Sabtu, 11 Februari 2012

NABI MUHAMMAD S.A.W. DI DALAM KITAB BIBLE ( B 1 )


Kepada semua sahabat, tidakkah kalian semua ketahui bahawa di dalam kitab Bible itu terdapat ayat-ayat yang menyebut mengenai nabi Muhammad s.a.w.? ketahuilah oleh kalian semua, bahawa di dalam kitab Bible ada menyebut mengenai baginda.

BUKTI PERTAMA : PERKATAAN MAHAMUDDIN DI DALAM BIBLE

Di dalam The English Version of the Authorised Version of the Bible pada beb Song of Solomon ayat 16 ada menyebut :

“His mouth is most sweet:
Yea, he is altogether lovely (Mahmuddim)
This is my belovez and this is my friend,
O daughters of Jerusalem.”

Terjemahannya mengikut Bible Al-Kitab (1996) terbitan The Bible Society of Malaysia adalah :

“Amat manis tutur katanya,
Segala yang ada padanya menawan hatiku.
Demikianlah kekasihku dan sahabatku,
Hai puteri-puteri Yerusalem”

Kalimah hi is altogether lovely yang tercatat di dalam Bible sebenarnya adalah terjemahan daripada kalimah Mahamuddim dalam bahasa Ibrani atau Hebrew, iaitu bahasa Yahudi. Kalimah Im dalam bahasa Yahudi melambnagkan kemuliaan dan penghormatan. Contohnya im pada kalimah Elohim. (What The Bible Says About Muhammad, Ahmad Deedat & Dr. Jamal Badwi, IPCI,U.K.,1997,hal.29.). Eloh bermaksud ‘Tuhan’ dan im bermaksud yang Maha Mulia. Apabila kaedah yang sama digunakan pada kalimah Mahamuddim, ia membawa maksud ‘Mahamadd yang mulia’ atau Mahamadd yang terpuji’. Maksud ini selari dengan nama Muhammad kerana kalimah Muhammad bermaksud “orang yang terpuji”.

BUKTI KEDUA : ISTILAH HIMDAH, SHALOM DAN PERICLYTOS

Di dalam kitab Old Testament di dalam versi The Authorised Version of the Bible bab Haggai ayat 7 hingga 10 disebutkan :

“Ang I will shake all nation,
And the Hamdah of all the nations will come;
And I will fill this house with glory, says the Lord of hosts.
Mine is the silver, mine is gold, says the lord of hosts,
The glory of my last house shall be greater
Than that of the first one, says the Lord of hosts;
And in this place I will give Shalom, says
The lord of hosts.”

Terjemahan mengikut Bible Indonesia Al-Kitab(1993) adalah :

“sebab beginilah firman Tuhan semesta alam;
Sedikit waktu lagi Aku menggocangkan
Langit dan bumi, laut dan darat;
Aku akan menggocangkan
Segala bangsa,
Sehingga barang yang indah-indah kepunyaan
Segala bangsa datang mengalir…
Dan di tempat ini Aku akan  memberi damai sejahtera, demikianlah
Firman Tuhan semesta alam.”

Kalimah Himdah dan Shalom daripada kitab Perjanjian Lama ini adalah kalimah-kalimah dalam bahasa Yahudi. Bible versi Inggeris menterjemahkan kalimah Himdan dan Shalom sebagai desire dan peace (Muhammad in the Bible, Prof. Abdul Ahad Dawud, BINA, Sarawak, 1978, hal, 23.), manakala Bible Al-Kitab dalam bahasa Indenesia menterjemahkannya sebagai ‘barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa’ dan ‘damai sejahtera’.

                Berhubung dengan Himdah, ayatnya yang asal adalah Ve yavu himdath kol haggoyim dalam bahasa Inggeris bermaksud and will come the Himdah of all nations yang bermaksud ‘dan akan datang Himdah bagi segala bangsa’. Himdah dalam bahasa Arab berasal daripada huruf-huruf Hamada dan ini selari dengan huruf-huruf asal bagi nama Ahmad dan Muhammad (Ibid. hal. 24)

                Shalom pula selari dengan kalimah Arab salama yang melahirkan kalimah Islam.(Ibid. hal. 25). Islam bermaksud damai dan sejahtera. Bible Indonesia AlKitab menggunakan kedua-dua kalimah ini bagi menterjemahkan kalimah Shalom. Justeru, ayat ini sebenarnya menceritakan mengenai seorang Himdah yang diutus kepada segala bangsa dan kepadanya akan dikurniakan Islam yang bakal mendatangkan kedamaian dan kesejahteraan bagi manusia. Kisah ini selari dengan Ahmad dan Muhammad yang diutus oleh Allah dengan risalah Islam kepada seluruh alam.

                Di dalam kitab Perjanjian Baru, kalimah yang selari dengan Himdah adalah Paracletoc. Kalimah Paracletos perlu difahami mengikut bahasanya yang asal. Dalam bahasa Yunani Kuno, kalimah yang hampir sama dengan  Paracletos adalah Periclytos. Periclytis dalam bahasa Inggeris bermaksud illustrious, glorious and praised atau ‘beliau yang terpuji’. Ia selari dengan Hamadah dan Ahmad yang juga bermaksud ‘beliau yang terpuji’(Ibid. hal. 24). Ia juga selari dengan Nabi Muhammad.

BUKTI KETIGA : DATANG DARI PARAN BERSAMA 10,000 PENGIKUT

Di dalam Bible versi The Revised Version of the Bible terbitan British and Foreign Society didalam bahagian Book of Deuteronomy ayat 2 disebutkan :

“The lord came from Sinai,
And rose up from Seir unto them;
He shined forth from mount Paran, and
He came with ten thousands of saints;
From his right hand went
A fiery law for them.”

Terjemahan mengikut Bible Indonesia Al-Kitab adalah :

“berkatalah ia, Tuhan datang dari Sinai
Dan terbit kepada mereka dari Seir;
Ia tampak bersinai dari pergunungan Paran
Dan datang dari tengah-tengah puluhan ribu
Orang yang kudus; di sebelah kanan-Nya
Tampak kepada mereka api yang menyala.”

Sehubungan dengan ini, di dalam buku Muhammad in  the Bible karangan Reverend David Benjamin Keldani menyebut, “ Dalam konteks ini, beliau yang terpilih dikisakan dengan matahari. Beliau akan datang dari Sinai, terbit dari Seir dan kemudian bercahaya dengan sempurnanya dari Paran. Beliau kemudiannya muncul bersama-sama dengan 10,000 orang-orang suci dengan membawa undang-undang tegas seperti api di dalam tangannya. Golongan bani Israel termasuk Nabi Isa tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tempat yang bernama Paran. Tetapi Siti Hajar dengan anaknya Ismail, merantau di bumi Beersheba kemudian menetap di bumi Paran. Apabila Muhammad dapat dihubungkaitka dengan keturunan Ismail melalui Kedar dan dilantik sebagai Rasul di Paran dan kemudiannya memasuki Mekkah dengan 10,000 pengikut setianya dan melaksanakan undang-undang bagi seluruh umat, tidakkah ia menampakkan dengan jelas kenyataan Bible ini terlaksana secara tepat ke atas diri Muhammad?”

                Paran adalah tempat menetap Nabi Ismail seperti yang disebutkan di dalam Bible bab Genesis ayat 20. Di tempat yang bernama Paran inilah Siti Hajar dan Ismail ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim bagi melaksanakan satu urusan yang ditetapkan oleh Allah. Ketika itu, Siti Hajar memohon pertolongan kepada Allah  dan doanya dikabulkan dengan dikurniakan sebuah telaga air kepada mereka. kisah ini disebutkan didalam Bible versi Revised Standard Edition pada bab Genesis pada ayat 17

“and God heard the voice of the lad; and the angle of God called to Hagar from heaven, and said to her, “What troubles you, Hagar? Fear not; for God has heard the voice of the lad where he is. Arise, lift up the lad, and hold him fast with you hand; for I will make him a great nation”.
Then God opened her eyes, and she saw a well of water; and she went, and filled the skin with water, and gave the lad a drink. And God was with the lad, and he grew up; he lived in the wilderness, and become an expert with the bow. He lived in the wilderness of Paran; and his mother took a wife from the land of Egypt”.
                Terjemahan mengikut kitab Bible Malaysia AlKitab (1996) adalah:
“kemudian Tuhan membuka mata Hajar sehingga beliau Nampak sebuah perigi. Oleh itu beliau pergi mengisi kirbat itu dengan air, kemudian beliau memberi minum anaknya…”

                Di dalam buku Muhammad in the Bible disebutkan, Paran sebenarnya adalah bumi Mekah (Ibid. hal. 3.) dan di situ memang terdapat sebuah perigi yang dikenali sebagai telaga zamzam kurniaan Allah kepada Hajar dan anaknya Ismail. Telaga ini masih wujud sehingga zaman sekarang. Nabi Muhammad berasal daripada bumi yang sama. Selepas 13 tahun menyebarkan Islam di Mekah, baginda berhijrah pula ke Madinah. Selepas lapan tahun berhijrah, peristiwa pembukaan Kota Mekah telah berlaku dimana baginda memasuki dan menguasai Kota Mekah bersama-sama dengan 10,000 orang para sahabat baginda.

                Baginda menegakkan undang-undang Islam dengan mendirikan sebuah Negara Islam di Madinah. Sebaliknya Nabi Isa a.s. bukan berasal dari bumi Paran dan beliau juga tidak  pernah datang dengan undang-undang baru. Beliau sekadar hanya meneruskan undang-undang yang telah dibawa oleh Nabi Musa seperti yang telah disebutkan di dalam kitab Bible bab Matthew ayat 17 yang bermaksud, “Aku tidak datang bagi menghancurkan undang-undang lama ataupun ajaran-ajaran nabi-nabi tetapi aku datang bagi meneruskan pelaksanaannya.”

                Kalimah ten thousands ataupun sepuluh ribu yang dimaksudkan itu selari dengan jumlah para sahabat baginda sewaktu pembukaan Kota Mekah berlaku. Ada juga yang mengatakan ten thousands itu sebagai “satu jumlah yang sangat besar iaitu puluhan ribu” seperti yang disebutkan di dalam Bible Indonesia AlKitab. Jika diteliti dengan sebaik-baiknya lagi, Nabi Isa tidak mempunyai pengikut setia yang ramai, dimana pengikut setia Nabi Isa dikenali sebagai apostles di dalam Bible hanya berjumlah 12 orang sahaja berbanding dengan Nabi Muhammad yang mempunyai pengikut setia yang beribu-ribu.

                Secara kesimpulannya, ayat Bible itu membawa maksud, ‘seorang nabi yang bersinar dengan sempurna dari Paran (Mekah) amat bertepatan dengan Nabi Muhammad yang berasal dari Mekah dan merupakan penghulu bagi nabi-nabi dan rasul-rasul serta membawa satu risalah yang lengkap dan sempurna. Undang-undang yang dibawa berjaya ditegakkan melalui Negara Islam di Madinah dan dengannya jahilliah serta kesesatan dapat dimusnahkan. ‘sepuluh ribu orang-orang suci’ selari dengan 10,000  orang sahabat yang mengikuti ketika pembukaan Kota Mekah pada hari Jumaat, 10 Ramadhan tahun kelapan hijrah. Selepas Kota Mekah jatuh ke tangan umat Islam, golongan kafir Quraish berhimpung menantikan hukuman daripada baginda di atas segala perbuatan keji yang mereka lakukan selama ini.

                Kisah sejarah ini juga turut terdapat di dalam Bible New Revised Standard Version bab jude ayat 14 hingga 16 secara jelas, iaitu :

“see, the lord is coming with ten thousands of his holy ones, to execute judgment upon all, and to convict everyone of all the deeds of ungodliness that they have committed in such an ungodly way, and of all the harsh things that ungodly sinners have spoken against him.”

                Terjemahannya mengikut Bible Indonesia AlKitab (1993) adalah:

‘juga mengenai mereka Henokh, keturunan ketujuh daripada Adam, bernubuat, katanya, “sesungguhnya Tuhan datang dengan beribu-ribu orang kudus-Nya, hendak menghakimi semua orang dan menjatuhkan hukuman ke atas orang-orang fasiq kerana semua perbuatan fasiq yang mereka lakukan dan kerana semua kata-kata nista yang diucapkan orang-orang yang fasiq itu pada Tuhan…”

                Secara penegasannya, apa yang diperkatakan di dalam Bible itu tidak mempunyai perkaitan langsung mengenai Nabi Isa, malah ia adalah perkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w. 

3 ulasan:

  1. Saya berbangsa kristian dan saya sendiri baca buku bible english dan bible bahasa malaysia, buku2 bible versi lama hampir 20 thn, tiada istilah nama nabi muhamad.. jangan lah membuat reka cerita atau mengubah dalam bible kami dalam web ini, kami bangsa kristian tak mudah ditipu sebab kami sudah ditanamkan ilmu dalam bahsa ayat2 kitab suci kami, saya percaya bible zaman baru kebanyakannya segala diubah2 tidak kira dalam pelbagai bahasa oleh versi alkitab baru, dan kami tahu sejarah alkitab dicipta sudah sekian lama diperkenalkan dalam kisah zaman permulaan bumi dibentuk, zaman adam dan hawa, kedatangan musa dan juga kedatangan Yesus kristus juruselamat. Zaman abad sejarah kristian itu dlm sejarah islam belum wujud lagi dan mana mungkin nabi muhamad tiba2 muncul dlm ayat alkitab kristian,masa itu nabi belum lahir lagi didunya, pada zaman kewujudan dunya adalah bangsa pertama kristian dulu berbanding agama islam dan sebagainya ... diharapkan umat agama kami kristian tak mudah tipu daya dan kami percaya bhawa yesus kristus adalah juruselamat kami tuhan abadi yang kekal selamanya.. kami tak percaya siapa itu isa didalam quran dan kami lebih percaya Jesus kristus adalah utusan terakhir tiada nabi2 lain, sampai masanya tuhan yesus kristus sendiri akan datang pada hari kiamat suatu hari... jikalau kurang pasti dan masih tidak memahami lebih baik lihat dalam youtube siaran CP prince memahami perbezaan ayat2 quran dan alkitab dimana kah jalan cerita yang benar, sama ada benarkah nabi muhamad ada didalam ayat kitab??? Shalom saudaraku

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca bible terjemahan atau tulisan ibrani?
      https://www.youtube.com/watch?v=b-W5FxjR42g

      Padam
    2. Buat kajian pada Al-Quran dan hadis dulu,baru kamu faham.. Bible kamu sudah corrupted sudah banyk ditokok tambah..


      Padam