Jumaat, 30 September 2011

RABIATUL ADAWIYAH - PENCINTA ALLAH (Biodata)


MUTIARA KATA:

“Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah dia dan jangan kamu ikuti jalan-jalan (lainnya) sebab jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Allah berwasiat kepada kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (QS. Al An’am : 153)

Rabiah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Basri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabiah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabiah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabiah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba bergantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabiah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:
Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
Tuhanku! Bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabiah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu. 

Rabiah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.
Setiap malam begitulah keadaan Rabiah. Apabila fajar menyingsing, Rabiah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.

Seperkara menarik tentang diri Rabiah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.

Rabiah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredhaan Allah. Rabiah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, 
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, 
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, 
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.

Rabiah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:
Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?
Kecintaan Rabiah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata:
Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu, maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.
Begitulah keadaan kehidupan Rabiah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabiah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredhainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar?

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:
Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Sebahagian Tanda Kekuasaan Allah : 8 Jenis Tumbuhan Yang Unik


Berikut adalah tumbuhan yang unik di alam semesta ini , jarang dilihat dan bentuknya kelihatan menakutkan, tetapi masih menarik bila dipandang.

1. Bleeding Tooth Fungus (Kulat Gigi Berdarah)

Tumbuhan ini juga disebut stroberi dan krim, jus gigi merah, dan gigi iblis.

2. Chinese Black Batflowers (Bunga Kelawar Hitam China)


Buah tumbuhan ini tergantung sehingga kelihatan seperti kelawar tidur terbalik, seperti yang gambar diatas.

3. Doll's Eye (Mata Boneka)

Disebut juga "white baneberry."


4. Sea Anemone Mushroom / Octopus Stinkhorn




Berasal dari Australia. Tumbuhan ini apabila membesar akan "meletus" kan tentakel merahnya yang mengerikan dan mengeluarkan bau untuk menarik lalat. Serangga akan ditelan ke dalam "gleba" dan mencernanya. 

5. Devil's Claw (Cakar Syaitan)


Adalah jenis tumbuhan perangkap yang boleh melekat ke pakaian ketika berjalan melaluinya, meskipun kecil tetap kelihatan mengganggu, kerana kelihatan lebih seperti beberapa labah-labah. Tumbuhan ini dari Arizona, di mana digunakan oleh penduduk pribumi untuk menenun keranjang.

Tumbuhan jenis ini sedemikian untuk mengait pada kaki haiwan yang lalu, kemudian akan menghisap binatang yang terperangkap ke dalam tanah dan menghancurkannya sebelum tanaman ini memproduksi biji-bijian lalu melepaskanya di permukaan.

6. Porcupine Tomato (Tomato Landak)


Tumbuhan ini berasal dari Madagaskar, dikenali sebagai Little Australia. Selain duri yang tajam dan beracun, tumbuhan ini adalah spesies yang berpotensi invasif, kerana sukar untuk mati, walaupun dalam kekeringan.


Tumbuhan ini cepat membesar, dan dapat mencapai tinggi 8 meter, dalam jumlah yang relatif singkat. 

7.Cedar-Apple Rust Fungus (Cedar-Epal Kulat Berkarat)

http://lancaster.unl.edu/hort/images/disease/cedar_applerust.jpg

CARF adalah infeksi kulat yang menyerang pokok cedar dan pokok epal. Ia dapat menghasilkan kulat globular di mana saja dari 1/4 inci sehingga 2 inci dengan diameter dan kantung "tanduk spora" ketika cuaca basah, mengubahnya menjadi seperti bola Koosh. 

8. Buddha's Hand (Tangan Buddha)


Tangan Buddha adalah buah jeruk yang popular di China dan Jepun dengan aroma yang kuat.
apakabardunia

Sabtu, 24 September 2011

sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah pada haiwan


Setiap hari lebih daripada 10 penemuan haiwan baru dijumpai terutamanya di dasar laut, seolah-olah masih wujud alam yang belum manusia terokai. Walaupun teknologi pengklonan sedang giat dikembangkan tapi penyebaran benih secara semulajadi tidak pernah berhenti menyebabkan satu demi satu haiwan baru terhasil,inilah bukti kekuasaan Ilahi.Manusia baru menerokai apa yang ada di atas muka bumi dan di dalam laut,manusia belum menjumpai apa yang ada di langit dan yang pasti memang ada makhluk yang hidup di atas sana cuma kita belum menjumpai mereka.Dalam surah As-Syurak ayat 29 Allah berfirman yang mana maksudnya, “Dan antara tanda kekuasaan Allah ialah penciptaan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata(daabah) yang bertebaran pada kedua-duanya.
 Aiieaiie Ayeaye
Susah nak sebut? Memang la sebab orang panggil Aieeeaiie Ayeaye ni sebagai Aye-Aye. Aye-Aye ni sebiji macam burung belatuk, ia mengetuk pokok untuk membuat lubang dan mencari makanan(serangga) di dalam pokok yang ditebuknya.Aye-Aye ni spesies yang tidak tidur malam.Ingin jadikan sebagai Pet? Susah,nanti kena tebang pokok hari-hari untuk ia patuk sebab ia tak makan makanan senang-senang,mesti tebuk dulu.Huhuhu

Aksolotl Axolotl
Sebenarnya haiwan ini ialah sejenis Sumpah-Sumpah Harimau (Tiger Salamander) tapi sebab tak termakan sumpah,jadilah macam ni,huhuhu.Haiwan ini banyak didapati di dalam tasik sekitar Mexico.Semasa ia sedang bermetamorfosis di peringkat larva ke peringkat dewasa, larva yang normal akan bertukar menjadi Tiger Salamander dan yang terkena sejenis bahan toksik akan terus kekal di dalam air dan menjadi Aksolotal.

Alpaca Alpaca
Mudah didapati di Selatan Amerika dan sering dianggap sebagai Llamas. Tidak seperti Llamas,Alpaka hidup di atas bukit dan tidak mampu menanggung beban yang besar.Biasanya manusia memburu atau menternaknya untuk mendapatkan bulu daripadanya.Tidak menyerupai kambing yang bertompok-tompok,biasanya Alpaka datang lengkap dengan 1 pakej warna yang sempurna jadi secara teorinya,seekor Alpaka sama dengan sehelai baju sejuk.

Angora Rabbit
Seekor lagi haiwan yang diternak untuk bulunya. Wujud di Ankara,Turkey bersama-sama dengan Kucing Angora dan Kambing Angora yang mana mereka semua mempunyai persamaan iaitu bulu yang tersangat lebat. Dipercayai salah satu spesies arnab yang tertua di dunia.Arnab ni nampak besar disebabkan bulunya,kalau bogelkan,pasti saiz badan dia tidak besar mana pun.

Blobfish
Jujurnya,binatang ni agak hodoh tapi sangat menarik. Blobfish memang sukar ditemui sebab wujud di dasar laut dalam. Yang uniknya ikan yang agak hodoh ini,ia menggunakan sedikit tenaga untuk bergerak disebabkan tiada otot dan ketumpatan badannya, kurang sedikit daripada air. Jadi,untuk ia bergerak di dalam laut, ia hanya mengubah beratnya sedikit bagi mengurangkan ketumpatan dirinya menyebabkan ianya terapung.Untuk makan,ia hanya membuka mulutnya dan menelan apa sahaja yang masuk ke dalam mulutnya ala-ala ‘Blackhole’.

Dumbo Octopus
Mempunyai telinga seakan-akan gajah Jumbo dalam cerita Walt Disney.Hidup di tempat yang lagi dalam daripada Blob Fish. Diakui sotong yang terpelik yang wujud di atas muka bumi ini.
 Emperor Tamarin
Macamana haiwan ini dapat nama,sangat kelakar.Mula-mula ia dijumpai ketika pemerintahan Emeror Willhelm 2 yang mana mempunyai janggut seperti haiwan di atas. Pada asalnya,orang ramai sengaja menggelarkan haiwan ini sempena nama pemerintah Emperor dan secara tidak sengaja,nama itu dianggap sebagai nama rasmi haiwan ini.Hidup di hutan hujan Amazon dan kebanyakan masa hidupnya dihabiskan di atas pokok.

Hagfish
Sebenarnya gambar di atas gambar yang telah dibesarkan, itu yang nampak menakutkan. Pada awal-awal penemuannya, berlaku percanggahan antara saintis yang mengatakan bahawa haiwan ini bukanlah ikan disebabkan bentuknya yang panjang seakan-akan cacing tapi setelah dikaji cara hidupnya,saintis sepakat mengatakan bahawa Hagfish ini ialah ikan. Cara pemakanan Hagfish tersangat pelik dan kemampuannya untuk menghasilkan lendir diperakui oleh saintis sebagai haiwan laut yang paling jijik.

Komondor Dog
No no no,jangan cepat kata bahawa Komondor Dog pun diternak untuk bulunya.Pernah tengok filem Richie Rich, anjing yang dipelihara dia ialah Komondor Dog. Salah seekor anjing yang bersaiz besar. Walaupun berbulu banyak dan tebal, Komondor Dog tidak mempunyai masalah dengan berat bulunya.Satu-satunya jenis anjing yang hanya mempunyai satu warna kecuali dikotori dengan elemen-elemen luar.

Narwal
Narwal ni sejenis lumba-lumba yang tersangat unik. Wujudnya tepat pada satu koordinat sahaja iaitu latitud 70′.Juga dikenali sebagai Ikan Paus bulan.Warnanya kehitaman menyebabkan orang-orang lama Belanda memanggilnya ‘Corpse’.Kalau ikut mitos orang putih yang berbintik-bintik merah,Narwal ini adalah seorang perempuan yang disumpah.

Proboscis Monkey
Dikenali sebagai Monyet Berhidung Panjang,memang panjang pun hidung monyet ni.Monyet jantan lagi besar daripada monyet betina tapi hidung monyet betina lagi besar daripada hidung monyet jantan.Yang istimewanya tentang monyet ini, perutnya yang agak boroi itu mempunyai sistem penghadaman yang berbeza dengan binatang-binatang lain.Monyet berhidung besar ini tidak boleh makan buah yang tidak masak kerana sistem penghadamannya tidak mampu menghadam buah yang mentah.
 Pygmy Marmoset
Seekor lagi haiwan yang berspesies monyet. Wujud di Brazil,Kolombia,Peru dan Ekuador.Kalau tadi monyet berhidung besar,kali ini monyet yang bertubuh kecil,di antara monyet-monyet yang ada, Pygmy adalah monyet yang paling kecil.Sejenis omnivor yang makan apa-apa sahaja yang lebih kecil daripadanya.Pergerakannya sangat laju hinggakan kita susah mengecamnya.

Red Panda
Mula-mula tengok gambar ini,saya fikirkan ini rubah tapi panda rupanya. Yeay Panda!Kalau baca cerita-cerita teladan orang cina, haiwan yang biasa dijumpai,ini lah dia,Red Panda! Walaupun menyerupai rubah atau kucing,ianya diklasifikasikan sebagai Panda disebabkan tapak tangannya yang menyerupai Panda dan mempunyai tabiat makan yang sama dengan panda iaitu makan buluh. Dikenali sebagai Ponya di Nepal disebabkan diet pemakanannya.

Shoebill
Kelihatan agak angkuh tapi inilah dia burung yang mempunyai saiz yang teramat bear,biasanya 1.2 meter tinggi dan berat 5.6 kg. Burung ini sangat terkenal dalam dunia saintis, sampai sekarang saintis masih mengkaji tentang burung ini,apa yang dikaji, saya pun tidak tahu. Tapi yang pasti,burung ini merupakan burung purba yang hidup di Mesir.Kalau tengok di dinding-dinding Mesir, burung dalam tulisan mereka itu ialah burung Shoebill.

Starnosed Mole
Hidup di tanah yang lembap dan dipenuhi dengan serangga. Mestilah,sebab ia pun makan serangga. Ia mampu berenang dengan baik dan mampu mengorek tanah dengan laju.Tidak seperti binatang di tempat sejuk yang lain, Starnosed Mole ini kekal aktif di musim sejuk,tidak berhibernasi.Mempunyai sifat seperti manusia,ada yang suka bersendiri dan ada yang suka berteman.Mengesan makanan melalui sentuhan.

Sun Bear
Juga dikenali sebagai beruang Himalaya kerana banyak di kawasan Himalaya. Sangat selesa di iklim hujan tropika seperti Malaysia dan sangat jinak,jadi sesiapa yang inginkan binatang yang pelik jadi peliharaan, beruang Himalaya lah jawapannya! Tidak seperti beruang yang lain,beruang Himalaya mempunyai bulu yang agak pendek dan nipis.

Tapir
Cipan,tapir dan tenuk,itulah namanya dalam bahasa Melayu.Banyak sangat dan nama kumpulan Robocon saya pada tahun 2008 ialah cipan,huhuuh.Kelihatan seperti dari keluarga babi tapi Tapir diklasifikasikan bukan dan ianya adalah dirinya sendiri. Para saintis agak pening untuk mengklasifikasikannya disebabkan bentuknya yang agak unik dan cara hidup dan pemakanannya menghampiri Badak dan Kuda.Konklusinya tapir adalah spesies tapir.
Yeti Crab
Tengok sekali pun dah hilang selera nak makan ketam.Ketam ini ditutupi bulu yang dipercayai sutera.Tinggal di tengah-tengah laut dan dalam kedalaman 7200 kaki dari permukaan laut. Ketam ini mampu menghasilkan genetik baru membentuk spesies baru dan dipercayai matanya tidak berfungsi atau buta. Bulunya yang cantik itu didiami oleh sejenis bakteria yang mana bakteria ini hidup secara simbiosis. Bakteria ini akan menyembuhkan ketam ini daripada diracuni bahan-bahan kimia yang pelik di tempat ia(ketam) diami.Secara tidak lansung,racun itu sebenarnya makanan kepada bakteria tersebut dan makanan untuk ketam ini ialah Alga Hijau dan udang kecil.
Frigatebird
Burung ini mempunyai belon di bawah paruhnya dan yang pasti,paruhnya tidak mampu untuk menyentuh belon tersebut. Belon itu sebenarnya adalah lambang kemegahan buat burung jantan. Semasa musim mengawan,burung jantan akan mengembangkan belon tersebut untuk memikat burung betina.
Purple Frog
Nampak macam diubah menggunakan Adobe Photoshop tapi katak bewarna unggu ini benar-benar wujud di India. Comel mana pun katak ini,ia tetap katak dan menjijikkan.Katak ini baru disahkan dalam dunia saintis walaupun orang ramai di India selalu menjumpai katak ini. Hal ini kerana orang-orang di India memang fikirkan semua katak adalah berwarna unggu jadi ianya normal dan tidak perlu dibangga-banggakan.
Banana Slug
Lintah yang berwarna kuning dan menyerupai pisang.Lintah ini sebenarnya mempunyai populasi yang kedua terbanyak di dalam dunia lintah,jadi lintah bulan di Malaysia lagi unik daripada lintah ini cuma lintah ini tiada di Malaysia.

Selasa, 6 September 2011

Tanda Kekuasaan Allah : Black Heron; Binatang yang Sangat Unik

Kita tahu cara sesumpah menunggu mangsanya adalah dengan menyamar sebagai persekitaran, ada binatang yang menyamar sebagai batu kerana warna badan mereka hampir-hampir serupa. Tetapi burung black heron yang anda akan baca selepas ini sangat unik.. Sangat berbeza dan cool.

Black Heron yang macho 


Nama saintifiknya adalah Egretta ardesiaca, dan dikategorikan sebagai binatang2 yang diancam kepupusan.

Burung ini tinggal di kawasan Senegal, Sudan dan bahagian timur Afrika. Kebiasaannya dijumpai di kawasan tanaman-tanaman yang berair, tebing2 sungai, ataupun kawasan padi. Biasanya burung Black Heron akan memburu secara solo, tetapi kadang-kadang secara berkumpulan. Burung Black Heron ini uniknya hanya berburu di kawasan panas terik. Dan tatkala cuaca mendung dan hujan, keunikannya tidak akan kelihatan.

Kenapa panas terik
Burung ini memburu dengan akalnya yang diilhamkan, bukan dengan kepantasannya seperti Black Hawk, bukan juga dengan ketajaman matanya seperti Helang yang mampu melihat arnab dengan jelas ketika terbang 2km di atas bumi... Inilah yang membezakan binatang ini dengan binatang yang lain. Ya Allah, maha suci Engkau kerana menciptakan segala-galanya, dan amat rugilah sesiapa yang menafikan kebesaranMu. 
وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِنْ دَابَّةٍ آيَاتٌ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Maksud: 
Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. ~Al-Jaathiyah: 4~



Black Heron yang sedang beraksi 


Macamana tu
Ya, burung ini mengembangkan sayapnya sehingga menyerupai payung, payung hitam maut yang berduri, yang menjadi tempat teduhan ketika panas terik untuk ikan-ikan kecil. Ikan-ikan kecil yang akan berlindung disebalik bahang kepanasan pada hari itu akan menyangka mereka itulah rezeki mereka kerana disediakan tempat berteduh. Tetapi hakikatnya, itulah rezeki Black Heron yang menyediakan ikan-ikan kecil tempat berteduh. Dan ketika ikan-ikan kecil itu berlegar-legar di bawah 'payung hitam' itu, Tercatatlah sebuah rezeki untuk Black Heron pada hari tersebut.. Indahnya ciptaan Allah di muka bumi ini, mempunyai cara dan keunikan tersendiri yang pelbagai yang tidak dapat dijangkaui logik akal manusia sendiri. Allah telah menunjukkan tanda-tandaNya, dan terpulang kepada kita manusia untuk mencari, dan mentadabburinya.