Selasa, 29 Mei 2012

ORANG YANG SELALU MERISAUKAN PENYAKIT HATI, IALAH ORANG YANG PALING CERDIK


Syariat Islam menilai kecerdikan manusia bukannya seperti manusia yang menilai manusia dengan kecerdikan manusia. umpamanya jikalau seseorang itu pandai menguruskan dirinya sehingga sentiasa kelihatan segar dan sihat sehingga tidak pernah kelihatan sakit, maka orang yang sedemikian dikatakan pandai menjaga kesihatan. Namun begitu, walaupun dijaga dengan sebaik – baiknya, ia tetap akan dimamah oleh tanah jua kelak.
            Oleh hal demikian, kepandaian yang sedemikian bukanlah satu kepandaian yang sebenarnya, kerana ia tetap akan hancur jua. Justeru itu, dalam Islam orang yang sedemikian dianggap bodoh kerana mengusahakan sesuatu yang tidak tahan lama.
            Dalam Islam, orang yang cerdik adalah orang yang berusaha dalam menjaga dirinya sehingga tidak menghidap penyakit yang boleh menyebabkan ia menderita dan sengsara. Apa yang dimaksudkan, ialah sewaktu hidup sihat dan selepas mati ia berada dalam keadaan yang baik.
            Orang yang sedemikian, ialah orang yang sentiasa merisaukan penyakit hati, kerana penyakit hati seperti riak, sombong, takkabur, pemarah, hasad dan penyakit mazmumah yang lain supaya tidak berada dan menguasai diri sendiri.
            Penyakita hati adalah suatu penyakit yang boleh membawa kepada penderitaan yang berkekalan terhadap diri sendiri sehinggalah ia diubati dengan mambuang sifat – sifat mazmumah dalam diri. Sesungguhnya orang yang sedemikian akan mendapat laknat daripada Allah dan akan menerima azab Allah yang sungguh perit diakhirat kelak.
            Bagi mengubati penyakit ini kita mestilah menanamkan dalam diri kita semangat untuk berjihat bagi melawan hawa nafsu yang sentiasa mendorong kita untuk melakukan perkara – perkara yang tidak elok. Justeru itu kita mestilah berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan – jalan yang telah digariskan oleh – Nya kepada kita semua. Cara tersebut, ialah melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Antaranya, menunaikan solat fardu berjemaah tepat pada waktunya, berpuasa pada bulan Ramadhan, perbanyakkan solat sunat, perbanyakkan puasa sunat, perbanyakkan zikir dan sebagainya yang telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.
            Satu lagi saranan, kita bertanya kepada diri kita adakah kita mampu untuk menjawab pertanyaan Allah s.w.t kelak mengenai maksiat yang telah kita lakukan didunia ini ? Rasanya kita tidak mampu untuk menjawabnya bagi membela maksiat yang telah kita lakukan didunia ini. Justeru itu, berhati – hatilah dalam melakukan sesuatu, adakah ia akan memberi kebaikan atau keburukan didunia dan diakhirat.
“dihari akhirat adalah hari dimana harta dan anak – anak tidak lagi berguna kecuali orang – orang yang menghadapi Allah dengan hati yang sejahtera”

Rabu, 16 Mei 2012

100 NAMA – NAMA HARI KIAMAT DALAM KITAB IHYA ULUMUDDIN



Imam Al-Ghazali Telah Menyenaraikan Sebanyak 100 Nama Hari Kiamat Yang Belum Disusun Dalam Suatu Urutan Kronologi Terjadinya Kiamat, Iaitu :
1.    Yaumul – Qiyamah (Hari Kiamat)
2.    Yaumul Hasrah ( Hari Penyesalan)
3.    Yaumul Nadaaman (Hari Menyesal)
4.    Yaumul Muhaasabah (Hari Perhitungan)
5.    Yaumul – Musaa – Alah (Hari Pertanyaan)
6.    Yaumul – Musaa – Baqah (Hari Perlumbaan)
7.    Yaumul – Munaaqasyah (Hari Perdebatan)
8.    Yaumul – Munaafasah (Hari Perlumbaan)
9.    Yaumuz – Zilzalah (Hari Kegoncangan)
10. Yaumud – Damdamah (Hari Kebinasaan)
11. Yaumush – Shaa – ‘Iqah (Hari Halilintar)
12. Yaumul – Waaqi’ah (Hari Kejadian Yang Sukar)
13. Yaumul – Qaari’ah (Hari Peristiwa Besar)
14. Yaumur – Raajifah (Hari Bumi Bergoncang)
15. Yaumur – Radifah (Hari Yang Mengiringi Kegoncangan Itu)
16. Yaumul – Ghaa – Syiah (Hari Kejadian Yang Menyelubungi)
17. Yaumud – Daahi – Yah (Hari Bala Bencana)
18. Yaumul – Aazifah (Hari Yang Sudah Dekat Waktunya)
19. Yaumul – Haaq – Qah (Hari Keadaan Yang Sebenarnya)
20. Yaumuth – Thaam – Mah (Hari Bahaya)
21. Yaumush – Shaakh – Khah (Hari Suara Yang Memekakkan Telinga)
22. Yaumut – Talaaq (Hari Bertemu Dengan Tuhan)
23. Yaumul – Firaaq (Hari Perpisahan)
24. Yaumul – Maasaaq (Hari Dihalau)
25. Yaumul – Qishaash (Hari Mengambil Pembelaan)
26. Yaumut – Ta – Naad (Hari Panggil – Memanggil)
27. Yaumul – Hisaab (Hari Perhitungan Amal)
28. Yaumul – Ma – Aab (Hari Kembali)
29. Yaumul – ‘Adzab (Hari Azab)
30. Yaumul – Firaar (Hari Lari)
31. Yaumul – Qa – Raar (Hari Tetap)
32. Yaumul – Liqaa’ (Hari Bertemu)
33. Yaumul – Baaqa’ (Hari Kekal)
34. Yaumul – Qadlaa (Hari Qadla’
35. Yaumul – Jazaa’ (Hari Balasan)
36. Yaumul – Balaa’ (Hari Percubaan)
37. Yaumul – Bukaa’ (Hari Menangis)
38. Yaumul – Hasyr (Hari Berkumpula)
39. Yaumul – Wa – ‘Iid (Hari Dijanjikan Seksa)
40. Yaumul – ‘Aradl (Hari Mendatang)
41. Yaumul – Wazn (Hari Timbangan)
42. Yaumul – Haqq (Hari Besar)
43. Yaumul – Hukm (Hari Hukuman)
44. Yaumul – Fashl (Hari Perpisahan)
45. Yaumul – Jam’i (Hari Berkumpula)
46. Yaumul – Ba’ts (Hari Kebangkitan)
47. Yaumul – Fath (Hari Kemenangan)
48. Yaumul – Khiz – Yi (Hari Kehinaan)
49. Yaumul – ‘Adhiim (Hari Yang Besar Kedudukannya)
50. Yaumun – ‘Aqiim (Hari Yang Sial)
51. Yaumun – ‘Asiir (Hari Yang Sukar)
52. Yaumud – Diin (Hari Agama)
53. Yaumul – Yaqiin (Hari Keyakinan)
54. Yaumun – Nusyuur ( Hari Berserak – Serakkan)
55. Yaumul – Mashiir (Hari Tempat Kembali)
56. Yaumun – Naf – Khan (Hari Tiupan)
57. Yaumush – Shaihah (Hari Pekikan)
58. Yamur – Raj – Fah (Hari Kegoncangan)
59. Yaumul – Rajjah (Hari Bergerak)
60. Yaumuz – Zajrah (Hari Menakutkan)
61. Yaumus – Sakrah (Hari Kemabukan)
62. Yaumul – Faza’ (Hari Ketakutan)
63. Yaumul – Jaza’ (Hari Kegundahan)
64. Yaumul – Muntahaa (Hari Kesudahan)
65. Yaumul – Ma’ – Waa (Hari Tempat Tinggal)
66. Yaumul – Miiqaat (Hari Tepat Waktu)
67. Yaumul – Mii – ‘Aad (Hari Tempat Kembali)
68. Yaumul – Mir – Shaad (Hari Tersedia Menanti)
69. Yaumul – Qalaq (Hari Kekacauan)
70. Yaumul – ‘Araq (Hari Peluh)
71. Yaumul – Iftiqaar (Hari Keperluan)
72. Yaumul – Inki – Daar (Hari Kekeruhan)
73. Yaumul – Intisyaar (Hari Bertebaran)
74. Yaumul – Insyiqaaq (Hari Terpecahnya Langit)
75. Yaumul – Wuquf (Hari Berhenti)
76. Yaumul – Khuruuj (Hari Keluar)
77. Yaumul – Khuluud (Hari Kekekalan)
78. Yaumut – Taghaabun (Hari Terpedaya)
79. Yaumun – ‘Abuus (Hari Kesukaran)
80. Yaumun Ma’ – Luun (Hari Yang Diketahui)
81. Yaumun Mau – ‘Uud (Hari Yang Dijanjikan)
82. Yaumun – Masy – Huud (Hari Yang Disaksikan)
83. Yaumun Laa Raiba Fiih (Hari Yang Tidak Diragukan)
84. Yaumun Tublas – Saraa – Ir (Hari Yang Dibuka Segala Rahsia)
85. Yaumun Laa Taj – Zii Nafsun – ‘An Naf – Sin Syai – An (Hari Yang Tidak Dapat Satu Diri Menggantikan Sesuatu Darupada Diri Yang Lain)
86. Yaumun Tash – Kha – Shu Fiihil – Bashaa – Ir (Hari Yang Memandang Padanya Segala Mata)
87. Yaumun Laa Yugh – Nii Maulan – ‘An Maulan Syai – An (Hari Yang Mana Seorang Sahabat Tidak Dapat Menolong Sahabatnya Walaupun Sedikit Pun)
88. Yaumun Tud – Da – ‘Uuna Ilaa Naari Jahannama Da’ – ‘An (Hari Yang Ditolakkan Mereka Ke Dalam Neraka Jahanam Dengan Kasar)
89. Yaumun Tuqalla – Bu Wujuu – Huhum Fin – Nar (Hari Yang Dibolak – Balikkan Muka Mereka Di Dalam Neraka)
90. Yaumun Laa Yaj – Zii Waalidun – ‘An Waladihi (Hari Yang Mana Bapa Tidak Dapat Menolong Anaknya)
91. Yaumun Yafirrul – Mar – U Akhii – Hi Wa Ummihi Abiihi (Hari Yang Mana Manusia Melarikan Diro Dari Adik – Beradiknya, Ibunya Dan Bapanya)
92. Yaumun Laa Yan – Thi Quuna Qalaa Yu’ – Dzanu Lahum Fa – Ya’ -  Tadzi – Ruuna (Hari Yang Mana Mereka Tidak Bercakap. Tidak Diizinkan Bagi Mereka, Lalu Mereka Meminta Maaf)
93. Yaumun Laa Maradda Lahu Minal – Laah (Hari Yang Tiada Penolakan Baginya Daripada Allah)
94. Yaumun Hum Baa – Rizuuna (Hari Yang Mana Mereka Itu Datang Ke Muka)
95. Yaumun Hum – ‘Alan – Naari Yufta – Nuuna (Hari Yang Mana Mereka Diuji Di Atas Neraka)
96. Yaumun Laa Yanfu – ‘Umaalun Wa Laa Banuuna (Hari Yang Mana Harta Dan Anak Tidak Mendatangkan Manfaat)
97. Yaumun Laa Yanfa – ‘Udh – Dhaali – Miina Ma’ – Dziratuhum Wa La Humul – La’ – Natu Wa Lahum Suu – Ud – Daari (Hari Yang Mana Alasan Tidak Mendatangkan Manfaat Bagi Yang Zalim Dan Bagi Mereka Kutukan Dan Tempat Tinggal Yang Buruk)
98. Yaumun Turad – Du Fiihil – Ma – ‘Aadziiru Wa Tublas – Saraa – Iru Wa Tudh – Hurudl – Dlamaa – Iru Wa Tuk – Syaful – Astaaru (Hari Yang Mana Tertolak Padanya Segala Alasan, Segala Rahsia Dibuka, Segala Isi Hati Dilahirkan Dan Segala Tirai Disingkap)
99. Yaumun Takh – Sya’u Fiihil – Ab – Shaaru Wa Taskunul – Ash – Waatu Wa Yaqillu Fiihil – Tifaatu Wa Tabruzul – Khafiy – Yaatu Wa Tadh – Ha – Rul – Khathii – Atu (Hari Yang Tetap Padanya Segala Penglihatan, Tenang Segala Suara, Sedikit Padanya Berpaling, Lahir Segala Yang Tersembunyi Dan Tampak Segala Kesalahan)
100.              Yaumun Yusaa – Qul – ‘Ibaadu Wa Ma – ‘Ahumul – Ash – Haadu Wa Yasyii – Bush – Shaghii – Ru Wa Yas – Karul – Kabiiru (Hari Yang Dihalau Segala Hamba, Yang Mana Anggota Badan Mereka Menjadi Saksi, Anak Kecil Beruban, Orang Tua Naik Mabuk)
Sumber : Ihya’ Ulumiddin atau perkembangan ilmu – ilmu Agama Jilid. 4 oleh Imam Ghazali terjemahan Prof. TK.H. Ismail Yakub MASH. Pistaka Nasional PTE LTD, Singapura. cetekan kedua tahun 1992, Hal. 1027 – 1029.