Isnin, 11 Jun 2012

NABI MUHAMMAD DI DALAM KITAB AGAMA HINDU (B2)


KITAB – KITAB SUCI DAN AGAMA HINDU
Dalam agama Hindu, mereka mempercayai akan wujudnya Tuhan yang Maha Berkuasa dan Tuhan ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk jelmaan. Tiga jelmaan utama adalah Brahma sebagai pencipta alam, Vishnu sebagai pemelihara dan penyelamat serta Shiva sebagai pemusnah dan penghancur.
            Mereka juga mempercayai Tuhan – Tuhan ini kadangkala boleh menjelma dalam bentuk manusia bagi membantu mereka. Contohnya, Krishna. Selain daripada ketiga – tiga Tuhan itu, mereka mempunyai jutaan Tuhan yang lain untuk disembah dan dipuja.
            Dalam agama Hindu, salah sati doktrin mereka yang penting, ialah doktrin Karma, di mana status kehidupan seseorang di dunia ini ditentukan oleh kehidupan sebelum ini.
            Sistem Kasta dalam agama Hindu lahir daripada kepercayaan ini. Sistem kasta membahagikan manusia kepada golongan Brahman iaitu golongan sama dan ilmuan, kshatriya iaitu golongan pentadbir dan pahlawan, Vaisya iiatu golongan seni dan saudagar serta golongan Sudras iaitu golongan pekerja dan buruh.
            Pada tahun 1949, Kerajaan India terpaksa mengharamkan sistem ini kerana memberi kesan negatif terhadap masyarakat. Sebahagian tokoh agama Hindu merasa kurang selesa dengan konsep penyembahan berhala yang diamalkan dalam agama ini. Dr. Chatterjee di dalam aritkel Oh You Hindu Awake berkata, “ Golongan Brahmin mendakwa Tuhan Rama boleh menjelma menjadi manusia bagi memahami kesusahan hidup mereka. Perlukan Tuhan menjelma bagi memahami manusia ? Perlukah Tuhan menjadi keldai ataupun lipas bagi memahami makhluk – makhluk ini ?” (http://www.dalistan.org/journal/politics/awake/awake.html )
            Kitab suci agama Hindu yang terawal, ialah kitab Vedas dan kemudiannya lahirnya kitab – kitab Brahmana, Aranyak, Upanishad dan Purana. Rujukan utama bagi agama Hindu adalah Vedas dan yang tertua darinya adalah Rig Veda yang ditulis dalam bahasa Sanskrit. Kemungkinan besar kitab ini telah ditulis dan disusun 1 000 hingga 1 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Selepas itu, lahirlah kitab – kitab Yajur Veda dan Sama Veda.
            Vedas yang terakhir bernama Atharva Veda dan ditulis lebih kurang 900 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Pada masa yang sama, sebuah kitab suci agama Hindu disusun dan dinamakan Brahmanas. Kemudian, 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. lahir, lahir pula sebuah kitab lagi yang bernama Upanishads. Bagi penganut agama Hindu, kitab – kitab Vedas, Brahmanas dan Upanishads dianggap sebagai kitab – kitab suci. (Ibid)
            Purana pula adalah tulisan – tulisan tambahan dalam bahasa Sanskrit dan akhirnya dianggap sebagai kitab suci. Purana asalnya mempunyai 18 bahagian dan ia mungkin dikarang 300 tahun selepas kelahiran Nabi Isla. (Ibid. ‘ Purana’, hal. 1)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan