Berikut adalah senarai
ramalan hari kiamat yang ternyata tidak benar dan tidak akan berlaku. Terdapat
peramal yang menyebut tahunnya sahaja dan ada juga yang menyatakan tarikhnya,
malah termasuk masanya :
- Charles, seorang paderi Kristian dan Amerika Syarikat meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 12 sept 1945, pada jam 5:33 pagi.
- Charles Laugheda, seorang doktor AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dasyat akan terjadi pada 20 Dis 1954.
- Terdapat pihak yang pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, jam 1:45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Ekoran ramalan itu, ada orang yang menghasilkan perahu di gunung.
- Ahli astrologi India meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Feb 1962, iaitu antara jam 12:05 tgh sehingga 12:15 tgh.
- Kultus Gereja Orang Denmark Orton Dan Anders Jensen meremalkan kiamat akan terjadi pada 25 Dis 1967, iaitu dalam bentuk perang nuclear. Ramalan itu mendorong kultur yang bekenaan membina tempat perlindungan bawah tanah.
- Christian Church True Light meramalkan kiamat akan berlaku pada 31 Dis 1970, jam 12 tgh/ malam
- Pada akhir tahun 1976, Pat Robertson meramalkan kiamat akan berlaku pada bulan Nov ataupun Okt 1982. Dalam siaran The 700 Club pada Mei 1980, dia menyatakan, “Saya jamin pada akhir tahun 1982 akan menjadi hari penghakiman bagi dunia.” (VOA Islam.com,2009)
- Leland Jensen dan Charles Geynza daripada kultus Baha’I meramalkan pada 29 April 1980, dunia akan kiamat akibat perang nuclear. Mereka kemudiannya membina tempat perlindungan di pergunungan AS.
- Elizabeth Clare Triumph dari Church and The World meramalkan dunia akan kiamat pada 31 Dis 1989 disebabkan kejatuhan ekonomi dunia dan perang nuclear.
- Tami Lee Young Lim dari gereja Korea selatan meramalkan kiamat akan terjadi pada tengah malam 28 Okt 1992.
- Marina Tsvigun, mary Davy daripada kultus White Brotherhood (kultus orang Ukraine-Rusia) mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa dan meramalkan dunia akan kiamat pada 10 Nov 1993.
- Sheldomp Nidla, seorang peramal dari Amerika meramalkan dunia akan kiamat pada 17 Dis 1996, iaitu disebabkan kemunculan makhluk asing dan pada malaikat.
- Chelyabinsk meramalkan bumi akan dilanggar komet dan seterusnya kiamat pada tahun 1998.
- Seorang ahli astronomi dari Chile, Munena Charlos Ferrraro meramalkan kiamat akan terjadi antara tahun 1998 – 2001, akibat Bernard – 1 yang memasuki sistem suria.
- Alexander Kazantsev mentafsirkan tulisan Nostradamus yang menyebut kiamat akan terjadi pada tahun 1999, kononnya disebabkan hentaman asteroid ke bumi (kawasan Donbass)
- Alexei Priyme, seorang penulis dan ahli astrologi dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada 19 Julai 1999. Apabila ia tidak berlaku, dia mengubah pula ramalannya kepada 7 Julai 2002, jam 3:00 pagi.
- Ahli astrologi bernama Stevan Polasom mentafsirkan buku Nostradamus, permulaan kiamat akan berlaku pada 23 Sept 1999. Ia kononya akan berlaku dalam bentuk jatuhnya bintang berekor di lautan Atlantik
- Sebuah kultus dari Jepun, iaitu Sekou Asahara meramalkan kiamat akan terjadi pada Sept 1999.
- Kontakterov Ozersk dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada Okt 1999, akibat daripada ledakan supernova.
- “Imam Mahadi” Syamsuri pernah meramalkan 9 Sept 1999 adalah hari kiamat. Ratusan orang diajar ke tempat pertapaannya bagi menyambut kiamat pada jam 9 pagi (waktu tempatan). Sebelum sempat ramalan itu terungkap, dia tertangkap oleh pihak polis. Dia kemudiannya dihukum penjara 11 bulan. Apabila ramalannya ternyata meleset, dia memberi alasan, “Kiamat tetap akan terjasi dalam waktu yang terdekat.” Itu sebabnya selepas dia dibebaskan dari penjara, lelaki dengan15 orang cucu itu tetap menunggu kiamat, sambil mengusahakan kebun limau dibelakang rumahnya (VOA Islam.com,2009& GATRA, Jumaat, 14 Nov 2003)
- South Korean Church Semona Che and Park meramalkan Nabi Isa akan turun buat kali kedua pada 28 Okt 1992 dan disususli dengan hari kiamat pada 6 Dis 1999, jam 6 ptg.
- Joseph Kibwetere dari Uganda, Afrika, iaitu pengasas The Movement for the Restoration of Ten Commandments of meramalkan kiamat akan terjadi pada 31 Dis 1999. Ia kemudiannya ditunda kepada 31 Dis 2000.(VOA Islam.com, 2009)
- seorang ahli astrologi dari Rusia, Vladimir Sobolev meramalkan kiamat akan berlaku pada rahun 2000.
- Hieromonk Arsene, orang Romania yang mengaku dirinya seorang nabi meramalkan kiamat akan terjadi pada 11 Ogos 2002, jam 4 pagi. Disebabkan itu, dia menasihatkan semua pengikutnya supaya berlindung di Gunung Athos.
- seorang ahli astrologi Amerika, Jane Dixon meramalkan kiamat akan terjadi pada tahun 2003, iaitu disebabkan kereputan bumi.
- Mangapin Sibuea, seorang paderi Kristian dari Bandun Selatan, Indonesia yang mengaku dirinya adalah rasul meramalkan pada 10 Nov 2003, antara jam 9 pagi hingga 3 ptg.
saya pun takut pada hari kamat
BalasPadammacam macam akan jadi waktu hari kiamat nanti kan semua
tak tanye punnnnnn
Padamhanya allah yang tahu bila hari kiamat wallahualam
BalasPadam