Isnin, 14 November 2011

WAHSIAT IMAM SYAFIE (MENUNTUT ILMU)



1.    KEUTAMAAN ILMU
Jika aku melihat ahli hadis, terbayang olehku akan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan kebaikan mereka, kerana mereka telah menyelamatkan sesuatu yang asli. Selain itu, mereka memiliki kelebihan ke atas kita.
            Semua ilmu, kecuali Quran, hadis dan Fiqih, menyibukkan orang. Ilmu yang benar adalah yang jelas rawinya, jika tidak ia datang daripada syaitan.
            Kurandahkan diriku untuk manusia dan kumuliakan diri mereka. Diri yang tidak direndahkan tidak akan mulia.

2.    INSAN PENGABDI ILMU
Ilmu itu memiliki keutamaan yang membuat orang mengabdi kepadanya. Memelihara ilmu itu wajib sebagaimana wajibnya seorang manusia menjaga harta dan darahnya. Barangsiapa mempunyai ilmu, kemudian ia mewariskan ilmunya kepada orang yang tidak berhak menerimanya, maka zalimlah perbuatan itu.

3.    ILMU MEMBAWA KEMULIAAN
Aku melihat bahawa pemilik ilmu itu akan mulia, walaupun ia dilahirkan di tengah keluarga yang buta huruf. Ilmu selalu dapat mengangkat darjat pemiliknya sehingga semua orang mulia menghormatinya. Mereka akan mematuhi kata-kata sang pemilik ilmu, ibarat pengembala yang menjadi raja gembalaanya. Setiap orang tidak akan merasakan kebahagiaan tanpa ilmu dan tanpa ilmu tidak akan kenali halal dan haram.

4.    CARA MEMPEROLEH ILMU
Tidak akan kamu memperoleh ilmu kecuali dengan enam perkara, iaitu kecerdasan, semangat keras, rajin, dan agresif, wang yang cukup, serta bersahabat dengan guru dalam tempoh yang lama.

5.    KESUNGGUHAN
Manakala engkau mendengar cerita tongkat milik datuk menjadi pohoh dan berbuah janganlah percaya.
            Manakala engkau mendengar seorang nenek tewas ketika hendak minum kemudia tenggelam ti tengah sungai, buktikanlah!
            Jika kekayaan dapat dicapai melalui angan-angan, maka akan engkau temukan aku tergantung di tengah taburan bintang yang bergemerlapan.
             Tapi ingatlah, orang yang diberi darjat mulia kerana ilmunya tidak mungkin diberi harta melimpah, kerana ilmu dan harta tidak mungkin jalan bersama.
            Sudah menjadi suratanbahawa orang yang akan dinaikkan darjatnya, pasti diuji dengan kemelaratan. Buktinya banayak orang pandai yang hidupnya melarat dan banyak orang bodoh yang hidup serba cukup.
            Orang yang diberi rezeki dengan mudah, pahalanya sedikit, tidak terpuji dan tidak mendapat taufik.
            Kesungguhan itu dapat memecahkan persoalan yang berat sekalipun, bahkan dapat membuka setiap pintu yang terkunci.

6.    MENUNTUT ILMU
Keterjagaanku di tengah malam untuk menekuni ilmu lebih nikmat bagiku berbanding lagu merdu dan bau wangian.
            Goresan penaku di tengah lembaran kertas terasa lebih indah berbanding dengan khayalan. Bergelut dengan masalah keilmuan lebih mengasyikanku disbanding mendengar nyanyian seorang gadis. Aku terjaga setiap malam untuk belajar pada saat orang-orang sedang lelap tidur.

7.    BELAJARLAH
Belajarlah! Tidak ada bayi yang lahir langsung menjadi ilmuan dan tidak sama di antara ilmuan dengan orang yang bodoh. Sebesar apapun sebuah Negara itu, ia kana dinili kecil jika penduduknya tidak berilmu, apabila dibandingkan dengan Negara kecil yang banyak penduduknya berilmu. Sekecil apapun Negara itu, akan menjadi kuat apabila penduduknya ebrilmu. Sesungguhnya negara itu besar jika dibandingkan dengan umumnya negara-negara lain.

8.    ILMU ITU DATANG DALAM KEHENINGAN
Hikmah tidak dapat dicapai oleh orang yang selama hidupnya sibuk denga urusan keluarga. Ilmu tidak akan diperolehi, kecuali oleh orang yang hidupnya tenang. Luqman al-Hakim diberi keutamaan oleh Allah kerana dia sudah diuji hidupnya dengan kemiskinan di tengah keluarga yang hartanya melimpah.

9.    ILMU BERADA DALAM DADA
Ilmuku sentiasa bersamaku. Ia sangat bermanfaat bagiku bila ku amalkan. Hatiku adalah bejena penampung ilmu dan bukan perut yang menampungnya.
            Ketika kau berada sirumah, ilmuku tinggal disana dan ketika aku pergi ke pasar, ilmuk selalu mengikutiku ke mana pun aku pergi.

10. SINAR ILMU MEMANCAR KETIKA MAKSIAT DITINGGAL
Aku pernah bercerita kepada Waki’ (guru Imam Syafie) mengenai kesulitan menghafal. Dia menunjuki aku agar menghindari maksiat. Dia juga mengatakan kepadaku bahawa ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan diberiakn kepada orang-orang yang banyak melakukan maksiat.

11. LADANG KEBANGGAN MANUSIA
Ilmu itu ladangnya kebanggan, maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Tetapi janagan sampai terlewatkan olehmu memiliki kebanggan itu.
            Ketahuilah, ilmu tidak akan dapat dirai oleh orang-orang yang perhatiannya hanya pada makanan dan pakaian. Ilmu aakn lebih senang bersahabat dengan orang-orang yang hidupnya sederhana.
            Ambilah ilmu sebanyak-banyaknya! Meskipun harus banyak berkorban dan menderita, kerana pada suatu hari kelak, bila engkau menghindari suatu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebanggaan majlis itu.

12. HIASAN MANUSIA ADALAH ILMU DAN TAKWA
Terimalah cacian gurumu dengan hati yang lapang dan penuh kesabaran, kerana ilmu gurumu hanya akan dapat engkau terima dengan menyerahkan dirimu sepenuhnya kepadanya.
            Barangsiapa yang tidak pernah merasakan pahit getirnya menuntut ilmu,  meskipun sedikit tentulah ia akan terjerumus ke dalam kebodohan seumur hidupnya.
            Barangsiapa yang tidak memanfaatkan masa mudanya untuk menuntut ilmu, maka bertakbirlah empatkali untuknya sebagai tanda kematian.
            Pemuda sejati di depan Allah adalah pemuda yang berbekalkan ilmu dan takwa. Jika dua bekal itu tidak dapat dimiliki oleh seorang pemuda, maka ia bukanlah pemuda sejati.

Jumaat, 11 November 2011

WAHSIAT IMAM SYAFIE (BERDOA)



1.    NILAI SEBUAH DOA
Adakah engkau menganggap nilai sebuah doa itu rendah atau tidak bernilai langsung? Padahal engkau tidak mengetahui bagaimana besarnya pengaruh doa dalam kehidupan seseorang. Tidak ada kesalahan jika engkau berdoa di tengah malam. Tetapi renungkanlah bahawa malam memiliki batas yang pasti akan berakhir.

2.    HARI UNTUK BERDOA
(dalam sebuah catatan yang pernah dibacakan oleh Abu Sulayman Al-Kathabi kepada sebahagian daripada anak-anak muridnya. Sang guru berkata : “dahulu pada hari-hari saat Imam Syafie menunaikan ibadah haji, ada satu kesempatan yang digunakan olehnya untuk mengkaji pelbagai masalah. Tiba-tiba ada seorang wanita menyampaikan sebuah lembaran yang bertuliskan :
            Semoga Allah mengampuni dosa orang yang memberi pertolongan dengan doa terhadap dua orang yang dahulunya bersahabat. Kemudian mereka bercerai-berai kerana kuasa nafsu mereka. Setelah itu hilanglah rasa persahabatan antara keduanya.
            Al-Khathabi melanjutkan. “lalu Imam al-Syafie menangis sambil mengatakan, hari ini bukanlah hari untuk berdebat. Hari ini adalah hari untuk berdoa. Kemudia Imam terus menerus mengucapkan Allah humma…Allah humma… sehingga semua sahabatnya pulang”.)

3.    HINDARILAH DOA ORANG YANG TERANIAYA
Kebayakkan orang zalim telah engkau perangi, namun ia akan tetap seperti yang ditakdirkan. Bagiku Islam tidak lain hanya mengajarkan ibadah dan doa-doa yang tidak dapat ditangkis dengan baju-baju besi.
            Jangan engkau mengaggap remeh doa orang-orang yang teraniaya, kerena doanya menembusi orang yang zalim dan pegikutnya bagaikan panah dari negeri Qis. Doanya akan masuk ke dalam jiwa dan tubuhnya bagaikan anak panah yang menebusi tubuhnya. Ekorannya adalah bulu matanya, pelicinnya adalah air mata.

4.    AKU TIDAK PEDULI
Cukuplah Engkau sebagai pelindungku, kerana dalam diri-Mu terkandung pelindung hatiku. Aku tidak peduli, bilakah cinta-Mu tiba. Selamanya tidak ada yang menghalangi kedatangan cinta-Mu kepadaku.

5.    JANGAN BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH
Apabila pagimu telah penuh dengan dosa, dan engkau takut akan seksa-seksa-Nya di hari kemudian, percayalah telah datang keampunan Allah Yang Maha Pengampung kepadamu, beserta nikmat-Nya yang berlipat ganda. Janganlah sesekali berputus asa daripada kasih sayang Allah, pada saat yang bagaimanapun. Bukankah dalam perut ibumu ada segumpal darah dan sejuta kasih sayang apabila Dia menginginkan engkau untuk menjadi penghuni Jahanam selama-lamanya, pastilah Dia mengosongkan hatimu daripada ketauhidan.

6.    ISTIGHFAR DAN TAUBAT
Ya Allah, limpahilah hatiku dengan belas kasih-Mu, baik pada siang dan malam hari, mahupun pada saat pagi dan petang yang bersiling ganti.
            Tidak terlewatkah dalam hatiku, semasa aku tidur atau terjaga, kecuali mengigat nama-nama-mu antara jiwa dan nafasku.
            Engkau telah masukkan ke dalam hatiku sebuah gagasan bahawa Engkau Maha Suci daripada segala-galanya.
            Telah banyak dosa yang telah aku perbuat, dan Engkau mengetahuinya. Namun, saat petang menjelang dan pagi itu datang, aku juga masih berbuat dosa.
            Tuntunlah aku pada jalan yang telah ditempuh oleh hamba-hamab-Mu yang soleh dan janganlah sesatkan aku dalam menapaki jejak agama-Mu.
            Bimbinglah aku di dunia ini dan di akhirat kelak serta cerahkanlah wajahku pada saat orang-orang bermuka masam.

7.    ANUGERAH ALLAH
Aku melihat-Mu pada saat penciptaanku yang penuh dengan anugerah. Engkaulah sumber satu-satunya pada saat penciptaanku. Hindarkanlah aku dari anugerah yang buruk. Kerana sepotong kehidupan telah cukup bagiku hingga tiba saat Engkau mematikanku.

8.    MERENDAHKAN DIRI MENGHARAP BELAS KASIH
Dalam keadaan yang hina, yang jauh dari keagungan-Mu dengan segala rahsia yang tidak kuketahui. Dengan kepala menunduk, dengan kesedaran yang dalam, dengan kedua tangan mengadah, kumohon anugerah dan belas kasih-Mu ya Allah.
            Dengan Asma-Mu yang baik itu, kupanjangkan doa baik dengan puisiku mahupun dengan prosaku.
            Dengan janji-Mu yang terdahulu: ‘Bukankah Aku Tuhanmu?’
            Dengan orang yang belum dikenal, kemudian ia dikenal dengan namanya.
            Berilah aku setitis kasih sayang, duhai Zat Yang Maha Pengasih, agar hidupku tidak merana.

9.    PERPISAHAN DENGAN DUNIA MENUJU AKHIRAT
(Abu Ibrahim Ismail bin Yahya mengatakan : “Aku masuk menemui Imam Syafie ketika dia dalam keadaan sakit dan akhirnya menyebabkan kematiannya. Aku berkata kepadanya: “bagaimana keadaamu pagi ini?” Imam menjawab: “pagi hari ini kutinggalkan dunia. Aku berpisah dengan kawan-kawan. Aku telah minum ‘piala’ kematian. Aku sedang menuju Allah s.w.t. dan aku sama sekali tidak tahu akan ke man rohku. Apakah ke neraka atau ke syurga? Aku (Abu Ibrahim) mencuba menghiburkannya. Imam lalu menangis sambil mengucapkan ;)
            Disaat hatiku membeku dan fikiranku kacau, kujadikan harapanku sebagai tangga menuju ampunan-Mu. Dosaku terlalu besar bagi diriku, akan tetapi ampunan-mu lebih besar dibandingkan besarnya dosaku.
            Selama ampunan-Mu masih mengalir, tidak ada dosa yang tidak dihapuskan, Engkau Maha Pemurah, Maha Pengampun dan Maha Mulia.
            Kalaulah bukan kerana Engkau, tidak seorang hambapun yang tunduk kepada iblis. Bagaimana mungkin? Adam pilihan-Mu, telah dijerumuskan oleh iblis.

Khamis, 10 November 2011

WAHSIAT IMAM SYAFIE (BERSAHABAT)



1.    SAHABAT YANG BAIK
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika hidup ataupun setelah aku mati.
            Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
            Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan berasa senang. Semakin banyak aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.
2.    MENCARI SAHABAT DI WAKTU SUSAH
Belum pernah aku temukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau duka melanda, aku sering bertanya… siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.
3.    PASANG-SURUT PERSAHABATAN
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuhkanku dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagian, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
4.    MENGASINGKAN DIRI LEBIH BAIK DARIPADA BERGAUL DENGAN ORANG JAHAT
Bila tak ku temukan sahabat-sahabat yang bertakwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.
            Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkan aku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti ku waspadai.
5.    SUKARNYA SAHABAT SEJATI
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka, maka kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.
            Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Ku tinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak keburukkannya dan ku jauhi orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.
6.    SAHABT SEJATI DI WAKTU SUSAH
Kawan yang tak dapat dimaafkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati yang menolong ketika susah.
            Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu Negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.
7.    ROSAKNYA KEPERIBADIAN SESEORANG
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri ittu.
8.    MENGHORMATI ORANG LAIN
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.
            Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dasyat.
9.    MENGHADAPI MUSUH
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.
            Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.
            Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia beerti memutuskan persahabatan.
10. TIPU DAYA MANUSIA
Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hina anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak sepeti manusia. Manusia yang jahat selamanya tidak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.
11. TEMPAT MENGGANTUNGKAN HARAPAN
Apabila engkau mengingingkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.
12. MENJAGA NAMA BAIK
Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Berpisah dengannya bererti instirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
            Tak semua orang yang engkai cintai, mencintaimu, dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak gunanya cinta yang dibuat-buat.
            Tidak baik bersahabat dengan pengkianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.
            Selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji…

Selasa, 1 November 2011

CHAKRA


salam. kepada semua saudaraku,
 adakah saudara tahu bahawa terdapat 7 jenis cakra dalam badan kita? Hal ini demikian, kerana setiap makhluk mempunyai medan elektromegneti. Bagi kita yang bergelar manusia, cakra kita disebut dengan nama aura yang mempunyai warna, yang tersendiri sebagai lambang kepada cakra itu sendiri. Cakra ini boleh berubah-ubah mengikut keadaan tubuh badan kita. Setiap cakra itu mempunyai jalinan yang tersendiri terhadap keadaan badan kita, sama ada dari segi emosi, pola fikiran, iman dan sebagainya. Cakra-cakra yang terdapat dalam badan kita, ialah :
1.    Cakra Mahkota ; terletak di atas kepala (ubun-ubun) ; berwarna ungu
2.     Cakra Ajna ; terletak di depan tengah alis mata ; berwarna indigo
3.     Cakra kerongkong ; terletak depan tenggorokan ; berwarna biru
4.    Cakra Jantung ; terletak di depan tengah dada ; berwarna hijau
5.     Cakra Solar Plexus ; terletak di depan ulu hati ; berwarna kuning
6.    Cakra Tantien ; terletak 2 sd. 3 jari dibawah pusar ; berwarna orange
7.    Cakra Dasar ; terletak diujung tulang ekor bawah ; berwarna merah
Saudaraku,  topik yang utarakan ini bukan untuk mengotak-kotakkan fikiran saudara semua, tetapi ingin mengajak saudara semua untuk membebaskan diri kita daripada rantai penipuan dunia. Mengapa saya berkata sedemikian? Jawapannya adalah, mereka yang digelar golongan elit ini telah berjaya mengawal diri kita demi mencapai matlamat mereka, iaitu bagi mewujudkan ‘Dunia Pemerintahan Baru’. Namun, daripada ketujuh-tujuh cakra itu, saya hanya ingin menekankan 5 cakra penting sahaja, iaitu cakra mahkota, cakra kerongkong, cakra jantung, cakra tantien dan cakra dasar.
Cakra dasar ialah cakra yang melibatkan tenaga seksual kita semua. Dalam Islam, terdapat konsep ‘halal’ dan ‘haram’ atau dengan kata lain, iaitu ‘dibolehkan’ dan ‘diharamkan’ oleh Allah. Maksud disini, ialah persetubuhan antara lelaki dengan perempuan adalah haram, kecuali jika kamu berkahwin. Cakra ini akan menghasilkan tenaga yang sihat apabila ia digunakan dalam persekitaran yang sihat, iaitu dengan berkahwin. Oleh hal demikian, hubungan yang dilakukan tanpa berkahwin adalah tidak digalakkan dan haram, kerana ia akan mengundang bencana yang besar kepada diri dan orang disekeliling kita. Mengapa saya menerangkan cakra dasar dengan sedemikian rupa? Jika saudara semua ingin tahu, bahawa kita mereka telah cuba untuk mengotorkan cakra tersebut dengan mewujudkan budaya “couple” dalam kehidupan kita, mereka juga telah mewujudkan hari yang dikatakan hari untuk memperingati orang yang kita cintai, iaitu “valentine day” dan banyak lagi perkara yang telah mereka lakukan untuk merosakkan cakra tersebut. Mereka juga telah memberikan ini kepada kita semua :
http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRf5xZxKwgllmAH-TZzqye55oaucOwn0Y6E2ecSFvCOKsqeIR21http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRnrz7W_0huvFRhFMki2CvLjOrh3q2QMWDsdmQEgUc9N9yZQYveQw
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSEXIjn6tQUk_MBh-Z7zT3VyTmeMCqctjeJPb8x_zKQKJavzhO1_lnuKl9k

sex
“Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur : 32)
Cakra yang kedua, iaitu cakra tantien. Cakra ini merupakan cakra yang berada disebelah perut kita semua dan ia melibatkan tenaga dalaman dan sebagai penyimpan tenaga kehidupan. Untuk membina tenaga kehidupan yang positif dan betul, kita mestilah mengambil makanan yang sihat, berkhasiat dan halal. Hal ini demikian, makanan itu akan menjadi darah daging kita semua. Jika makanan itu daripada sumber yang halal, maka baiklah kehidupan kita dan sebaliknya. Saudara semua ingin tahu mengapa saya menjelaskan sedemikian? Ini kerana, mereka telah pun mewujudkan satu sistem yang menimbulkan rasa curiga atau was-was terhadap apa yang kita lakukan. Contohnya, dengan melaburkan wang yang kita perolehi ke dalam bank yang tidak menjalankan urusan bukan dengan cara Islam. Adakah kita tahu bahawa faedah yang kita terima itu adalah betul-betul halal. Tepuk dada Tanya iman saudara semua. Mereka juga memberikan kita :
http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQBeuVNByETkp5QtUeOhKOW0c53KwdPMtxmHG_VrCTzoJa7XsNXRQhttp://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQgL8rdwi_OlbI-bnYMAW3zsziq0c1FyB7emMRmS_Vn35B3s0aL



Makanan yang tidak berkhasiat


 Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (Surah 2 - Al Baqarah : Ayat 172)

Cakra yang ketiga, iaitu cakra jantung atau dengan nama lain, iaitu cakra hati. Cakra hati melibatkan perasaan belas kasihan, cinta, penghormatan dan pemenuhan emosi. Ini semua boleh dicapai melalui hubungan yang sihat, kasih saying dan keamanan antara manusia dan alam semulajadi. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa baginda diutuskan bagi melengkapkan ajaran kebaikan oleh Nabi Isa dan para Nabi yang terdahulu. Melalui belas kasihan sahajalah masyarakat yang sihat dapat dilahirkan. Mengapa saya menghuraikan dengan cara sedemikian, ialah mereka semua telah mendidik kita semua supaya mementingkan diri sendiri daripada orang lain, buktinya di Negara Jepun, sesiapa yang menolong orang yang dilanggar dan orang itu disahkan cacat, maka dia akan dikenakan tindakan. Mereka juga telah merosakkan cakra ini :


pergaduhan dan peperangan
Cakra yang keempat, ialah cakra kerongkong. Cakra ini melibatkan komunikasi dan peluahan diri. Cakra ini sangat penting kerana kita sentiasa menggunakannya dalam kehidupan kita, tidak kira dimana kita berada. Cakra ini boleh menyebabkan pelbagai masalah yang besar timbul seperti pemutusan tali persaudaraan akibat daripada fitnah orang yang tidak bertanggungjawab. Oleh hal demikian, kita mestilah sentiasa berhati-hati apabila ingin mengeluarkan kata-kata. Penerangan saya berkaitan cakra ini kerana mereka telah berjaya menyebarkan  falsafah mereka  terhadap cakra ini, iaitu telah menjadikan perkataan yang tidak elok dalam pertuturan seharian kita semua. Misalnya, ‘shit’, ‘damp’, looser’ dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud :
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. 3)kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah al-‘Asr ayat 2-3)

Penipuan
            cakra yang terakhir, ialah cakra mahkota. Cakra ini melibatkan kebijaksanaan, gerak hati, kesedaran dan kerohanian. Cakra ini adalah cakra yang paling penting sekali kerana ia melibatkan akal kita, untuk berfikir sama ada perkara yang kita lakukan itu adalah betul atau salah. Pencemaran cakra ini dapat dilihat pada kawalan minda yang dilakukan oleh mereka. Mereka telah mengawal minda kita semua, supaya kita sedar dengan apa yang kita lakukan dan supaya kita tidak dapat menentang mereka. Buktinya, dalam kehidupan seharian kita, kita akan bangun tidur pada jam 6 pagi, kemudian pergi bekerja dan perlu sampai sebelum jam 8 pagi. Pada jam 10:30 pagi kita akan rehat dan selepas itu meneruskan semula kerja kita dipejabat. Pada jam 1:30 petang kita akan rehat lagi dan meneruskan semula kerja kita pada 2:30 petang. Pada jam 5 petang kita akan bergerak pulang ke rumah. Apabila kita sampai kita akan merehatkan badan. Proses ini akan berterusan sehingga umur kita mencapai usia 58 tahun. Tidakkah saudara semua Nampak bahawa mereka telah mengawal kehidupan kita semua tanpa kita sedari. Apabila kita sedah terbiasa dengan keadaan sedemikian, kita tidak dapat melakukan perkara yang baru tanpa masa yang singkat. Masa kita terikat semata-mata kepada kerja sahaja. Kita tidak dapat melungkan masa untuk bertemu dengan saudara-saudara kita yang lain. Fikit-fikirkanlah wahai saudaraku.
Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.( Yunus: 100)

Kawalan minda
Secara kesimpulannya, hanya dengan mengayakan setiap cakra ini dengan kebaikan sahajalah kita boleh mencapai potensi kita sebagai seorang insan. Oleh itu, seseorang harus menggunakan dan mengayakan kesemua kemahuan fizikal, mental, dan emosi dengan cara yang betul agar dapat membersarkan jiwa dan mengusai diri kita sendiri serta kita dapat mencapai potensi diri. Hanya dengan itu sahajalah kita boleh menjadi insan yang lengkap. Tidakkan saudara mengatahui bahawa mereka(kumpulan Illuminati) telahpun melancarkan peperangan dengan melibatkan cakra-cakra ini. Ia bukannya satu kebetulan bahawa sasaran mereka adalah cakra-cakra yang sama kita bincangkan sebentar tadi. Satu persatu cakra telah mereka serang mengikut urutan cakra tersebut. Justeru itu, bagi mencapai pengcahayaan hidup, seseorang mesti menaikkan tanganya melalui cakra-cakra ini, bermula dari bawah, iaitu cakra seksual kepada cakra yang tertinggi, iaitu cakra mahkota.
            Untuk pengetahuan saudara, salah satu kerisauan mereka, ialah apabila kita berjaya memenangi peperangan cakra-cakra ini. Hal ini demikian, apbila kesemua cakra ini tersusun dan digunakan dengan cara yang betul, maka akan muncul di atas cakra mahkota ini satu cakra yang baru. Cakra ini tidak akan dapat mereka sentuh dan merupakan satu cakra yang menjadi kemuncak kepada jiwa yang bebas. Mereka tahu bahawa apabila satu jiwa yang bebas akan berupaya untuk membebaskan jiwa-jiwa yang lain. Oleh hal demikian, satu persatu sistem mereka akan roboh. Namun, ini semua bergantung dengan pilihan yang dibuat oleh kita semua bermula dari sekarang. FIKIRKANLAH…PILIHAN TERLETAK KEPADA SAUDARA SEMUA… 

Khamis, 20 Oktober 2011

Pemimpin




Jika dahulu, para sahabat R.A sangat takut jika dipilih menjadi seorang pemimpin, tetapi sekarang,ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin. Semua mengaku yang terbaik dan sanggup menjatuhkan lawannya dengan apa cara sekalipun!

Sabda Rasulullah SAW ketika beliau menyampaikan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari).
Memilih pemimpin bukanlah perkara remeh, sebab calon yang dipilih itulah yang akan membawa tag pemimpin rakyat untuk membuat dan menjalankan dasar-dasar yang menentukan nasib ribuan malah jutaan jiwa umat. Suka tidak suka, calon yang terpilih itulah yang akan menulis dakwat sejarah di negeri ini. Walau apapun sejarah itu masih tanda tanya besar, apakah akan menjadi dakwat emas yang sentiasa dikenang atau dakwat hitam yang sentiasa dikenang dengan kenangan hitam. Mampukah dia menjadi pemimpin sejati atau menjadi pemimpin yang mengkhianati amanat rakyat.
Pemimpin merupakan lambang kekuatan, keutuhan, kedisiplinan dan persatuan. Namun harus kita sedari juga bahawa pemimpin bukanlah hanya sekadar lambang. Oleh itu, ia memerlukan kecekapan, kelayakan dan aktiviti yang utama untuk memimpin bawahannya.
Melihat ciri-ciri pemimpin, sebagai seorang Muslim, tentu kita tidak boleh sembarangan memilih pemimpin. Jangan sampai ibarat “memilih kucing dalam karung” yang kemudian hari akan mencalarkan kita semula.
PERANAN SEORANG PEMIMPIN
Menurut perspektif Islam ada dua peranan yang dimainkan oleh seorang pemimpin:
1. Pelayan (khadim)
Pemimpin adalah pelayan bagi pengikutnya. Seorang pemimpin yang dimuliakan orang lain, belum tentu perkara tersebut sebagai tanda kemuliaan. Kerana pemimpin yang baik adalah pemimpin yang boleh berkhidmat dan menjadi pelayan bagi kaumnya.
Seorang pemimpin sejati, mampu meningkatkan kemampuan dirinya untuk memuliakan orang-orang yang dipimpinnya. Dia membelanjakan lebih banyak, dia bekerja lebih keras, dia berfikir lebih kuat, lebih lama dan lebih mendalam dibanding orang yang dipimpinnya.
Demikianlah pemimpin sejati yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW.Bukan sebaliknya, pemimpin yang selalu ingin dilayani, selalu ingin mendapatkan dan mengambil sesuatu dari orang-orang yang dipimpinnya.
2. Pemandu (muwajjih)
Pemimpin adalah pemandu yang memberikan arahan pada pengikutnya untuk menunjukkan jalan yang terbaik untuk selamat sampai di tujuan tentu saja itu baru tercapai dengan sempurna jika di bawah naungan syariat Islam.
CIRI-CIRI PEMIMPIN DALAM ISLAM
Perlu disedari, dalam memilih pemimpin ada tanggung jawab yang akan dipikul di hadapan Allah terhadap pilihan kita. Di sinilah pentingnya seorang pemilih mengenal calon pemimpinnya agar boleh mengetahui kesesuaiannya dengan watak pemimpin ideal yang ditetapkan oleh Islam. Kalau ternyata sesuai, maka jangan segan memberikan undi.
Di antara ciri-ciri pemimpin dalam Islam, iaitu:
1. Jujur
Pemimpin Islam haruslah jujur kepada dirinya sendiri dan pengikutnya. Seorang pemimpin yang jujur akan menjadi contoh terbaik. Pemimpin yang perkataan dengan perbuatannya sentiasa selari.
2. KompotensiKompotensi dalam bidangnya mutlak dimiliki oleh seorang pemimpin Islam. Orang akan mengikuti seseorang jika dia benar-benar meyakini bahawa orang yang diikutinya benar-benar tahu apa yang sedang diperbuatnya.
3. InspirasiSeorang pengikut akan merasakan ‘selamat’ jika pemimpinnya membawanya pada rasa selesa dan menimbulkan rasa optimis walau seburuk apa pun situasi yang sedang dihadapi.
4. Sabar
Pemimpin Islam haruslah sabar dalam menghadapi segala macam persoalan dan keterbatasan, serta tidak bertindak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan.
5. Rendah hatiSeorang pemimpin Islam hendaklah memiliki sikap rendah hati. Tidak suka menampakkan kelebihannya (riya) serta tidak merendahkan orang lain.
6. MusyawarahDalam menghadapi setiap persoalan, seorang pemimpin Islam haruslah menempuh jalan musyawarah serta tidak menentukan keputusan sendiri.
Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di, RA mengatakan,
“Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya, padahal beliau adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya dan paling banyak ideanya,” Maka bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. ” (QS. Ali Imran: 159). Maka bagaimana dengan yang selain Baginda? “
7. Mampu berkomunikasi dengan rakyatnyaKapasiti ilmiah serta rasa sensitiviti yang baik akan mereka yang dipimpinnya, pada akhirnya akan melahirkan seorang pemimpin yang mampu berkomunikasi dengan baik kepada rakyatnya. Komunikasi yang baik kepada rakyatnya bukanlah sekadar kemampuan menimbulkan retorik yang baik, tetapi juga kemampuan memilih perkara yang akan dilempar kepada awam serta timing yang tepat semasa melemparkannya. Kematangan seorang pemimpin akan membuatnya mampu berkomunikasi yang jauh dari sikap emosional. Dan yang terpenting dari semua itu adalah pemimpin akhirnya mampu mengambil sebuah dasar yang tepat dalam sebuah keadaan yang memang diperlukan oleh rakyat yang dipimpinnya.
RAHSIA KEKUATAN PEMIMPIN
1. Kekuatan iman, ilmu, dan wawasan yang luasSeluruh nabi dan rasul memimpin dengan kekuatan iman dan ilmu. Nabi Sulaiman Alaihissalam memerintah hampir seluruh makhluk (seperti jin, binatang, angin) dengan ilmu dan keimanan yang kuat. Nabi Muhammad S.A.W dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan ilmu dan keimanan yang kuat. Dengan ilmu dan iman seorang pemimpin sanggup memimpin dirinya (seperti memimpin matanya, hatinya, lidahnya, fikiran dan hawa nafsunya) sebelum memimpin orang lain.
2. Ibadah dan taqarrub kepada Allah.Ibadah dan banyak bertaqarrub kepada Allah, dapat melahirkan kewibaan, ketawadhuan, kesabaran, optimisme, dan tawakal. Ibadah dan taqarrub juga akan melahirkan kekuatan ruhaniyah yang dahsyat.
3. Teladan
Ketika Rasulullah S.A.W mengajak para sahabat berjihad, beliau bertempur paling depan, paling ringan bersedekah dan hidup paling bersahaja. Ketika Rasulullah S.A.W menyuruh bertahajud, beliaulah yang kakinya bengkak kerana banyak bertahajjud. Ketika Rasulullah S.A.W mengajak umatnya untuk berhias dengan akhlak mulia, beliaulah manusia yang paling mulia akhlaknya.
CIRI-CIRI PENGIKUT DALAM ISLAM
1. TaatSeorang pengikut harus patuh kepada pemimpin. Setelah pemimpin dipilih melalui jalan musyawarah maka wajib bagi pengikutnya (yang menang dan yang kalah untuk taat kepadanya, kecuali pemimpin telah melanggar ketentuan Allah dan membuat kerosakan).
2. Dinamik dan kritisSeorang pengikut harus dinamik dan kritis dalam mengikuti kepimpinan seseorang. Islam tidak mengajarkan suatu mengikut membuta-tuli atau sekadar ikut-ikutan.
RENUNGAN
Bagi pemimpin dan calon pemimpin masa depan, amanah yang anda pikul bukanlah suatu kemegahan dan kebanggaan.
Maka jadikanlah janji Allah memasukan pemimpin yang adil dalam SyurgaNya sebagai sumber tenaga hidup anda.
Dan bagi kita yang akan memberikan pilihan dan selanjutnya akan dipimpin, marilah kita sedari bahawa peluang kita hanya sekali untuk melakukan pilihan dengan tepat. Setelah itu, kemampuan kita dalam menentukan arah kepimpinan tidak sekuat semasa kita memilih. Setidaknya, kita telah berusaha melakukannya. Dan yang pasti, pilihan kita akan kita pertanggungjawabkan di hadapan Allah.