Jumaat, 24 Februari 2012

NABI MUHAMMAD S.A.W. DI DALAM KITAB BIBLE ( B 2 )



BUKTI EMPAT : KEJADIAN DI BUMI ARAB DAN PENGHIJRAHAN KE TEMA

Di dalam  The Revised Version of the Bible terbitan British and Foreign Bible Society pada bab Isaiah ayat 13 hingga 15 disebutkan,

“the burden upon Arabian.
In the forest of Arabian shall ye lodge,
O ye trevelling companies of Dedanim.
The inhabitants of the land of Tema
Brought water to him thet was thirsty,
They prevented with their bread
Him thet fled. For they fled from the swords…”

Terjemahannya :

“Ucapan Ilahi terhadap Arabia,
Di belukar di Arabia kamu akan bermalam,
Hai kafilah-khafilah Dedan!
Hai penduduk tanah Tema, keluarlah,
Bawalah air kepada orang yang haus,
Pergilah, sambutlah orang perlarian dengan roti!
Sebab mereka melarikan diri terhadap pedang…”

Tahukah bahawa ayat ini menceritakan mengenai satu kejadian yang berlaku di bumi Arab, di mana segolongan manusia yang ditindas sehingga menyebabkan mereka terpaksa berhijrah bagi mendapatkan pertolongan di bumi Tema. Megikut J. Hasting di dalam Dictionary of the Bible pada halaman 897, Tema adalah nama salah seorang anak Nabi Ismail. Justeru, kisah ini berkait rapat dengan keturunan Nabi Ismail. Seterusnya, J. Hastings menyebutkan, Tema juga adalah nama sebuah tempat yang pada hari ini terletak di sebelah utara Madinah pada bahagian Barat bumi Arab.

            Daripada ayat ini jelas menunjukkan pernghijrahan yang telah dilakukan oleh baginda s.a.w dan para sahabat dari Kota Mekkah ke Kota Madinah. Mereka berhijrah kerana di tindas oleh penduduk Quraish di Mekkah dan telah berhijrah ke Kota Madinah untuk mendapatkan bantuan. Jika  ayat ini menerangkan mengenai Nabi Isa, ia adalah suatu yang tidak munasabah kerana Nabi Isa adalah keturunan Nabi Ishak dan Nabi Isa tidak pernah berhijrah ke bumi Arab sebelah utara Madinah. Lantaran itu, ayat ini menceritakan mengenai Nabi Muhammad s.a.w.

BUKTI LIMA : KETURUNAN KEDAR DIKALAHKAN

Di dalam The Revised of the Bible terbitan british and Foreighn Bible Society pada bab Isaiah ayat 14 hingga 17 disebutkan,

“the inhabitants of the land of Tema
Brought water to him thet was thirsty,
They prevented with their bread
Him that fled. For they fled
From the swords … Within a year,
According to the years of an hireling,
And all the glory of kedar shall fail :
And the residue of the number of archers,
The mighty men of the children of kedar,
Shall be diminished.”

Terjemahannya :

“Hai penduduk tanah Tema, keluarlah,
Bawalah air kepada orang yang haus,
Pergilah, sambutlah orang perlarian dengan roti!
Sebab mereka melarikan diri terhadap pedang…
Sebab beginilah firman Tuhan kepadaku :
“Dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan,
Maka segala kemulian Kedar akan habis.
Dan daripada pemanah-pemanah yang gagah perkasa
Daripada bani Kedar, akan tinggal sejumlah kecil saja,
Sebab TUHAN, Allah Israel mengatakannya.”

Ayat yang dinyatakan itu adalah daripada sambungan daripada kisah penghijrahan ke Tema. Berhubungan dengan Kedar, tokoh-tokoh Kritian dan Islam mengesahkan bahawa Kedar atau Qaidhar adalah anak kepada Nabi Ismail (Ibid). Ibn Athir di dalam bukunya Al-Kamil fit Tarikh menyebutkan, “kemudian Nabi Ismail mengahwini Saidah bt Madhadh Al-Jurhami dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua belas orang cahaya mata iaitu Nabat, Qaidhar, Uzail, Misya, Masma’, Rima, Masy, Aazar, Qathura, Fakas, Thumayya dan Qidman. Daripada kedua-dua anak Nabi Ismail yang bernama Nabat dan Qaidhar lahirlah bangsa Arab.”
            Salah satu kabilah yang lahir daripada keturunan Kedar adalah Quraish yang begitu berpengaruh di Kota Mekkah. Kabilah Quraish banyak menentang Nabi Muhammad s.a.w. sehingga akhirnya berlaku penghijrahan ke Kota Madinah dan Perang Badar. Perkataan-perkataan Bible “within a year, according to the years of an hireling” yang bermaksud “dalam setahun lagi, mengikut masa kerja perajurit upahan” begitu signifikan dengan sejarah Perang Badar, kerana ia berlaku pada tahun kedua hijrah, lebih kurang setahun selepas baginda berhijrah.

            Peperangan ini telah dimenangi oleh umat Islam dan pemuka-pemuka Quraish yang terbunuh adalah seramai 70 orang. Kisah ini selari dengan ayat di atas. Jika berkaitan dengan Nabi Isa, ia adalah sesuatu yang tidak logic kerana Nabi Isa bukan berketurunan Kedar.

BUKTI ENAM : NABI YANG UMMI

Di dalam The English Version of the Authorised Version of the Bible pada bab Isaiah ayat 12 menyebut :

“ and the book is delivered,
To him that is not learned
Saying, read this, I pray thee:
Ang he saith, I am not learned.”

Terjemahan :

“ dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang’
Yang tidak dapat membaca dengan
Mengatakan; “baiklah baca ini,”
Maka ia akan menjawab ;
Aku tidak dapat membaca.”

            Nabi Muhammad adalah ummi(tidak tahu membaca dan menulis). Ketika berumur 40 tahun baginda telah bertapa di sebuah gua yang bernama Gua Hira. Di gua itulah baginda telah menerima wahyu Allah melalui malaikat Jibril. Baginda disuruh membaca oleh malaikat Jibril, namun baginda tidak dapat membaca. Ayat yang dibawa oleh malaikat Jibril adalah surah al-Alaq ayat 1 hingga 3 yang bermaksud : “ Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, Yang Mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu adalah Yang Maha Mulia.”

            Ayat yang dipaparkan adalah selari dengan peristiwa yang telah terjadi ke atas Nabi Muhammad di Guan Hira.  Jika ia merujuk kepada Nabi Isa, ia tidak selari kerana Nabi Isa bukanlah seorang yang Ummi.

            Untuk pengetahuan semua, seorang paderi Katolik dari Sri Lanka, Father George Antony telah memeluk agama Islam. Beliau telah menjalani latihan sebagai paderi selama 10 tahun sebelum berkhidmat di Gereja Katumayaka, Sri Lanka. Antara ayat-ayat Bible yang mengagumkan beliau adalah ayat daripada bab Isaiah. Bagi beliau, ia jelas menampakkan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w.” (IPC Overviews at Islamic Presentation Committee di http://www.islam.com.kw/3.htm#)

Sabtu, 11 Februari 2012

NABI MUHAMMAD S.A.W. DI DALAM KITAB BIBLE ( B 1 )


Kepada semua sahabat, tidakkah kalian semua ketahui bahawa di dalam kitab Bible itu terdapat ayat-ayat yang menyebut mengenai nabi Muhammad s.a.w.? ketahuilah oleh kalian semua, bahawa di dalam kitab Bible ada menyebut mengenai baginda.

BUKTI PERTAMA : PERKATAAN MAHAMUDDIN DI DALAM BIBLE

Di dalam The English Version of the Authorised Version of the Bible pada beb Song of Solomon ayat 16 ada menyebut :

“His mouth is most sweet:
Yea, he is altogether lovely (Mahmuddim)
This is my belovez and this is my friend,
O daughters of Jerusalem.”

Terjemahannya mengikut Bible Al-Kitab (1996) terbitan The Bible Society of Malaysia adalah :

“Amat manis tutur katanya,
Segala yang ada padanya menawan hatiku.
Demikianlah kekasihku dan sahabatku,
Hai puteri-puteri Yerusalem”

Kalimah hi is altogether lovely yang tercatat di dalam Bible sebenarnya adalah terjemahan daripada kalimah Mahamuddim dalam bahasa Ibrani atau Hebrew, iaitu bahasa Yahudi. Kalimah Im dalam bahasa Yahudi melambnagkan kemuliaan dan penghormatan. Contohnya im pada kalimah Elohim. (What The Bible Says About Muhammad, Ahmad Deedat & Dr. Jamal Badwi, IPCI,U.K.,1997,hal.29.). Eloh bermaksud ‘Tuhan’ dan im bermaksud yang Maha Mulia. Apabila kaedah yang sama digunakan pada kalimah Mahamuddim, ia membawa maksud ‘Mahamadd yang mulia’ atau Mahamadd yang terpuji’. Maksud ini selari dengan nama Muhammad kerana kalimah Muhammad bermaksud “orang yang terpuji”.

BUKTI KEDUA : ISTILAH HIMDAH, SHALOM DAN PERICLYTOS

Di dalam kitab Old Testament di dalam versi The Authorised Version of the Bible bab Haggai ayat 7 hingga 10 disebutkan :

“Ang I will shake all nation,
And the Hamdah of all the nations will come;
And I will fill this house with glory, says the Lord of hosts.
Mine is the silver, mine is gold, says the lord of hosts,
The glory of my last house shall be greater
Than that of the first one, says the Lord of hosts;
And in this place I will give Shalom, says
The lord of hosts.”

Terjemahan mengikut Bible Indonesia Al-Kitab(1993) adalah :

“sebab beginilah firman Tuhan semesta alam;
Sedikit waktu lagi Aku menggocangkan
Langit dan bumi, laut dan darat;
Aku akan menggocangkan
Segala bangsa,
Sehingga barang yang indah-indah kepunyaan
Segala bangsa datang mengalir…
Dan di tempat ini Aku akan  memberi damai sejahtera, demikianlah
Firman Tuhan semesta alam.”

Kalimah Himdah dan Shalom daripada kitab Perjanjian Lama ini adalah kalimah-kalimah dalam bahasa Yahudi. Bible versi Inggeris menterjemahkan kalimah Himdan dan Shalom sebagai desire dan peace (Muhammad in the Bible, Prof. Abdul Ahad Dawud, BINA, Sarawak, 1978, hal, 23.), manakala Bible Al-Kitab dalam bahasa Indenesia menterjemahkannya sebagai ‘barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa’ dan ‘damai sejahtera’.

                Berhubung dengan Himdah, ayatnya yang asal adalah Ve yavu himdath kol haggoyim dalam bahasa Inggeris bermaksud and will come the Himdah of all nations yang bermaksud ‘dan akan datang Himdah bagi segala bangsa’. Himdah dalam bahasa Arab berasal daripada huruf-huruf Hamada dan ini selari dengan huruf-huruf asal bagi nama Ahmad dan Muhammad (Ibid. hal. 24)

                Shalom pula selari dengan kalimah Arab salama yang melahirkan kalimah Islam.(Ibid. hal. 25). Islam bermaksud damai dan sejahtera. Bible Indonesia AlKitab menggunakan kedua-dua kalimah ini bagi menterjemahkan kalimah Shalom. Justeru, ayat ini sebenarnya menceritakan mengenai seorang Himdah yang diutus kepada segala bangsa dan kepadanya akan dikurniakan Islam yang bakal mendatangkan kedamaian dan kesejahteraan bagi manusia. Kisah ini selari dengan Ahmad dan Muhammad yang diutus oleh Allah dengan risalah Islam kepada seluruh alam.

                Di dalam kitab Perjanjian Baru, kalimah yang selari dengan Himdah adalah Paracletoc. Kalimah Paracletos perlu difahami mengikut bahasanya yang asal. Dalam bahasa Yunani Kuno, kalimah yang hampir sama dengan  Paracletos adalah Periclytos. Periclytis dalam bahasa Inggeris bermaksud illustrious, glorious and praised atau ‘beliau yang terpuji’. Ia selari dengan Hamadah dan Ahmad yang juga bermaksud ‘beliau yang terpuji’(Ibid. hal. 24). Ia juga selari dengan Nabi Muhammad.

BUKTI KETIGA : DATANG DARI PARAN BERSAMA 10,000 PENGIKUT

Di dalam Bible versi The Revised Version of the Bible terbitan British and Foreign Society didalam bahagian Book of Deuteronomy ayat 2 disebutkan :

“The lord came from Sinai,
And rose up from Seir unto them;
He shined forth from mount Paran, and
He came with ten thousands of saints;
From his right hand went
A fiery law for them.”

Terjemahan mengikut Bible Indonesia Al-Kitab adalah :

“berkatalah ia, Tuhan datang dari Sinai
Dan terbit kepada mereka dari Seir;
Ia tampak bersinai dari pergunungan Paran
Dan datang dari tengah-tengah puluhan ribu
Orang yang kudus; di sebelah kanan-Nya
Tampak kepada mereka api yang menyala.”

Sehubungan dengan ini, di dalam buku Muhammad in  the Bible karangan Reverend David Benjamin Keldani menyebut, “ Dalam konteks ini, beliau yang terpilih dikisakan dengan matahari. Beliau akan datang dari Sinai, terbit dari Seir dan kemudian bercahaya dengan sempurnanya dari Paran. Beliau kemudiannya muncul bersama-sama dengan 10,000 orang-orang suci dengan membawa undang-undang tegas seperti api di dalam tangannya. Golongan bani Israel termasuk Nabi Isa tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tempat yang bernama Paran. Tetapi Siti Hajar dengan anaknya Ismail, merantau di bumi Beersheba kemudian menetap di bumi Paran. Apabila Muhammad dapat dihubungkaitka dengan keturunan Ismail melalui Kedar dan dilantik sebagai Rasul di Paran dan kemudiannya memasuki Mekkah dengan 10,000 pengikut setianya dan melaksanakan undang-undang bagi seluruh umat, tidakkah ia menampakkan dengan jelas kenyataan Bible ini terlaksana secara tepat ke atas diri Muhammad?”

                Paran adalah tempat menetap Nabi Ismail seperti yang disebutkan di dalam Bible bab Genesis ayat 20. Di tempat yang bernama Paran inilah Siti Hajar dan Ismail ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim bagi melaksanakan satu urusan yang ditetapkan oleh Allah. Ketika itu, Siti Hajar memohon pertolongan kepada Allah  dan doanya dikabulkan dengan dikurniakan sebuah telaga air kepada mereka. kisah ini disebutkan didalam Bible versi Revised Standard Edition pada bab Genesis pada ayat 17

“and God heard the voice of the lad; and the angle of God called to Hagar from heaven, and said to her, “What troubles you, Hagar? Fear not; for God has heard the voice of the lad where he is. Arise, lift up the lad, and hold him fast with you hand; for I will make him a great nation”.
Then God opened her eyes, and she saw a well of water; and she went, and filled the skin with water, and gave the lad a drink. And God was with the lad, and he grew up; he lived in the wilderness, and become an expert with the bow. He lived in the wilderness of Paran; and his mother took a wife from the land of Egypt”.
                Terjemahan mengikut kitab Bible Malaysia AlKitab (1996) adalah:
“kemudian Tuhan membuka mata Hajar sehingga beliau Nampak sebuah perigi. Oleh itu beliau pergi mengisi kirbat itu dengan air, kemudian beliau memberi minum anaknya…”

                Di dalam buku Muhammad in the Bible disebutkan, Paran sebenarnya adalah bumi Mekah (Ibid. hal. 3.) dan di situ memang terdapat sebuah perigi yang dikenali sebagai telaga zamzam kurniaan Allah kepada Hajar dan anaknya Ismail. Telaga ini masih wujud sehingga zaman sekarang. Nabi Muhammad berasal daripada bumi yang sama. Selepas 13 tahun menyebarkan Islam di Mekah, baginda berhijrah pula ke Madinah. Selepas lapan tahun berhijrah, peristiwa pembukaan Kota Mekah telah berlaku dimana baginda memasuki dan menguasai Kota Mekah bersama-sama dengan 10,000 orang para sahabat baginda.

                Baginda menegakkan undang-undang Islam dengan mendirikan sebuah Negara Islam di Madinah. Sebaliknya Nabi Isa a.s. bukan berasal dari bumi Paran dan beliau juga tidak  pernah datang dengan undang-undang baru. Beliau sekadar hanya meneruskan undang-undang yang telah dibawa oleh Nabi Musa seperti yang telah disebutkan di dalam kitab Bible bab Matthew ayat 17 yang bermaksud, “Aku tidak datang bagi menghancurkan undang-undang lama ataupun ajaran-ajaran nabi-nabi tetapi aku datang bagi meneruskan pelaksanaannya.”

                Kalimah ten thousands ataupun sepuluh ribu yang dimaksudkan itu selari dengan jumlah para sahabat baginda sewaktu pembukaan Kota Mekah berlaku. Ada juga yang mengatakan ten thousands itu sebagai “satu jumlah yang sangat besar iaitu puluhan ribu” seperti yang disebutkan di dalam Bible Indonesia AlKitab. Jika diteliti dengan sebaik-baiknya lagi, Nabi Isa tidak mempunyai pengikut setia yang ramai, dimana pengikut setia Nabi Isa dikenali sebagai apostles di dalam Bible hanya berjumlah 12 orang sahaja berbanding dengan Nabi Muhammad yang mempunyai pengikut setia yang beribu-ribu.

                Secara kesimpulannya, ayat Bible itu membawa maksud, ‘seorang nabi yang bersinar dengan sempurna dari Paran (Mekah) amat bertepatan dengan Nabi Muhammad yang berasal dari Mekah dan merupakan penghulu bagi nabi-nabi dan rasul-rasul serta membawa satu risalah yang lengkap dan sempurna. Undang-undang yang dibawa berjaya ditegakkan melalui Negara Islam di Madinah dan dengannya jahilliah serta kesesatan dapat dimusnahkan. ‘sepuluh ribu orang-orang suci’ selari dengan 10,000  orang sahabat yang mengikuti ketika pembukaan Kota Mekah pada hari Jumaat, 10 Ramadhan tahun kelapan hijrah. Selepas Kota Mekah jatuh ke tangan umat Islam, golongan kafir Quraish berhimpung menantikan hukuman daripada baginda di atas segala perbuatan keji yang mereka lakukan selama ini.

                Kisah sejarah ini juga turut terdapat di dalam Bible New Revised Standard Version bab jude ayat 14 hingga 16 secara jelas, iaitu :

“see, the lord is coming with ten thousands of his holy ones, to execute judgment upon all, and to convict everyone of all the deeds of ungodliness that they have committed in such an ungodly way, and of all the harsh things that ungodly sinners have spoken against him.”

                Terjemahannya mengikut Bible Indonesia AlKitab (1993) adalah:

‘juga mengenai mereka Henokh, keturunan ketujuh daripada Adam, bernubuat, katanya, “sesungguhnya Tuhan datang dengan beribu-ribu orang kudus-Nya, hendak menghakimi semua orang dan menjatuhkan hukuman ke atas orang-orang fasiq kerana semua perbuatan fasiq yang mereka lakukan dan kerana semua kata-kata nista yang diucapkan orang-orang yang fasiq itu pada Tuhan…”

                Secara penegasannya, apa yang diperkatakan di dalam Bible itu tidak mempunyai perkaitan langsung mengenai Nabi Isa, malah ia adalah perkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w. 

Isnin, 6 Februari 2012

KECACATAN DAN PERCANGGAHAN DALAM BIBLE


Bible mempunyai pelbagai jenis versi dan versi itu mempunyai banyak kecacatan dan percanggahan. Antara tokoh yang mengatakan bahawa Bible ini mempunyai banyak percanggahan, ialah Allen D. Callahan, profesor madya dalam Bidang Ilmu Bible di Harvard School, di dalam artikelnya yang bertajuk Gospels are Not Eye Witness Acount :

“Apabila kita menganggap Gospels adalah fakta-fakta mengenai kehidupan Nabi Isa, kita akan dapati ada antara isi-isinya yang tidak selari. Malah, kita mungkin menemui beberapa maklumat yang bercanggahan antara satu sama lain. Antara sebabnya adalah pendekatan-pendekatan yang digunakan.”
(FRONTLINE, Allen D. Callaghan, ‘ Gospels Are Not Eye Witness Account’, op. Cit., http://www.pbs.org/wgbh/pages/frontline/shows/religion/story/gospels.html)

                Semua kecacatan dan percanggahan yang terdapat didalam Bible itu akan dapat dilihat apabila kita semua membaca pendahuluan Bible Revised Standard Vesion terbitan 1971 yang menyatakan, :

“ Bible Versi King James terpaksa bersaing dengan Bible Geneva dan akhirnya ia (Bible King James) mendominasi. Selama dua setengah abad tidak ada penterjemahan lain yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris  dan ketika itu Versi King James menjadi versi yang paling berkuasa di kalangan mereka yang berbahasa Inggeris. Versi King James disifatakn ketika itu sebagai penulisan terbaik dalam bahasa Inggeris. Namun, ia mempunyai kecacatan yang besar. Kecacatan ini terlalu banyak dan serius sehingga memerlukan semakan semula dilakukan ke atas Bible ini.”
(Fotograf tulisan yang asal terdapat di dalam Is The Bible God’s Word, Ahmad Deedat, IPCI, Durban; hal. 11.)

 Dalam sebuah majalah juga turut menerbitkan dan menjadikan isu berkaitan dengan kesalahan yang terdapat di dalam Bible. Majalah itu adalah Majalah Awake terbitan kumpulan Jehovah Witness bertarikh 8 September 1975, dimana ia telah menjadikan tajuk ‘50 000 Errors ini the Bible’ sebagai tajuk utama majalah itu.

Percanggahan yang terdapat di dalam Bible ini dapat dilihat, misalnya dalam Bible al-Kitab iaitu Berita Baik Terbitan The Bible Society of Malaysia ;

1.       Percanggahan 1 : Tentera Raja Daud Menbunuh 700 orang ataupun 7 000 orang pemandu kereta kuda?

Dalam ii Samuel 10 ayat 18 menyebut : “tetapi tentera Israel memukul mundur tentera Syria. Raja Daud dan tenteranya membunuh 700 orang pemandu kereta kuda dan 40 000 orang daripada pasukan berkuda.”

                Sedangkan dalam bab i Tawarikh 19 ayat 18 mengatakan : “ tentera Israel memukul mundur tentera Syria. Raja Daud dan tentera baginda membunuh 7 000 orang pemandu kereta kuda dan 40 000 orang daripada pasukan berjalan kaki.’

                Kedua-dua ayat ini menceritakan perkara yang sama, namun terdapat percanggahan jumlah sebenar Raja Daud membunuh pemandu-pemandu kereta kuda. Jika perkara yang kecil ini sudah bercanggah apatah lagi perkara yang besar.

2.       Percanggahan 2 : Tentera Raja Daud membunuh 40 000 pasukan berkuda ataupun pasukan berjalan kaki?

Dalam ii Samuel 10 ayat 18 menyebut : “tetapi tentera Israel memukul mundur tentera Syria. Raja Daud dan tenteranya membunuh 700 orang pemandu kereta kuda dan 40 000 orang daripada pasukan berkuda.”

                Sedangkan dalam bab i Tawarikh 19 ayat 18 mengatakan : “ tentera Israel memukul mundur tentera Syria. Raja Daud dan tentera baginda membunuh 7 000 orang pemandu kereta kuda dan 40 000 orang daripada pasukan berjalan kaki.’

                Maklumat mengenai 40 000 orang yang dibunuh oleh Raja Daud dan tenteranya bercanggah di dalam ayat-ayat diatas. Satu mengatakan yang dibunuh itu adalah tentera pasukan berkuda, manakala yang satu lagi adalah anggota pasukan berjalan kaki. Jadi ayat yang manakah yang betul sebenarnya?

3.       Percanggahan 3 : Raja Solomo menpunyai 4 000 ataupun 40 000 buah kandang kuda?

Dalam bab ii Tawarikh 9, ayat 25 disebutkan, “ Raja Solomo juga mempunyai 4 000 buah kandang bagi kereta kuda dan kudanya. Baginda mempunyai 12 000 orang pasukan berkuda.”

                Sedangkan dalam bab i Raja-raja 4, ayat 26 disebutkan, “ Raja Solomo mempunyai 40 000 buah kandang bagi kuda yang menarik kereta kuda dan 12 000 ekor kuda bagi pasukan berkuda.”

                Berapakah jumlah kandang kuda yang dimiliki oleh Raja Solomo yang sebenarnya? Adakah 4 000 buah ataupun 40 000 buah ?

4.       Percanggahan 4 : Tangki Nabi Sulaiman mampu menampung 40 000 ataupun 60 000 liter air?

Dalam bab ii Tawarikh 4, ayat 4 dan 5 menyebut, “Tangki itu diletakkan di atas belakang 12 ekor lembu jantan yang dibuat daripada gangsa, yang menghadap keluar, tiga menghadap utara, tiga menghadap ke barat, tiga menghadap ke selatan dan tiga menghadap ke timur. Tebal tepi tangki itu 75 milimeter. Tepi tangki itu seperti cawan yang melengkung ke luar seperti kelopak bunga bakung. Tangki itu dapat menampung air sebanyak 60 000 liter.”

                Sedangkan dalam bab i Raja-raja, ayat 25 dan 26 menyebut, “Tangki itu diletakkan di atas belakang 12 ekor lembu jantan yang dibuat daripada gangsa, yang menghadap ke luar, tiga menghadap ke utara, tiga menghadap ke barat, tiga menghadap ke selatan dan tiga menghadap ke timur. Tebal tepi tangki itu 75 milimeter. Tepi tangki itu seperti tepi cawan yang melengkung ke luar seperti kelopak bunga. Tangki itu dapat menampung air sebanyak 40 000 liter.”

                Berapakah jumlah liter air sebenarnya dapat ditampung dalam tangki Nabi Sulaiman? Adakah ia berjumlah 40 000 liter ataupun 60 000 liter?

                Cara penulisan Bible memang mendedahkan kepada percanggahan dan kesalahan. Di dalam the Anchor Bible Dictionary mengatakan ;

“Oleh kerana salinan-salinan asal Bible tidak wujud lagi, isi-isi Bible terpaksa dibina dengan menggunakan teks-teks yang tidak sempurna dan sering kali tidak selari.”
(The Anchor Bible Dictionary, David Noel Freeman. CD-ROM, op.cit.)

                Percanggahan dalam Bible ini juga dapat dilihat pada bab 9 ayat 3 Injil Kisah Para Rasul ada mengatakan bahawa Paulus sedang dalam perjalanan ke Damsyik dengan sahabat-sahabatnya ketika sudah dekat dengan kota, tiba-tiba cahaya memancar dari langit mengelilingi dia. Dia rebah ke tanah dan mendengar satu suara yang berkata : ‘kenapa menganiayai aku?’ sementara sahabat-sahabatnya termangu-mangu. Mereka ada mendengar suara itu tetapi tidak melihat seorang jua pun. Dalam bab 22 ayat 6 -7, kitab yang sama menceritakan sahabat-sahabat ada melihat cahaya di langit tetapi tidak mendengar suara. Manakala dalam bab 26 ayat 13 mengatakan St. Paulus dan sahabat-sahabatnya dikelilingi oleh cahaya dan mereka semua terjatuh ke tanah.  Cuba fikirkan dalam sebuah Injil, peristiwa yang sama telah menceritakan perkara yang sama tetapi versi yang berbeza di tiga tempat. Cerita yang manakah yang betul?

                Tokok tambah yang disengajakan oleh penulis-penulis Bible juga turut mencacatkan lagi Bible itu sendiri, sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Paderi Profesor David Jenkins, orang keempat tertinggi di gereja England, di dalam London Daily Mail, 1984. Beliau berkata :

“Sesetengah kisah di dalam bible memang tidak pernah berlaku tetapi dimasukkan juga kedalam Bible sekadar menunjukkan Nabi Isa adalah Messiah atau Penyelamat.”
(London Daily Mail, 15 Julai 1984, hal. 12)

                                        Kewujudan pelbagai percanggahan dalam kitab Bible itu sendiri telah diperakui oleh tokoh-tokoh Kristian. Dalam The Catholic Encyclopedia mengatakan ;

“Kewujudan banyak percanggahan di dalam Gospels memang diketahui dan diakui oleh tokoh-tokoh Kristian.”
(Catholic Encyclopedia; ‘Gospels,’ Volume Vl, op.cit., http://www.newadvent.org/cathen/06655b.htm)

     B.A. Robinson dalam artikelnya yang bertajuk Inerrancy: is The bible Infallible, Inerrant, Free of Error berkata;

“Bagi tokoh-tokoh ilmu dalam bidang ketuhanan yang bersikap liberal, ramai daripada kalangan mereka mengakui bible menpunyai pelbagai kesilapan kerana ia memang ditulis dan diedit oleh manusia.”
(Religious tolerance.org, B.A. Robinson, ‘inerrancy: Is The Bible Infallible, Inerrant, Free Of Error?’ 2000, http://www.religioustolerance.org/interrant.htm)

                                       Bagaimanakah pendirian anda semua mengenai Bible yang pada masa ini? Secara dasarnya kita tidak boleh mengiktiraf Bible yang wujud sekarang sebagai Kalam Tuhan secara keseluruhannya. Walaubagaimanapun kita tidak dapat menafikan bahawa masih ada ayat-ayat yang didalamnya selari dengan al-Quran. Antaranya berkaitan dengan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. As-Syeikh said Hawa sebagai contoh, di dalam kitab tafsirnya yang bertajuk Al-Asas fit Tafsir, sering menukilkan ayat-ayat daridapa Bible bagi mengukuhkan hujjah beliau. Justeru, antara tugas kita pada hari ini adalah menapis serta mengeluarkan ayat-ayat yang selari untuk dijadikan bukti kebenaran Nabi Muhammad sebagai rasul seluruh alam, bukanya Nabi Isa. Nabi Isa itu bukannya Tuhan ataupun Anak Tuhan, tetapi seorang Nabi dan Rasul Allah. Nabi Isa beriman kepada Allah, dalam al-Quran banyak meyebut mengenai Nabi Isa dan ibunya Mariam. Bukti yang terdapat dalam kitab Bible mengenai Nabi Muhammad akan saya khabarkan pada masa yang terdekat, Insya’Allah...

Ahad, 5 Februari 2012

KITAB BIBLE


Kita sebagai seorang yang bergelar Islam wajib percaya dan yakin kepada empat buah kitab yang telah diturunkan oleh Allah kepada rasul-Nya yang terpilih. Kitab-kitab yang dinyatakan itu adalah Kitab Taurat, Kitab Zabur, Kitab Injil dan Kitab al-Quran. Jika kita menolak salah satu daripada kitab ini atau kesemuanya, ini bermakna kita telah menolak salah satu daripada rukun iman yang enam. Menolak salah satu ini akan membawa kepada kekufuran dan pembatalan iman.

                Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, surah yang terdapat dalam kitab Bible ini disebut dalam bahasa Inggeri sebagai “book” atau “buku”. Kitab ini mempunyai 66 surah, 39 dikenali sebagai Perjanjian Lama atau “Old Testment”, manakala 27 dikenali sebagai kitab Perjanjian Baru atau “New Testment”. Perjanjian lama ini mengadungi undang-undang Nabi Musa, kisah-kisah sejarah, puisi dan kebijaksanaan di samping terdapat ramalan-ramalan perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Perjanjian Baru pula mengandungi kisah-kisah kehidupan Nabi Isa yang ditulis oleh tokoh-tokoh agama Kristian, iaitu Matthew, Mark, Luke dan John. Tulisan-tulisan ini dikenali sebagai Gospels. Disamping itu, kitab ini juga mengadungi sejarah keadaan agama Kristian pada peringkat awal ia diwujudkan, yang ditulis oleh St. Paul.

                Untuk pengetahuan semua, The Interpreter’s Dictionary of the Bible telah mengatakan bahawa Bible yang asal sudah tidak wujud lagi pada hari ini :

“ Tulisan-tulisan asal Perjanjian Baru sudah lama tiada. Perkara ini tidaklah mengejukan kerana sumber-sumber itu ditulis di atas bahan-bahan yang tidak tahan lama.”

Pendapat itu juga telah dikeluarkan dalam The Catholic Encyclopedia :

“Pendapat yang mengatakan konongnya Bible yang lengkap seperti asal masih wujud sebenarnya tidak berasas sama sekali. Bible yang kini menjadi pengangan umum, seperti juga kitab Perjanjian Lama, melalui beberapa perkembangan dan proses sehingga akhirnya isi-isinya diputuskan secara rasmi oleh Majlis Trident atau Tridentine Council”

Ada juga tokoh-tokoh Kristian yang mengatakan bahawa Bible adalah dokumen yang  dikeluarkan oleh pihak gereja. Justeru pihak gerejalah yang menentukan isi Bible dan bukan sebaliknya. Pernyataan ini dikeluarkan oleh seorang paderi besar dari gereja ortodoks di Denver iaitu “His Eminence Metropolitan Isaiah of Proikonisou and Presiding Hierarch of the Greek Orthodox Diocese of Denver di salam Buletin yang diterbitkan pada bulan Mac 1995, jilid 3, nombor 3.

“ landasan perjalanan geraja tidak didasarkan kepada kitab Bible ditentukan oleh pihak gerja. Pada abad-abad awal agama Kristian, tidak ada seorang manusia pun dapat menyentuh kitab yang bernama ‘Bible’ kerana ia memang tidak wujud.”

Dengan pernyataan sedemikian, menunjukkan bahawa gereja yang berkuasa penuh terhadap isi bible, berbanding dengan agama Islam al-Quran sebagai penentu akan setiap sesuatu.

                Daripada pernyataan diatas, dikatakan bahawa kitab Biable yang dahulu telah tidak wujud lagi, tetapi bagaimana pada masa sekarang boleh terdapat kitab Bible ini? Hal ini dapat diperjelaskan, kerana isi-isi Bible telah mengambil daripada sumber-sumber yang tidak mempunyai penulisan yang lengkap.  Pernyataan ini dapat dibuktikan dalam The Anchor Bible Dictionary :

“Disebabkan salinan asal Bible tidak wujud lagi, isi Bible terpaksa dibina  dengan menggunakan teks-teks yang tidak sempurna yang sering kali bercanggah”

                Berkaitan dengan sejarah kehidupan Nabi Isa, penulis-penulis kitab Bible ini tidak menyalin dan menceritakan kisah-kisah itu dengan tepat. Peryataan yang sedemikian telah diakui oleh seorang tokoh Kritian, iaitu Bruce M. Metzger di dalam The Text of the New Testment : Its  Transmission, Corruption and Restoration. Kata beliau:

“ Penulis-penulis tidak menulis dengan tepat segala sumber yang mereka temui, sebaliknya mereka menulis pentafsiran mereka sendiri berhubung sumber-sumber itu. Mereka melakukannya bagi membetulkan kesilapan penulis-penulis lain tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah mereka sendiri dengan tindakan itu telah melakukan kesilapan.”

Dalam The Interpreter’s Dictionary of the Bible :

“Banyak kisah yang terdapat di dalam kitab Perjanjian Lama mengikut gaya dan olahan penulis-penulisnya”

                Secara kesimpulannya, surah-surah yang terdapat di dalam kitab Bible tidak mempunyai suber rujukan yang sahih dan tidak sempurna berbanding dengan al-Quran yang mempunyai isi yang sempurna dan datangnya daripada Allah. Nantikan sambungannya...

MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABDUL MUTALIB BIN HASYIM BIN ABDUL MANAF BIN QUSAY BIN KILAB BIN MURRA BIN KAAB BIN KHUZAIMAH BIN ISMAIL BIN IBRAHIM


Siapakah insan yang diberi nama yang sedemkian? Mengapakah nama itu menjadi pilihan hati? Muhammad bin Abdullah merupakan seorang insan yang cukup hebat dan telah diiktiraf oleh dunia akan kehebatan yang dimiliki oleh insan tersebut. Nama “Muhammad” menjadi pilihan oleh seorang yang bergelar datuk iaitu Abdul Mutalib bin Hasyim, yang membawa maksud “Yang Terpuji”. Kisah hidup seorang insan yang cukup hebat ini bermula pada 12 Rabiulawal pada tahun Gajah bersamaan 20 April , 571 Masihi. Insan ini telah menjadi piatu semasa dalam kandungan ibu dan telah menjadi yatim piatu apabila umur mencapai enam tahun. Telah mendirikan masjid ‘perkahwinan’ pada umur 25 tahun bersama Siti Khadijah binti Khuwailid yang berumur 40 tahun. Telah menjadi pesuruh Tuhan Yang Satu (Allah) pada umur 40 tahun di Gua Hira’, dimana jatuhnya 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos, 610 Masihi.

                Telah menjalankan usaha dakwah selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di tempat kelahiran, yakni Makkah dan 10 tahun di Bandar Bercahaya (Madinah). insan ini mendapat gelaran al-Amin daripada kaum Qurais kerana seorang yang sangat boleh dipercayai. Telah berjaya membuka semula Kota Makkah dan telah membersihkan Kaabah daripada berhala pada hari penghulu hari (Jumaat), dalam bulan rahmat (Ramadhan) tahun kelapan hijrah. Dakwah yang dibawa oleh insan ini telah berjaya menggegarkan empayar Rom dan Parsi serta menjadi batu asas kejatuhan empayar besar ini. Telah menyahut seruan Ilahi pada umur 63 tahun, pada hari Isnin pada tarikh kelahiran baginda (12 Rabiulawal) tahun ke-11 hijrah.

                Insan yang bernama Muhammad ini merupakan seorang Nabi dan rasul terakhir Allah. Apabila diutuskan baginda, kelak tidak akan ada lagi nabi yang akan diutuskan.  Telah dikurniakan pelbagai mukjizat, misalnya al-Quran yang merupakan mukjizat yang paling hebat diantara mukjizat-mukjizat yang lain. Baginda adalah al-Quran yang bergerak, kerana setiap apa yang terkandung dalam Kitabullah ini terdapat pada baginda juga.

                Baginda adalah kekasih Allah, namun bukan Tuhan dan bukan pula Anak Tuhan. Baginda adalah manusia biasa yang perlu makan minum dan sebagainya. Perutusan baginda adalah sebagai rahmat kepada seluruh alam, bukan hanya kepada diri dan kaum baginda sahaja, tidak seperti nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdahulu yang hanya kepada kaum-kaum mereka sahaja.

                Nama insan yang agung ini telah disebut dalam kitab-kitab yang terdahulu, misalnya dalam Kitab Taurat dan Kitab Injil. Baginda adalah seorang yang Ummi “ tidak tahu membaca dan menulis”. Pentingnya, kerana dapat membidas tomahan yang dilontarkan oleh mereka yang mengatakan bahawa al-Quran itu ditulis oleh baginda, bukan daripada Allah. Baginda juga adalah seorang yang bercakap jika perlu sahaja. Tidak melakukan perkara-perkara yang sia-sia.

Dan tidaklah kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi 
sekalian alam.. (Al-Anbiya’:107)

Sabtu, 4 Februari 2012

WAHAI WANITA


Wahai kaum hawa sekalian, marilah kita bersama-sama mengahayati hadis Rasulullah S.A.W. dan bersama-samalah kita mengambil ikhtibar sebagai panduan hidup di masa depan terutamanya sebagai bekalan di akhirat kelak.
Sabda Rasulullah S.A.W. :

“Aku menjeguk ke dalam neraka dan aku telah melihat ramai penghuninya daripada wanita, sebabnya mereka sedikit sekali patuh akan (ajaran) Allah dan Rasul-Nya, kurang taan kepada suami dan banyak bersolek.”
Sabda Rasulullah S.A.W. :

“Adapun empat golongan wanita yang berada di dalam neraka, iaitu :

1.    Wanita yang lancing mulutnya terhadap suaminya. Jika suami tiada ia akan curang dan jika suami pulang ia akan menyakiti hati suami dengan lidah
2.    Wanita yang membebankan suaminya dengan meminta sesuatu yang tidak dapat ditunaikan oleh suaminya
3.    Wanita yang tidak menutup tubuhnya (auratnya) daripada pandangan lelaki ajnabi serta keluar rumah dengan bersolek
4.    Wanita yang tidak ada tumpuan melainkan kepada makan, minum dan tidur, tidak sembahyang, tidak taat kepada perintah Allah dan Rasulnya dan tidak taat kepada suaminya

Wanita yang berkelakuan sedemikian mendapat laknak daripada Allah serta menjadi ahli penghuni neraka, kecuali bertaubat atas kesalahan yang dilakukan. Daripada Abdullah Ibn Umar katanya, Rasulullah bersabda “ tiga golongan yang tidak akan masuk syurga dan Allah tidak akan melihat mereka di akhirat kelak. Mereka, ialah :

1.    Anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa mereka
2.    Perempuan yang menyerupai lelaki
3.    Orang yang dayus”

*seseorang itu apabila didalam kesusahan atau kesakitan akan dinaikan satu darjat atau diberi pahala dan dihapuskan dosa dengan syarat ia mestilah ingat kepada Allah (bersabar).