Isnin, 6 Disember 2010

ANJING-ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

Jagalah Lisanmu Supaya Tidak Terjatuh Di Dalam Ghibah Terhadap Saudaramu/Muslimin.


 Bacalah Al-Quran

 Tanggunglah Dosamu Sendiri Untukmu Dan Jangan Engkau Tanggungkan Dosamu Kepada Orang Lain.


 Jangan Engkau Mensucikan Dirimu Dengan Mencela Orang Lain.


 Jangan Engkau Tinggikan Dirimu Sendiri Di Atas Mereka.


 Jangan Engkau Masukkan Amal Perbuatan Dunia Ke Dalam Amal Perbuatan Akhirat.


 Jangan Engkau Menyombongkan Diri Pada Kedudukanmu Supaya Orang Takut Kepada Perangaimu Yang Tidak Baik.


 Jangan Engkau Membisikkan Sesuatu Sedang Dekatmu Ada Orang Lain.


 Jangan Engkau Merasa Tinggi Dan Mulia Daripada Orang Lain.


 Jangan Engkau Sakitkan Hati Orang Dengan Ucapan-Ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. FirmanAllah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" SabdaRasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t."

CITA-CITA DAN HARAPAN

Dari kejauhan malam kami melihat fajar,
Berkilauan pada kemuncak yang tinggi,
Dan kami menggemakan suara menyeru,
Demi untukmu wahai umat yang lebih mulia.                                                    

                Malam kelawar telah berlalu dan harapan.
                Tidak akan menghentikan kegagalan kumpulan kami.

Bertapa nikmatnya kebenarandan harapan,
Wahai yang mengusap air mata kesedihan,
Ibu orang-orang syahid disini menangis,
Bersiap sedia menghadapi soldadu saudara.

                Wahai yang mengangkat panji dakwah kami,
                Allah yang menyerumu dan menyeru kami,
                Mak lepaskanlah anak panahmu yang beracun;
                Pada hati musuh yang Maha Pengasih.

Dengan kebenaran dan cahaya yang memberi petunjuk;
Dengan kebahagiaan dan kebaikan yang menyeru.
Marilah kita kembali dengan kegembiraan;
Yang disaksikan oleh orang yang pergi dan datang.

                Marilah kita kembali dengan Furqan;
                Yang memimpin ke jalan petunjuk.
                Marilah kita berjuang dengan diri kita;
                Dan kepada Tuhan segala makhluk kami menyeru.

Ya Allah, tolonglah dakwah kami;
Dan tunjukilah selamanya jalan kami.
Dengan pertolonganMu tetapkanlah hujah kami;
Kasihanilah dan selamatkanlah umat kami.
Dengan kemuliaan dan keagungan yang nyata.

                Ya Allah, bersihkanlah dosa-dosa kami;
                Dan angkatlah daripada cubaan kepentingan kami.
                Berkatilah dalam agama saudara-saudara kami;
                Tetapkanlah di atas jalanMu kesatuan kami.
                Dengan ikatan jiwa dan jihat.

Ya Allah, tutuplah aurat kami;
Dan dengan kurniaMu hilangkanlah kesusahan kami.
Dengan kemenangan segerakanlah kegembiraan kami;
Dan demikian juga perbaikilah tempat kembali kami.
Untuk keluarga dan di antara anak-anak kami.

            Ya Allah, pulihkanlah kekalahan kami;
Dan dengan pertolonganMu kuatkanlah pemimpin kami.
Himpunkanlah di rumahMu sahabat-sahabat kami;
Dan senpurnakanlah ke atas kami kegenbiraan kami.
Dengan kemenangann dan mati syahid.

Sabtu, 27 November 2010

TUJUH PERKARA GANJIL


         Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
       Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi,

          Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain," Pemuda itu menyambung lagi,

 " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
         
Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.


" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Isnin, 22 November 2010

KEWARAKAN DAN KETELITIAN


RASULULLAH S.A.W.MENERIMA JEMPUTAN SEORANG PEREMPUAN
Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. dalam perjalanan balik dari menghadiri suatu upacara pengkebumian. Seorang perempuan telah menjemput Baginda s.a.w.untuk menjamu selera dirumahnya. Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabtnya yang lain pun menuju kerumah perempuan tadi. Apabila makanan dihidangkan, Nabi Muhammad s.a.w.kelihatan susah untuk menikmati walau sesuappun makanan itu. Baginda s.a.w. berkata: "Nampaknya binatang ini telah disembelih tanpa kebenaran tuannya." Perempuan itu berkata: "Ya Rasulullah, saya telah menyuruh seorang lelaki membelikan saya seekor kambing dipasar. Malangnya kambing--kambing telah kehabisan. Jiran saya telah membeli seekor kambing tempoh hari, jadi saya menghantar lelaki itu kesana untuk membelinya. Jiran saya itu tidak ada dirumah dan yang menjual kambing itu ialah isterinya." Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkannya supaya membahagi-bahagikan daging kambing tadi kepada orang-orang tawanan.

RASULULLAH S.A.W.TIDAK DAPAT TIDUR
Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. tidak dapat melelapkan matanya. Baginda s.a.w. berguling kesana kemari namun tidak juga boleh tidur. Isteri Bagimda s.a.w. bertanya: "Mengapa tidak boleh tidur,Ya Rasulullah?" Baginda s.a.w. menjawab: "Ada sebiji tamar yang terletak disuatu tempat tadi, kerana takut ianya terbuang begitu sahaja, aku telah memakannya. Sekarang aku menyesal kerana buah itu mungkin dihantar kemari untuk disedekahkan kepada orang-orang miskin."
Buah yang Nabi Muhammad s.a.w. makan mungkin kepunyaan Baginda s.a.w. sendiri tetapi oleh kerana para dermawan biasanya menghantarkan sedekah mereka kerumah Nabi Muhammad s.a.w. untuk dibahagi-bahagikan oleh Baginda s.a.w. sendiri maka perbuatan Baginda s.a.w.memakan buah tamar itu telah menimbulkan keraguan didalam hatiBaginda s.a.w. sendiri. Bagaimana pula dengan keadaan kita yang memakan benda haram tanpa kesangsian dan ketakutan!
ABU BAKAR DAN MAKANAN TUKANG TILEK
Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan kepadanya sebagai Tuan, sebahagian daripada pendapatan hariannya. Pada suatu hari, hambanya membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya berkata: "Kamu selalunya akan bertanya akan sumber makanan yang aku bawa tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian."
"Aku terlalu lapar sehinggkan aku terlupa untuk bertanya. Terangkan kepada aku dimana kamu dapat makanan ini." kata Abu Bakar. Hamba itu berkata :"Sebelum aku memeluk agama Islam aku menjadi tukang tilek nasib. Orang-orang yang aku tilek nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepada aku. Mereka berjanji akan membayarnya apabila sahaja memperolehi wang. Aku telah berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."
Mendengarkan kata-kata hambanya, Abu Bakar pun memekik: "Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku!." Kemudian Abu Bakar cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang telah ditelannya tadi. Cadangan itu diterima dan dilaksanakan sehingga makanan itu dimuntahkan keluar.
Kata seorang pemerhati: "Semuga Allah s.w.t. mencucuri rahmat atasmu. Kamu telah berusaha dengan susah payah kerana makanan yang sedikit." Kepada orang ini Abu Bakar menjawab: "Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi Muhammad s.a.w. telah berkata: "Badan yang tumbuh segar dengan makanan yang haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."

UMAR MEMUNTAHKAN SUSU
Seorang hamba Allah s.w.t. telah membawa sedikit susu kepada Umar. Apabila diminumnya, terasa olehnya yang susu itu berlainan dengan susu biasa. Lantas dia bertanya kepada sipembawa mengenai sumber susu yang dibawanya. Kata orang itu:" Beberapa ekor unta yang telah disedekahkan sedang memakan rumput dipadang pasir. Susu ini diperah dari binatang-binatang itu dan diberikan sedikit oleh pengwal-pengawalnya kepada saya sebagai hadiah."
Umar dengan segera memasukkan jarinya kedalam mulut lalu memuntahkan keluar apa yang telah diminumnya tadi.

ABU BAKAR MENYERAHKAN KEBUNYA KE BAITULMAL
Diceritakan oleh Ibnu Seereen: "Semasa Abu Bakar r.a.hu hendak meninggal dunia dia telah mengatakan kepada anak perempuannya Aishah r.a.ha: "Aku tidak suka menerima sesuatu dari Baitulmal tetapi Umar telah menggesa aku supaya menerima wang sara agar aku tidak payah berniaga dan untuk membolehkan aku menumpukan sepenuh masaku bagi menjalankan tugas-tugasku sebagai seorang Khalifah. Aku tidak ada pilihan tetapi sekarang serahkan kebunku itu kepada pengganti aku sebagai membayar apa yang telah aku terima selama ini."
Jadi apabila Abu Bakar meninggal dunia, sebagai memenuhi wasiatnya maka kebunnya itu pun diserahkan kepada Umar oleh Aishah. "SemugaAllah s.w.t. memberkhati ayahmu. Dia telah tidak membuka peluang kepada sesiapa pun untuk mengata-ngatakannya."
Sungguhpun wang sara yang diterimanya dari Baitulmal sebagai mengantikan sumber pendapat beliau semasa menjadi Khalifah adalah halal dari segi undang-undang namun itupun tidak meyenangkan beliau. Hakikat ini jelas terbukti dari kisah yang tercatat diatas. Berapa banyakkah manusia yang seperti Abu Bakar ini terdapat dikalangan penganut-penganut Islam hari ini?

