Selasa, 12 Jun 2012

NABI MUHAMMAD DI DALAM KITAB AGAMA BUDDHA (B 2)


BUDDHA DAN MAITREYA
Dalam agama Buddha, perkataan Buddha dapat ditakrifkan sebagai ‘ seorang yang bijaksana’ ataupun ‘ dia yang mendapat petunjuk’. Kadang kala istilah ini juga membawa erti kepada ‘nabi’. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Perkataan Antim ini bermaksud ‘yang terakhir’ dan jika kita gabungkan kedua – dua maksud tersebut ia akan membawa kepada makna ‘nabi yang terakhir’. Pada saat terakhir Gautama Buddha, beliau telah menberitahu perkara ini kepada pengikutnya yang setia, iaitu Ananda. (Muhammad in the Vedas and the Puranas, op. cit.; hal. 38)
Di dalam Gospel of Buddha oleh Carus pada halaman 217 disebutkan,
“Wahai Nanda, aku bukannya Buddha yang pertama dan bukan juga yang terakhir. Suatu hari nanti, akan lahir seorang Buddha di dunia yang akan menyampaikan kebenaran dan kebaikan. Dia seorang yang suci lagi teguh beragama. Dia akan memiliki ilmu dan kebijaksanaan. Dia akan menjadi pemimpin dan pembimbing semua manusia. Dia akan mengajar kebenaran sebagaimana aku mengajar kebenaran. Dia akan memberikan kepada dunia ini satu cara hidup yang suci dan lengkap. Wahai Nanda, namanya adalah MAITREYA.”
            Berpandukan kepada kata – kata Buddha ini, dapatlah dirumuskan beberapa perkara mengenai utusan akhir zaman yang dikenali sebagai Maitreya, iaitu :
1.    beliau adalah seorang manusia.
2.    beliau mempunyai peribadi yang mulis.
3.    beliau datang sebagai pemimpin manusia.
4.    beliau juga seorang pembimbing yang akan mengajar kebenaran kepada semua.
5.    beliau diutus kepada seluruh manusia dan tidak kepada kelompok – kelompok tertentu.
6.    ajaran yang dibawanya adalah ajaran yang lengkap.
7.    beliau adalah Maitreya.
Nabi Muhammad adalah manusia biasa. Buktinya dalam sutah al – Kahfi ayat 110 yang bermaksud, “Katakanlah : Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seeprti kamu yang diwahyukan kepadaku yang Tuhanmu itu adalah Tuhan yang Esa.”
Peribadi Nabi Muhammad adalah mulia sebagaimana yang telah Allah khabarkan dalam surah al – Qalam, ayat 4 yang bermaksud, “Sesungguhnya kamu, wahai Muhammad, benar – benar berbudi pekerti yang agung.”
Akhlak dan peribadi baginda adalah contoh kepada semua manusia. Buktinya dalam surah al-Ahzab ayat yang ke 21 yang bermaksud, “Sesungguhnya ada pada diri Nabi Muhammad itu suri teladan yang baik bagimu.”
Nabi Muhammad adalah pemimpin yang unggul malah baginda adalah pemimpin negara Islam yang pertama tertegak di Madinah. Umat Islam ketika itu memberikan ketaatan kepada baginda tanpa berbelah bagi. Allah menyatakan hal ini dalan surah an – Nisa, ayat 80 yang bermaksud, “Barangsiapa mentaati rasul Allah (Nabi Muhammad) sesungguhnya dia mentaati Allah.”
Sehubungan dengan ini, Mishael H. Hart di dalam bukunya The 100 berkata, “ Saya memilih Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh kerana hanya beliau sahaja dalam sejarah yang begitu berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan. Beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan menjadi pemimpin politik yang unggul”. (The 100 : A Ranking Of The Most Influential Persons In History, Michael H. Hart, New York, 1978, hal. 33)
Nabi Muhammad juga adalah seorang pembimbing dan pendidik, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam surah Ali Imran, ayat 164 yang bermaksud, “ Sesungguhnya Allah memberi kurniaan kepada orang – orang yang beriman ketika Allah mengutus kepada mereka seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat – ayat –Nya, membersihkan jiwa mereka dan mengajarkan mereka Al – Kitab dan Hikmah”.
Nabi Muhammad diutus kepada seluruh umat manusia. Allah menyataknnya di dalam surah as – Sabak ayat 28 yang bermaksud, “ Tidak Kami utuskan kamu Muhammad melainkan kepada umat manusia seluruhnya”. Risalah yang dibawa oleh Nabii Muhammad juga adalah satu risalah yang lengkap dan sempurna. Allah menyatakannya di dalam surah al – Maidah, ayat 3 yang bermaksud, “Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku cukupkan bagimu nikmat – Ku”.
Utusan akhir zaman akan dikenali sebagai Maitreya. Di dalam majalah The Leader keluaran 16 Oktober 1930 disebutkan perkataan Maitreya bermaksud Merciful atau “Pembawa Rahmat”. Perkara yang sama juga disebutkan oleh Warren di dalam bukunya mohammad in the Buddhist Scriptures. Semua ini amat selari dengan peribadi Nabi Muhammad kerana baginda yang disebutkan di dalam al – Quran, surah al – Anbiyak ayat 107 yang bermaksud, “ Tidak Kami utus kamu Muhammad, melainkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam”.
KESIMPULANNYA
Berpandukan kepada fakta dan bukti yang telah dipaparkan, sifat – sifat yang dimiliki oleh Maitreya menepati sifat – sifat Nabi Muhammad. Demikian juga dengan Paracletos, Kalki Avatar, Narashangsa, Antim Rishi, Mamaha dan Ahamiddhi. Tidak ada syak lagi, bahawa Nabi Muhammad adalah rasul akhir zaman yang sangat dinanti – nantikan oleh semua orang. Sesungguhnya Nabi Muhammad diutuskan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam.
            Profesor K. S. Ramakrishna Rao di dalam bukunya Muhammad The Prophet of Islam berkata, “ Apabila saya bercita – cita hendak menulis mengenai Muhammad sebagai rasul, pada peringkat awalnya saya berada dalam keadaan serba salah kerana saya menyedari saya sedang cuba menulis mengenai agama yang tidak saya anuti... Muhamma adalah personaliti yang bersejarah. Setiap tingkah lakunya direkodkan secara terperinci. Kehidupan dan tidak tanduknya sedikitpun tidak diselimuti misteri...”

NABI MUHAMMAD DI DALAM KITAB AGAMA BUDDHA (B 1)


KITAB – KITAB AGAMA BUDDHA
pengasas agama Buddha adalah Siddhartha Gautama. Beliau kemudiannya diberikan gelaran ‘Buddha’ yang membawa maksud ‘Dia Yang Mendapat Petunjuk’. Agama Buddha pada hari ini terbahagi kepada dua bahagian besar, iaitu :
1.    Aliran Theravada atau Jalan Orang Yang Mulia.
2.    Aliran Mahayana atau Kenderaan Mulia.
Pengikut – pengikut aliran Mahayanai cenderung menggelar kumpulan Theraada dengan nama Hinayana yang bermaksud ‘Kenderaan Rendah’. Selepas kematian Buddha, ajaran – ajarannya disebarkan melalui perkhabaran lisan. Keadaan ini berterusan sehingga beberapa abad lamanya. Justeru itu, para pengkaji sejarah agama Buddha merumuskan, ajaran Buddha yang sebenarnya tidak mungkin dapat diketahui secara pasti.
            Sebagai contoh, Dr. Edward Conze di dalam bukunya Buddhism, Its ssence and Development berkata :
“Manuskrip – manuskrip asal agama Buddha dikenal pasti dengan menggunakan pendekatan yang tidak kukuh. Semua pakar bersetuju mengatakan doktrin agama Buddha yang asal berbeza daripada apa yang difahami oleh pengikut – pengikut Buddha pada hari ini. H.J. Jennings sebagai contoh, membuang segala dokrin berkaitan dengan konsep reinkarnasi kerana baginya ia tidak diajar oleh Buddha. Dr. P. Dahle pula mengenepikan ajaran – ajaran berkaitan amalan magis dan metos.” (Buddhism, its Essence and Development, Edward Conze, hal. 27)
            Oleh hal demikian, rekod – rekod ajaran agama Buddha wujud secara tidak sistematik, tokoh – tokoh agama itu cuba mengkaji pandangan dan pentafsiran yang dibuat oleh kayshapa dan Ananda mengenai agama buddha. kedua – duanya adalah anak murid kanan Gautama Buddha. namun, metodologi yang digunakan bagi mengenal pasti keaslian fakta dan maklumat adalah lemah dan tidak mantap.
            Akhirnya, ajaran – ajaran buddha dapat juga dibukukan dan kitabnya dikenali sebagai Tripikata yang ditulis dalam bahasa Pali. Tripitaka bermaksud ‘Tiga Bakul’ kerana ia mengandungi 3 prinsip penting. Prinsip – prinsip itu adalah Vinaya Pitaka yang berkaitan dengan displin dan etika hidup seorang sami, Sutra Pitaka yang mengandungi sejaran hidup dan ucapan Gautama Buddha dan Abhidharma Pitaka yang mengandungi ajaran – ajaran merafizikal. (Encarta Encylopedia 2000 (CD), formation of Buddhist Scriptures (B)’.op.cit.)
            Selepas masa berlalu, berlakulah beberapa perubahan pada ajaran agama Buddha dan lahirlah teks – teks tambahan yang juga dianggap autoritatif dalam agama Buddha.(Ibid) Pada tahun 1966, satu perhimpunan Majlis Buddha Sedunia diadakan di Sri Lanka bagi mencari titik persamaan antara aliran Mahayana dan Theravada. Hasilnya, beberapa keputusan telah diambil, antaranya tidak mempercayai bahawa alam ini dicipta dan diperintah oleh Tuhan. (The Heritage of the Bhikkhu, Walpola Rahula, Grove Press, N. York, 1974, pp. 100, 137 – 138)

NABI MUHAMMAD DALAM KITAB AGAMA HINDU (B5)


AHAMIDDHI
Di dalam kitab Veda disebutkan :
“Ahamiddhi has received from his Father the very essence of intelligency. I have received light from him, i.e. Ahamiddhi, who like the sun”
(Ahmiddhi mendapat cahaya kebijaksanaan daripada Tuhannya. Aku mendapat cahaya, yakni Ahmiddhi dan dia umpama sinar cahaya matahari)
Ayat – ayat sedemikian, banyak diulang – ulang di empar tempat dalam Vedas, iaitu di dalam :
-       Sam Veda (Indra, 3 mathra 152)
-       Sam Veda (Uttararchik, mathra 1500)
-       Rig Veda (8:6:10)
-       Atharva Veda (20:9:19)
Perkataan Ahmiddhi ini ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran oleh pentafsir – pentafsir Veda. Walaubagaimanapun, terdapat daripada kalangan mereka, contohnya Sri Bihari yang langsung tidak mentafsirkan perkataan Ahmiddhi ini dan mengekalkan perkataannya seperti yang asal. Dr. Ved Prakash Upaddhaya berpendapat, tafsiran yang berbeza mengenai perkataan Ahmiddhi memang tidak dapat dielakkan kerana Ahmiddhi bukan berasal daripada bahasa Sanskrit. Ia adalah nama asing yang lebih menghampir dengan perkataan Arab, iaitu ‘Ahmad’.
MAMAHA
Di dalam Veda juga terdapat kisah mengenai Mamaha. Antara ayat – ayat Veda yang menceritakan mengenai Mamaha adalah yang terdapat di dalam Athrva Veda 20:9:31 :
“God will give Mamaha Rishi one hundret gold coins, ten gerlands, three hundred horses and ten thousand cows”
(Tuhan akan memberikan kepada Mamaha Rishi 100 wang emas, 10 kalungan di leher, 300 ekor kuda dan 10,000 ekor lembu.)
Salah satu daripada maksud Rishi, ialah ‘seorang yang mendapat ridalah daripada Tuhan’. Antara sifat – sifat khusus Mamaha Rishi seperti yang telah dinyatakan di dalam Vedas, ialah :
-       “Mamaha akan menunggang unta” (Atharva Veda 20:9:31)
-       “Mamaha akan terkenal dengan 10,000 pengikut” (Rig Veda 5:27:1)
-       “lagu puji – pujian baru selain Vedas akan dilafazkan” (Rig Neda 1109:2)
Sudah kita ketahui bahawa Nabi Muhammad menggunakan unta sebagai kenderaan. Pada kemuncak perjuangan baginda, baginda membuka semula Kota Mekah bersama – sama para sahabat yang berjumlah 10,000 orang pada tahun kelapan Hijrah. Baginda juga telah dikurniakan al – Quran, sebagai pengganti kepada kitab – kitab yang terdahulu. Bagi Dr. Ved Prakash, perkataan Mamaha juga tidak berasal daripada bahasa sanskrit. Apabila nama ini dikaitkan dengan sifat – sifatnya, ia menepati kisah Nabi muhammad s.a.w.
KESIMPULAN
Daripada apa yang kita semua lihat diatas, jelaslah menunjukkan bahawa ia amat selari dengan sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. Justeru itu, jelaslah juga bahawa apa yang dibawa oleh baginda adalah benar. Ia bukan sahaja disebut dalam al – Quran dan Bible, malah dalam kitab agama Hindu juga.
            Dr. Ved. Prakash Upaddhayaya di dalam bukunya Muhammad in the Vedas and Puranas berkata :
“Satu hakikat yang terbukti pada hari ini adalah sifat – sifat utusan akhir zaman seperti yang disebut di dalam Vedas, Bible dan kitab agama Buddha menepati sifat – sifat Nabi Muhammad. Hati saya begitu terangsang bagi menceritakan kebenaran ini walaupun saya tahu ia tidak digemari oleh sesetengan pihak.”

NABI MUHAMMAD DI DALAM KITAB AGAMA HINDU (B4)


KALKI AVATAR
Kajian Dr. Ved Prakash Upaddhayaya menunjukkan bahawa perkataan ‘Avatar’ dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘seseorang yang akan datang ke dunia’. Perkataan ‘Avatar’ juga digunakan dengan maksud ‘nabi’. ‘Kalki’ dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘yang terakhir’. Apabila kedua – dua perkataan ini dicantumkan akan menjadi perkataan ‘kalki Avatar’ yang membawa erti ‘Nabi akhir zaman’. Antara sifat – sifat Kalki Avatar seperti yang telah disebutkan di dalam Purana, iaitu :
‘O God, with the help of the four Brothers I will destroy the Devil.’ (Kalki Purana 2:5)
(Wahai Tuhan, dengan bantuan empat saudara, aku akan hancurkan syaitan)
‘(He will be born) on the 12 of Madhav’ (Kalki Avatar 2:25)
(Dia akan dilahirkan pada 12 hari bulan Madhav)
‘(He will be born) in the city of Shambhal’ (Bhagabat Purana 12:2:18)
(Dia akan dilahirkan di bandar Shambhal)
‘(His father’s name will be) Vishnu-Yash’ (Bhagabat Purana 12:2:18)
(Bapanya bernama Vishnu-Yash)
‘(His Mother’s name will be) Sumati’ (Kalki Purana 2:4 and 2:11)
(Ibunya bernama Sumati)
Berpandukan kepada ayat – ayat tersebut, Kalki Avatar mempunyai 4 orang saudara yang akan bersama – samanya untuk menghancurkan Kali atau syaitan. Nabi Muhammad telah dikurniakan oleh 4 orang sahabat kanan yang sangat setia, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Keempat – empat orang sahabat  ini telah menjadi khalifah setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. dan mereka semua digelar sebagai ‘Khulafah Ar – Rasyidin Al – Muhdiyin’ yang membawa erti khalifah – khalifah yang mendapat pentunjuk. Mereka semua meneruskan perjuangan baginda untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia demi mempertahankan kebenaran dan meruntuhkan kekufuran serta kesesatan pada zaman mereka.
            Tarikh lahir Kalki Avatar ialah pada 12 Madhav dan tarikh lahir Nabi Muhammad s.a.w. adalah pada 12 Rabiul Awal. Tempat lahir kalki Avatar adalah Shambhal. Di dalam buku Vachaspattam disebutkan bahawa Shambhal adalah suatu kawasan yang mempunyai 60 patung – patung berhala. Dalam bahasa Sanskrti, Shambhal mempunyai beberapa maksud, iaitu :
1.    Tempat yang boleh mendatangkan keamanan dan ketenangan.
2.    Sesuatu yang menarik perhatian orang supaya datang.
3.    Tempat yang berhampiran dengan air.
Shambhal ini amat selari dengan Kota Mekah, iaitu tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Kaabah juga terletak di Mekah. Di dalam surah al – Baqarah ayat 25, Allah menyatakan mengenai kaabah yang bermaksud, “Kami jadikan rumah itu, Yakni Kaabah, tempat berkumpul bagi manusia dan satu tempat yang aman’. Di situ juga terpancarnya air zamzam yang tidak pernah kering sejak zaman Nabi Ibrahim sehingga sekarang.
Pada zaman jahiliah, Kaabah telah dipenuhi dengan patung – patung berhala, iaitu sebelum kedatangan Nabi Muhammad memecahkan kesemuanya pada hari Pembukaan Kota Mekah. Pada hari ini, ketika musim aji, ratusan ribu orang dari seluruh pelusuk dunia akan berhimpun di Kota Mekah bagi menunaikan haji ataupun umrah. Kesemua ini amat selari dengan Shambhal, kerana ia adalah tempat yang mempunyai sumber air yang tidak pernah kering disamping menjadi tempat tumpuan manusia berkunjung terutamanya jemaah haju serta ia adalah suatu kawasan yang aman.
Bapa Kalki Avatar bernama Vishnu-Yash. Yishnu-Yash dimana dalam bahasa Sanskrit ia membawa maksud ‘penyembah ayau hamba Tuhan’. Ini amat selari dengan nama bapa Nabi Muhammad yang bernama Abdullah yang membawa erti ‘Hamba kepada Tuhan’.
Ibu Kalki Avatar bernama Sumati. Dalam bahasa Sanskrit ia membawa maksud ‘yang bertimbang rasa lagi baik’. Ini amat selari dengan nama ibu Nabi Muhammad yang bernama Aminah yang bererti ‘yang baik hati’.