BUDDHA DAN MAITREYA
Dalam agama Buddha,
perkataan Buddha dapat ditakrifkan sebagai ‘ seorang yang bijaksana’ ataupun ‘
dia yang mendapat petunjuk’. Kadang kala istilah ini juga membawa erti kepada
‘nabi’. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha.
Perkataan Antim ini bermaksud ‘yang terakhir’ dan jika kita gabungkan kedua –
dua maksud tersebut ia akan membawa kepada makna ‘nabi yang terakhir’. Pada saat
terakhir Gautama Buddha, beliau telah menberitahu perkara ini kepada
pengikutnya yang setia, iaitu Ananda. (Muhammad in the Vedas and the Puranas,
op. cit.; hal. 38)
Di dalam Gospel of
Buddha oleh Carus pada halaman 217 disebutkan,
“Wahai Nanda, aku bukannya
Buddha yang pertama dan bukan juga yang terakhir. Suatu hari nanti, akan lahir
seorang Buddha di dunia yang akan menyampaikan kebenaran dan kebaikan. Dia
seorang yang suci lagi teguh beragama. Dia akan memiliki ilmu dan
kebijaksanaan. Dia akan menjadi pemimpin dan pembimbing semua manusia. Dia akan
mengajar kebenaran sebagaimana aku mengajar kebenaran. Dia akan memberikan
kepada dunia ini satu cara hidup yang suci dan lengkap. Wahai Nanda, namanya
adalah MAITREYA.”
Berpandukan kepada kata – kata Buddha ini, dapatlah
dirumuskan beberapa perkara mengenai utusan akhir zaman yang dikenali sebagai
Maitreya, iaitu :
1. beliau adalah seorang manusia.
2. beliau mempunyai peribadi yang mulis.
3. beliau datang sebagai pemimpin manusia.
4. beliau juga seorang pembimbing yang akan mengajar
kebenaran kepada semua.
5. beliau diutus kepada seluruh manusia dan tidak kepada
kelompok – kelompok tertentu.
6. ajaran yang dibawanya adalah ajaran yang lengkap.
7. beliau adalah Maitreya.
Nabi Muhammad adalah
manusia biasa. Buktinya dalam sutah al – Kahfi ayat 110 yang bermaksud,
“Katakanlah : Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seeprti kamu yang
diwahyukan kepadaku yang Tuhanmu itu adalah Tuhan yang Esa.”
Peribadi Nabi
Muhammad adalah mulia sebagaimana yang telah Allah khabarkan dalam surah al –
Qalam, ayat 4 yang bermaksud, “Sesungguhnya kamu, wahai Muhammad, benar – benar
berbudi pekerti yang agung.”
Akhlak dan peribadi
baginda adalah contoh kepada semua manusia. Buktinya dalam surah al-Ahzab ayat
yang ke 21 yang bermaksud, “Sesungguhnya ada pada diri Nabi Muhammad itu suri
teladan yang baik bagimu.”
Nabi Muhammad adalah
pemimpin yang unggul malah baginda adalah pemimpin negara Islam yang pertama
tertegak di Madinah. Umat Islam ketika itu memberikan ketaatan kepada baginda
tanpa berbelah bagi. Allah menyatakan hal ini dalan surah an – Nisa, ayat 80
yang bermaksud, “Barangsiapa mentaati rasul Allah (Nabi Muhammad) sesungguhnya
dia mentaati Allah.”
Sehubungan dengan
ini, Mishael H. Hart di dalam bukunya The 100 berkata, “ Saya memilih Muhammad
sebagai tokoh yang paling berpengaruh kerana hanya beliau sahaja dalam sejarah
yang begitu berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan. Beliau
mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan
menjadi pemimpin politik yang unggul”. (The 100 : A Ranking Of The Most
Influential Persons In History, Michael H. Hart, New York, 1978, hal. 33)
Nabi Muhammad juga
adalah seorang pembimbing dan pendidik, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh
Allah di dalam surah Ali Imran, ayat 164 yang bermaksud, “ Sesungguhnya Allah
memberi kurniaan kepada orang – orang yang beriman ketika Allah mengutus kepada
mereka seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri yang membacakan kepada
mereka ayat – ayat –Nya, membersihkan jiwa mereka dan mengajarkan mereka Al –
Kitab dan Hikmah”.
Nabi Muhammad diutus
kepada seluruh umat manusia. Allah menyataknnya di dalam surah as – Sabak ayat
28 yang bermaksud, “ Tidak Kami utuskan kamu Muhammad melainkan kepada umat
manusia seluruhnya”. Risalah yang dibawa oleh Nabii Muhammad juga adalah satu
risalah yang lengkap dan sempurna. Allah menyatakannya di dalam surah al –
Maidah, ayat 3 yang bermaksud, “Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu
dan Aku cukupkan bagimu nikmat – Ku”.
Utusan akhir zaman
akan dikenali sebagai Maitreya. Di dalam majalah The Leader keluaran 16 Oktober
1930 disebutkan perkataan Maitreya bermaksud Merciful atau “Pembawa Rahmat”.
Perkara yang sama juga disebutkan oleh Warren di dalam bukunya mohammad in the
Buddhist Scriptures. Semua ini amat selari dengan peribadi Nabi Muhammad kerana
baginda yang disebutkan di dalam al – Quran, surah al – Anbiyak ayat 107 yang
bermaksud, “ Tidak Kami utus kamu Muhammad, melainkan sebagai pembawa rahmat
kepada seluruh alam”.
KESIMPULANNYA
Berpandukan kepada fakta
dan bukti yang telah dipaparkan, sifat – sifat yang dimiliki oleh Maitreya
menepati sifat – sifat Nabi Muhammad. Demikian juga dengan Paracletos, Kalki
Avatar, Narashangsa, Antim Rishi, Mamaha dan Ahamiddhi. Tidak ada syak lagi, bahawa
Nabi Muhammad adalah rasul akhir zaman yang sangat dinanti – nantikan oleh
semua orang. Sesungguhnya Nabi Muhammad diutuskan sebagai pembawa rahmat kepada
seluruh alam.
Profesor K. S. Ramakrishna Rao di dalam bukunya Muhammad
The Prophet of Islam berkata, “ Apabila saya bercita – cita hendak menulis
mengenai Muhammad sebagai rasul, pada peringkat awalnya saya berada dalam
keadaan serba salah kerana saya menyedari saya sedang cuba menulis mengenai
agama yang tidak saya anuti... Muhamma adalah personaliti yang bersejarah.
Setiap tingkah lakunya direkodkan secara terperinci. Kehidupan dan tidak
tanduknya sedikitpun tidak diselimuti misteri...”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan