Ahad, 29 Januari 2012

ALANGKAH INDAHNYA !


Alangkah indahnya
Kalau kita sebaik Khadijah
Menguatkan suami dengan harta dan cinta
Demi perjuangkan untuk agama

            Alangkah indahnya
            Kalau kita semurah Aisyah
            Mencari-cari hatta sebiji kurma
            Untuk disedekahkan dijalan Allah

Alangkah indahnya
Kalau kita seberani dan sekuat Sumaiyyah
Sanggup mempertahankan agama
Hingga mati disula

            Alangkah indahnya
            Kalau dapat membisikan bicara hati
            Setiap dinahari
Seperti Rabiatul Adawiyah
            Mengucap bicara cinta pada Tuhannya
            “Aku menyembahMu bukan kerana takut neraka-Mu
            Tidak juga kerana mengharap syurga Mu
            Tetapi kerana kemuliaan cinta Mu”

Ahh… diri yang lemah
Alangkah indahnya…
Jika atas kelemahan dan kekurangan yang ada
Kita masih dapat bersyukur
Lantaran apa yang terdaya
Masih kurniaan Ilahi.

Sabtu, 28 Januari 2012

MUSLIMAHKU !



Muslimahku !
Alangkah bangganya dirimu itu,
Di dalam jilbab yang membeluti diri,
Kau sebenarnya meraba keredhaan Ilahi,
Muslimah mukminah, muslimah sejati.

Muslimahku !
Matamu yang engkau peliharanya….
Sebenarnya engkau meniti kasih sayang Ilahi,
Suaramu yang tidad mempersona
Sebenarnya sinar kebahagiaan untuknya
Ialah syurga

Wahai pendidik mujahid kita
Wahai tangan penggoncang dunia
Entah siapa kira
Entah siapa sangka
Di dadamu sebenarnya melimpah jutaan lembah ketegangan
Di jiwamu sebenarnya ditenggelami lautan kegembiraan

Biar apa yang mereka bicarakan
Sebenarnya
Mereka belum merasakan kehidupan
Indah seorang mukminah.

Rabu, 25 Januari 2012

ISABELLA ( BAB 10 - BAB 15 )


BAB 10   Satu Komplotan

Setelah keluar sebentar untuk sarapan, Isabella kembali semula ke biliknya. Ibunya tidak kelihatan dan menurut pembantu rumah, ibunya telah bersarapan awal dari biasa. Isabella tidak mengesyaki apa-apa cuma terasa sudah ada bibit-bibit kerenggangan sudah mula ada. Bagaimanapun tekadnya sudah bulat. Dia sanggup menghadapi apa saja demi untuk mempertahankan  keislamannya. Dia tidak akan melepaskan lagi jalan kebenaran yang telah diperolehinya itu. Dalam masa dia berfikir, pintu biliknya diketuk orang. Ketika dibuka, pembantu rumah memberi sepucuk surat yang bersampul.“Ini dari pembantu rumah Nona Mirano,” katanya, “dia sedang menunggu di luar.”Isabella segera membuka surat.  Dia merasa hairan melihat tulisan surat itu bukan tulisan Mirano. Tentu ada sesuatu perkara yang telah terjadi ke atas dirinya, fikir Isabella.Saudara Isabella.  Aku mesti berjumpa dengan anda segera kerana ada perkara penting yang hendak kusampaikan. Harap anda datang pada waktu ini juga. Jangan lengah-lengahkan lagi, terlalu penting. Aku sedang menunggu di sebuah rumah lain. Datanglah bersama-sama dengan pembantu rumahku ini. Saudaramu, MiranoTanpa mengesyaki sesuatu, Isabella mengikuti pembantu itu. Mereka berjalan melewati Qasrul Syuhada lalu berjalan lurus menuju ke Rabat Ramani. Isabella merasa hairan kerana selama dia berkawan dengan Mirano, mereka belum pernah sampai ke tempat itu. Mirano pun tidak pernah menceritakan kepadanya tentang sesiapa di antara keluarga atau kenalannya yang tinggal di daerah tersebut. Tentu Mirano dalam kesusahan, fikirnya lagi. Tidak jauh dari Rabat Ramani, mereka membelok ke sebuah lorong dan pembantu rumah itu membawa dia masuk ke dalam sebuah rumah yang cukup besar. Sebaik saja Isabella masuk, pintu halaman ditutup. Begitu juga dengan pintu depan. Isabella dibawa ke sebuah bilik. Apabila pintu bilik ditutup, barulah Isabella sedar bahwa dia telah ditipu dan dijadikan tawanan. Kesedaran itu telah terlambat. Tiga orang rahib masuk ke dalam bilik menerusi pintu lain. Mereka menolak Isabella dengan menggesanya menuruni anak tangga yg membawa mereka ke bawah tanah. Isabella berpaling untuk berkata sesuatu kepada pembantu rumah Mirano tetapi pembantu itu sudah tiada lagi. Hilang sekelip mata.Perasaan Isabella menjadi gempar dan sedarlah dia sekarang bahwa dirinya telah berada di dalam cengkaman inquisisi. Kakinya agak berat mahu melangkah turun. Ketika itu juga, salah seorang rahib menumbuk belakangnya dengan kuat. Sebagai seorang gadis yang perwatakannya lemah-lembut, terasa pukulan itu seperti satu batu besar yang jatuh menimpa belakangnya. Dia hampir jatuh tersungkur ke depan.“Perempuan terkutuk!” sumpah rahib yang memukul tadi. “Jalan cepat! Tengok itu api Tuhan Jesus Kristus sudah tidak sabar lagi menunggu untuk membakarmu, perempuan sial! Kau telah menghina agama Kristian dan menyeret kehormatan bapamu, ketua paderi, masuk ke dalam lumpur.”Isabella yang malang tidak menjawab. Tubuhnya menggigil dan belakangnya terasa terlalu sakit. Dia melangkah turun ke dalam ruang di bawah tanah itu, yang kelihatan kelam dan suram. Dari samar-samar kelam, dia terpandang kerangka manusia berselerak di semua sudut. Ada tengkorak bergantungan di dinding. Salah seorang rahib menyalakan sebuah andang. Setelah itu, dia merapati Isabella.“Nah, di sinilah tempat tinggalmu supaya kamu tahu akibat permusuhan dengan Tuhan Jesus Kristus, perempuan   malang!”Dia lalu menunjukkan kepada Isabella kerangka manusia.“Inilah wakil kami yang akan mendera dan menyiksa kamu   di   sini.”Isabella masih berdiam diri dan merasakan dirinya seperti sedang di dalam satu mimpi ngeri. Rahib-rahib lalu meninggalkan ruang lalu memasang kunci pada pintunya. Mereka beredar ke bilik lain untuk beribadat. Sejurus kemudian, barulah Isabella sedar bahwa dia dipenjarakan sebagai satu seksaan kerana sudah tidak beriman.Isabella tidak tahu apakah hari masih siang ataupun sudah malam kerana dia merasa sudah begitu lama sekali dikurung di ruang bawah tanah itu. Kemudia dia dibawa keluar untuk diberikan semangkuk kacang tanah yang sudah digoreng dan dikisar lumat dengan segelas air minum. Rahib-rahib masih menghina dan mencacinya. Setelah itu, Isabella dibawa ke sebuah bilik lain. Di dalamnya, Isabella melihat ada beberapa orang rahib sedang dalam keadaan yang amat khusyuk. Tujuan mereka membawa Isabella ke situ agar dapat menyedarkan Isabella tentang keluhuran agama Kristian apabila dia melihat kekhusyukan para rahib.Isabella memerhatikan dengan penuh minat. Seorang rahib terbaring tidur. Kaki dan tangannya diikat dengan rantai. Seorang lagi memukul-mukul tubuhnya dengan cemeti. Agak ngeri juga dia melihatnya. Terlintas di dalam fikiran mungkin orang itu dianggap ada membuat kesalahan seperti yang dilakukannya tetapi kemudian dia mendapat tahu bahwa semua penyeksaan diri yang dilakukan oleh rahib-rahib ialah suatu cara untuk menundukkan diri sendiri dan penyeksaan diri serupa itu dilakukan atas kemauan rahib itu sendiri. Di dalam sebuah bilik besar yang lain, terdapat patung Mariam Perawan. Di sekelilingnya duduk rahib lelaki dan perempuan, tenggelam di dalam tafakkur. Ada rahib yang tidur menelungkup di atas lantai dan ada yang menangis teresak-esak di sudut-sudut di sekitar dinding bilik. Sebagai usaha untuk menaklukkan diri mereka, mereka berpuasa selama 20 atau 21 hari. Isabella telah mengetahui keadaan itu tetapiinilah pertama kali dia melihat sendiri.Seorang rahib tua berkata kepada Isabella, “Wahai gadis jahanam! Jikalau kau mahu mendapat keselamatan, amalkan cara hidup sederhana serupa itu dan kamu akan disenangi oleh Tuhan Jesus Kristus.”Isabella tertawa mendengarnya. “Kenapa Tuhan menyuruh hidup serupa itu? Tujuan agama ialah memberikan tugas kepada manusia untuk membuat kebajikan kepada sesama manusia bukan disuruh menggantung diri sendiri di sudut bilik seperti kelawar. Lagi pula menurut anda, Jesus sudah menebus dosa semua orang-orang Kristian maka perbuatan menyeksa diri serupa itu sudah tidak ada gunanya   lagi.”Mendengar kata-kata Isabella, mata rahib itu menjadi merah kerana terlalu marah. Dia menumbuk dada Isabella dengan sekuat-kuatnya .Dia memekik, “Perempuan isi neraka! Kau sudah tidak boleh dipujuk lagi. Pergi duduk di tempatmu. Di sana nanti akan kami ajar!”Kembali Isabella ke ruang bawah tanah yang dipeuhi dengan tulang-tulang dan tengkorak manusia. Pada mulanya, perasaan Isabella terganggu sedikit dengan keadaan sekitar yang mengerikan. Lama kelamaan dia sedar akan kedudukannya dan mulai dapat menenangkan diri.  Dia pasrah dengan apa yang akan dihadapinya di hari depan.Dikuasainya diri sendiri dan berdoa kepada Allah.Dalam keadaan yang sunyi sepi begitu, sedikit bunyi saja dapat kedengaran dan Isabella akan memasang telinga. Ruang yang gelap gelita mulai mendapat sedikit cahaya apabila bilah-bilah sinar matahari menembusi masuk dari lubang-lubang kecil yang ada di dinding bilik.  Isabella sedar malam sudah berlalu. Tidak lama kemudian, pintu dibuka orang dan seorang rahib membawanya naik ke sebuah bilik yang lebih besar. Dalam bilik itu terdapat patung dua belas orang Pengikut Kristus dan lain-lain patung para martir. Dua orang paderi duduk menghadap ke sebuah meja. Isabella disuruh duduk berdepan dengan paderi-paderi itu. Isabella tahu mereka adalah paderi-paderi termahsyhur  di Sepanyol. Dia pernah melihat mereka di rumah bapanya.Mula-mula, paderi-paderi itu menyumpah-seranah Isabella dengan berbagai-bagai kutukan yang diucapkan dalam keadaan marah. Kemudian mereka menuduhnya murtad, memberi malu kepada bapanya, seorang paderi yang dihormati, mencemarkan agama Kristian dan sebagainya. Setelah itu, baru mereka berlembut dan berdakwah.“Sudahkah kau masuk Islam?”“Syukur kepada Allah yang telah memberikan kepada saya nikmat Islam.” jawab Isabella.“Sudah!” ujar salah seorang paderi. “Hentikan puji-pujian kepada Islam. Beritahu kami apakah kau mahu mati dengan kematian yang memalukan ataupun kau mahu kembali menjadi hamba Tuhan yang dirahmati?”“Setelah menjadi Islam tiap-tiap orang sudah menjadi hamba Tuhan yang dirahmati dan tidak ada orang yang lebih beruntung daripada mereka yang diberi peluang untuk menerima Islam kerana hanya inilah saja agama yang diredhai Allah.”“Jangan memuji-muji agama terkutuk seperti Islam di hadapan kami. Kami cuma mahu mendengar dua perkataan saja, apakah kau mahu mati atau mahu hidup di dalam agama Kristian? Jawab segera kerana nasibmu akan diputuskan pada hari ini juga.”“Betapa penderitaan dan seksaan yang telah dialami oleh martir-martir Kristian pada zaman permulaan dulu, tetapi mereka tidak membuang agamanya.” jawab   Isabella.“Mereka telah dibakar hidup-hidup, dicampak ke dalam kandang harimau dan singa dan dipotong dua tetapi mereka tetap berpegang teguh pada kepercayaannya. Andaikata kerana keimanan seseorang itu mesti menghadapi kematian maka itu bermakna dia telah mendapat kerelaan Tuhan dan mendapat kepuasan batinnya sendiri. Saya sekarang sudah berada di jalan yang benar, tidak ada satupun di dunia bahkan kematian juga, dapat memesongkan pendirian saya. Kitab Suci Al-Quran telah mengajar saya bahwa sembahyang saya, pengorbanan saya, hidup dan mati saya semata-mata untuk Allah yang tiada sekutu bagiNya. Saya sudah bertekad untuk tetap mempertahankannya dan saya ternasuk orang-orang yang bertaqwa.”“Jadi bererti kau tidak mahu meninggalkan Islam dan kembali ke dalam kasih Tuhan Jesus Kristus.” kata salah seorang paderi itu.:Nasibmu akan diputuskan hari ini!”“Apa saja keputusan yang tuan buat, buatlah tanpa takut dan menurut kata hati tuan yang sebenarnya.” kata Isabella. “Paling banyak pun, tuan hanya boleh mengambil nyawa saya saja tetapi tuan tidak tahu bahwa saya sebagai hamba Allah, Allah hidup abadi.”“Bila kematian sudah berada di hadapanmu,” jawab salah seorang paderi, “barulah kau akan lupa semua ayat-ayat Quran dan Allah serta lain-lainnya. Kami baru boleh mengerti kalau Quran atau Muhammad boleh menyelamatkan kau dari kematian.”Isabella tersenyum kecil.“Masalah serupa itulah yang telah dikemukakan oleh orang-orang Yahudi kepada Jesus Kristus dulu iaitu kalau dia di jalan yang benar maka dia mesti turun dari salib itu dan menyelamatkan nyawanya. Kini, adakah Kristus di pihak yang salah menurut tuan kerana dia tidak dapat menyelamatkan nyawanya dari kematian ataupun tuan semua telah mengikut jejak langkah orang-orang Yahudi itu.”“Syaitan! Isi neraka! Otak iblis! Tak berguna! Sial!” Paderi itu melenting lalu bangun dan membeliakkan matanya kepada Isabella. “Kau panggil aku Yahudi! Kau diam! Tunggulah kematianmu!”“Memang baik begitu kalau tuan juga diam dan biarkan saya sendirian. Tuan boleh buat apa yang tuan suka.” kata Isabella.Paderi yang sedang marah memanggil rahib-rahib yang sedang berdiri mengawal Isabella.“Kurung perempuan ini di ruang bawah tanah itu. Jangan diberi dia makan atau minum. Bapanya telah mengarahkan supaya dia diserahkan kepada inquisisi dan nasibnya akan ditentukan esok.”Mendengar perintah itu, rahib-rahib pun menangkap Isabella dan menolaknya secara kasar. Sambil menyorong-nyorongnya ke hadapan, mereka memukul dan membawanya keluar dari bilik itu. Ketika di luar bilik, mereka lebih berleluasa memukul Isabella hingga dia jatuh tersepuk di atas lantai. Dia ditarik bangun dan didorong sehingga sampai ke ruang bawah tanah. Kemudian, Isabella ditolak masuk hingga jatuh ke lantai lalu pintu ruang itu pun dikunci.Sudah tiga hari Isabella di dalam kurungan dan tidak sekali pun dibawa keluar lagi. Isabella tetap cekalkan hati dan memberanikan diri. Walaupun pada waktu malam, ketika suasana menjadi hening sepi, tengkorak dan tulang-tulang kerangka manusia menjadikan suasana menakutkan, ketenangan hati yang diperolehnya membuat dia tidak merasa takut. Sayup-sayup sampai ke telinganya, suara ngauman para rahib sedang melakukan ibadat dan adakala kedengaran ucapan, esakan dan raungan rahib-rahib perempuan yang sedang menyeksakan diri mereka.………….. Berita kehilangan Isabella telah diketahui oleh Mirano daripada pembantu rumah yang telah digunakan oleh komplotan paderi-paderi untuk menculik Isabella. Mirano segera menghubungi  Martha, Hanana dan Catherine. Dari penyelidikan mereka, ternyata Isabella telah dikurung dan diseksa di bawah kolong sebuah rumah yang dijadikan sebagai sebuah biara  yang letaknya tidak jauh dari Rabat Ramani. Keempat orang gadis itu pun membuat keputusan untuk memberitahu hal itu kepada Umar Lahmi dan Ziad bin Umar.Pada suatu malam, secara sembunyi-sembunyi, mereka telah ikut hadir dalam satu perhimpunan di rumah Ziad bin Umar. Semua yang hadir terperanjat mendengar berita sedih itu, lebih-lebih lagi Umar Lahmi. Dia tidak memperlihatkan kegemparan hatinya kerana Ziad bin Umar sendiri menerima berita itu dengan tenang dan sabar.“Demi Allah,” kata satu suara di antara para hadirin, “jikalau kita terus bersikap toleran serupa ini, orang-orang Kristian itu akan menjadi penghalang besar kepada dakwah Islam. Isabella yang sudah menjadi saudara kita kini dalam tawanan mereka. Menjadi tanggungjawab tiap-tiap kita untuk membebaskannya walau betapapun juga korbannya.”Seorang hadirin berdiri dan bersuara dengan lantang sekali.“Dengan izin tuan, saya akan pergi membebaskannya sekarang juga. Malang sekali, saudara kita sedang menghadapi seksaan dan kita duduk berpeluk tubuh. Memang satu kezaliman!”Umar Lahmi memandang Ziad bin Umar sebelum dia berkata.“Saudara-saudara, kegemparan dan jerit-pekik tidak dapat menolong kita. Perkara ini sekarang ada di dalam tangan guru kita, Ziad bin Umar. Kita semua akan mengikut apa jua arahannya.”Tuan Ziad,” kata hadirin, “kami menuruti apa saja perintah   tuan.”“Arahan saya kepada tuan-tuan semua,” ujar Ziad bin Umar, “ialah jangan melakukan tindakan yang terburu-buru yang akan mengakibatkan kematian Isabella. Jika kita mahu, kita boleh mengirim sepasukan tentera tetapi adalah lebih manfaat kalau kita melakukan tindakan yang strategis. Andaikata Isabella di dalam kesukaran maka insya’Allah itu akan mempertebalkan imannya. Iman itu ialah nilai Islam yang hanya dapat dicapai melalui percubaan.”Umar Lahmi lalu memandang kepada Mirano dan sahabat-sahabatnya.“Nah, bagaimana pula pendapat saudara-saudara sekalian? Sampai setakat mana saudara-saudara boleh menolong Isabella?”“Sekiranya kami dibenarkan menolong,” kata Mirano, “kami dengan mudah dapat melepaskan saudara kami itu dari kesukaran.”“Terima kasih banyak.” ujar Umar Lahmi.“Saudara-saudara, kami beri kebenaran untuk melakukan apa saja bagi membebaskan Isabella.” kata Ziad bin Umar.Setelah mendapat kebenaran dari Ziad bin Umar, keempat-empat anak gadis itu pun meminta diri. Dalam perjalanan pulang, mereka membuat satu rancangan dan berteguh-teguhan janji akan merahsiakan rancangan itu.

BAB 11   Isabella Dalam Kurungan

Pada suatu hari, iaitu hari keempat Isabella di dalam tawanan para paderi, Mirano bersama-sama Martha, Hanana dan Catherine telah pergi menemui ketua paderi. Mereka memberitahu ketua paderi tentang keakraban persahabatan mereka selama ini. Mereka sangat menyesali dengan perbuatan Isabella yang telah menukar agama nenekmoyangnya. Andaikata mereka diberi kesempatan untuk membujuk Isabella, mereka yakin Isabella dapat menerima kembali agama Kristian. Walaupun ketua paderi, bapa Isabella, telah berputus asa dan sudah menyerahkan nasib anaknya itu kepada inquisisi sebagai satu-satunya jalan untuk memperkuat kedudukan jabatannya sebagai ketua paderi yang dihormati oleh penganut-penganut agama Kristian, dia terpengaruh juga dengan permohonan anak-anak gadis itu. Apatah lagi kesempatan seperti itu adalah kesempatan terakhir padanya untuk mendapat kembali anak yang sangat dikasihinya. Mirano dan sahabat-sahabatnya telah dapat menyakinkan ketua paderi bahwa mereka pasti dapat menarik kembali Isabella dalam pelukan agama Kristian dengan pujukan mereka karena mereka sudah berkawan sejak kecil.“Bapa suci! Isabella adalah belahan hati kami semua. Kami sanggup berbuat apa saja demi untuk membawa dia kembali ke pangkuan kita. Izinkanlah kami pergi ke biara untuk bercakap dan menasehatinya.”“Biarkan anak sial itu masuk neraka.” kata ketua paderi. “Dia sudah berkepala batu. Tuhan Jesus Kristus telah memutuskan hubungan dengannya. Aku khuatir kalian pula akan disesatkannya.”“Tapi tidak rugi kalau kami mencuba. Inilah usaha terakhir kami untuk kebaikan Isabella.” kata Mirano. “Kalau tidak berhasil juga, kami minta bapa suci seksa dia biar dia rasa. Biarkan ia menjadi teladan kepada orang lain.”Mendengar kata-kata Mirano yang menyakinkan itu, ketua paderi pun memberi kebenaran kepada mereka untuk menemui Isabella di biara tempat dia ditahan.“Dengan syarat kalian bercakap dengan Isabella di depan dua orang rahib supaya kalian tidak diselewengnya. Jangan dipengaruhi oleh kemurtadannya. Nah, kalian boleh pulang sekarang. Esok petang, bolehlah kalian pergi ke sana. Aku akan menulis surat kepada rahib yang mengawal di sana.”Setelah mendapat persetujuan ketua paderi, Mirano dan sahabat-sahabatnya pulang ke rumah dengan perasaan yang amat gembira. Dalam perjalanan pulang, mereka membuat keputusan akan keluar dari rumah mereka besok petang dan terus minggat bersama-sama Isabella ke pihak orang-orang Islam. Mereka membuat persediaan dengan penuh berhati-hati agar tidak memberi tanda-tanda yang boleh menimbulkan kecurigaan kepada keluarga masing-masing. Sebelum bertolak ke biara, mereka telah memberitahu usaha mereka kepada Umar Lahmi dan Ziad bin Umar dan meminta disediakan keperluan yang dibutuhkan dalam menjayakan usaha pembebasan Isabella.Seperti yang sudah dijanjikan, keempat-empat anak gadis itu telah keluar dari rumahnya tanpa membawa bekalan apa-apa. Bapa Mirano, Michael yang telah diberitahu oleh ketua paderi tentang tujuan anaknya, telah memberi nasehat-nasehat yang perlu kepada anaknya agar dia berhati-hati dalam menghadapi Isabella. Dia sangat gembira di atas usaha anaknya kerana dia tahu benar hubungan Mirano dan Isabella yang kuat kerana telah terjalin ketika mereka masih kecil lagi. Dalam hatinya, melonjak rasa bangga kerana anaknya masih kuat berpegang pada agama Kristian dan tidak mudah terpengaruh seperti Isabella, anak ketua paderi, walaupun anaknya itu ikut mendengar perbahasan dengan orang-orang Islam.“Mudah-mudahan kamu semua dalam perlindungan Tuhan Jesus Kristus.” katanya sambil melepaskan anaknya pergi. “Pujuklah dia. Mudah-mudahan dia kembali kepada kita.”Mirano dan sahabat-sahabatnya telah bertemu di suatu tempat. Tepat pada waktu yang dijanjikan ketua paderi, mereka bertolak ke biara. Ketua paderi telah pun menulis kepada pengawas biara supaya membenarkan mereka dan memberikan segala macam kemudahan dan bantuan agar anak-anak gadis itu dapat mengubah pendirian Isabella dan dapat melihat kembali cahaya kebenaran semula. Apabila Mirano dan sahabat-sahabatnya tiba di biara, mereka telah diberi sambutan oleh rahib lelaki dan rahib perempuan dengan penuh hormat dan mesra. Mereka berfikir bahwa untuk membimbing Isabella kembali ke dalam agama Kristian, Jesus Kristus telah mengirim ibunya, Mariam Perawan, dengan menjelma ke dalam gadis-gadis ini dan pertolongan dari semua wali-wali ada bersama-sama mereka. Apabila sampai ke dalam rumah, mereka dibawa masuk ke bilik yang ditempatkan patung Mariam Perawan. Mereka lalu duduk menghadapinya dengan dikelilingi sekumpulan rahib lelaki dan rahib perempuan.Seorang rahib perempuan berkata kepda Mirano “Rahmat Tuhan Jesus Kristus kepada anda dan muga-muga Tuhan memberi kejayaan ke atas usaha anda. Anda tahu, syaitan telah memesongkan Isabella yang malang itu dari jalan yang benar. Betapa bagusnya dan terpelajarnya gadis itu! Mudah-mudahan Tuhan menghancurkan syaitan itu. Betapa alimnya orang yang telah disesatkan!”“Mudah-mudahan anda dilindungi oleh bayang-bayang Mariam Perawan. Dengan pertolongan penyelamat, anda tentu berjaya.” ujar seorang rahib perempuan   lain.“Wajah anda yang cantik menjamin kejayaan itu. Andainya ada bantuan restu dari Tuhan Jesus Kristus maka usaha yang sukar ini akan dapat dijalankan dengan baik. Berita telah tersebar di seluruh Cordova dan semua orang-orang Kristian merasa terpukul.”“Demi Tuhan,” sampuk pula rahib perempuan yang ketiga, “baru tadi malam aku melihat gadis-gadis yang berwajah seperti anda di dalam mimpiku. Mereka duduk di atas pangkuan Mariam Perawan dan disebelahnya Tuhan Jesus Kristus sedang memberi isyarat bahwa kehormatan gereja akan dipulihkan melalui keempat orang gadis itu”Apabila rahib lelaki mendengarnya, mereka berteriak “Sudah pastilah orang-orang dalam mimpimu itu adalah gadis-gadis ini!”Ketua rahib yang menjadi pengawas biara mencelah “Isabella sedang dikurung di dalam ruang bawah tanah. Kaki dan tangannya dirantai. Gadis terkutuk itu terlalu keras hati, lagi kuat seksaan dikenakan ke atasnya lagi kuat dia mengagung-agungkan Islam. Malah dalam keadaan serupa itu pula, dia cuba berdakwah kepada kami. Jadi, bila anda bercadang mahu   menjumpainya?”“Cadangan kami ialah untuk berbicara dengannya dalam keadaan tenang.” jawab Mirano. “Kami akan menerangkan kepadanya tentang kebenaran agama Kristian tetapi dengan syarat satu atau dua orang rahib saja ikut serta. Kini matahari sudah hampir terbenam, bolehlah tuan bawanya ke mari supaya dapat kami membujuknya sembahyang dan beramal. Mungkin sesudah itu tidak perlu lagi kita membujuknya. Dengan berkat Mariam Perawan,” Mirano menunjuk ke arah patung Mariam Perawan, “hatinya akan terbuka untuk Tuhan yang disalib.”Ketua rahib menundukkan kepala tanda bersetuju.“Apa saja arahan anda kami akan mematuhi. Aku akan mengarahkan semua rahib agar tidak mengganggu anda sembahyang dan melakukan amalan dan menjauhkan diri mereka dari anda semua.”“Terima kasih.” kata Mirano. “Biarlah kami bertemu Isabella dulu di ruang bawah tanah itu. Setelah kami berbicara dengannya tentang hal-hal biasa seperti persahabatan kami, barulah bawa dia ke mari.” Sambil menunjuk kepada patung Mariam Perawan, Mirano menyambung “Cuba tengok, ibu Tuhan kita sudah siap menunggu untuk mengambil Isabella ke dalam pelukannya. Kita berharap Isabella juga tidak enggan menerima pelukan yang diberi.”“Baiklah.” kata ketua rahib. Dia pun mempelawa Mirano dan sahabat-sahabatnya mengikutinya turun ke ruang bawah tanah.Apabila pintu bilik dibuka, mereka semua diselubungi kegelapan.“Oh, gelap!” seru Hanana.“Nanti saya pasangkan andang.” ujar ketua rahib. “Berjalanlah perlahan ke depan tetapi awas jangan terlanggar tulang-tulang tengkorak yang berselerakan.”Ketua rahib lalu menyalakan andang. Mirano yang belum biasa dengan keadaan di dalam bilik itu belum lagi dapat melihat Isabella yang sedang duduk di satu sudut yang tidak tercapai cahaya andang. Mereka cuma dapat melihat tengkorak bergantungan dan tulang-tulang manusia di sanasini. Martha lebih dulu melihat kelibat Isabella. Rasa ngeri yang menyelinap ke dalam diri terus hilang kerana kegembiraan.“Isabella!”   serunya.Semua sahabat-sahabatnya seperti dikejutkan oleh seruan itu lalu memandang berkeliling. Mereka terlupa sebentar pada tulang dan tengkorak manusia.“Isabella!”Isabella terperanjat mendengar suara sahabat-sahabatnya. Dia lalu memanggung kepala. Nampaklah keempat sahabatnya yang sedang berdiri di dalam sinar andang.“Assalamualaikum.”   ujarnya.“Perempuan malang lagi terkutuk!” sumpah ketua rahib. “Baru kelmarin kau dipukul kerana menyebut kata-kata itu tetapi kau masih belum serik lagi dan masih belum berubah.”Semua sahabat-sahabat Isabella menyambut salam itu dengan ketawa berdekah-dekah dan pura-pura tidak mendengar. Mereka mendekatinya. Hati mereka hancur luluh kerana kesedihan melihat keadaan Isabella. Mata mereka digenangi air. Kasihan, tangan dan kaki Isabella diikat dengan rantai.“Isabella, alangkah sedihnya keadaan anda di sini.” kata Mirano. “Belumkah lagi anda sedar betapa hukuman yang dikenakan ke atas anda kerana menolak   kebenaran?”“Anda memang benar, saudara.” jawab Isabella tersenyum. “Kerana kebenaran orang sanggup ke tiang   gantung.”“Kami datang  ke mari,” kata Mirano “bukan untuk berbahas tentang kepercayaan anda.”Mirano lalu ketawa dan diikuti sahabat-sahabatnya sehingga kedua orang rahib yang ada juga ikut ketawa   bersama-sama.“Isabella, berapa lama lagi anda mahu duduk dalam cengkaman syaitan serupa ini? Cuba lihat betapa orang-orang Kristian di seluruh Cordova terganggu oleh kemurtadan anda.”“Tidak ada jalan lain untuk berlindung dari syaitan melainkan dengan menerima Islam.” jawab Isabella. “Satu anggapan kosong bahwa dengan menjadi Kristian seseorang dapat melepaskan diri dari cengkaman syaitan. Anda telah baca Injil dan seharusnya sudah tahu bahwa pengikut-pengikut suci juga tidak dapat terlepas dari genggaman syaitan. Malah Jesus Kristus memanggil setengah daripada pengikutnya sebagai syaitan. Apabila pengikut-pengikut ini, yang menurut kata anda, dilatih langsung di bawah pengawasan Jesus Kristus tidak dapat melepaskan diri daripada cengkaman syaitan maka bagaimana orang-orang Kristian hari ini mahu menyelamatkan diri mereka dari syaitan? Tetapi Al-Quran mengatakan bahwa syaitan tidak boleh menyentuh hamba-hamba Allah yang taqwa.”“Nah, anda sudah memulai lagi perbincangan yang menyebabkan anda dikalahkan oleh paderi-paderi kita.” kata Mirano sambik ketawa. “Dan dengan rahmat Tuhan kita telah keluar dengan kejayaan. Jadi, lebih baik anda berhentikan perbahasan ini dan tengok kepada seksaan yang anda terima. Oh, Isabella! Ini hukuman Tuhan ke atas anda, sebagai anak ketua paderi Cordova, anda tidur di atas tilam duri dan kaki serta tangan anda dirantai, demi Tuhan. Kasihanilah diri anda.”“Jikalau kebenaran boleh dibuang kerana mengelak diri dari kesusahan, maka orang-orang Kristian yang menjadi martir pada awal Kristian dulu tidaklah dapat merasa ujian kemartiran mereka. Jikalau kesusahan hanya datang melalui perkara-perkara yang batal maka kebanyakan orang Kristian yang menjadi kebanggaan gereja dapat digolongkan sebagai orang-orang yang berada di pihak yang salah. Pada hakikatnya, percakapan anda itu lebih banyak menyeksa aku melebihi daripada yang kurasai di atas tilam berduri ini dan kaki dan tanganku terbelenggu. Apakah anda datang untuk menambahkan lagi seksaan ke atas diriku?”Mirano lalu berpaling kepada rahib, ketua pengawas, sambil berbisik “Isabella tidak dapat ditundukkan dengan perbahasan. Satu-satunya cara ialah pada malam ini kita sertakan dia di dalam sembahyang dan pembaktian di depan patung Mariam Perawan. Tuan akan lihat, malam ini juga dia akan berubah dan hatinya akan berpaling lalu kembali kepada Kristus yang   disalib.”“Sudah menjadi aturan seseorang yang hatinya terlalu keras akan kembali beriman apabila berhadapan dengan kenyataan. Lihat saja, betapa degilnya St Paul, musuh Tuhan. Apa bentuk seksaan yang tidak diterima oleh orang-orang beriman di tangannya? Tetapi St Paul itulah sekarang menjadi turus agama Kristian. Dialah yang paling banyak menerima rahmat dari Tuhan.” kata Mirano.“Anda benar.” ujar ketua rahib. “Mudah-mudahan Tuhan Kristus akan berbuat serupa pada Isabella dan kembali ke dalam golongannya.”“Baiklah, sekarang kita beredar dulu dari sini dan siapkan upacara sembahyang di bilik besar.” kata Mirano kepada ketua rahib.“Lepas tiga jam malam berlalu, tuan bawa Isabella ke bilik kami bersama seorang rahib perempuan untuk menjaganya.” sambung Mirano.“Baiklah. Isabella akan kami bawa kepada anda pada waktu yang ditetapkan.” Ketua rahib berjanji.“Oh ya,” ujar Mirano, “bolehkah tuan atau sesiapa saja menemani kami sepanjang malam ini?”“Dengan segala senang hati. Tapi,” kata ketua rahib “anda tahu kami semua sembahyang sepanjang malam dan memuja-mua Tuhan.”Mirano diam sejurus seperti sedang berfikir.“Kalau begitu, baiklah. Buat apa yang biasa tuan-tuan lakukan. Saya pun fikir tidak berapa perlu sangat. Cuma pada waktu pagi saja iaitu pada masa perbincangan itu, tuan mesti hadir sama seperti yang sudah kita aturkan.”“Ya, waktu pagi nanti tidak saja saya tetapi rahib-rahib lain pun akan ikut mendengar perbincangan anda.” kata ketua rahib.Martha menyampuk “Kalau dengan izin Jesus Kristus hasilnya akan tercapa pada malam nanti. Perlukah lagi perbincangan itu?”Ucapan Martha itu diberikan dengan semacam nada yang dapat ditangkap maksudnya oleh sahabat-sahabatnya saja.Setelah mereka meninggalkan ruang bawah tanah itu, ketua rahib mengunci pintunya. Mereka masuk ke bilik besar. Selesai makan malam dan membersihkan diri, empat sekawan itu berjalan-jalan di sekitar biara. Mereka bercakap-cakap dengan rahib lelaki dan rahib perempuan yang membuat persiapan-persiapan untuk beribadat di sepanjang malam itu. Kemudian, mereka kembali ke bilik. Tujuan mereka berbuat begitu adalah untuk mencari seroang rahib perempuan yang paling kuat pembaktiannya yakni yang paling warak. Mereka dapat bertemu rahib itu dan ketika itu dia sedang tenggelam dalam sembahyangnya.Malam berjalan dengan lambat tetapi waktu tiga jam yang dijanjikan semakin mendekat. Anak-anak gadis itu berbincang sesama sendiri dengan suara perlahan. Tepat pada waktunya, pintu bilik dibuka dan ketua rahib masuk. Keempat-empat gadis itu bangun berdiri sambil memberi hormat.“Isabella sedang diambil dari kurungan dan akan dibawa ke mari dengan segera.” kata ketua rahib.“Terima kasih.” jawab Mirano.“Bersama-sama dengannya ialah seorang rahib perempuan seperti yang diminta.” kata ketua rahib lagi.“Bolehkah tuan hantarkan kepada kami seorang rahib yang paling warak, seseorang yang tidak berhenti beribadat sepanjang malam?” tanya Mirano. “Adakah rahib serupa itu di sini?”Ketua rahib termenung seketika.“Semua rahib perempuan di sini warak orangnya. Mereka membuat berbagai-bagai amalan demi Tuhan Jesus. Tapi ..” katanya sambil berfikir “ada seorang yang bernama Arkia. Dia paling warak, pembakti, penerima wahyu suci dan telah melakukan berbagai macam mukjizat. Tentang keturunannya, cukuplah kalau dikatakan dia itu ialah Puteri Perancis. Dia telah meninggalkan kekayaan dan takhtanya demi untuk Mariam   Perawan.”“Kalau begitu, cita-cita kami sudah berhasil.” kata Mirano. “Kami perlukan rahib perempuan seperti itu supaya dapat mempengaruhi Isabella dengan kekuatan batinnya. Apakah dia juga boleh melakukan mukjizat?”“Kebolehannya melakukan mukjizat terkenal di mana-mana.” jawab ketua rahib. “Apakah anda tidak pernah mendengar tentang dirinya? Anda dengar ini saja, dia boleh minum racun tetapi tak berkesan sedikit pun padanya. Pada suatu masa dulu, seekor ular yang berbisa masuk ke biara dan jatuh tergolek di kaki Arkia. Ini saya lihat dengan matakepala saya sendiri.”“Maha suci Tuhan.” ujar Mirano. “Kerja kita sudah berhasil. Sekarang tolong bawakan Isabella dan Arkia kemari.”

BAB 12   Puteri Perancis

Tidak lama kemudian, Isabella pun dibawa masuk ke dalam bilik di mana sahabat-sahabatnya sedang menunggu. Keadaan tubuhnya amat lemah. Mirano dan sahabat-sahabatnya terlalu hiba melihatnya. Kalau tidak khuatirkan tembelang mereka akan terbuka, pada waktu itu juga mereka mahu memeluknya dan menangis dengan sekuat-kuat hati. Mereka hanya menahan sebak di dada walaupun melahirkan raut wajah yg biasa seperti orang yang hanya datang sekadar mahu memujuk agar Isabella kembali kepada jalan yang benar. “Puteri Arkia akan datang sebentar lagi sesudah dia selesai mengerjakan ibadatnya.” kata rahib yang membawa Isabella.Dia kemudian meninggalkan bilik itu. Pada kesempatan itu, Mirano, Hanana, Martha dan Catherine segera membincangkan dengan Isabella tentang rancangan rahsia yang akan mereka lakukan bagi membebaskannya. Mereka meminta Isabella bekerjasama dengan berpura-pura kembali kepada agama Kristian agar rancangan itu berjaya. Isabella menempelak sahabat-sahabatnya. Dia dengan tegas menolak cadangan mereka.“Apa saja penderitaan demi agama Islam maka insyaAllah, ia akan menjadi sebagai penebusan dosa dan memperkuat lagi keimananku. Andaikata Allah mahu membebaskan aku daripada cengkaman tawanan ini, maka pasti Dia akan menunjukkan jalannya kepadaku.” kata Isabella dengan penuh taqwa.Setelah terjadi berbagai macam pertukaran pendapat, mereka akhirnya mencapai kata sepakat akan melakukan cara yang paling baik tanpa menyinggung keimanan Isabella yang sudah kukuh. Mereka lalu berdoa bersama-sama. Isabella membaca doa yang diajarkan oleh Umar Lahmi dari AlQuran, surat Al-Isra’ ayat 80: Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin.**Wahai Tuhanku, masukkanlah daku secara yang baik lagi diredhai dan keluarkanlah daku secara yang baik dan diredhai.Mirano mula membaca salawat kepada Rasulullah dan sahabat-sahabat mereka yang lain mengucapkan doa yang sesuai dengan keadaan pada waktu itu. Sebaik saja mereka selesai berdoa, pintu bilik terbuka dan melangkah masuk Arkia, Puteri Perancis. Mereka terpegun sejurus melihat perawakan wanita itu. Orangnya tinggi lampai dan walaupun dalam berpakaian rahib begitu pun masih dapat dilihat garis-garis kecantikannya yang asal. Hidungnya mancung seperti paruh elang dan pada raut muka tergambar keangkuhan bangsawan. Bibirnya yang tipis dan rapat membayangkan kekerasan hati.Mereka yang ada di dalam bilik bangun dan memberi hormat   kepadanya.“Saya sangat dukacita bahwa Isabella telah melepaskan dirinya daripada pelukan Tuhan kita dan telah menyekutukan dirinya dengan orang-orang yang murtad. Saya hairan kenapa syaitan boleh menguasainya. Baru tadi malam, saya melihat dalam mimpi saya seorang ulama Islam dibakar di dalam neraka dan gadis malang ini juga mahu mengikutinya? Kalau dia kembali memikul salib Tuhan dan tinggal dengan saya beberapa hari, saya akan memberi dia melihat Tuhan.” kata Arkia.“Memang benar,” ujar Mirano “sangat memalukan apabila seorang anak pemimpin kerohanian menjadi murtad. Itulah sebabnya pada hari ini kami membawanya kepada anda. Anda boleh mempengaruhinya dengan kekuatan ilmu batin anda dan membawa dia kembali ke kaki Tuhan. Dia tidak dapat kita kalahkan dengan hujah-hujah tetapi kita dapat membawanya kembali ke agama asal dengan pengaruh   kerohanian.”“Baiklah,” jawab Arkia “hari ini kita membawa balik Isabella kepada Mariam Perawan melalui sembahyang dan ibadat. Saya yakin menjelang pagi nanti, dia akan pulih. Saya dapat melihat Tuhan sedang menunggu Isabella dengan tangan terbuka dan Isabella pun sudah bersedia untuk masuk ke dalam pelukannya. Anda semua tidak usah khuatir. Tunggu saja sampai pagi.”Ketika itu, Isabella mahu menjawab kata-kata Arkia tetapi Martha dengan segera memberi isyarat supaya dia mendiamkan diri. Arkia menceritakan tentang beberapa mukjizat yang pernah dilakukannya. Sedang dia bercakap-cakap, pintu bilik dibuka orang. Di muka pintu, berdiri ketua rahib.“Apakah anda masih memerlukan beberapa orang rahib perempuan lagi?” tanya ketua rahib. “Kalau mahu, saya akan arahkan.”“Terima kasih banyak.” jawab Mirano. “Buat masa ini saya fikir belum perlu lagi. Tetapi saya berterima kasih kalau tuan dapat datang menjenguk kami sekali atau beberapa kali sepanjang malan ini dan memberi nasihat apa-apa yang perlu.”“Baiklah.” kata ketua rahib. “Saya akan datang setiap dua jam sekali.”Dia lalu menutup pintu bilik dan meninggalkan mereka.Ada kira-kira setengah jam lagi akan menjelang tengahmalam. Anak-anak gadis itu pun duduk untuk melakukan sembahyang bersama Arkia di depan patung Mariam Perawan. Mereka duduk dalam jarak beberapa meter antara satu dengan yang lain. Mirano duduk berhampiran dengan Isabella supaya dia dapat menyampaikan sesuatu yang penting dengan mudah tanpa diketahui orang lain.Setelah satu jam bersembahyang, Mirano lalu membisikkan kepada Isabella “Dengar baik-baik. Anda jangan sekali-kali mencelah apa saja yang aku cakapkan. Anda dengar saja dan terima seadanya.”Arkia dengan semangat kesalihan yang tinggi telah melakukan beberapa perkara yang aneh-aneh. Kadang-kala dia menghulurkan tangannya seolah-olah mahu mencapai sesuatu ke dalam pelukannya. Kadang-kala dia menangis dan ada masa dia meraung seperti orang kesakitan. Dia mengulang-ulangi perbuatannya berkali-kali dan berkata “Ya, ya. Tuhan akan memberi hidayah kepadamu. Roh Kudus akan menolong kita.”Kira-kira jam satu malam, Mirano telah menjerit dengan sekuat hati dan kemudian pengsan. Isabella duduk tanpa bergerak di sampingnya. Arkia, Martha, Hanana dan Catherine menerpa ke Mirano. Mereka mahu menyedarkannya dengan memercikkan air ke muka. Arkia melarang sambil berkata bahwa Mirano telah melihat Tuhan dan sembahyang mereka pada malam itu mencapai kejayaan besar.“Jangan susah. Ini satu tuah kita bahwa Tuhan telah datang ke biara ini.”Arkia mendekati Isabella. “Nah, Isabella! Masih enggankah kau mengangkat salib Tuhan kita?”Isabella diam. Dia tidak menjawab dan hanya mendengar saja. Arkia semakin yakin bahwa Tuhan benar-benar telah turun di biara itu dan memandang Isabella dengan mata rahmatnya. Mirano masih terus dengan pengsannya waktu ketua rahib tiba.Ketua rahib amat terperanjat melihat keadaan Mirano lalu berteriak “Apa sudah terjadi?”Arkia terus menceritakan dengan penuh keyakinan bahwa Tuhan telah turun ke dalam diri Isabella, yang segera pula dibenarkan oleh ketua rahib itu yang memang sudah sangat percaya kepada kesalihan Arkia. Akhirnya, setelah dilakukan berbagai-bagai usaha, Mirano pun mulai sedar.Ketua rahib segera bertanya “Mirano, bagaimana keadaanmu? Cuba beritahu kami sedikit khabar baik.”Mirano menunjukkan jarinya ke arah Arkia.“Ini semua adalah manifestasi kesalihan dan keberkatan dari perhatiannya yang warak menyebabkan saya melihat Tuhan.” kata Mirano bersungguh-sungguh.“Maha Suci Tuhan,” ujar Arkia “rahmat atas nama Kristus yang disalib.”“Bagus, bagus. Apa yang telah anda lihat?” tanya ketua rahib lagi seakan tidak sabar.“Saya sedang khusyuk bersembahyang apabila saya melihat suatu lembaga lelaki yang segak dan anggun menerpa saya. Kemudian, dia melihat dengan mata imannya pada Isabella sambil tersenyum.” Mirano bercerita.“Tahniah! Tahniah!” kata ketua rahib itu.“Saya sedang memerhatikan lembaga itu dengan penuh perhatian bila dia tiba-tiba berpaling kepada saya. Saya melihat ada suatu tanda di dahinya yang tertulis ‘Roh Kudus’ dengan huruf yang bercahaya-cahaya.”Isabella menahan ketawanya hingga membuat dia terbatuk-batuk.“Oh Tuhan! Maha Suci namamu.” kata Arkia.“Kemudian dia mengeluarkan sebiji botol kecil dan menuang beberapa titik isinya ke atas kepala Isabella.” sambung Mirano.“Sudah tentu itu titisan air keimanan, Isabella,” kata ketua rahib “nasibmu sudah kembali bersinar.” “Kemudian Roh Kudus memberitahu saya dua perkara …” Mirano tidak meneruskan ucapannya. Dia seperti tenggelam dalam fikiran secara tiba-tiba.“Apa dia, Mirano?” Ketua rahib tidak sabar sambil memanjangkan lehernya mendekati Mirano. “Apa dia dua perkara itu?”“Katanya,” ujar Mirano “ada sebuah gereja suci di daerah selatan Cordova yang sekarang sudah ditinggalkan orang. Di sana tulang-tulang Wali Suci yang disimpan untuk penziarah-penziarah yang mencari berkat. Saya mahu ke sana dan cuba lihat, Tuhan sedang menunggu kita dengan tangan terbuka untuk diberi hidayat.”Arkia terus berseru “Tuhan yang disalib! Namamu penuh pujian. Demi Mariam Suci! Betapa beruntungnya wahyu ini. Dan saya telah melihat Tuhan sebaik saja saya sampai ke mari. Dapatkah tuan lihat betapa wahyu Mirano telah membenarkan perkataan   saya?”“Apa dia yang lagi satu, yang dikatakan Roh Kudus?” tanya ketua rahib lagi memotong kata-kata Arkia.“Perkara yang lagi satu?” Mirano berpura-pura kehairanan. “Ya!” Mirano menggeleng-gelengkan kepala dengan lembut.“Perkara yang lagi satu saya tidak boleh beritahu di sini. Begitu saya diperintah.”“Apakah Roh Kudus tidak benarkan anda memberitahu perkara itu di sini?” Ketua rahib seperti kecewa.“Ya! Dia tidak membenarkan saya memberitahunya di depan   orangramai.” “Sekurang-kurangnya anda memberitahu saya kalau hal itu ada kena mengena dengan orang atau tentang suatu usaha.” kata ketua rahib tanpa berputus asa.Setelah diam sejurus. Mirano lalu berkata “Hanya sekadar ini saja saya boleh memberitahu tuan. Saya tidak begitu banyak mengetahui tentang tuan. Bapa Suci, bagaimana saya akan mengetahui kedudukan tuan begitu tinggi di hadapan Tuhan?”Oleh sebab para rahib dan orang-orang Kristian Roman Katolik sangat percaya pada ketahyulan dan amat mudah mempercayainya maka rahib itu pun begitu juga. Dia melompat-lompat kegembiraan dan mengulang-ulangi ucapan Mirano.“Bagaimana saya akan mengetahui kedudukan tuan begitu tinggi di hadapan Tuhan.”Arkia, Puteri Perancis, bersujud di kaki ketua rahib dan menggosok-gosok dahinya di atas kaki itu. Ketua rahib membiarkan sambil berdiri tegak kerana terlalu gembira.Dia hanya berkata kepada Arkia “Anakku, sabarlah! Engkau juga akan ikut bersama-samaku di dalam syurga.”Hampir dua jam lamanya suasana riang gembira itu berlangsung. Akhirnya, Arkia berkata kepada ketua rahib   itu.“Apa yang harus kita buat sekarang?”“Untuk menemui Tuhan, kita harus pergi ke tempat yang diberitahu Mirano.” kata ketua rahib.Kemudian dia berpaling kepada Isabella. “Lihat, wahai gadis yang baik! Kerana engkaulah maka Roh Kudus telah turun ke atas kami hari ini. Sudah tentu pertemuanmu dengan Tuhan nanti akan menjadikan engkau seorang wali. Raja-raja akan datang meminta berkat dari kakimu.”“Apakah kita perlu pergi ke gereja buruk seperti yang diarahkan oleh Roh Kudus itu?” tanya Mirano.“Sudah tentu!” kata ketua rahib. “Apakah anda masih ragu-ragu apabila Roh Kudus sudah arahkan kita ke sana? Kita mesti sampai di situ sebelum menjelang pagi.”“Baiklah.” Kurungkan Isabella di dalam ruang bawah tanah itu dan bersiaplah untuk bertolak.” kata Mirano.“Kenapa?” tanya ketua rahib kehairanan. “Anda mahu tinggalkan orang yang kerananya Roh Kudus turun ke mari dan memberi penghormatan kepada kita untuk bertemu dengan Tuhan? Dengar! Isabella telah menerima hidayat istimewa dari Tuhan. Seperti juga dengan Paulus Suci meskipun menjadi musuh ketat Tuhan telah menerima berkat yang istimewa. Jadi, bangun semua. Bawa Isabella bersama-sama anda. Mari kita pergi ke gereja itu.”“Bagaimana kalau Isabella melarikan diri dalam perjalanan kita nanti?” tanya Hanana.Ketua rahib tertawa besar. “Hairan! Adakah Tuhan panggil kita ke hadapannya kerana sesuatu yang tidak berfaedah. Seolah-olah dia tidak tahu orang yang dipanggilnya akan melarikan diri.”“Saya fikir kita tidak boleh berlengah-lengah lagi.” kata Arkia. “Kerana Roh Kudus telah mengarahkan kita sampai ke sana segera.” Arkia memandang ke angkasa.“Saya sudah mulai nampak Roh Kudus. Oh Tuhan! Puji-pujian untuk namamu!”“Puji-pujian untuk namamu, Tuhan!” Semua ikut mengucapkan   serentak.“Baiklah,” ujar ketua rahib “saya akan mengarahkan mereka membawa keluar keldai-keldai dan kalian berkemaslah. Keldai-keldai larinya cepat, sekejap saja kita boleh sampai ke sana.”Ketua rahib keluar dan memanggil pekerja-pekerja biara lalu menyuruh mereka mengeluarkan keldai-keldai. Waktu berangkat dirahsiakan dari pengetahuan rahib-rahib lain. Ketua rahib sangat gembira kerana Isabella akan melihat Tuhan di gereja buruk dan akan memikul Salib Suci Kristus. Bapanya, ketua paderi, tentu akan terperanjat besar melihat mukjizat itu.Mereka sekarang sudah siap untuk bertolak. Isabella, Hanana, Catherine, Mirano, Martha, Arkia dan ketua rahib menunggang keldai seorang seekor. Atas arahan Mirano, Isabella diletakkan di tengah-tengah sebagai satu tindakan keselamatan. Dalam masa empat puluh lima minit, mereka sampai ke Gereja Saint Peter. Di dalam gereja itu, terdapat tulang-tulang para martir yang terkenal di dalam agama Kristian dan perempuan-perempuan Kristian dari tempat-tempat yang jauh datang ke gereja ini berziarah untuk mendapat berkat.Masa masih ada lagi sebelum menjelang fajar dan keadaan gereja yang mengerikan itu menimbulkan semacam perasaan takut di dalam hati. Sebaik saja mereka masuk ke dalam gereja, Arkia dan ketua rahib terus bertelut di hadapan satu rangka manusia yang besar. Kedua-duanya mula menangis dengan kuat kerana mengharapkan dapat melihat Tuhan sebelum pagi dan Roh Kudus akan memeluk mereka. Ketika ini, Isabella dan sahabat-sahabatnya membincang satu rancangan sulit yang sudah mereka atur sebelum bertolak ke tempat itu. Tiba-tiba dengan suatu gerakan yang cepat, kelima-lima orang kawan itu menyerang ketua rahib yang sedang meniarap dan menangis. Dua orang memegang kuat tangannya sementara dua orang lagi menangkap kaki. Seorang mengeluarkan tali dan kain buruk yang disembunyikan di dalam kocek baju. Mereka menyumbat kain buruk itu ke mulut ketua rahib dan mengikat tangan serta kakinya. Ketua rahib malang itu amat terkejut dan tidak sempat menjerit meminta tolong.Arkia meniarap di hadapan satu rangka manusia yang lain yang mengharap dapat melihat Tuhan telah dibisikkan di telinganya oleh Isabella.“Marilah saudaraku yang salih! Saya mahu menunjukkan Tuhan kepada anda.”Dengan penuh bersemangat, Arkia bangun segera dan apabila dia menghampiri ketua rahib yang terikat tangan dan kaki dan dalam keadaan tidak terdaya, dia lalu memekik “Apa ini?”“Inilah Tuhan yang anda datang untuk melihatnya di sini.” jawab Isabella.Anak-anak gadis itu lalu memberi amaran kepada Arkia tentang hari depannya. Mereka mendakwah agama Islam kepadanya.“Kalau anda mahu melihat sinar kebenaran dan menjadi manusia yang sempurna, mengucaplah La ilaha illallah, Muhammad-ur Rasulullah. Kalau tidak anda tidak akan dapat melihat Tuhan khayalan anda itu sampai ke hari kiamat.”Setelah berpesan, kelima-lima gadis itu pun menunggang keldai seorang seekor serta membawa bersama dua ekor keldai lagi lalu meninggalkan gereja tua segera. Arkia diam tegak seperti patung kerana terkejut. Akhirnya, dalam cahaya lilin yang suram, dia melihat ketua rahib terkial-kial mahu melepaskan diri sambil memberi isyarat memerlukan bantuan untuk melepaskan dirinya. Arkia baru tersedar akan keadaan yang telah berlaku. Dia segera menarik keluar kain yang tersumbat di dalam mulut ketua rahib. Kemudia dibuka ikatan tangan dan kakinya. Setelah itu, ketua rahib memekik sekuat hatinya. Mendengar pekikan yang kuat di pagi hari di dalam gereja yang sedang riuh dengan tangisan para ziarah itu, barulah orang-orang yang ada di situ sedar apa yang telah berlaku. Isabella dan sahabat-sahabatnya sudah tidak kelihatan lagi. Mereka telah jauh meninggalkan gereja tersebut.Tidak lama kemudian, kelima-lima gadis itu tiba di rumah Umar Lahmi.  Umar Lahmi dan orang-orang Islam yang lain baru saja selesai menunaikan solat Subuh ketika itu. Mereka mendengar peristiwa yang baru dialami kelima anak gadis itu. Berita itu disampaikan kepada Ziad bin Umar dengan segera. Semua orang Islam merasa gembira dan mengucapkan syukur ke hadhirat Allah Subhanahu Wa Taala dan mengucapkan tahniah serta pujian kepada Mirano dan sahabat-sahabatnya yang telah berjaya membebaskan Isabella. Setelah itu mereka semua berkumpul  di satu perkumpulan sesudah Subuh. Semua alim ulama, ahli filsafah, doktor, penulis, penyair, penafsir Al-Quran dan Hadis, serta ahli sejarah hadir bersama. Hampir semua orang di situ tahu tentang peristiwa Isabella ditawan dan diserahkan kepada inquisisi. Selama Isabella di dalam tawanan, Umar Lahmi kerap menerima laporan tentang keadaan diri Isabella yang disampaikan oleh para pengintip rahsia. Berita-berita itu disampaikan oleh Umar Lahmi kepada hadirin di setiap perkumpulan yang diadakan di rumah Ziad bin Umar.

BAB 13   Pertemuan Sulit

Di gereja Saint Peter, sepeninggalan Isabella dan sahabat-sahabatnya, telah timbul kekecohan besar. Walaupun telah ditolong oleh Arkia melepaskan diri dari ikatan, ketua rahib yang tadinya memekik meminta tolong tiba-tiba terdiam. Sejurus lamanya dia terdiam tanpa berkata-kata seperti seorang yang dalam kebingungan dengan apa yang telah menimpa dirinya. Dia tidak dapat menjawab pertanyaan ramai orang yang datang mengerumuninya. Penziarah-penziarah lain yang berada di dalam bilik yang berasingan seolah-olah tidak menghiraukan teriakan meminta tolong dari ketua rahib. Mereka sebaliknya semakin khusyuk  dengan doa dan sembahyang di hadapan tulang-tulang kerangka orang yang dianggap wali. Mereka semakin kuat menggenggam jari-jemari tangan masing-masing sambil menangis sementara menunggu dengan penuh sabar kedatangan Tuhan yang dijanjikan.Setelah keadaan kembali reda, ketua rahib dan Arkia terburu-buru keluar dari gereja kerana mahu mengejar Isabella dan sahabat-sahabatnya yang sudah terlepas dari tawanan. Sekali lagi, mereka termanggu dalam keadaan bingung kerana keldai-keldai mereka telah tiada lagi di situ. Mereka lalu meminjam keldai penziarah lain untuk pulang ke biara. Waktu sampai kembali di biara, mereka disambut dengan perasaan terperanjat oleh rahib lelaki dan perempuan kerana Isabella dan sahabat-sahabatnya tidak kelihatan. Walaupun pemergian ke gereja buruk di Selatan Cordova dirahsiakan namun semua rahib biara telah mengetahuinya. Mereka telah mendengar kisah Mirano pengsan dan Tuhan mengarahkan mereka pergi ke gereja tua itu.“Mana Isabella?” tanya seorang rahib lelaki.“Sudahkah dia memikul kembali salib Tuhan kita?” tanya seorang rahib perempuan kepada Arkia.Ketua rahib terlalu susah hati sehingga dia tidak dapat mengangkat muka. Di wajahnya terbayang kehinaan, penyesalan dan kekalahan. Kemudian salah seorang daripada rahib-rahib memberanikan diri untuk tampil ke depan.“Tuan yang dihormati,” kata rahib lelaki itu “bapa suci, ketua paderi, telah mengirim surat ini waktu tuan tiada. Tuan disuruhnya menjawab segera.”Ketua rahib memandang muka rahib yang sedang menghulurkan surat dengan mata terbelalak. Tangannya sedikit menggeletar.“Oh, bagaimana aku mahu menunjukkan mukaku kepada bapa suci itu?” katanya membisik. “Oh, syaitan terkutuk itu telah menipu aku. Syaitan yang tidak pernah melepaskan peluang untuk mencuba walaupun kepada Tuhan Jesus Kristus. Celaka Isabella! Oh, perempuan sial! Aku benci kepadamu oh anak syaitan! Kau yang murtad, kami pula yang mendapat malu. Oh, Tuhan! Lihatlah betapa aku yang taat kepadaMu diperlakukan.”Walaupun ucapannya amat perlahan tetapi para rahib yang sedang mengelilinginya dapat mendengar dengan jelas dan mereka sangat terperanjat. Lalu masing-masing bertukar pandangan antara satu dengan yang lain dengan diselubungi suatu perasaan yang cukup aneh. Ketua rahib lalu membuka surat dari ketua paderi dengan tangan yang terketar-ketar.Dengan tujuan untuk memujuk Isabella, kawan-kawannya yang empat orang itu telah datang ke mari seperti yang telah anda maklum. Saya fikir memasukkan kembali Isabella ke dalam agama Kristian tidak semudah seperti yang kita fikirkan. Andainya keadaan Isabella masih tidak berubah, saya minta diserahkan saja kepada inquisisi. Saya akan mengirim beberapa orang untuk mengambil Isabella pada petang nanti. Sekarang, suruh anak-anak gadis itu kembali dan berjumpa saya. Jangan sampai syaitan dapat menyeleweng mereka pula dan masuk ke dalam perangkap Isabella.Selesai saja dia membaca surat itu, dia pun menangis dengan suara kuat hingga memeranjatkan orang-orang yang berada di situ. Sejurus lamanya dan ketika tangisannya mula reda, dia berkata dalam keadaan masih teresak-esak ” Bagaimana aku akan menjawab surat ini? Aku akan pergi sendiri berjumpa bapa suci dan menceritakan kepadanya betapa orang-orang salih dapat juga diperdaya oleh syaitan.”Setelah berkata begitu, ketua rahib pun bangun dari duduk dan mengajak Arkia pergi bersama-sama menghadap ketua paderi di rumahnya. Dalam perjalanan, mereka tidak banyak berkata-kata. Ketua rahib terlalu runsing memikirkan hukuman yang akan diterima di atas ketelidurannya. Arkia, Puteri Perancis, pula merasa kesalihannya telah terpukul dengan kejadian itu. Dia yang mengaku selalu mendapat wahyu dan boleh melakukan mukjizat telah dapat dikalahkan oleh Isabella yang dituduh murtad. Perkara yang paling mengganggu fikirannya ialah nasehat Isabella yang menyuruhnya membaca kalimah syahadat dan masuk Islam jikalau dia benar-benar mahu berjumpa dengan Tuhan yang dikhayalkannya selama ini.Ketua paderi sangat terperanjat apabila melihat ketua rahib datang bersama Arkia. Dalam keadaan tenang, dia mempersilakan mereka duduk. Dengan perasaan terhina dan rasa rendah diri, ketua rahib pun menceritakan tipu muslihat sahabat-sahabat Isabella yang berjaya menipu dia dan Arkia. Ketua paderi terdiam kaku mendengarnya. Kemudian dia berkata “Saya telah memerintah anda menjaga dengan berhati-hati, kenapa masih boleh ditipu oleh anak-anak gadis itu? Kenapa wahyu palsu itu boleh membuat anda meninggalkan biara? Kenapa tidak diberitahu kepada saya terlebih dulu?”“Bagaimana saya menjawab lagi? Saya mengaku bersalah dan saya telah jatuh ke dalam perangkap syaitan.” kata ketua rahib.“Apakah ada rahib-rahib lain yang bersengkokol dengan anak-anak gadis itu?”“Tidak ada. Sebagai menjaga keselamatan, saya tidak memberitahu kepada sesiapapun kecuali rahib perempuan ini yang memang sudah terkenal dengan kesalihannya.”Ketua paderi lalu memanggil seorang pesuruh dan menyuruhnya pergi ke rumah Michael dan Peter.“Panggil mereka ke mari sekarang juga. Kalau mereka ada urusan lain, suruh ditinggalkan dulu. Mereka mesti datang ke sini kerana ada urusan penting.”Tidak lama kemudian, Michael dan Peter hadir bersama tiga orang paderi lain. Mereka meletakkan tangan kanannya di dada tanda memberi hormat kepada ketua paderi.“Silakan duduk.” kata ketua paderi. “Anak anda, Mirano, telah minggat bersama-sama anak saya, Isabella.”“Apa? Apa yang anda telah katakan?” Michael bertanya dalam keadaan terperanjat.“Bukan saja Mirano, Hanana, Martha dan Catherine juga telah meloloskan diri dari pengawalan di biara.” ujar ketua paderi lagi.“Bapa suci! Cuba ceritakan bagaimana hal itu boleh terjadi?” desak Michael.“Bertanyalah kepada ketua rahib ini.” kata ketua paderi. “Nah, ceritakan kepada mereka dari mula.”Ketua rahib pun menceritakan kisah kejadian itu dari awal hingga akhir dengan linangan airmata kerana merasa malu dan kesal yang amat sangat. Michael dan Peter turut menangis sama.“Kenapa menangis?” kata ketua paderi. “Kutuklah roh-roh yang kotor itu. Sesalan kalau pun ada ialah kerana Isabella telah terlepas dari genggaman inquisisi.”“Bapa suci! Ini bukan perkara kecil.” ujar Michael. “Orang-orang Kristian seluruh Cordova seakan terhina dengan kejadian ini.”Ketua paderi tidak mengacuhkan ucapan Michael itu.Sebaliknya, dia berkata “Bagaimanapun, usahakan mencari anak-anak gadis itu sekarang. Kita akan mencari ikhtiar menghadapi masalah ini.”Tiga hari telah berlalu dan pada suatu malam ketika menjelang dinihari, semua paderi di Cordova telah datang berkumpul di dalam gereja besar Cordova. Mereka telah diarahkan secara sulit datang berkumpul di situ. Pada lahirnya, tidak kelihatan tanda-tanda dipasang lampu yang terang-benderang, tidak ada hamparan permaidani dan tidak pula ada perarakan salib dan sebagainya. Orang-orang datang secara berasingan dan dengan tenang masuk lalu mengambil tempat duduk di dalam ruang gereja berhadapan dengan altar suci. Perhimpunan istimewa ini dihadiri oleh orang-orang yang dijemput secara rahsia saja.Sebuah salib besar terpasang di atas altar bertepatan dengan patung Kristus tergantung. Di bawahnya, terdapat Mariam Perawan duduk bertelut di atas lutut, memperlihatkan pembaktiannya kepada Jesus Kristus. Semua dinding gereja besar itu dilukis dengan figura wali-wali dan pengikut-pengikut Jesus, kelihatan seperti gambar di dalam mitologi Roman dan Mesir. Semua yang datang duduk dikelilingi dinding-dinding itu. Rahib wanita, perawan yang menjadi penghibur paderi-paderi juga kelihatan di dalam kumpulan para paderi. Ketua pader, bapa Isabella, menyambut kedatangan semua dengan penuh kemesraan. Mereka berjalan masuk dalam keadaan senyap dan khusyuk sehingga orang-orang yang lewat di luar gereja tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalamnya. Tetapi orang-orang Islam telah pun mengetahui tentang perhimpunan rahsia itu.Ketua paderi dan Michael berdiri di muka pintu memberi arahan dengan isyarat tangan kepada orang-orang Kristian yang datang berbondong-bondong penuh bersemangat itu supaya jangan membuat bising. Beberapa ribu orang sudah berada di dalam gereja besar namun ketua paderi dan Michael masih berdiri di muka pintu di bawah patung Kristus yang disalib. Tidak jauh di hadapan gereja, seorang lelaki yang di dalam kumpulan orang yang sedang berbaris hendak masuk memegang bahu seorang lelaki lain di depannya seraya berkata “Saudara, puji-pujian kepada nama Tuhan. Ini ada satu envelop yang mesti saya sampaikan kepada bapa suci, ketua paderi, tetapi saya telah terlupa pesanan Bapa Michael yang telah memerintah saya mengambil satu barang penting di rumahnya untuk ketua paderi. Saya terpaksa pergi sekarang sebelum pertemuan ini bermula. Bolehkan saudara tolong sampaikan kepadanya sesudah sampai di dalam nanti?”Envelop diserahkan sebelum orang itu sempat menjawab. Setelah menerimanya, dia berkata “Dengan segala senang hati. Saya akan sampaikan envelop ini kepada bapa suci. Tuan jangan bersusah hati.”“Terima kasih.” jawab orang lelaki itu lalu meninggalkan   barisan.Orang yang menerima itu memegang surat itu dengan kuat. Dia gembira kerana menerima amanah yang begitu besar.Ruang gereja telah penuh dengan orang-orang Kristian dan para paderi duduk di tempat yang disediakan untuk mereka. Ada beberapa paderi pula berjalan berkeliling, memerhati setiap orang untuk memastikan tidak ada orang Islam yang dapat menyusup masuk. Setelah mereka yakin orang-orang yang tidak diingini tidak ada di dalam gereja, pintu besar pun ditutup. Beberapa orang disuruh berjaga di luar supaya tidak ada orang yang cuba mencuri mendengar. Sebagai langkah menjaga keselamatan, ketua paderi dan Michael serta dua belas orang paderi pilihan duduk di atas suatu tempat yang agak tinggi letaknya di bahagian hadapan. Suasana di dalam gereja tidak terlalu bising walaupun beribu-ribu orang menempatinya. Ia juga adalah arahan keras dari ketua paderi.Tiba-tiba, ketika perhimpunan akan dimula, seorang lelaki yang duduk di bahagian hadapan bangun berjalan mendapatkan ketua paderi lalu menyerahkan surat yang diamanahkan kepadanya. Surat itu, dalam suatu envelop besar, diterima Michael. Ketika itu, ketua paderi sedang berada di atas podium mahu memberi ucapan. Ketua paderi bercakap dengan suara yang agak gementar.“Anak-anakku, lelaki dan perempuan! Malam ini kalian disusahkan dengan arahan supaya datang berkumpul di dalam gereja besar ini. Perhimpunan ini amat penting yang nanti akan disampaikan oleh Bapa Michael. Kalian mesti mendengar baik-baik ucapan yang bakal diberikan beliau. Dengar dengan tenang dan   sabar.”Waktu ketua paderi mahu duduk, Michael menyerahkan envelop besar kepadanya. Setelah itu, dia menuju ke podium untuk menyampaikan ucapan. Ketua paderi membuka envelop itu lalu mengeluarkan sepucuk surat dari dalamnya. Dia membaca dengan cepat beberapa baris ayat lalu memekik dengan kuat sehingga mengejutkan semua orang, lebih-lebih lagi Michael yang baru saja mahu berucap. Tubuh ketua paderi terketar-ketar kerana menahan marah. Semua orang yang memandang ke arahnya kehairanan. Michael segera mendekatinya.“Ada apa bapa suci?”Setelah ketua paderi tenang kembali, dia pun berkata “Ini surat dari Isabella. Dia menjemput kita semua memeluk agama Islam. Siapa yang memberikan surat ini   tadi?”“Saya yang memberinya, bapa suci.” ujar seorang lelaki dengan jujur.Belum sempat dia menyambung kata-katanya, beberapa orang yang duduk berhampiran telah memukul dan menumbuknya dengan kuat. Lelaki itu masih juga berusaha mahu menjelaskan perkara sebenar tetapi tidak seorang pun yang mengendahkannya. Dia terus dipukul dan ditumbuk hingga terjatuh dan tidak sedarkan diri. Tubuhnya diheret dan dicampakkan ke dalam bilik kecil di sudut gereja.Kekacauan telah berlaku. Agak lama baru keadaan kembali reda. Dalam keadaan payah, ketua paderi maju ke hadapan untuk bercakap.“Orang yang membawa surat ini ialah seorang Islam yang menyamar sebagai salah satu dari kita dengan memakai pakaian suci kita.” Dia berhenti sejenak.“Bagaimanapun, besok kita akan periksa orang ini. Sekarang, anak-anak perempuan itu telah mendakwah kepada kita tentang agama Islam yang biadab dan terkutuk itu. Sekarang, mari kita fikirkan cara untuk mendapatkan kembali anak-anak perempuan itu. Apa yang patut kita buat?” sambungnya   lagi.Michael lalu tampil di atas podium.“Saudara-saudara! Nampaknya tujuan kita mengadakan perhimpunan rahsia ini menjadi sia-sia dengan kehadiran surat Isabella. Apa yang dapat kita lakukan sekarang? Kita baca dan dengar isi surat itu dan kita semua mesti mendengarnya dengan sabar. Berdoalah kepada Tuhan agar dia dapat dikembalikan ke dalam pelukanNya ataupun dimasukkan ke dalam neraka   segera.”Ketua paderi lalu berkata “Bawalah orang itu ke mari. Kita boleh memaksanya bercerita tentang perkara-perkara lain yang perlu kita ketahui walaupun kita tahu orang-orang Islam itu keras kepala dan tidak mudah membuka rahsia. Dia sekarang dalam genggaman kita. Dengan mengancamnya, kita pasti berhasil mendapatkan sesuatu.”Orang lelaki yang malang itu pun dibawa keluar dari bilik dan diletakkan di atas pentas di hadapan orang ramai. Keadaannya amat parah. Badannya luka-luka dan pakaiannya koyak-rabak.Apabila ketua paderi melihatnya dengan teliti dari dekat, dia lalu menjerit dengan kuat “Oh, ini paderi dari gereja sebelah utara. Dia anak saudaraku sendiri!”Sekali lagi, orangramai terperanjat. Michael segera mendekati orang itu.“Dia masih bernafas.”Semua orang merasa amat dukacita. Mereka seperti sudah jatuh ditimpa tangga.Esoknya, apabila paderi yang malang sudah sedarkan diri, dia pun menceritakan kisah sebenar bagaimana dia mendapat surat itu. Setelah mendengarnya, semua yang ada sependapat mengatakan itu adalah perbuatan khianat daripada orang-orang Islam. Harapan mereka kepada Isabella dan sahabat-sahabatnya pun lenyap begitu saja. Perhimpunan rahsia mereka telah gagal malahan telah menimbulkan kekecohan besar sehingga tidak dapat dikawal lagi. Surat Isabella yang ditulis kepada bapanya berbunyi:Semua puji-pujian kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam. Yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala isi yang ada di dalamnya dengan kekuasaanNya yang mutlak dan Dia di samping menyusun sistem lahiriah juga menyusun sistem batiniah melalui wahyu dan nabi-nabi dan salawat serta salam kepada Junjungan yang telah datang melepaskan dunia dari kemungkaran dan kegelapan serta membawanya ke dalam cahaya keimanan dan memimpin kita ke jalan yang benar yang telah diterokai oleh nabi-nabi yang terdahulu dan membawa kita kepada Allah yang menjanjikan kedamaian dan keselamatan abadi. Bapaku yang dihormati.  Ketahuilah bapa bahwa aku telah menerima Islam yang menurut penyelidikanku ialah satu-satunya agama yang bebas daripada kemungkaran dan kebatilan, yang membimbing kita ke jalan keselamatan. Saya telah menolak agama Kristian kerana ia penuh dengan ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran semua nabi. Secara ringkas maka di bawah ini saya perturunkan perbandingan-perbandingan untuk menunjukkan kebenaran Islam kepada bapaku : 1.  Dalam Islam, Allah itu Esa dan tidak bersekutu dengan apa pun juga. Dia unik dengan segala kebaikan dan kesempurnaanNya. Al-Quran menyebut Allah itu tunggal. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Tidak ada suatu pun yang sama denganNya. Dia wujud, tidak mati, tidak tidur, tidak mengantuk dan tidak letih ataupun berhajatkan kepada semua yang dihajatkan oleh manusia. Kalau kita akan menyebut satu persatu semua kesempurnaanNya maka hendaklah kita mempelajari Kitab Suci Al-Quran.2.  Sebaliknya, agama Kristian percaya bahwa Tuhan itu bukan satu tetapi tiga: bapa, anak dan Roh Kudus. Jesus Kristus satu-satunya ‘Putera Tuhan’ dan dia juga pencipta dan abadi seperti bapanya juga meskipun Injil mengatakan Jesus itu makan dan minum, tidur dan jaga dan sangat bergantung kepada air, udara dan tiap-tiap benda yang diperlukan oleh manusia dan di dalam dirinya terkumpul semua keinginan duniawi. Seandainya Tuhan juga bergantung kepada semua perkara seperti manusia maka bagaimana dia layak menjadi Tuhan dan apakah ada perbedaan lagi antara Tuhan dan manusia? Kitab Suci Al-Quran dengan tegas mengatakan bahwa sesiapa yang mengatakan Kristus itu Tuhan atau Putera Tuhan maka dia telah menyekutukan Allah dan menjadi kafir. Orang-orang Kristian dengan menjadikan Kristus sebagai putera Tuhan telah memfitnah Tuhan. Al-Quran telah mengajar bahwa Kristus serupa Musa, Daud, Sulaiman, Yahya, Hud, Nuh dan lain-lain nabi. Sebagai utusan dan nabi, mereka juga adalah manusia, makhluk dan bukan pencipta. Nah, cuba bapa fikirkan sendiri betapa jelas dan munasabah ajaran Kitab Suci Al-Quran ini dan betapa agama Kristian mengusutkan dan tidak masuk akal.3.  Menurut Islam, tiap-tiap manusia dilahirkan dalam keadaan suci dan bebas dari dosa. Apabila dia beransur dewasa, pengaruh-pengaruh luar telah menyesatkannya. Allah telah memberikan akal kepada manusia supaya mematuhi hukum-hukumNya dan menjauhi benda-benda yang terlarang. Al-Quran mengatakan bahwa Adam tidak melakukan dosa. Semua nabi adalah suci dan bersih dari dosa. Masalah dosa yang diwarisi adalah tipuhelah syaitan. Agama Kristian mengatakan tiap-tiap orang berdosa sejak dilahirkan sehingga dengan demikian, nabi-nabi juga melakukan dosa dan dosa Adam adalah penyebab manusia menjadi berdosa. Nyata sekali betapa kepercayaan ini tidak ada logiknya, tidak munasabah dan bertentangan dengan bukti-bukti intuisi yakni kerana Adam melakukan dosa, dosa yang sebenarnya tidak pernah dapat dibuktikan, semua manusia menderita seksaan. Jadi, dalam masalah ini juga Kitab Suci Al-Quran adalah benar dan adil dan ketetapannya logik, munasabah dan menurut sunah nabi-nabi.4.  Keutamaan yang diberikan oleh Al-Quran ke atas akhlak dan guru-guru ialah tentang betapa mulia dan tingginya moral itu, hal yang serupa tidak diketemui di dalam lain-lain agama. Islam mengatakan bahwasanya manusia itu tidak memperoleh selain dari apa yang diusahakannya dan usahanya itu kelak pasti akan dilihatnya. Kemudian diberikan kepadanya balasan yang cukup sempurna terhadap usahanya* dan yang demikian itu adalah ajaran dari semua nabi. Tidak ada orang yang akan memikul beban orang lain tetapi tiap-tiap orang memikul tanggungjawab di atas perbuatannya. Maka dengan ajaran suci serupa inilah yang memberikan manusia ajaran-ajaran kemuliaan dan menggesanya berbuat kebajikan. Tetapi agama Kristian sebaliknya mengajarkan bahwa Jesus Kristus telah memikul beban dosa semua orang lalu disalibkan dan menjadi penebus semua orang yang berdosa. Perbuatan dosa telah dilakukan oleh beribu bahkan berjuta manusia tetapi hukumannya telah dikenakan ke atas seorang manusia suci, satu-satunya ‘Putera Tuhan’. Ajaran ini di satu pihak membuat manusia tidak berguna dan memalukan sementara di pihak lain menjadikan seseorang hilang kepercayaan kepada dirinya sendiri dan dengan demikian harga dan nilai dirinya jatuh di matanya sendiri selain daripada itu kepercayaan ini merupakan satu pelanggaran kepada kesucian Tuhan.5.  Apabila Kitab Suci Al-Quran diturunkan ke dunia, ia telah menerangkan semua kebenaran. Kebenaran yang telah lama dilupakan dan punca-punca kebenaran yang telah dicemarkan. Islam meletakkan semula kemuliaan semua nabi-nabi dan membantah semua tuduhan palsu yang ditimpakan kepada mereka. Ia mendedahkan penyisipan-penyisipan palsu yang telah dilakukan di dalam kitab-kitab wahyu dan membuat penjelasan akan keadaan yang sebenarnya melalui pendedahan itu. Islam membantah tuduhan palsu dan tidak berasas terhadap Nabi Isa yang telah dibuat oleh sebahagian musuh-musuhnya dan juga kawan-kawannya. Islamlah dengan usaha baiknya telah meletakkan Nabi Isa pada tempatnya yang sebenar dan telah membersihkannya daripada segala tohmahan orang-orang Yahudi dan juga orang-orang yang menamai diri mereka Kristian. Orang-orang Kristian pula telah menuduh semua nabi dengan tuduhan-tuduhan palsu, perzinaan dan pembunuhan dan mengetengahkan Jesus Kristus dalam bentuk yang tidak sempurna sehingga kalau tidak kerana kedatangan Islam yang mendedahkan kebenaran maka tidak seorangpun yang mahu menganggapnya sebagai manusia bermoral juga. Ini merupakan satu obligasi Islam yang tidak akan dapat dibayar oleh Kristian. Orang-orang Kristian tidak saja memanipulasi kitab-kitab Injil, juga telah menyusun beratus-ratus Injil atas nama Kristus. Sekarang, Injil-Injil palsu dan gelap yang disusun telah diletakkan di hadapan kita yang sedikitpun tidak ada kena-mengena dengan Kristus. Dalam Kitab Suci Al-Quran terkumpul dan tersimpan dengan baik semua kitab yang diwahyukan. Olehsebab itu saya menjemput semua orang Kristian membaca Kitab Suci Al-Quran ini yang menjunjung kehormatan agama Kristian dan yang memberikan kepada kita pengajaran dari semua nabi sepanjang zaman.6.  Islam menyebut secara terperinci akan hak-hak kaum wanita dan memerintahkan pembebasan semua hamba-abdi, meniupkan semangat persamaan dan persaudaraan di kalangan umat manusia dan menetapkan perhubungan antara manusia dengan Tuhan.  Tetapi dalam agama Kristian tidak ada secebis tanda pun tentang hak-hak wanita. Hanya kepada orang lelaki diberitahu bahwa mereka boleh menceraikan isterinya yang melakukan zinah tetapi tidak menyebut sedikitpun tentang apa yang boleh dilakukan oleh si isteri ke atas ketidak-setiaan suaminya. Tidak ada sepatah perkataan pun dalam agama Kristian tentang pembebasan hamba abdi.7.  Islam menyuburkan moral manusia dan menyediakan tatasusila yang tetap bagi kemanusiaan. Dengan mematuhi peraturan itu manusia boleh mengawal nafsu secara sederhana. Di dalam Al-Quran ada disebutkan ”Barangsiapa mengerjakan kejahatan maka tidak dibalasnya melainkan dengan seumpamanya dan barangsiapa beramal salih baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia seorang yang beriman maka orang-orang itu masuk ke dalam syurga; mereka diberi rezeki di dalamnya dengan tidak ada hingganya.*   Tetapi dalam agama Kristian ditekankan kepada satu aspek saja iaitu melakukan kesalahan tidak boleh dihukum dan kalau dia menampar pipi kiri mesti menyerahkan pipi kanan pula untuk ditampari. Betapa pengajaran serupa itu boleh diikuti manusia di dunia ini? Betapa keamanan dan ketenteraman dunia dapat dipertahankan dengan pengajaran serupa itu? Andaikata mahu memperlihatkan kemaafan dan baiksangka dalam semua perkara maka mengapa Dia menciptakan nafsu amarah di dalam diri manusia dan kemudian membiarkan bahagian dari naluri itu menjadi kering?  Ini adalah beberapa perkara sebagai satu illustrasi tentang pengertian yang menyebabkan saya menerima Islam dan bagi bapa juga, kalau ada satu jalan kebenaran yang mesti diikuti maka bapa mestilah menerima Islam seberapa cepat yang boleh dan menyatakan taubat segera di atas keragaman ketuhanan di dalam agama Kristian yang benar-benar bertentangan dengan sifat-sifat Tuhan lalu menjadi penghalang kepada jalan manusia mencapai kemajuan. Mudah-mudahan Tuhan menganugerahkan kepada bapa jalan istimewa untuk menerima iman. Saya juga mendoakan bapa ke jalan benar dan moga-moga Tuhan menyegerakannya. Amin!Anak   bapa,  Isabella* Al-Quran S 5:39-41 **Al-Quran  S 40:40

BAB 14   Tugas-Tugas Kerajaan Islam

Orang-orang islam telah mengetahui secara terperinci perhimpunan sulit yang telah diadakan oleh orang-orang Kristian dan peri surat Isabella yang telah menyebabkan cita-cita mereka jadi terbantut. Setelah lima hari berada bersama-sama Ziad bin Umar dan cendekiawan Islam, Isabella dan sahabat-sahabatnya semakin dalam pengetahuan mereka tentang agama Islam. Dalam salah satu pertemuan, salah seorang yang hadir telah memberi pandangan.“Tuan yang dihormati. Orang-orang Kristian secara sulit cuba menipu Isabella supaya kembali kepada agama Kristian tetapi nampaknya Kerajaan Islam sedikitpun tidak berbuat apa-apa dalam hal ini. Apabila Isabella telah menjadi orang Islam maka menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan Islam untuk melindunginya dari ancaman orang-orang Kristian dan membebaskannya dari bahaya yang mungkin   menimpanya.”Ziad bin Umar tersenyum kecil mendengar kata-kata orang   itu.Dengan tenang dia menjawab “Sebegitu jauh semua usaha-usaha orang-orang Kristian itu dalam keadaan sulit, jadi bagaimana kerajaan akan mengambil tindakan dari segi undang-undang? Selain daripada itu, memang benar iaitu apabila seseorang telah menjadi Islam maka menjadi tanggungjawab kerajaanlah memberi perlindungan kepadanya daripada tindasan orang-orang bukan Islam dan berdiri teguh di belakang orang yang telah menganut agama Islam. Tetapi kita sengaja mencegah kerajaan Islam mengambil tindakan serupa itu kerana kami berpendapat pengajaran yang dialami Isabella dan kawan-kawannya akan memperkukuh moral mereka. Kalau tidak, kita memang boleh campurtangan dan mengambil tindakan-tindakan tegas ke atas mereka.”Orang itu masih belum berpuas hati dengan jawaban Ziad   bin   Umar.“Tetapi bagi orang-orang Kristian yang akan datang harus diberi peringatan supaya jangan terlalu lancang mengikut perasaan dalam perkara-perkara serupa ini?”   katanya.“Tuan tidak usah khuatir,” jawab Ziad bin Umar “pada masa akan datang kerajaan akan lebih aktif menyokong kebebasan beragama. Dalam soal ini kita sudah memberitahu paderi-paderi Kristian secara terperinci tentang keadaan Isabella dan di mana dia berada dan sebagainya. Juga, telah diberitahu bahwa kerajaan cukup mengambil berat tentang keselamatan Isabella dan kawan-kawannya dan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas diri mereka maka kerajaan tidak akan berdiam diri.”“Tuan yang dihormati,” Umar Lahmi mencelah “kawan-kawan Isabella meminta agar mereka diislamkan secara rasmi dan diajar hukum-hukum Islam.”“Baiklah! Lakukan dengan nama Allah. Islamkan mereka segera.” kata Ziad.Umar Lahmi lalu mendekati sahabat-sahabat Isabella sambil berkata “Mirano, Martha, Hanana dan Catherine, apakah kalian masih ragu-ragu tentang dasar kepercayaan Islam?”Mirano mengangkat telunjuk kanannya lalu berkata “Saya ingin mendapat penjelasan tentang beberapa perkara.”“Baiklah,” kata Ziad “kami tidak keberatan memberi penjelasan. Memang benar begitulah caranya setelah mendapat penjelasan yang memuaskan hati barulah baik menerima agama ini. Nah, ajukan pertanyaan dan saya wakilkan Umar untuk menjawabnya.”Mirano tersenyum lebar.Dia kemudian berkata “Tuan yang saya hormati. Mula-mula sekali kami ini diislamkan dulu. Setelah itu barulah saya akan bertanya satu atau dua masalah. Meskipun saya boleh menutup mulut orang-orang Kristian dengan hujah saya tetapi dijauhkan Tuhan! Saya sedikitpun tidak ragu tentang Islam.”Keempat-empat anak gadis itu pun diislamkan secara rasmi, mengucapkan dua kalimah syahadat, mengakui dengan setulus hati akan keEsaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad sallallah alaihisalam. Semua yang hadir menadah tangan memanjat doa kesyukuran kepada Allah Yang Maha Kuasa. Mereka lalu menutup kepala masing-masing dengan kain selendang yang memang sudah dibawa dari awal.Mirano mengemukakan pertanyaan. “Menurut orang-orang Kristian, Kitab Taurat itu ialah hukum dan Injil merupakan penyempurnaan hukum-hukum itu. Nyatalah apabila telah ada hukum dan penyempurnaan maka tidak perlu lagi ada perkara-perkara lain termasuk juga Kitab Suci Al-Quran. Al-Quran tidak perlu lagi kerana ia telah membenarkan Taurat dan Injil maka sesuatu bantahan menjadi semakin   beralasan.”“Andaikata penganut-penganut Kristian menyifatkan sesuatu kebaikan di dalam kitab-kitab mereka,” ujar Umar Lahmi “maka itu bukan satu kemestian bagi kita mempercayainya. Dakwaan itu mesti dibuktikan dengan hujah-hujah. Tetapi dengan hanya menganggap sebagai satu kemestian bahwa Taurat itu hukum dan Injil penyempurnaannya, maka sebagai lawannya Kitab Suci Al-Quran ialah pembenaran. Pembenaran yang mencakupi kedua-duanya sekali, hukum dan kesempurnaan. Pembenaran itu telah disebutkan di dalam Al-Quran di dalam Surat Al-Ma’idah ayat 48 yang maksudnya kira-kira   begini   :Dan Kami telah turunkan Al-Quran kepada engkau dengan benar bahwa ia daripada Allah sedangkan ia pula membenarkan Kitab-Kitab Ketuhanan - yang terdahulu daripadanya serta menguasainya.““Tetapi,” Umar Lahmi berkata lagi “Injil itu sendiri tidak pernah menggunakan perkataan kesempurnaan. Dengan demikian, Kitab Suci Al-Quran telah terbukti mencakupi kedua-duanya, hukum dan kesempurnaan.”“Taurat dan Injil ada disebutkan di dalam Al-Quran dan sudah satu kemestian bagi orang-orang Islam untuk menerimanya.” kata Mirano. :Kenapa orang-orang Islam tidak mempercayainya?”“Kerana orang-orang Kristian tidak mempunyai Taurat dan Injil yang tulen.” jawab Umar Lahmi.“Jikalau Taurat dan Injil tidak wujud kenapa pula Al-Quran mengakuinya?” tanya Mirano lagi.“Al-Quran mengakui Taurat dan Injil asli bukan yang dipalsukan dan dibuat-buat.” jawab Umar Lahmi.“Kata orang-orang Kristian Taurat dan Injil mereka yang ada sekarang itulah yang diakui Al-Quran.” kata Mirano.“Baiklah,” kata Umar Lahmi “saya akan bertanya kepada Kitab Suci Al-Quran apakah ia mengakui Taurat dan Injil yang wujud sekarang ini ataupun menganggapnya palsu. Al-Quran berkata menurut Surat Al-Ahqaf ayat 33 : Bahwasanya Allah telah menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak pernah merasa lemah. Tetapi di dalam Kitab Taurat Kejadian 2:2-3 ada dikatakan bahwa ”menjelang hari ketujuh Tuhan telah menyelesaikan apa yang sedang dilakukannya dan berhenti bekerja. Dia memberkati hari ketujuh dan telah memperuntukkannya sebagai hari yang istimewa kerana pada hari itu dia telah menyempurnakan penciptaannya dan berhenti bekerja.”“Berhenti bekerja,” sambung Umar Lahmi “bererti berehat dan bila seseorang itu berehat dari bekerja bererti dia penat. Jadi, dari yang disebutkan oleh Taurat itu ternyatalah bahwa Tuhan itu merasa penat. Kitab Suci Al-Quran berkata Allah tidak pernah penat. Nah, apakah Al-Quran menyetujui atau menolak kenyataan itu? Taurat mengatakan Sulaiman menyembah berhala tetapi Al-Quran menyangkal dakwaan itu. Nabi Sulaiman tidak akan melakukan perbuatan orang-orang kafir. Nah, apakah Al-Quran menyetujui atau menolat Taurat? Sekarang, ambil Kitab Injil. Keempat-empat kitab itu ada mengatakan tentang Jesus Kristus mati sambil menangis di atas salib, bahwa dia benar-benar telah disalibkan tetapi Kitab Suci Al-Quran menafikan bahwa Jesus dibunuh oleh orang-orang Yahudi dan tidak pula disalibkan. Kemudian Injil mengatakan Jesus Kristus mengaku menjadi Tuhan tetapi Al-Quran dalam Surat Al-Ma’idah ayat 72 berkata: Demi Allah telah kafir segala mereka yang berkata :Sesungguhnya Allah itulah Al-Masih anak Mariam, sedang Al-Masih berkata: Hai Bani Israil, sembahlah olehmu akan Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya siapa yang mensyariatkan sesuatu dengan Allah, maka sesungguhnya Allah mengharamkan ke atasnya syurga dan tempat kembalinya adalah neraka dan sekali-kali penzalim-penzalim itu tiada mendapat penolong.” Nah, sekarang dipersilakan siapa saja paderi Kristian tampil mengatakan secara jujur dan adil, apakah Kitab Suci Al-Quran mengakui atau menolak Injil?”Mirano dengan gembira terus menjawab “Tidak syak lagi bahwa dengan bukti-bukti itu Kitab Suci Al-Quran tidak mengakui Taurat dan Injil yang ada sekarang tetapi telah menolaknya.”“Sekarang jelaslah,” kata Umar Lahmi “bahwa Kitab Suci Al-Quran tidak mengakui Taurat dan Injil tetapi menolak dengan keras dan menuduh semua keterangan, fakta dan kepercayaan di dalamnya sebagai mensyarikatkan Allah dan murtad. Sekarang saya akan memberikan satu prinsip umum daripada Kitab Suci Al-Quran dan dengan prinsip itu, buku apa saja boleh diuji, seolah-olah Kitab Suci Al-Quran seperti batu ujian yang dengannya kita boleh menguji semua kitab yang lain. Dalam Al-Quran Suran An-Nisa’ ayat 82 ada disebutkan: Maka mengapakah mereka tidak memperhatikan dan memikirkan tujuan-tujuan dan maksud-maksud Al-Quran? Sekiranya Al-Quran itu dari sisi selain Allah seperti yang mereka katakan tentulah mereka dapati padanya perselisihan yang banyak. Ayat Kitab Suci Al-Quran ini menegaskan bahwa kecuali Kitab Allah maka tidak ada kitab lain yang bebas dari pertentangan (contradiction), kerana manusia tidak kalis dari kesilapan dan kekeliruan dan bagaimanapun kepekaan seseorang itu dalam menulis sesebuah buku namun kesalahan dan kekeliruan tetap tidak dapat dielak. Dan buku yang ada kesalahan bukanlah dari Allah karena Allah tidak pelupa dan tidak berbohong. Nah, bolehkah sesiapa menolak prinsip ini?”“Prinsip ini cukup wajar dan adil.” jawab Mirano setuju. “Sudah tentu kitab yang ada pertentangan di dalamnya tidak boleh datang dari Tuhan Yang Sempurna. Tetapi apakah ada pertentangan di dalam Taurat dan Injil?”“Banyak sekali,” jawab Umar Lahmi “kerana terlalu banyak sangat pertentangannya maka pembaca-pembaca menjadi bingung. Sekarang mari saya cubakan dengan prinsip-prinsip tadi. Saudara akan melihat kenyataannya. Nah, berapa umur saudara Mirano, cuba beritahu saya.”Mirano teragak-agak sebentar. “Antara 21 atau 22, katakanlah saja 22.” jawab Mirano kemudian.“Bagus. Kalau saudara katakan umur saudara 22 dan satu jam kemudian 42, apakah kedua-dua keterangan itu   betul?”“Bagaimana boleh kedua-duanya itu betul?” Kalau saya katakan umur saya 42 tentu kenyataan itu salah. Bolehkan kedua-dua itu dikatakan benar?”MIrano agak kebingungan sedikit dengan kata-kata Umar   Lahmi.“Nah, sekarang cuba lihat di dalam kitab 2 Tawarikh 22:2-3 di mana disebutkan bahwa ketika Ahaziah ditabalkan menjadi raja menggantikan bapanya, dia berumur 42 tahun. Tetapi di dalam kitab 2 Raja-Raja 8:25 ada disebutkan bahwa waktu Ahaziah menjadi raja, umurnya sudah 22 tahun.*  Bolehkah kedua-dua keterangan ini diterima sebagai benar?”“Tidak!” jawab Mirano. “Satu saja daripada kedua-dua keterangan itu yang benar dan yang satu lagi tentu salah.”“Masalahnya,” kata Umar Lahmi “mana satu di antara kedua keterangan itu yang benar tidak dapat dipastikan dan dengan demikian kedua-dua kitab dari Inji itu menimbulkan keraguan. Tanda keraguan telah dibubuhkan ke atas keduanya.”* pada 2 Tawarikh 22:2-3 disebut 42 tahun dan pada 2 Raja-Raja 8:26 Ahaziah berumur 22 tahun. Dalam Good News Bible kedua-dua Injil itu menyebut 22 tahun.“Dan cuba kita selidiki lebih lanjut. Dalam Al-Kitab Samuel 24:9 ada dituliskan bahwa Yoab memberitahukan kepada raja hasil pendaftaran rakyat, Israel ada delapan ratus ribu daripadanya orang-orang Yahudi yang memikul senjata tetapi di dalam Injil 1 Tawarikh 21:5 dituliskan jumlah orang-orang Israel ialah sejuta seratus ribu yang dapat memegang pedang dan orang Yahudi ada empat ratus tujuh puluh ribu yang dapat memegang pedang. Nah, apakah kedua-dua keterangan ini benar?*” kata Umar Lahmi   lagi.“Tentulah salah satu daripadanya benar.” jawab Mirano.“Kitab yang menyebutkan angka-angka yang salah serupa itu tidak mungkin dari Tuhan.” sambung Umar Lahmi.“Tidak mungkin.” ulang Mirano. “Allah melindungi namanya dari dicemarkan serupa itu, jadi lebih baiklah jangan dikatakan kitab-kitab itu dari Allah.”“Dengan adanya pertentangan serupa ini bolehkah orang menyebut Taurat dan Mazmur itu wahyu Tuhan? Bolehkah kesalahan-kesalahan serupa ini dikatakan dari Allah?” tanya Umar Lahmi.“Subhanallah!” keluh Mirano. “Ini adalah hujah-hujah yang terang tentang betapa lemahnya Kitab-Kitab Kristian.”* dalam Good News Bible ditulis pada Injil 2 Samuel 24:9 ‘Mereka melaporkan kepada raja jumlah orang yang layak berkhidmat sebagai askar: 800,000 di Israel dan 500,000 di Judah’. Dalam Injil 1 Tawarikh 21:5 pula disebutkan: ‘Dia melaporkan kepada Raja Daud jumlah orang yang layak berkhidmat dalam tentera: 1,100,000 di Israel dan 470,000 di Judah’. (Penterjemah)“Di dalam Kitab 2 Samuel 23 ayat 8 ada disebutkan tentang tiga orang perajurit Nabi Daud yang gagah berani. Seorang daripadanya bernama Josheb Basshebeth dari suku Tacheman, ia dengan bersenjatakan tombak saja telah dapat membunuh delapan ratus orang musuh. Tetapi di dalam Kitab 1 Riwayat 10 ayat 11, yang menceritakan tentang peristiwa yang sama, nama perajurit itu bukan Josheb Basshebeth tetapi Joshobeam dari suku Hachmon dan dia hanya membunuh sebanyak tiga ratus orang saja dengan   tombaknya.’*“Oh, terlalu jauh perbedaannya.” kata orang-orang yang   hadir.“Agak aneh,” bersungut Mirano “orang-orang Kristian tidak melihat kesalahan yang begitu menjolok.”* dalam Al-Kitab pada Injil 2 Samuel 23:8 nama perajurit itu ialah Isybaal orang Hakhmoni dan pada Injil 1 Tawarikh 11:11 namanya ialah Yasobam bin Hakhmoni. “Mereka boleh melihat kesalahan-kesalahan itu jika mereka mahu membuat penyelidikan dan mereka boleh menolak keterangan-keterangan yang tidak betul dan membuat penentuan mana yang betul.” kata Umar Lahmi. “Tetapi mereka terus berpegang kepada kesalahan-kesalahan itu seperti orang yang tertalu patuh kepada kebenaran. Cuba lihat di dalam Kitab 1 Raja-Raja 4 ayat 46. Di dalamnya tertulis Sulaiman memiliki empat puluh ribu kandang untuk kuda-kuda keretanya serta dua belas kuda tentera tetapi di dalam Kitab 2 Tawarikh 9:25 ditulis cuma empat ribu kandang untuk kereta dan kuda dan dan dua belas kuda tunggangan yang dipunyai  oleh Sulaiman. Lihat, betapa jauh perbedaannya antara empat ribu dengan empat puluh ribu. Sebuah kitab mengatakan empat puluh ribu sementara kitab yang satu lagi mengurangkan tiga puluh enam ribu daripadanya dan merasa puas hati dengan empat ribu saja. Yang ajaibnya, kedua-dua kitab ini didakwa sebagai wahyu daripada Tuhan. Nah, salahkan kalau Al-Quran mengatakan tidak ada pertentangan di dalam kitab Allah?”“Subhanallah!” sahut Isabella “betapa agungnya Al-Quran. Andaikata Al-Quran tidak diturunkan tentulah tembelang kitab-kitab agama Kristian tidak akan diketahui.”“Sekarang cuba kita lihat satu perkara lain yang juga cukup menarik.” kata Umar Lahmi. “Di dalam Kitab 2 Samuel 10 ayat 18 ada dikatakan bahwa Daud telah membunuh tujuh ratus orang pemandu kereta kuda dan empat puluh ribu penunggang kuda. Ingat baik-baik, tujuh ratus dan empat puluh ribu penunggang kuda. Dalam Kitab 1 Tawarikh 19 ayat 18, Daud telah membunuh tujuh ribu orang pemandu kereta kuda dan empat puluh ribu orang tentera berjalan kaki. Kedua-dua kitab ini dikatakan dari wahyu Tuhan dan kedua-dua kitab ini dikira adalah hasil daripada manipulasi manusia dan ada campur tangan syaitan. Sebuah kitab mengatakan pemandu tujuh ratus kereta kuda dan empat puluh ribu penunggang kuda sementara dalam kitab lain pula berkata bukan begitu. Tujuh ribu orang pemandu kereta dan empat pulu ribu bukan penunggang kuda tetapi tentera berjalan kaki. Kitab-kitab ini dikatakan sebagai wahyu dan kitab-kitab inilah yang disuruh orang-orang mempercayainya. Betulkah kitab-kitab ini telah diwahyukan Tuhan kepada nabi-nabi?”“Hah!” kata Mirano. “Terlalu banyak pertentangan di dalamnya. Bagaimana dapat diterima oleh Islam? Yang nyatanya ialah tabir yang dilabuhkan untuk melindungi hikmah, kata batin dan kasih orang-orang yang tak beriman itu terlalu tebal sehingga mereka ada mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar, mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada mereka.”Setelah mendengar kata-kata Mirano, Umar Lahmi lalu menyambung “Setelah begitu banyak pertentangan di dalam Taurat dan Kitab Perjanjian Lama yang tidak pernah mahu berkompromi, sekarang mari kita lihat pula kepada Kitab Injil. Nampaknya, setelah kita membuat penelitian yang saksama maka keempat-empat Kitab Injil yang wujud sekarang adalah lebih parah lagi. Yang pertama Injil telah disusun dan ditulis dalam berbagai-bagai bahasa. Kitab Injil yang pada zaman dulu dianggap sebagai wahyu Tuhan maka sekarang ini tidak lebih daripada satu apocyphal atau sumber yang diragukan. Di samping Injil-Injil itu ada Injil lain pula yang digunakan seolah-olah Injil itu tidak lebih daripada buku-buku teks sekolah yang boleh ditukar-tukarkan menurut keadaan yang berlaku. Persidangan telah sering diadakan untuk memilih Injil-Injil yang berbagai-bagai itu seolah-olah wahyu dan kalam Allah bergantung kepada ketetapan gereja.”“Ya,” ujar Mirano “pernah sekali saya mendengar dari bapa saya bahwa di salah satu persidangan itu, setengah daripada kitab-kitab disingkirkan dari daftar kitab-kitab yang diwahyukan.”“Sekarang mari kita cuba uji Injil dengan Kitab Suci Al-Quran tentang prinsip dan standardnya dengan demikian dapatlah kita membuat ketetapan tentang betapa goyahnya dan betapa palsunya Injil-Injil itu.” kata Umar Lahmi kepada Mirano, Isabella dan sahabat-sahabat mereka yang diam tidak bergerak, terpesona dengan kedalaman ilmu Umar Lahmi dan tentang pengetahuannya mengenai kitab Injil yang selama ini tidak pernah terfikirkan oleh mereka.“Dalam Kitab Matius 27 ayat 3, salah seorang pengikut Jesus Kristus yang bernama Yudas telah menerima rasuah sebanyak tiga puluh keping wang perak. Yudas meraka sangat menyesal kerana telah menyerahkan Jesus Kristus kepada kerajaan untuk dibunuh di atas salib. Lalu dia pergi kepada imam-imam kepala dan tua-tua dan berkata ‘Aku telah berdosa kerana menyerahkan darah orang yang tak bersalah’. Yudas lalu mencampakkan duit itu, pulang ke rumah dan membunuh dirinya sendiri. Tetapi di dalam Kitab Kisah Para Rasul bab1 ayat 18, ada disebutkan bahwa Yudas dengan wang yang diperoleh dari perbuatan khianatnya telah membeli sebidang tanah dan di sana dia jatuh tertelungkup, perutnya terbelah sehingga semua isiperutnya terburai keluar. Nah, di dalam Kitab Matius, Yudas dikatakan telah memulangkan balik wang rasuahnya kepada imam-imam ketua dan kemudian menggantungkan dirinya sementara dalam Kitab Kisah Para Rasul pula dikatakan Yudas membeli kebun dengan wang itu dan mati terjatuh sehingga isiperutnya terkeluar. Inilah dua keterangan yang berbeda dari dua buah Kitab Injil yang berbeda pula yang kedua-duanya didakwa sebagai wahyu menurut orang-orang Kristian atau Roh Kudus menyuruh mereka menulisnya menurut wahyu yang disampaikan. Jadi bererti ketika Roh Kudus pergi kepada penulis Kitab Matius, dia mengatakan begini kemudian apabila dia pergi kepada penulis Kitab Para Rasul, dia mengatakan yang lain pula. Sekarang, samaada kita membuat anggapan Roh Kudus sebagai pembohong dan penipu ataupun kita menolaknya secara total. Adalah lebih bijaksana kita menyatakan bahwa semua Kitab Injil itu palsu dan salah daripada kita meletakkan tuduhan kepada Roh Kudus. Kalau tidak, Tuhan dan Roh Kudus juga ikut berbuat dosa.”“Nyatalah bahwa semua Kitab Injil yang wujud sekarang ini palsu dan salah belaka dan tentulah musuh-musuh Kristus yang telah memalsukannya untuk mencapai sesuatu maksud.” sampuk Mirano.“Itu pertentangan daripada dua buah Injil yang berlainan,” kata Umar Lahmi “mari kita tengok pula pertentangan yang terdapat di dalam sebuah Injil yang sama. Saint Paulus yang telah menyusun syahadat trinitas yang menyebabkan semua penganut Kristian sesat sebab menyekutukan Tuhan telah diceritakan tentang bagaimana dia masuk Kristian. Ada tiga tempat dalam Kitab Kisah Para Rasul yang menyebutnya dan ketiga-tiganya berbeda, tidak sama. Betapa aneh bahwa Roh Kudus telah berbohong di tiga tempat di dalam kitab yang sama tentang peristiwa yang sama pula. Dalam bab 9 ayat 3 Injil Kisah Para Rasul ada disebutkan bahwa Paulus sedang dalam perjalanannya ke Damsyik dengan sahabat-sahabatnya ketika sudah dekat dengan kota, tiba-tiba cahaya memancar dari langit mengelilingi dia. Dia rebah ke tanah dan mendengar suatu suara yang berkata: ‘Kenapa menganiayai aku?” Sementara sahabat-sahabatnya terus termangu-mangu. Mereka ada mendengar suara itu tetapi tidak melihat seorang jua pun. Di dalam bab 22 ayat 6-7, kitab yang sama menceritakan sahabat-sahabat ada melihat cahaya di langit tetapi tidak mendengar suara dan dalam bab 26 ayat 13 mengatakan Saint Paulus dan sahabat-sahabatnya dikelilingi oleh cahaya dan mereka semua terjatuh ke tanah. Nah, cuba fikirkan dalam sebuah Injil, peristiwa yang sama telah diceritakan dalam tiga versi di tiga tempat. Bolehkah kita membenarkannya?” tanya Umar Lahmi.“Tidak mungkin,” jawab Mirano cepat “ketiga-tiganya palsu dan kalaupun salah satunya itu betul agak sukar mahu dipastikan.”“Nah, saudara sudah mendengar tentang pertentangan antara dua buah Kitab Injil yang berbeda dan pertentangan di dalam sebuah Injil yang sama.” kata Umar Lahmi. “Sekarang cuba perhatikan keanehan pertentangan yang terjadi di dalam satu ayat yang sama pula. Di dalam Kitab Injil Lukas bab 21 ayat 16-18 ada disebutkan tentang peringatan Jesus kepada pengikut-pengikutnya: ‘Dan kamu akan diserahkan juga oleh orangtuamu, saudara-saudaramu, kaum keluargamu dan sahabat-sahabatmu dan beberapa orang di antara kamu akan dibunuh dan kamu akan dibenci semua orang oleh kerana namaku. Tetapi tidak sehelai pun dari rambut kepalamu akan hilang’. Ini bererti bahwa musuh akan membunuh pengikut-pengikut Jesus tetapi tidak sehelai rambut pun akan hilang yakni tidak terjadi apa-apa seolah-olah pembunuhan itu tidak ada kaitannya dengan kecederaan. Kena bunuh tetapi pengikut-pengikutnya tidak kena bunuh. Kita akan merasa hairan betapa tidak berakalnya penyusun Injil itu sehingga dalam ayat yang sama ada pertentangan yang boleh menimbulkan ketawa.”Isabella yang sejak lama diam mendengar lalu menyampuk “Bagaimana agaknya orang-orang Kristian yang malang itu mahu menjelaskannya?”“Apa penjelasan yang boleh mereka berikan?” tanya Umar Lahmi. ‘Mereka selalu mengelak dengan percakapan yang tidak relevan dan menimpakan kesalahan itu kepada jurutulis yang tidak mengambil berat. Meskipun jawaban mereka kita terima sebagai satu kebetulan, pertanyaan itu masih tetap belum berjawab tentang kalimat yang sebenarnya dan yang mana pula kesalahan jurutulis? Sebagai contoh umur seseorang dalam satu waktu ada yang 22 dan ada yang 42 tahun. Mana satu kesalahan jurutulis dan mana satu pula yang benar? Tidak ada orang-orang Kristian sekarang ini yang boleh berkata bahwa ayat sebenar ialah begini dan jurutulis telah menulis begitu. Selagi kesalahan jurutulis tidak dapat dikesani maka penerangan dan jawaban apa pun juga hanyalah nonsense semata-mata. Jadi, hal ini membuktikan bahwa menurut orang-orang Kristian sendiri kitab-kitab ini diragukan sementara di tempat lain kesalahan jurutulis pula diakui maka dengan sendirinya kitab-kitab itu telah kehilangan kewibawaannya dari sudut mana pun jua.”“Tidak mungkinkah kesalahan-kesalahan ini diperbaiki dengan membuat bandingan dengan yang asli?” tanya Isabella.“Jikalau kitab-kitab yang tulen ada mengapa pula kita bersusah-susah mahu membuat perbandingan lagi.” kata Umar Lahmi. “Masalahnya kitab yang tulen tidak wujud, hanya bergantung dari terjemahan demi terjemahan dari salinan demi salinan. Dan yang ajaibnya ialah sampai sekarang belum lagi dapat dibuat kepastian tentang Injil-Injil ini bila ditulis, dalam bahasa apa atau siapa penulisnya. Setengah pula mengatakan ditulis serentak pada satu waktu di dalam dua bahasa iaitu bahasa Greek dan bahasa Yahudi. Tetapi dalam bahasa apapun yang ditulis, Injil asli tentu dapat diperoleh. Malangnya, tidak pernah diketemui di mana-mana pun jua. Hanya terjemahan dari terjemahan yang ada yang tidak dapat dipercayai. Kemudian timbul pula berbagai-bagai pendapat tentang zaman Kitab-Kitab Injil ditulis dan tentang penulisnya tidak sesiapa pun yang mengetahuinya. Setengah mengatakan pengikut Jesus, Jonah telah menulis Injilnya sendiri dan ada yang mengatakan ia ditulis oleh orang lain yang juga bernama Jonah. Yang paling menyedihkan ialah tidak ada keterangan di dalam kitab-kitab itu tentang penulisnya, di dalam Kitab Injil Matius namanya juga tidak   ada.”“Orang-orang Kristian berkata apa saja kitab yang telah disahkan oleh gereja maka itulah saja kitab Tuhan dan kitab yang diwahyukan.” jawab Mirano.“Jadi untuk dapat dianggp sebagai diwahyukan kita mesti bergantung kepada gereja sementara kitab-kitab itu sendiri pekak dan bisu dalam soal ini.” kata Umar   Lahmi.Isabella lalu mencelah “Orang-orang Kristian mempertahankan bahwa keputusan gereja adalah bebas daripada kesilapan. Dengan demikian, keputusan itu pun sebagai wahyu pula.”“Jikalau keputusan gereja itu bebas dari kesilapan maka mengapa pula ada berbagai-bagai keputusan dari gereja-gereja yang berbeda? Dalam Sidang Synodes di Nicia 325 Masihi dan sidang yang diadakan di Konstantinopel 381 Masehi kitab-kitab yang dianggap wahyu ole persidangan itu telah ditolak setengahnya oleh Sidang Niqawiy. Malah diperintah membakr sekalian kitab yang isinya berlawanan dengan keputusan dalam Sidang Synodes di Nicia. Sementara sebahagian daripada kitab yang dikeluarkan daripada daftar-daftar wahyu kembali diterima sebagai kitab-kitab wahyu di dalam sidang yang lain. Seolah-olah kitab-kitab wahyu itu seperti hidung patung lilin yang boleh diubah-ubah ke kiri atau ke kanan.”Setelah mendengar keterangan dan penjelasan Umar Lahmi tentang berbagai-bagai perkara yang bermula daripada masalah yang ditimbulkan oleh Mirano, maka pertemuan itu pun berakhir sudah agak larut malam. Semua peserta kembali ke rumah masing-masing. Isabella dan sahabat-sahabatnya ditempatkan di sebuah rumah tidak jauh dari rumah Ziad bin Umar dan dikawal dengan ketat oleh pengawal-pengawal Islam yang gagah berani. Sebelum berpisah, satu rencana telah diatur supaya Isabella dan sahabat-sahabatnya mendapat latihan dan pendidikan agama secara intensif  tidak saja dari Umar lahmi dan alim ulama yang lain tetapi juga dari Ziad bin Umar sendiri.Masa berjalan begitu cepat, sudah empat tahun berlalu. Dalam masa itu, Isabella dan sahabat-sahabatnya telah dapat menguasai bahasa Arab dengan baik dan pengetahuan mereka tentang agama Islam juga cukup mendalam. Isabella kini telah menjadi tempat tumpuan kaum wanita di Cordova. Setelah mendalami ilmu agama maka dia telah menjadi model wanita Islam yang berhemah tinggi dan diberi gelaran sebagai muhaddisa salah seorang ahli Hadis yang ulung di Cordova. Seorang yang salih yang telah menyerah seluruh hidupnya ke jalan Allah.


BAB 15 Islam Agama Kesejahteraan

Cahaya petunjuk dari Islam merupakan rahmat yang paling agung dari Allah Subhanahu wa ta’ala, yang telah menganugerahkan perbendaharaan ghaibNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Isabella ialah anak perempuan seorang paderi Kristian yang terkemuka, yang telah dibesarkan oleh bapanya menurut peraturan-peraturan agama Kristian yang ketat. Isabella sendiri seorang puteri Kristian yang fanatik, seorang ilmuwan dalam teologi tetapi kini telah menjadi seorang Islam, seorang muslimat, seorang yang alim dan warak, ahli pentafsir Hadis dan seorang wanita Islam yang sempurna displinnya. Isabella telah termahsyur di seluruh Sepanyol kerana ilmu dan kesalihannya. Dalam masa yang singkat, dia dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang rumit yang ada kaitan dengan hukum-hukum Islam. Isabella sudah sepuluh tahun menjadi penganut Islam dan dalam masa itu serangan-serangan terhadap Islam yang dilakukan oleh orang-orang Kristian sudah mulai reda. Beratus-ratus orang Kristian, lelaki dan perempuan, telah menerima cahaya Islam melaluinya dan dengan rahmat Allah. Dia telah keluar sebagai lambang kemenangan dalam berbagai-bagai perbincangan agama.Tepat pada masa itu berita-berita telah tersebar di seluruh Sepanyol bahwa ada seorang perempuan Kristian di Toledo yang katanya terlalu dalam pengetahuannya tentang Al-Quran dan Hadis dan juga kitab-kitab wahyu yang awal dan dia mempunyai hujah-hujah yang banyak dan meyakinkan tentang kebenaran agama Kristian sehingga alim ulama Islam yang terkenal pun agak susah mahu menolaknya. Selain daripada itu, khabarnya dia juga memiliki mukjizat yang menyebabkan mendapat kedudukan istimewa di dalam hati penganut-penganut agama Kristian sehingga kepopularannya tidak menyenangkan Paus. Orang-orang Kristian dari jauh dan dekat telah datang ke Toledo semata-mata kerana hendak mengambil berkat dengan menyentuh pakaiannya saja. Juga diberitahu bahwa dia boleh menyembuhkan penyakit yang paling berbahaya hanya dengan sekali tenungan. Wanita Kristian itu telah mengetahui tentang Isabella yang telah meninggalkan agama Kristian dan menerima Islam sepuluh tahun lalu. Dia lalu mengumumkan kepada pengikut-pengikutnya bahwa jikalau Isabella datang menemuinya, dia akan membawanya kembali ke dalam agama Kristian dengan mukjizat yang ada padanya dan dengan kekuatan hujah-hujahnya. Katanya lagi Isabella tidak akan berani datang ke hadapannya kerana selama sepuluh tahun sesudah dia keluar dari agama Kristian, dia telah merasa kesal kerana meninggalkan agama itu.Oleh sebab pengumuman yang dibuat oleh perempuan Kristian itu maka timbullah kehebohan di seluruh negara Sepanyol dan orang-orang Kristian pula menjadi keras kepala dan mula melakukan perbuatan-perbuatan nakal. Akhirnya, pada suatu hari dalam salah satu perhimpunan agama, salah seorang terpelajar yang sedang mengikuti perhimpunan itu telah berkata kepada Isabella.“Sudahkah anda mendengar satu pengumuman baru?”“Tentang apa, saudara?” tanya Isabella.“Seorang wanita Kristian telah mencabar anda untuk berdebat.” jawab lelaki itu. “Katanya anda tidak akan berani datang berdebat dengannya dan kalau anda datang juga dia tidak akan melepaskan anda balik sebelum anda kembali ke agama Kristian baik melalui mukjizatnya mahupun melalui hujah-hujahnya.”“La haula wala quwata illa billa,” ujar Isabella. “Seorang wanita Kristian mencabar saya dan dengan hujah-hujahnya mahu memasukkan seorang muslimat sejati ke dalam agama Kristian! Saya sebenarnya sudah tidak berminat lagi dalam persoalan itu. Semua orang yang diberi petunjuk oleh Allah akan datang kepada saya. Tetapi wanita Kristian ini nampaknya inginkan nama.”“Dia sudah lama terkenal,” jawab lelaki terpelajar itu “tetapi sekali ini, dia berhajat mau berkonfrontasi dengan anda pula. Perkara ini sudah heboh dipercakapkan orang di seluruh negeri terutama dalam kalangan orang-orang Kristian.”“Saya telah juga mendengarnya,” jawab Isabella “bahwa dia benar-benar mahu berkonfrontasi dengan kita silalah datang ke mari dengan segala penyokong-penyokongnya dan tanya apa saja yang dia mahu.”Kira-kira enam hari sesudah perbincangan antara Isabella dengan lelaki terpelajar itu, Isabella telah menerima surat dari perempuan Kristian tersebut yang meminta berbincang dengannya mengenai Islam dan agama Kristian.“Andaikata anda bersetuju, saya dengan segala senang hati akan datang ke tempat anda, mencuba membersihkan semua keraguan anda.”Isabella terus menjawab “Saya hanya suka berbincang dengan tujuan mencari kebenaran dan bukan kerana sekadar mahu bercakap kosong yang akan membuang masa saja. Anda dipersilakan datang ke rumah saya bila-bila masa anda suka.”Sebaik saja menerima surat Isabella itu, perempuan Kristian itu pun tidak berlengah-lengah lagi lalu mengumumkan kepada orangramai bahwa dia akan berdebat dengan Isabella dan akan membawanya kembali ke dalam agama Kristian. Esoknya, dengan diiringi oleh kira-kira seratus orang perempuan Kristian dia bertolak dari Toledo menuju ke kediaman Isabella di Institut Pengajian Al-Quran di Cordova. Isabella dengan penuh mesra menyambut kedatangan semua tetamunya. Setelah berehat sebentar maka perdebatan itu pun dimulai atas inisiatif wanita Kristian itu.“Khabarnya anda meninggalkan Tuhan Jesus dan semua wali lalu menerima agama palsu seperti Islam.” kata perempuan Kristian itu. “Lebih baiklah setelah sudah mengalami pengalaman pahit itu, anda kembali kepada agama Kristian.”Isabella tersenyum mendengar kata-kata perempuan Kristian   itu.“Biarpun saya dibakar hidup-hidup saya tidak akan meninggalkan Islam dan menerima ketuhanan yang berbagai-bagai serta kepercayaan Kristian yang memalukan itu. Namun demikian kerana anda datang ke mari maka saya ada hak untuk bertanya di mana di dalam Injil ada tertulis yang anda boleh datang mengajak orang masuk Kristian. Di dalam Injil, Jesus itu hanyalah nabi orang-orang Yahudi saja dan dia telah diutus untuk mendakwah kepada mereka khusus.” jawab Isabella tegas.“Apakah ada tertulis di dalam Injil bahwa pintu agama Kristian tertutup kepada semua manusia? Apakah ini hasil penyelidikan anda yang menyebabkan anda membuang agama Kristian?” tanya perempuan Kristian   itu.“Ya, ada ditulis di dalam Injil dan juga disahkan oleh Kitab Suci Al-Quran yang mengatakan :‘wa rasulan ila Bani Israel’ yakni Jesus Kristus itu diutus sebagan nabi orang Israel (Yahudi) dan di tempat lain ada disebutkan : ‘waja alnahu mislan Bani Israel’ yakni kami jadikan Jesus Kristus itu sebagai contoh kepada orang-orang Israel dan ini bererti bukan untuk seluruh   dunia.”“Bilakah yang saya ini percayakan Al-Quran sehingga anda menyebutnya di hadapan saya?” tanya perempuan Kristian itu lagi.“Saya sebutkan Kitab Suci Al-Quran itu kerana anda mungkin tahu bahwa dalam soal ini Kitab Suci Al-Quran dan Injil itu sama. Dalam Kitab Matius bab 10 ayat 5 ada dikatakan : ‘kedua belas orang murid itu telah diutus oleh Jesus dan dia berpesan kepada mereka : “Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang Samaria, melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel!’ Di dalam Kitab Matius juga bab 15 ayat 21, ada dikatakan : ‘Lalu Jesus pergi dari situ dan menyingkir ke daerah Tirus dan Sidon, maka datanglah seorang perempuan Kanaan dari daerah itu dan berkata ‘Kasihanilah aku, wahai anak Daud kerana anakku perempuan telah dirasuk syaitan dan sangat menderita’. Tetapi Jesus sama sekali tidak menjawab. Lalu murid-muridnya datang dan meminta kepadanya. ‘Suruhlah dia pergi,dia mengekori kita dengan berteriak-teriak’. Jawab Jesus ‘Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel’. Nah, itu buktinya daripada Kitab Injil anda sendiri bahwa Jesus Kristus tidak diutus sebagai nabi kita semua tetapi hanya untuk orang-orang Israel saja, bukankah lebih baik anda ikut perintah Tuhan anda? Mengajak orang lain masuk Kristian adalah perbuatan yang bertentangan dengan perintah Tuhan anda dan anda telah menderhakainya.” kata Isabella.“Apa yang anda tahu tentang Injil?” kata perempuan Kristian itu. “Tanyalah saya akan maksud ayat-ayat itu. Dalam Injil tidak ada ditulis bahwa Injil tidak boleh diajar di mana-mana.”“Tidak ada?” tanya Isabella seperti mengejek.“Jangan berbuat bohong Isabella. Sekurang-kurangnya di hadapan khayalak ini anda patut menahan diri dari berbohong.” kata perempuan Kristian itu. “Lihat, dalam Kitab Markus bab 16 ayat 15 ada ditulis : ‘Dia berkata kepada mereka, pergilah ke seluruh dunia dan beritakan Injil kepada semua makhluk. Barangsiapa yang percaya dan dibaptiskan maka dia akan selamat dan barangsiapa yang tidak percaya maka dia akan diseksa’. Lihat betapa jelasnya perintah untuk mengkristiankan seluruh umat   dunia.”“Anda barangkali tidak tahu,” kata Isabella “ada 12 ayat di dalam bab 16 ini ditambah kemudian. Injil yang awal hanya sampai kepada ayat 8 saja. Anda jangan cuba kemukan hujah dari Injil yang sudah dimanipulasi.” “Bagaimana anda tahu ayat-ayat ini ditambah kemudian?” tanya wanita Kristian itu terperanjat.“Dari penyelidikan orang-orang Kristian sendiri. Setelah dibandingkan dengan nashkah-nashkah lama, ternyata 12 ayat di dalam bab yang terakhir kitab itu tidak terdapat di dalam kitab-kitab yang terdahulu*.”* di dalam edisi bahasa Urdu Kitab Injil yang digunakan di India sekarang, ayat-ayat yang telah dimanipulasi ini dibuat sebagai catatan pinggir.“Karena kami tidak mempunyai Kitab Injil yang original maka saya tidak dapat berkata apa-apa sebagai jawabannya.” ujar perempuan Kristian itu. “Saya akan menjawab apabila saya mendapat Injil original nanti. Tetapi apakah ajaran-ajaran Quran yang tidak terdapat di dalam Injil? Kenapa anda sampai menerima Islam?”“Mengenai hal itu saya telah pun berbincang secara terperinci dengan para paderi anda. Tanyalah kepada mereka.” kata Isabella.“Bagaimana saya akan tahu apa yang anda jawab kepada paderi-paderi itu. Sekarang cuba terangkan kepada saya apa dia kelebihan-kelebihan Islam yang telah anda pelajari?” tanya perempuan Kristian.“Apa anda fikir saya terima Islam dengan mata tertutup? Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang membuat saya jijik dengan Kristian dan menyebabkan saya mencintai Islam.” kata Isabella.“Kenapa anda enggan menyebut kelebihan-kelebihan Islam?” Perempuan Kristian itu terus mendesak.“Nyatalah agama itu tidak ada kelebihan apa-apa pun juga. Isabella! Cuba dengar baik-baik. Tidak ada sesiapa yang setaraf dengan saya di seluruh Sepanyol dalam ilmu pengetahuan. Jangan anda cuba fikir bahwa saya ini tidak tahu apa-apa. Bagaimanapun saya hanya mahu bertanya satu pertanyaan saja. Anda boleh menjelaskan yang hak dan yang batal biar seterang hari siang. Beritahu saya kualiti yang mana satu lebih tinggi: peradilan lebih tinggi daripada hukum rahmat ataupun hukum rahmat itu lebih tinggi daripada syahadat peradilan?” “Kedua-duanya tinggi dan utama pada tempatnya masing-masing dan rendah serta tidak berguna kalau bukan pada tempatnya.” jawab Isabella.“Fahamkah anda apa yang saya maksudkan?” Perempuan Kristian itu bertanya kepada Isabella.“Begini! Hukum-hukum Taurat itu peradilan kerana di dalamnya ada tersebut hukuman kepada tiap-tiap orang yang melakukan kesalahan tetapi Injil ialah hukuman rahmat kerana hanya Tuhan Jesus Kristus saja yang dikhaskan untuk penebusan dosa. Nah, cuba terangkan apakah anda menolak hukum-hukum rahmat?”“Saya telah katakan bahwa kedua-duanya betul pada tempatnya masing-masing. Jikalau seseorang yang berbuat salah diampunkan dengan andaian bahwa dia akan memperbaiki dirinya maka dia diampunkan dan rahmat akan menyusul kemudian, tetapi kalau dikhuatiri bahwa yang berbuat salah itu semakin berani melakukan kesalahan dan dia dimaafkan juga maka permaafan itu adalah satu jenayah dan ketidak-adilan kepada yang berbuat salah.”“Nah, apakah Quran itu hukum-hukum peradilan ataupun hukum-hukum rahmat?” tanya lagi perempuan Kristian itu.“Menurut pendapat anda, Taurat itu hukum-hukum peradilan dan bukan hukum-hukum rahmat sementara Injil pula hukum-hukum rahmat dan bukan peradilan. Jadi kedua-duanya itu tidak berlaku pada tempatnya masing-masing. Kitab Suci Al-Quran sebaliknya merangkumi kedua-duanya, peradilan dan kerahmatan dan telah menunjukkan jalan yang benar bagi penggunaan kedua-duanya itu. Dalam Al-Quran, surat 42 ayat 40 ada disebutkan : Balasan kejahatan adalah kejahatan yang seumpamanya’. Inilah hukum-hukum peradilan dan selajutnya ayat itu diakhiri dengan: ‘Barangsiapa memberi maaf serta memperbaiki keadaan dirinya maka pahala akan diberikan Allah, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlaku zalim. Ini ialah hukum-hukum rahmat.” kata Isabella. “Di tempat lain Al-Quran iaitu di surat An Nahl ayat 126 ada disebutkan: Dan jika kamu menyeksa mereka sebagai pembalasan, maka seksalah mereka seimbang dengan penyeksaan yang ditimpakan atas kamu’. Ini ialah peradilan dan ‘Demi Allah sungguh jika kamu bersabar tentulah sabar itu lebih baik lagi bagi segala orang yang sabar’. Ini rahmat. Di tempat ketiga pula iaitu di surat Al-Baqarah ayat 280 ada disebutkan begini: Dan jika didapati orang yang sempit keadaan, yakni orang yang berhutang maka hendaklah kamu beri waktu hingga dia sanggup membayarnya’. Ini peradilan lagi. Tetapi ‘kamu bersedekah kepada orang yang papa itu dengan jalan membebaskan mereka dari hutang, adalah lebih baik bagi kamu dari menunggu mereka sanggup membayarnya, jika kamu mengetahui’. Itu rahmat lagi. Begitulah Kitab Suci Al-Quran memberi peringatan tentang peradilan dan rahmat.” Perempuan Kristian itu lalu menyampuk “Quran menyuruh mengambil tindakan membalas tetapi Injil melarang tindakan serupa itu, sebaliknya disuruh memberi kemaafan. Nah, kelebihan Injil bukankah telah terbukti dengan jelas.”“Itu tidak membuktikan kelebihan tetapi kekurangan.” jawab Isabella dengan segera.  ”Andaikata orang melakukan kejahatan dan jenayah lalu diberi kemaafan kepada tiap-tiap kali kejahatan dan jenayah dilakukan, maka kejahatan dan jenayah akan merebak ke seluruh dunia dan keamanan serta ketenteraman akan terganggu. Kitab Suci Al-Quran membenarkan penggunaan kedua-duanya sekali: pemaafan dan pembalasan menurut keadaannya. Selain daripada itu, Injil juga telah memanusiakan Tuhan tentang mengapa Dia memberikan sifat marah dan nafsu kepada manusia. Apakah sifat marah itu diberikan tanpa bersebab? Tidak. Tuhan tidak pernah mencipta sesuatu sifat manusia tanpa ada gunanya. Oleh sebab itu Kitab Suci Al-Quran telah mengajar bagaimana mahu menggunakan sifat-sifat pengampun dan pemarah, pemaafan dan pembalasan menurut keadaan yang sepatutnya dan tidak dibenarkan sifat-sifat itu menghanyutkan manusia.”“Ah, betapa tidak adilnya anda menolak semua perkara-perkara baik dari kami,” kata perempuan Kristian “Tuhan kami tidak pernah berperang dengan sesiapa pun juga tetapi memaafkan musuh-musuhnya dan dengan sabar menahan penindasan mereka sedangkan nabimu membalas dendam ke atas musuh-musuhnya serta tidak pernah memberi kemaafan kepada sesiapa pun juga. Sekali lagi membuktikan bahwa contoh dari Injil dan Tuhan kami saja yang boleh membawa kepada keselamatan.”“Kesabaran, kemaafan, ketegasan, keberanian, keadilan dan lain-lain lagi adalah perbuatan yang diketahui oleh tiap-tiap orang tetapi sangat sedikit pula daripada mereka itu yang tahu akan signifikannya yang sebenar. Sesuatu nilai tentang baik dan buruk moral terletak kepada tempat penggunaannya yang sesuai, kalau tidak maka kesabaran dan kemaafan tidak ada erti sama sekali. Cuba perhatikan! Pengampunan dan pemaafan akan tinggi nilainya apabila pemberi maaf mempunyai kuasa untuk membalas. Jikalau seorang yang lemah dan tidak berdaya, tidak ada kuasa untuk membalas maka pengampunan dan kemaafannya tidak akan dapat dianggap sebagai satu jasa melainkan sebagai satu kebaculan saja. Nabi kami memiliki kekuasaan moral ini sebab itu kemaafan dan pengampunan adalah terlalu tinggi nilainya. Setelah beliau menakluki Mekah, orang-orang musyrikin yang kejam telah dibawa ke hadapan baginda tetapi baginda membebaskannya semua dengan berkata: “Pergilah kamu sekalian. Kamu sekarang sudah bebas! ” Kalau baginda mahu, baginda dapat mencencang-cencang mereka kerana baginda ada kuasa dan sahabat-sahabat baginda sedang menunggu perintahnya saja. Nah, sekarang cuba beritahu saya, bagaimana kedudukan nabimu waktu dia memaafkan musuh-musuhnya? Nyatalah pada waktu itu dia sangat tertekan dan tidak ada siapa yang mahu menolongnya, dia pula tidak ada kuasa untuk membalas dendam. Tidak ada lain yang dapat dilakukan olehnya kecuali memberi maaf. Kalau dia berkuasa dan memaafkan musuh-musuh maka sesungguhnya itu suatu perkara yang boleh anda banggakan. Kesabaran dalam keadaan tidak berdaya maka ia bukanlah kemaafan.”“Pooh, Isabella!” perempuan Kristian itu mendesit. “Anda panggil orang yang berlumuran darah sebagai orang-orang yang bermoral? Dan jangan cuba memberikan apa-apa penilaian kepada orang yang tidak pernah menumpahkan darah barang setitik pun.”“Itu salah pengertian anda, melihat sesuatu dari sudut yang keliru. Nah, saya mau mengemukakan kepada anda tentang keberanian dan tentang anggapan anda terhadap baik atau buruk peradilan.”“Kedua-dua kualiti itu baik, siapa yang boleh membantahnya?” jawab perempuan Kristian itu.“Bagus! Nah, cuba beritahu saya apakah keberanian dapat dilahirkan selain daripada di dalam peperangan dan peradilan dapat diwujudkan tanpa ada pemerintahan? Tidak mungkin! Maka kedua-dua kesempatan ini telah menganugerahkan oleh Allah kepada nabi kami, yakni dia melakukan peperangan terhadap orang-orang musyrikin dan juga mempunyai kekuasaan untuk memerintah. Dalam peperangan dia telah memperlihatkan keberanian dan dengan membentuk pemerintahan dia memperlihatkan peradilan. Bolehkah anda memperlihatkan kedua-dua kelebihan ini pada Tuhan anda?”“Anda fikir berperang itu satu kelebihan yang besar? Tuhan kami membawa seruan perdamaian dan keamanan dan bukan peperangan.” jawab perempuan Kristian itu.“Tetapi pada nabi kami kedua-dua kualiti ini ada. Di satu pihak dia adalah rahmat kepada dunia, baik hati dan pemaaf dan di pihak yang lain seorang pejuang dalam peperangan di jalan Allah. Jadi, dia menjadi contoh dan teladan yang baik dalam berbagai-bagai aspek hidup.” kata Isabella.“Betapa jeleknya percakapan anda, Isabella.” ujar perempuan Kristian itu. “Bolehkah anda membuat bandingan antara seorang yang suka berperang dengan seorang yang membawa kedamaian?”“Kalau memerangi musuh dan menindas perbuatan jahat merupakan satu jenayah maka bagaimana pula pendapat anda terhadap Nabi Musa yang seluruh kehidupannya dihabiskan dengan memerangi musuh-musuhnya yang disaksikan di dalam Kitab Perjanjian Lama? Benarkah Jesus Kristus seorang perdamaian dan keamanan dan dia selama hidup tidak pernah berperang? Nabi kami ialah Pesuruh Kemuliaan dan Pembawa Rahmat. Kalau baginda di satu pihak berperang melawan musuh-musuhnya seperti Musa, maka di piha lain serupa Kristus, baginda membawa perdamaian dan keamanan kepada dunia. Maka baginda merupakan contoh yang paling sempurna dari kedua-dua Nabi Musa dan Jesus.” kata Isabella.“Nampak anda kini sudah terlalu bijak. Saya tidak akan membiarkan sehingga anda saya kalahkan.” ujar perempuan Kristian itu. “Saya akan bercakap kepada anda dengan sejelas-jelasnya supaya semua wanita yang hadir di sini dapat mengikutnya dengan saksama, dua kali dua empat. Fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya sesudah anda membuat bandingan Quran dengan Injil nanti barulah kebenaran menjadi nyata kepada anda.”“Saya akan menjawab soalan anda sejelas mungkin. Nah, sila kemukakan.” kata Isabella.“Perbahasan ini tidak akan ada ertinya kalau kerasulan nabimu tidak dapat dibuktikan.” Perempuan Kristian itu mencabar Isabella. “Pertama buktikan kebenaran kerasulan Muhammad kemudian barulah perbahasan ini kita teruskan.”“Apakah dia ujian-ujian pembuktian kerasulan itu menurut ukuran anda?” tanya Isabella.“Kalau anda dapat membuktikan dua perkara tentang Muhammad, maka Islam benar, kalau tidak ia adalah palsu.” kata perempuan Kristian itu. “Kerana tiap-tiap nabi dua perkara ini adalah penting. Pertama nabi-nabi yang terdahulu telah memberitahu lebih awal tentang kedatangannya dan kedua dia ada melakukan mukjizat.”“Apakah Adam itu seorang nabi menurut pendapat anda?” tanya Isabella.“Mengapa pula tidak?” jawab perempuan Kristian itu.“Apakah ada nabi-nabi terdahulu yang telah memberitahu tentang kedatangannya?”  tanya Isabella.“Sebelum dia, mana ada nabi, jadi bagaimana orang akan memberitahu tentang kedatangannya?”“Jadi kriteria anda tentang benar atau palsunya seseorang nabi itu nyatalah salah dan nakal. Kalau seseorang nabi mesti diberitahu lebih dulu oleh nabi yang lain akan kedatangannya maka Adam terpaksa dikeluarkan dari kenabian menurut kriteria anda itu. Tentang kemukjizatan pula itu bukanlah suatu perkara yang penting bagi kenabian. Di dalam Injil anda sendiri ada tertulis bahwa nabi palsu juga boleh melakukan mukjizat melebihi Jesus sendiri.” kata Isabella.“Anda nampaknya tidak menyetujui apa saja pendapat saya. Baiklah, bolehkah anda membuktikan kerasulan nabi anda?”“Soalan serupa pula hendak saya kemukakan kepada anda. Atas dasar apa seorang Kristian itu percaya kepada Nabi Musa, Daud, Sulaiman, Yaakub, Yusuf, Yahya, Nuh, Ibrahim? Cuba biar saya dengar hujah-hujahnya dan atas dasar yang sama pula insyaAllah kerasulan Nabi akhir zaman akan saya buktikan dengan sejelas-jelasnya sehingga tidak ada sebab lagi bagi anda untuk menolaknya.” ujar Isabella.“Kami menerima semua nabi mengikut peranan yang mereka lakukan.” jawab perempuan Kristian itu ringkas.“Peranan apa?” tanya Isabella cepat. “Cubalah perincikan supaya tidak susah kita menetapkan dasar perbahasan kita ini.”Perempuan Kristian itu termenung sejurus sebelum menjawab, seolah-olah berfikir. Dia menundukkan kepalanya sehingga menimbulkan kegusaran kepada penyokong-penyokongnya yang hadir. Mereka khuatir kalau-kalau dia tidak dapat menjawab dan perbuatannya itu akan menjadi punca kehinaan serta kehilangan maruah kepada orang-orang Kristian seluruhnya.Dia kemudian memanggungkan kepalanya dan memandang Isabella dengan pandangan kosong.“Kami tidak tahu tentang nabi-nabi lain. Kami hanya menaruh perhatian kepada Tuhan Jesus Kristus kami saja. Melaluinya kami percayakan nabi-nabi yang lain itu.”Mendengar itu, Isabella dengan cepat mendesak.“Kalau begitu kemukakanlah kriteria kebenaran Tuhan anda dan dengan kriteria yang serupa pula Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam akan dibuktikan.”“Bukti yang besar dari kenabian Tuhan kami ialah dia telah menghidupkan orang yang sudah mati, memberi celik kepada orang yang buta, menyembuhkan penyakit kusta dan menyelamat orang yang dirasuk syaitan.” kata perempuan Kristian itu.“Apakah bukti bahwa Tuhanmu telah melakukan semua itu? Mana dia orang yang telah dihidupkan Jesus Kristus itu? Mana dia orang buta yang telah dicelikkan oleh Tuhanmu itu? Sebagai tentangan daripada semuanya itu saya mengemukakan kepada anda mukjizat nabi yang kami kasihi Muhammad sallallah alaihi wassalam yang sampai hari ini masih kekal tidak berubah seperti pada zamannya juga dan akan terus kekal sampai hari kiamat. Itulah mukjizat Kitab Suci Al-Quran yang mencabar seluruh dunia. Andaikata iaitu rekaan dari Nabi kami, maka cuba buatkan karya yang serupa dengannya. Buatlah kira-kira sepuluh ayat atau beberapa ayat saja atau satu ayat yang sama tetapi sampai saat ini tidak seorang pun baik Kristian atau Yahudi atau penyembah berhala atau tukang sihir atau Saebiin yang berani menyahut cabaran itu. Inilah mukjizat yang hidup yang telah melumpuhkan seluruh dunia sampai ke Hari Pembalasan. Mukjizat nabi-nabi lain kalau dibandingkan dengan mukjizat ini adalah fana, yang bersifat semasa dan hilang lesap begitu saja seperti asap tanpa ada bukti kecuali cerita-cerita yang didongengkan.”“Anda telah mula bercakap tentang perkara-perkara yang tidak relevan lagi. Bolehkah kitab Quran yang serupa itu dianggap mukjizat, yang membenarkan berkahwin empat? Dengar ini! Tuhan kami telah mengatakan bahwa ia adalah jalan kebenaran dan kehidupan dan tanpa dia tidak sesiapa pun yang boleh sampai kepada Tuhan Bapa.”“Kitab Suci Al-Quran tidak pernah menganjurkan kahwin sampai empat. Ia memberi kelulusan untuk melakukannya dengan syarat-syarat tertentu. Tetapi jikalau kahwin banyak itu anda anggap sebagai satu jenayah maka bagaimana keadaannya dengan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman? Menurut Kitab Perjanjian Lama mereka mempunyai beratus isteri. Tentang pengakuan Tuhan anda bahwa iaitu jalan kebenaran dan kehidupan, betapa pula hal itu boleh menjadi satu percanggahan dengan Al-Quran? Tiap-tiap nabi yang diutus ke dunia ini membawa jalan kebenaran dan kehidupan. Tuhan anda mengatakan dia adalah jalan kebenaran dan kehidupan tetapi Al-Quran mengatakan tentang Nabi kami bahwa dia itu bukan saja di jalan yang benar tetapi juga menunjukkan jalan kebenaran kepada orang-orang lain. Dalam Kitab Suci Al-Quran Surat Asy-Syura ayat 52 ada disebutkan kira-kira begini: Dan sesungguhnya, engkau benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang   lurus.Kitab Suci Al-Quran mengatakan bahwa Nabi kami bukan saja dia itu menjadi kehidupan tetapi juga dia datang untuk membawa rahmat kepada dunia ini. Dalam surat Al-Anfal ayat 24 ada disebutkan yang maksudnya ialah: wahai segala mereka yang telah beriman, sambutlah seruan Allah dan Rasulnya apabila dia (Rasul) menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu. Dan ketahuilah olehmu bahawasanya Allah menjadi pendinding antara seseorang manusia dengan hatinya dan bahawasanya kepada Allah kamu dikembalikan.Maka bukti dari ayat ini ialah Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam telah mengislamkan orang-orang biadab, yang keji, penindas, bodoh, pencuri, pembunuh, penzina dan penyembah berhala menjadi mereka itu penyembah Allah yang taat dan beratus ribu sahabat berduyun-duyun mengikut seruannya. Baginda telah memberikan kehidupan kepada orang-orang Arab dalam masa hayat baginda. Sebagai bandingannya Tuhan anda hanya dapat membentuk dua belas orang pengikut saja sepanjang hayatnya dan malah kepada mereka itu juga dia tidak memberikan seluruh kepercayaannyaa kerana seperti yang dikatakan oleh Kristus sendiri kepada mereka, sebahagian daripadanya tidak jujur.”“Anda bercakap terlalu banyak,” kata perempuan Kristian itu “tetapi sebegitu jauh anda belum dapat membuktikan mukjizat yang telah dilakukan oleh Nabi anda.”“Nasihat saya kepada anda,” kata Isabella pula “ialah supaya anda meninggalkan percakapan-percakapan logik anda itu tetapi cuba menyakinkan saya dengan mukjizat anda. Khabarnya mukjizat anda telah terkenal jauh dan dekat dan orang-orang datang meminta restu dari anda. Anda tidak layak bercakap perkara-perkara yang logik.”“Anda belum lagi layak untuk menyaksikan mukjizat saya.” jawab perempuan Kristian itu.Isabella tidak berkata apa-apa lagi sesudah mendengar jawaban itu dan semua yang hadir menjadi terperanjat yang amat sangat mendengarnya. Perempuan-perempuan Kristian menundukkan kepala mereka dengan rasa malu sementara orang-orang Islam mengucapkan syukur kepada Allah dengan hati yang gembira.Perempuan Kristian itu diam kaku, tidak tahu apa yang mahu diucapkannya lagi. Isabella yang memerhatikan keadaannya lalu berkata “Barangkali anda letih sekarang. Marilah kita hentikan dulu perbahasan ini sampai besok pula. Nah, sekarang beritahu saya pukul berapa anda dapat datang.”“Saya tidak akan bangun,” jawab perempuan Kristian itu “selagi kita tidak dapat memutuskan tentang kebenaran dan kebatalan. Barangkali juga anda yang letih.”“Bagi saya anda bebas untuk meneruskan perbincangan ini tanpa jeda sehingga yang benar dan yang batal dapat dipastikan dan ditetapkan. Apa yang saya maksudkan ialah keselesaan anda saja, tidak lain.” jawab Isabella.“Saya sebenarnya sudah bertekad mahu meneruskan perbincangan ini sampai selesai.” kata perempuan Kristian itu mahu menunjukkan keras hatinya. “Nah, sekarang cuba katakan apa perlu lagi Islam setelah agama Kristian tersebar luas dan menyeluruh?”“Jikalau Islam tidak datang,” jawab Isabella “kebenaran tidak akan dapat lahir ke dalam dunia ini. Islamlah yang telah menghidupkan kembali ajaran nabi-nabi yang terdahulu. Islam mengajarkan manusia tentang ketaatan dan kesucian. Saya akan huraikan kepada anda secara kasar beberapa sebab tentang mengapa Islam diperlukan.
1.    Islam dengan kedatangannya telah menyempurnakan agama yang terdahulu, kerana pengajaran kitab-kitab wahyu yang diturunkan sebelumnya hanya sesuai untuk masa itu saja dan tidak mempunyai tarikan sejagat (universal). Kitab Suci Al-Quran telah mengisi jurang itu.
2. Ajaran yang sebenarnya dari nabi-nabi terdahulu telah diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya dan Al-Quran membersihkan penyelewengan tersebut. Sebagai contoh orang-orang Kristian yang telah menganggap Jesus Kristus sebagai Tuhan dan membina struktur yang bobrok dengan mengadakan sekutu kepada Allah, ialah yang mula-mula sekali diruntuhkan oleh Islam. Agama Islam membawa sinar ketauhidan Allah dan menyembahkan zat kebesaran Allah dan kekuasaanNya yang tulen kepada dunia.
3. Ahlul Kitab telah mengadakan berbagai macam tuduhan yang memalukan kepada nabi-nabi, mengatakan setengah daripada mereka itu pendusta, penipu dan penzina dan dengan demikian mencap nabi-nabi itu sebagai berdosa. Islam dengan keras menolak, membantah, menafikan tuduhan-tuduhan tersebut dan meletakkan kembali kemuliaan dan kehormatan yang sebenar kepada nabi-nabi itu.
4.  Ahlul Kitab dengan membuat interpretasi kitab-kitab suci mereka telah memanipulasi kitab-kitab itu sehingga pengikut-pengikutnya percaya bahwa kitab-kitab wahyu asli telah hilang. Kitab Suci Al-Quran mendedahkan perbuatan jahat mereka, penipuan mereka dan mengemukakan semua ajaran yang sebenar dan tulen dari kitab-kitab terdahulu itu sehingga kita tidak perlukan kitab-kitab lain lagi kerana Kitab Suci Al-Quran mencakupi semua kitab yang telah diwahyukan kepada nabi-nabi terdahulu.
5. Oleh sebab nabi-nabi yang terdahulu dan kitab-kitab yang dibawanya hanya khusus kepada masa yang tertentu dan khusus kepada umat yang tertentu saja maka ia tidak mengandungi hukum-hukum yang meliputi semua aspek yang diperlukan oleh manusia di dalam kehidupan dunia bagi sepanjang zaman maka Kitab Suci Al-Quran telah mengisi kekosongan jurang itu dan setelah menyempurnakan tatasusila agama yang dilaungkan maka keperluan semua umat manusia disediakan dengan sebaik-baiknya bagi kegunaan seluruh kemanusiaan sehingga Hari Kiamat.Nah, sudah sedarkah anda kenapa Islam didatangkan ke dunia ini?”
Setelah termenung sejurus lamanya kerana terpesona dengan hujah-hujah yang dikemukan oleh Isabella, perempuan Kristian itu lalu menjawab “Semua itu hanyalah dakwaan-dakwaan tanpa hujah-hujah yang sahih. Anda tidak sedikitpun menyebut tentang mukjizat nabi anda dan juga tidak ada pembuktian kenabiannya. Kerana persoalan ajarannya itu datang sesudah masalah ini dihuraikan.”“Anda menanyakan kepada saya apa perlunya kedatangan Islam dan saya secara kasar menyebut keperluan-keperluan itu,” jawab Isabella “sekarang terserah kepada anda pula untuk membantah hujah-hujah itu. Saya telah berikan kepada anda bukti mukjizat yang dapat dilihat oleh seluruh dunia ini, iaitu Kitab Suci Al-Quran dan cabaran-cabarannya. Jikalau ada orang yang mengatakan bahwa Kitab Suci Al-Quran itu bukan wahyu dari Allah, dia haruslah bawakan ke mari satu ayat saja untuk dibandingkan dengannya. Tetapi itulah persoalannya tidak ada sesiapa pun yang telah melakukannya untuk menyokong cabarannya itu. Berdasarkan fakta itu maka jelaslah tanpa ada cabaran apapun juga bahwa Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam adalah Nabi dan Rasulullah. Kerana tidak ada sesiapa lain lagi sesudahnya. Selain daripada itu bukti yang lain ialah sesudah mencapai darjat kenabian, Nabi sallallah alaihi wassalam telah membentuk masyarakat sesuai dengan instruksi Kitab Suci Al-Quran dan dalam masa hayatnya seluruh jazirah Arab tunduk di bawah Islam. Nah, adakah contoh serupa ini dapat diperoleh dari nabi-nabi palsu? Saya fikir tidak ada contoh yang boleh dibuat untuk menunjukkan bahwa seseorang yang palsu di dunia ini boleh melakukan perkara-perkara yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam itu.”“Apa saja yang anda katakan, nabi anda itu tidak layak untuk diikut. Bagaimana boleh seseorang yang telah menumpahkan darah sepanjang hayatnya dan kahwin dengan beberapa orang perempuan menjadi seorang reformer? Lihat pada ketaatan Tuhan kami bahwa dia tidak pernah kahwin sepanjang hidupnya.” kata perempuan Kristian itu.“Kerana telah diakui Tuhan anda itu sebagai Tuhan Anak maka dia tidak perlu kahwin,” jawab Isabella “tetapi sebaliknya Nabi kami, Muhammad sallallah alaihi wassalam ialah manusia biasa seperti manusia lain juga, maka dia merasakan desakan tabii kepada perkahwinan. Saya khuatir, anda tidak akan dapat menamakan nabi-nabi lain selain daripada Tuhan anda yang meskipun manusia tetapi tidak kahwin.”“Manusia yang sempurna ialah orang yang dapat dibezakan daripada yang lain.” kata perempuan Kristian   itu.“Kenapa kini mahu bercakap tentang manusia sempurna, puan? Anda telah mengakui bahwa Tuhan anda itu Tuhan Anak!”“Kenapa pula tidak? Dia makan, dia minum bukan sebagai keadaannya Tuhan tetapi sebagai manusia.” jawab perempuan Kristian itu tanpa menyedari perangkap yang disediakan Isabella.“Kalau begitu bagaimana akan dibezakan Tuhan anda itu? Dan bagaimana pula definisi manusia yang sempuna?”“Manusia yang sempurna ialah seseorang yang untuk mengikutinya tidak ada terdapat apa-apa kesukaran.” jawab perempuan Kristian itu.“Nah, di sini saya bersetuju secara total dengan anda. Saya fikir anda kini telah sampai kepada satu kriteria yang boleh diterima.” kata Isabella. “Anda telah mengatakan bahwa manusia yang sempurna ialah orang yang boleh diikuti dalam berbagai-bagai aspek kehidupan yang biasa. Persoalannya timbul bahwa orang-orang Kristian telah menjalani kehidupan yang biasa dan menikmati kehidupan berumahtangga. Mereka mempunyai suami atau isteri dan anak-anak. Nah, bagaimana caranya mereka itu boleh mengikut Kristus di dalam kehidupan rumahtangganya? Kerana Tuhan anda tidak kahwin dan dia tidak ada berkata apa pun juga dalam perkara ini. Persoalan yang sama timbul, orang-orang Kristian melakukan Perang Salib ke atas orang-orang Islam dan lain-lain bangsa bukan Kristian, kriteria mana pula yang anda ikuti dalam kehidupan Tuhan anda itu?”“Tuhan kami tida pernah berperang dalam peperangan apa pun juga dan tidak kahwin. Jadi persoalan ini tidak timbul.” jawab perempuan Kristian itu agak gugup.“Meskipun Tuhan anda tidak pernah berperang dengan sesiapa pun atau berkahwin namun pengikut-pengikutnya iaitu orang-orang Kristian telah melakukan Perang Salib dan menjalani kehidupan berkeluarga. Sedangkan manusia sempurna menurut ukuran anda itu tidak menepati contoh yang standard bagi pengikut-pengikutnya dalam kedua-dua aspek keduniaan ini yang menjadi aspek penting dalam kehidupan manusia. Jadi, di mana letaknya perbezaan yang anda berikan kepada manusia sempurna dalam amali kehidupan orang-orang Kristian?” tanya Isabella. Setelah diam sejurus lamanya, perempuan Kristian itu lalu berkata “Tuhan kami ialah contoh kehidupan rohaniah. Apa ada hubungannya dengan kehidupan fizikal?”“Saya bersetuju bahwa Jesus Kristus itu diambil sebagai model kehidupan rohaniah yang cukup tinggi. Tetapi jangan anda lupa bahwa aspek rohani dan jasmani tidak boleh dipisahkan di dalam kehidupan manusia, tidak saja pada penyatuan keduanya tetapi bahagian yang terbesar daripada kedua itu dituntut oleh kehidupan jasmaniah. Kerana itu orang-orang
Kristian terpaksa mencari seseorang lain sebagai model. Ini diikuti dengan logik bahwa Tuhan anda juga berkehendak kepada masalah yang utama ini. Tidak syak sedikit pun bahwa kehidupan Nabi Musa ialah kehidupan terhormat, sementara kehidupan Jesus Kristus pula kehidupan anggunan tetapi kehidupan nabi kami yang terakhir, Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam ialah kehidupan kesempurnaan. Kehidupannya dipenuhi dengan ibadat, salih dan sufi dan sebagai manusia dia menjadi contoh manusia dunia, seorang pedagang dan malah sebagai seorang raja juga. Nabi akhir zaman Muhammad sallallah alaihi wassalam menggembalai kambing pada masa kecilnya, agak dewasa sedikit dia berulang-alik ke Gua Hira dan beribadat di sana. Dia berdagang sampai di Syria, kemudian kahwin dengan Siti Khadijah. Baginda lalu berdakwah dari atas Bukit Faran dan di jalan-jalan di Mekah, lalu ke Taif, hidup dalam kumpulan suku Hijaz dan mengalami kesulitan dari musuh-musuhnya dan para penentangnya, menyantuni orang-orang yang sedang lapar, mengasuh anak-anak yatim dan janda-janda di dalam masyarakat. Kemudian berhijrah dari Mekah ke Madinah, mengadakan perjanjian antarabangsa dengan orang-orang Yahudi di Madinah, membina masjid, menyelesaikan perselisihan antara suku kaum, memimpin solat, memberi ceramah di berbagai-bagai tempat, melatih tentera dan mengatur siasat tentera di dalam peperangan Badar dan Uhud dan memimpin tentera sebagai panglima tertinggi dan telah memperlihatkan kebolehannya di dalam siasat peperangan. Baginda mengerjakan solat yang lama pada waktu malam sehingga kakinya bengkak-bengkak. Jadi daripada semua kenyataan ini cara, jalan dan model yang diperlukan di dalam kehidupan dunia terdapat pada diri baginda yang mulia, Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam, sebagai penggembala kambing juga sebagai seorang pedagang yang besar sama-sama dapat dijadikan contoh, juga sebagai pendakwah, pengembara dan penghijrah baginda boleh dijadikan modelnya. Bagi seorang yang taat kepada Allah yang bersara dari tugas, baginda menjadi petunjuk yang baik dan menjadi contoh bagi manusia duniawi dalam kehidupan berumahtangga. Ajarannya memberikan satu peraturan yang sempurna dalam kehidupan internasional juga bagi penduduk rimba. Bimbingannya merupakan cahaya. Perencanaan siasatnya menjadi petunjuk di medan peperangan dan baginda menjadi contoh kepada masyarakat dalam kehidupan di masa damai. Pendekkata tidak ada contoh lain yang dapat mengatasi kehidupan yang sempurna Nabi kami Muhammad sallallah alaihi wassalam di dalam rumahtangga, berdakwah, perniagaan, kepemimpinan, memberi nasihat dan mengimani solat, dalam hidup bersara, mengatur peperangan, menyusun undang-undang, memerintah sebagai raja, baik dalam masa gembira mahupun dalam masa berkabung, perkahwinan dan penceraian, hidup dan mati, mengajar dan mendidik anak-anak dan apa saja tugas yang dihadapi oleh manusia di dalam kehidupan beradab. Begitulah di dalam kehidupan yang sempurna dan juga di dalam keperluan kehidupan yang menggundahkan terdapat di dalam kehidupan Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam dan tidak terdapat di dalam kehidupan Nabi Musa dan Nabi Isa. Jadi dari sudut keadilan dan kejujuran maka kita harus mengakui bahwa dalam diri Nabi akhir zaman, Muhammad sallallah alaihi wassalam terhimpun semua tatasusila rohaniah dan jasmaniah kehidupan manusia yang agung dan anggun. Sesiapa saja manusia di dunia ini yang ingin mencari kebajikan dunia dan akhirat maka tidak ada jalan yang lain selain daripada mencari perlindungan di bawah bayang-bayangan nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam yang luas, pengasih, pemurah dan budi pekerti yang tinggi dan adap sopan yang mulia.”Seluruh hadirin di dalam perhimpunan itu diam tidak bergerak, terpesona dengan hujah-hujah yang dikeluarkan oleh Isabella secara lancar dan teratur. Malah perempuan Kristian itu juga yang mengaku boleh melakukan mukjizat terpukau seperti orang yang tidak sedarkan diri. Apabila Isabella mendapati perempuan Kristian itu telah terpukul dengan penuh kehinaan dan dalam keadaan dukacita yang amat sangat, dia pun meminta maaf mengucapkan selamat tinggal lalu meninggalkan tempat itu.Menurut laporan yang diberikan oleh Abu Hafiz, anak muda terpelajar yang ikut menyaksikan perbahasan itu, kesan daripada hujah-hujah yang disampaikan oleh Isabella, sebahagian besar dari wanita Kristian yang mengikuti perbahasan tersebut dengan rela hati telah menerima Islam dan beberapa tahun kemudian perempuan Kristian itu pun juga beriman dengan keesaan Allah dan diislamkan oleh Isabella sendiri. Tetapi hal ini tidak berlaku sekaligus, ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya bagi jiwa yang mahu dipimpin untuk datang ke bawah bayangan Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Sepanjang hayatnya, Isabella terus menyembahkan baktinya kepada keagungan Islam. Di satu pihak dia menutup mulut orang-orang Kristian dan di pihak lain pula dia mencurahkan ilmu pengetahuannya ke dalam dunia pembelajaran, Ilmu Hadis dan pentafsiran Kitab Suci Al-Quran. Beratus ribu cendekiawan Islam telah mendapat manfaat daripada ilmunya. Isabella telah hidup mencapai usia delapan puluh tahun dan telah menutup mata dalam keadaan tenang dan damai, diratapi oleh seluruh penduduk Sepanyol. Berjuta-juta orang telah mengiringi jenazahnya ke tempat persemadian yang terakhir. Orang-orang di tempat yang jauh ada yang melakukan solat ghaib untuk arwahnya dan memanjatkan doa ke hadirat Allah subhanahu wa taala agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang salih.Sebagai penutup kisah ini kita juga dengan menundukkan kepala memberi hormat dan membaca Al-Fatihah untuk saudara Islam kita yang agung ini dan mudah-mudahan Allah subhanahu wa taala menerima amal ibadatnya dan menempatkan rohnya bersama orang-orang yang dikasihiNya. Amin.