menunggu teksi yang lain, kerana sudah tidak sanggup menghadapi keadaan yang sedemikian.
            Adakah masalah seperti ini dapat dielakkan ? Jawapannya, pasti boleh, bahkan jika tempat duduk dibelakang terdapat empat orangpun boleh. Caranya, ialah setiap penumpan harus bertimbang rasa dan saling memahami. Contohnya dengan mengecilkan badan sedaya yang boleh, yakni tidak memperbesarkan badan mereka. Hal ini demikian, jika semua orang mengecilkan badan, pasti akan mempunyai ruang yang mencukupi dan selesa untuk semua orang.
            Oleh hal demikian, kemungkinan besar inilah sebabnya manusia membesarkan diri (sombong), kerana tidak disukai oleh orang lain disebabkan sikap tersebut. Manusia boleh memiliki pangkat dan darjat, tetapi tidak seharusnya membesar – besarkan pangkat dan darjat itu, sehinggakan membuatkan orang lain berasa menyampah.
            Sebaliknya, manusia perlulah belajar untuk menjadi seorang yang berjiwa besar. Hal ini demikia, orang yang berjiwa besar, kebiasaannya tidak berlagak denagn apa yang dicapai atau yang dimilikinya. Dengan perasaan ini, orang lain akan berasa selesa apabila bersama dengan orang yang sedemikian.
            Kesimpulannya, kita mestilah mengajar diri kita untuk menjadi seorang yang berjiwa besar, agar kita tidak menjadi seorang yang sombong dan terlalu mementingkan diri dalam apa jua keadaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan