Sabtu, 24 Mac 2012

PERINGATAN


 
Kepada putera dan puteri islam yang dikasihi
Bagaimanakah dengan amalan yang kita lakukan dalam kehidupan kita? Adakah ia bersesuaian dengan tuntutan agama kita? Adakah segala amalan wajib telah kita tunaikan? Adakah ilmu yang wajib telah kita tuntuti? Tepuk dada tanya iman kita sendiri…

            Cintakah kita kepada Allah dan Rasulnya? Adakah cinta itu hanya sekadar pada bibir atau sebaliknya? Adakah cinta kita hanya pada dunia sahaja? Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekalian, ingatlah bahawa kita sekarang berada dalam keadaan dan suasana masyarakat yang telah disabdakan oleh baginda Rasulullah S.A.W. sejak beribu tahun dahulu, iaitu kita berada pada zaman dimana zaman akan terbitnya Dajjal serta kelahiran Imam Mahadi dan turunnya semula Nabi Isa A.S. dimuka bumi ini. Zaman ini disebut sebagai zaman “Akhir Zaman”. Zaman berlakunya kerosakkan yang sungguh dasyat, tidak kira dari segi agama, akhlak, ekonomi dan segalanya.

            Pada zaman ini akan berlakunya pelbagai perkara-perkara yang sangat penting, iaitu :

1.    Sembahyang diabaikam, diringankan dan ditinggalkan
2.    Orang yang taat pada agama ditindas, sehingga tidak dapat melakukan apa-apa
3.    Agama Islam tidak dibela, walaupun ramai penganutnya
4.    Al –Quran akan banyak dicetak, tetapi bukan untuk dibaca bahkan hanya untuk digantung, dijadikan slogan, perhiasan dan sebagainya
5.    Keinginan nafsu mudah diperolehi, seperti pada filem-filem, buku-buku dan sebagainya
6.    Orang yang zalim akan menjadi pemimpin dan orang yang jahil banyak mengeluarkan fatwa-fatwa agama
7.    Perkara-perkara yang halal menjadi haram, dan yang haram menjadi halal
8.    Berbohong menjadi satu keperluan dalam kehidupan, bahkan jikalau tidak berbohong akan menjadi susah
9.    Zakat dianggap sebagai beban
10. Hujan turun bukan pada musimnya
11. Wanita menguasai lelaki dengan amalan syaitan
12. Anak-anak derhaka kepada ibu bapa
13. Antara kawan dan lawan sukar untuk dibezakan
14. Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya
15. Banyak berlaku bencana alam

Wahai saudara-saudaraku, itulah sedikit sebanyak gambaran yang telah diberikan oleh Rasulullah kepada kita sebagai panduan buat kira semua. Marilah kita bersama-sama kembali kepada jalan Allah, berpeganglah dengan seutuhnya tali Allah itu(Agama Islam), kerana barangsiapa yang tidak berpegang dengan Islam, azab yang pedih akan kita perolehi pada akhirat kelak.

Ingatlah bahawa Rasulullah telah meninggalkan kita semua sejak seribu tahun dahulu lagi, namun ingatlah bahawa Rasulullah itu sentiasa hidup dalam diri kita semua. Ingatlah bahawa Allah itu Tuhan kita yang satu, janganlah sesekali menyembah Tuhan selain dia, dan janganlah sesekali mengambil agama lain selain agama Islam. Rasulullah telah meninggalkan dua perkara yang penting dalam kehidupan seharian kita, sebagai panduan hidup kita semua. Selagi kita berpegang teguh kepada kedua-duanya, maka akan sejahteralah dunia dan akhirat kita. Perkara tersebut, ialah al-Quran dan as-Sunnah.

TELAH TERBIT


 
Telah terbit
Dinihari sebelum fajar
Dan sejuknya mengigit tulang
Titik-titik embun segar di daunan

            Telah terbit
            Rasa takut di tengah malam
            Mungkin esok atau lusa    
            Hanya tinggal jasad sahaja
            Dibungkus dengan debu-debu dosa

Telah terbit
 Rasa kesedaran di dalam mimpi
Satu kejutan paling ngeri
Aku bertanya kepada diriku sendiri
Apakan jawapan yang harus aku beri
Pabila berbicara di mahkamah Agung kelak…

Alangkah indahnya…

 

Alangkah indahnya
Kalau kita sebaik Khadijah
Menguatkan suami dengan harta dan cinta
Demi perjuangkan untuk agama

            Alangkah indahnya
            Kalau kita semurah Aisyah
            Mencari-cari hatta sebiji kurma
            Untuk disedekahkan dijalan Allah

Alangkah indahnya
Kalau kita seberani dan sekuat Sumaiyyah
Sanggup mempertahankan agama
Hingga mati disula

            Alangkah indahnya
            Kalau dapat membisikan bicara hati
            Setiap dinahari
Seperti Rabiatul Adawiyah
            Mengucap bicara cinta pada Tuhannya
            “Aku menyembahMu bukan kerana takut neraka-Mu
            Tidak juga kerana mengharap syurga Mu
            Tetapi kerana kemuliaan cinta Mu”

Ahh… diri yang lemah
Alangkah indahnya…
Jika atas kelemahan dan kekurangan yang ada
Kita masih dapat bersyukur
Lantaran apa yang terdaya
Masih kurniaan Ilahi.

MADAH UNTUKMU PEJUANG

 

Duhai pejuang,
Kubangga dengan keimananmu,
Tidak goyang dengan tangis keluarga,
Tidak teracun secular,
Tidak goyang dengan ugutan,
Dan kata nista,
Tidak goyang dengan sepak terajang,
Malah engkau tetap teguh,
Dengan keimanan yang satu.

Duhai pejuang,
Demi menegakkan hukum Ilahi,
Engkau rela berkorban,
Engkau rela diseksa,
Malah engkau rela mati kerananya.

Duhai pejuang,
Gugurnya jasadmu tiada sia-sia,
Disisi Ilahi ada ganjarannya,
Syurga Firdaus melambai mesra.

PUISI BERMUSAFIRLAH

 

Tuhan,
Dalam permusafiran ini,
Datang siling ganti,
Pengalaman yang baru,
Sentiasa didapati,
Banyak mengajar dan
Mengetuk hati ini,
Mengasah kematangan,
Menguatkan fikiran,
Dalam mengahadapi hari-hari
Yang mendatang.

Kiranya  pada permusafiran ini,
Dapat kutundukkan,
 sifat-sifat  mazmumahku,
telah kucuba penuhi dengan,
sifat-sifat mahmudah,
hina diri,
tawakal dan tabah,
sentiasa berasa dagang,
ditempat orang.

Menyedarkan aku,
Engkaulah segala tempat mengadu,
Dan menaruh harapan,
Tidak kepada manusia,

Tuhan,
Terima kasih,
Dengan restu-Mu,
Dan petunjuk-Mu,
Pada permusafiran ini,
Semoga tanya,
Dirahmati selalu.

Selasa, 13 Mac 2012

KATA - KATA HIKMAH DARIPADA PARA KEKASIH ALLAH

                                                   

1.       IBN JAWZI

“sekarang fikirkalah keadaan dirimu, saya kata kepada diriku. ‘kamu sebenarnya hamba kepada seorang Tuan yang telah memeliharamu sejak kamu  dilahirkan. Tidak diketahui berapa kali Dia telah mengampuni kesalahanmu, adakah kamu ingat bagaimana Dia telah memenuhi keperluan hidupmu? Dengan anugerah-Nyalah kamu mendapat ilmu dan mengusahakan mata pencarianmu. Dia menjagamu daripada setiap bahaya dan memimpinmu ke jalan yang benar. Dia telah menyelamatkan dirimu daripada musuh-musuh kamu. Dia telah memperelokkan rupa paras kamu dan menyempurnakan akal fikiran kamu. Dia membolehkan kamu menguasai pelbagai bidang ilmu dalam masa yang singkat, sedangkan orang lain mengambil masa yang lebih lama daripadamu. Dia juga telah mengurniakan kepadamu kefasihan lidah, kecerdasan akal, dan kekeuatan ingatan serta telah membuat kamu dikasihi dan dihormati oleh manusia, serta memudahkan mata pencarianmu tanpa kamu terhudang budi dengan sesiapapun. Adakah patut bagi kamu untuk tidak mensyukuri segala nikmat dan kurniaan-Nya yang telah dilimpahkan kepada kamu?’.

“Dan jika kamu menghintung nikmat pemberian Allah nescaya kamu tidak dapat menghintungkannya”
(Ibrahim:34)
2.       ABD QADIR AL-JILANI

“Hadapkanlah pandangan kamu kepada Dia yang sedang melihatmu. Tetapkanlah dirimu di hadapan dia yang menetapkan diri-Nya dihadapanmu. Cintailah Dia yang mencintaimu. Sahutilah seruan Dia yang menyerumu. Pintalah pertolongan daripada Dia yang dapat menolongmu, mengeluarkanmu daripada kegelapan kejahilan, menyucikan kamu daripada nafsu rendah serta godaan, kekecewaan dan ketakutan yang mengaburimu. Nafsu duniawi kamu adalah seperti rakan bodoh yang menyimpangkanmu daripada jalan yang benar serta mneghalang kamu daripada mencapai perkara yang benar-benar menyukakanmu. Berapa lamakah kamu hendak menjadi hamba kepada godaan dan tarikan nafsumu, kelobaan, kesombongan, pendek kata dunia sementara ini? Berapa lamakah kamu hendak lalai daripada akhirat, dan daripada Pencipta kamu yang mencipta segala akan sesuatu, Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Nyata dan Yang Tersembunyi? Semua benda berada dalam genggaman-Nya, dari Dialah terbitnya rasa cinta dalam hati kamu serta ketenangan, ketenteraman, kurnia dan rahmat”

3.       ALI BIN AL-MA’MUN

“Wahai kekasihku, sesungguhnya aku ini tidak mempunyai kedudukan apa pun di sisi Allah. Oleh sebab itu, aku tidak akan berdoa kepada-Nya, hanya saja sebahagian orang-orang ahli hikmah mengatakan, “Barangsiapa takut akan sesuatu, dia pun  akan berusaha menjauhinya.” Oleh itu usahakanlah dirimu setiap hari untuk melakukan kebaikan secara berterusan, yang dengannya akan datang kepadamu suatu keteguhan dengan mendapatkan pertolongan dari Allah SWT untuk melakukan kebaikan itu sendiri. Janganlah menunda pekerjaan hari ini untuk esok, jangan paksakan diri untuk melakukan hal yang tidak mungkin engkau melakukannya. Ingatlah akan kematian kerana dengannya akan dapat memperbanyakkan sesuatu yang semestinya hanya sedikit dan dapat mengurangi sesuatu yang telah banyak. Jaga diri agar selalu bertakwa dan taat kepada Allah serta menjauhi maksiat!”

NABI MUHAMMAD S.A.W. DI DALAM KITAB BIBLE ( B 3 )




BUKTI TUJUH : BERCAKAP DENGAN NAMA ALLAH
Di dalam The English Version of the Authorised Version of the Bible pada bab Deuteronomy ayat 17 hingga 19 menyebut :

“and the Lord said unto me,
They have well spoken that which they have spoken,
I will raise them up a prophet from among their brethren,
Like unto thee, and will put my words in his mouth;
And he shall speak unto them all that
I shall command him. And it shell come to pass,
That whosoever will not Speak
In My Name I will require it of him.”

Terjemahan mengikut Bible Indonesia AlKitab (1993) ialah :

“seorang nabi akan Ku bangkitkan bagi mereka
Dari antara saudara mereka, seperti mereka ini;
Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya,
Dan ia akan mengatakan kepada mereka segala
Yang Ku perintahkan kepadanya. Orang yang
Tidak mendengarkan segala firman-Ku yang
akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku,
daripadanya akan Ku tuntut pertanggungjawaban.”

Ayat ini menceritakan seorang nabi yang akan dibangkitkan. Antara sifat – sifat nabi itu adalah Tuhan akan memasukkan kata-kata daripada-Nya ke dalam mulut nabi itu supaya disampaikan kepada manusia dengan tepat seperti yang diwahyukan. Nagi itu akan menyampaikan kata-kata Tuhan dengan nama Tuhan.

Bible yang terdapat pada hari ini bukanlah Bible yang sebenar dan bukanlah kata-kata Allah yang tepat seperti yang telah diberitakan oleh Allah kepada nabi Isa. Ia hanya merupakan kata-kata yang telah diolah oleh manusia mengikut stail masing-masing. Justeru, banyak semakan semula dan tokok-tambah dilakukan ke atas Bible. Menurut Paderi Bishop John S. Spong dari Newark di dalam bukunya Rescuing the Bible from Fundamentalism, “catatan Paul di dalam Bible bukanlah perkataan Tuhan tetapi perkataan Paul.”

Bible seperti yang ada pada hari ini ditulis oleh ramai penulis dan mereka sering tidak menukilkan tulisan-tulisan mereka dengan tepat. Tokoh Kristian, Bruce M. Metzger, di dalam bukunya The Text of the New Testament : Its Transmission, Corruption & Restoration, “Penulis-penulis Bible tidak menyalin dengan tepat segala sumber yang mereka temui, sebaliknya mereka menulis pentafsiran mereka sendiri mengenai sumber-sumber itu. Mereka melakukannya kerana ingin membetulkan kesilapan penulis-penulis lain, tetapi apa yang berlaku, mereka mendedahkan diri mereka kepada kesilapan.”

Berbeza daripada Bible, Al-Quran adalah kata-kata Allah sepenuhnya yang disampaikan melalui mulut Nabi Muhammad s.a.w. tanpa sebarang tokok-tambah, semakan semula atau pembetulan bahasa oleh manusia. Professor Laura Veccia Veglier di dalam artikel Apologia dell Islamismo berkata, “kita mempunyai satu lagi bukti bahawa Quran sebenarnya adalah sebuah kitab daripada Allah, melalui teksnya yang kekal asli dan tidak pernah berubah abad berabad, sejak ia mula diturunkan hingga sekarang malah selama mana alam ini wujud.”

Disamping itu, setiap surah di dalam Quran bermula dengan “Bismillahir Rahmanir Rahim”  yang bermaksud “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”. Perkara ini selari dengan apa yang disebutkan oleh Bible di dalam bab Deuteronomy ayat 19 yang bermaksud, “Mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku”. Secara jelas menunjukkan Kalam Tuhan yang sebenarnya adalah al-Quran kerana al-Quran dimulakan dengan nama Allah.

BUKTI LAPAN : PARACLETOS SELEPAS NABI

Di dalam Gospel St. John pada bab 16 ayat 17 disebutkan mengenai perkataan Nabi Isa :

“Nevertheless I tell you the truth;
It is expedient for you that I go away:
For if I go not away, The Paracletos
Will not come unto you; But if I depart,
I will send him unto you.”

Terjemahan mengikut Bible Malaysia Al-Kitab (1996) adalah :

“Tetapi apa yang Aku katakana kepada kamu benar:
Untuk kebaikan kamu, lebih baik Aku pergi.
Apabila aku tidak pergi,
Penolong itu tidak akan datang
Kepada kamu. Tetapi apabila Aku pergi, Aku akan
Mengutus Beliau kepada kamu”.

Di dalam Gospel St. John pada bab 14 ayat 16 dan 17 disebutkan :

“And I will ask the Father, and he shall give you
Another paracletos, that he may stay with you forever.”

Terjemahan mengikut Bible Indonesia Al-Kitab (1993) adalah :

“Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan
Memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain,
Supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya,
Iaiti Roh Kebenaran.”

            Perkataan paracletos ini kadang kala digantikan dengan perkataan paraclete. Namun penggunaan kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud dan tujuan yang sama. Apa yang jelas daripada ayat ini adalah pernyataan nabi Isa yang menyatakan seorang paracletos akan datang selepas beliau dan beliau akan hidup bersama-sama dengan umat manusia selama-lamanya.

            Bible terjemahan bahasa Inggeris menggantikan perkataan paracletos dalam ayat ini dengan Comforter dan Consoler. Terdapat juga tokoh-tokoh kristian yang mentafsirkan Paracletos sebagai Holy spirit atau “roh suci”

            Perkataan paracletos sebernarnya berasal daripada bahasa Yunani Kuno iaitu bahasa bagi Gospel St. John dan kalimah yang lebih tepat dalam Yunani Kuno adalah periclytos. Kamus Alexandre’s Dictionnaire Grec-Francais menjelaskan, perkataan periclytos berasal daripada suku kata peri dan cleotis.

            Apabila dicantumkan ia membawa kepada maksud ‘yang terpuji’ ataupun dalam bahasa Inggeris the most illustrious, glorious and renowned. Semua ini selari dengan nama Ahmad dan Muhammad. Justeru, dalam sesetengah versi Perjanjian Baru yang ditulis dalam bahasa Arab, perkataan paracletos digantikan dengan perkataan Ahmad.

            Namun begitu terdapat juga tokoh-tokoh Kristian yang mengatakan paracletos akhir zaman adalah nabi Isa dan bukannya Nabi Muhammad s.a.w. pendapat ini tidak dapat diterima kerana tidak mempunyai bukti yang sahih dan pendapat ini dapat ditolak dengan menggunakan sebab-sebab yang berikut :

1.    Di dalm bab John ayat 16 dan 17, Nabi Isa berkata,
“and he shall give another paracletos, that he may stay with you forever”
Maksudnya :

“aku akan minta kepada Bapa dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong lain.”
Jelaslah, ayat ini menunjukkan kepada penong yang lain bukanya Nabi Isa sendiri.

2.    Parecletos ini akan menjadi saksi perihal Nabi isa dan hal ini disebutkan di dalam bab John ayat 26 yang bermaksud :

“sekiranya Penghibur yang akan Ku utus daripada Bapa datang… Ia akan bersaksi mengenai Aku.”

3.    Paracletos ini akan mengingatkan manusia mengenai perkara yang pernah disebutkan oleh nabi Isa berpandukan bab John ayat 26 yang bermaksud :

“Beliau akan mengingatkan kamu akan semua yang aku katakana kepadamu.”
Jelaslah daripada ayat ini mengatakan bahawa penolong itu akan mengingatkan manusia akan kebenaran yang sebenarnya yang pernah dikatakan oleh nabi Isa.

4.    Parecletos ini akan membawa satu ajaran baru daripada Tuhan. Perkara ini ada disebutkan di dalam bab Isaiah ayat 9 hingga 12 (terjemahan mengikut Bible Malaysia AlKitab (1996) :

“… sekarang Aku akan memberitahu kamu hal-hal baru sebelum semua itu berlaku. Nyayikanlah lagi baru untuk TUHAN; pujilah Beliau, hai seluruh bumi! Pujilah Beliau, hai laut dan semua isinya, bernyayilah, hai penduduk negari-negeri jauh! Hendaklah pandang gurun dan kota-kotanya memuji Allah hendaklah orang Kedar memuji Beliau…”

Quran adalah “nyayian baru” daripada Allah. Ia wajib dibaca dengan cara dan sebutan yang betul dalam bahasa ia diturunkan iaitu bahasa Arab. Isi-isinya mengandungi syariat dan peraturan yang baru dan sesuai dengan suasana akhir zaman. Bahasanya adalah baru yang boleh difahami oleh manusia dan bukanlah bahasa kuno yang tidak digunakan lagi oleh masyarakat masa kini. Nabi akhir zaman bernama ‘Muhammad’ yang bermaksud ‘Yang Terpuji’. Beliau pernah dipuji dengan gelaran al-Amin oleh golongan Quraish dan bangsa Quraish adalah keturunan Kedar. Semua bukti ini menunjukkan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w.  sebagai nabi akhir zaman.

KESIMPULAN

Semua bukti-bukti yang telah ditunjukkan, jelaslah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad itu adalah nabi akhir zaman. Apa yang dinyatakan di dalam Bible itu sebenarnya mengenai Nabi Muhammad. Antanya sifat-sifat itu adalah seorang yang ummi dimana tidak tahu membaca dan menulis. Beliau juga adalah Himdah atau Paracletos yang bermaksud ‘Yang Terpuji’

            Untuk pengetahuan semua, bekas Paderi Roman Catholic iaitu bekas Revered David Benjamin Keldani, di dalam bukunya Muhammad in the Bible. Beliau berkata (maksudnya) : “Perihal tulisan-tulisan ini, saya ingin menunjukkan, ajaran Islam yang berkaitan aspek-aspek ketuhanan dan Rasul akhir zaman adalah benar… saya kasihkan Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sebagai mana saya mengasihi Nabi Muhammad s.a.w. dan semua rasul-rasul yang lain.”