KISAH ALI BIN MAABAD
Dia berkata: "Saya pada suatu masa tinggal disebuah rumah sewa. Pada suatu hari saya telah menulis sesuatu yang saya hendak keringkan dengan cepat. Rumah yang saya duduki itu temboknya diperbuat daripada lumpur. Saya bercadang hendak mengikiskan sedikit lumpur dari tembok tadi untuk mengeringkan dakwat pada tulisan saya itu, tetapi saya terfikir yang rumah itu bukan milik saya sendiri dan sudah tentu saya tidak boleh mengikisnya. Kemudian saya terfikir pula: "Aku hanya hendakkan sedikit sahaja."
Saya pun mengikislah sedikit lumpur. Pada malam itu sedang saya nyenyak tidur, saya melihat satu lembaga dalam mimpi saya. Lembaga itu memarahi saya dengan berkata: "Mungkin pada hari kiamat kelak kamu akan menyesali pemikiran mu tadi (Aku hanya hendakkan sedikit sahaja)."
Sebagai manusia biasa, perbuatan Ali bin Maabad sudah tentu kita anggap sebagai kesalahan yang paling kecil dan yang tidak sepatutnya menimbulkan sebarang takut didalam hati beliau, tetapi beliau adalah seorang muhaddis maka dia tidak boleh menimbulkan sebarang syak wasangka terhadap dirinya. Oleh sebab yang demikianlah maka dia menyesali perbuatannya itu.

ALI MELALUI TANAH PERKUBURAN
Kata Kumail: "Saya dan Ali telah berjalan kearah padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat disitu sambil barkata: "Ya, ahli-ahli kubur! Wahai kamu yang menghuni ditempat yang sunyi ini! Bagaimanakah keadaan kamu didunia sana? Setahu kami segala harta pusaka peninggalanmu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telahpun menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telah pun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit darihal diri kamu." Kemudian sambil menoleh kepada saya dia berkata: "Ya Kumail! Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan bahawa sebaik-baik bekalan adalah Taqwa" Air mata berhamburan dari kedua-dua matanya. Katanya lagi: "Ya Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala jenis perbuatan manusia tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."
Mengikut sebuah Hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya, sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang hodoh yang mengeluarkan bau yang amat busuk dan yang menambahkan kesensaraannya.
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda dalam sebuah hadith:
"Hanya tiga benda sahaja yang mengikuti seseorang kekuburnya,hartanya bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta dan kaum kerabat serta rakan karib akan kembali selepas upacara pengkebumiannya, yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalan perbuatannya."
Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. telah bertanya kepada para sahabat: "Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaanmu dan amal perbuatanmu?"
Para sahabat semuanya ingin mendengar penjelasan Baginda s.a.w. KataBaginda s.a.w.: "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan tiga orang adik-beradiknya. Apabila manusia ini hampir hendak meninggal dunia dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu bertanya: "Saudara, engkau tahu yang keadaan aku bukan? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan kepada aku? "Saudaranya menjawab: "Aku akan memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akan menjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan memandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazah kamu keperkuburan, kemudian aku akan mendoakan kamu." Soalan yang sama ditujukan pula kepada kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini: "Aku akan berada bersama-sama engkau selama mana engkau masih bernyawa. Sebaik-baik sahaja engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya. Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga maka dia menjawab: "Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun kamu berada didalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ditempat itu. Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatan-perbuatanmu yang baik." Saudaranya yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah diperbuatkan. Sekarang yang mana satu lagi menjadi pilihanmu?" Jawab para sahabat: "Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudaranya yang terakhirlah yang paling berguna untuk dirinya."

PENDAPAT NABI MUHAMMAD S.A.W. TENTANG MAKANAN YANG HARAM
Nabi Muhammad s.a.w. telah berkata:"Oleh kerana Allah Maha Sucidaripada segala sifat-sifat yang tercela, Dia menyukai dan memberkati segala-galanya yang tidak cacat. Allah s.w.t. memerintahkan supaya semua orang-orang Islam menyanjung tinggi sesuatu yang sunyi daripada kecacatan sepertimana yang telah diperintahkan kepada para Rasul-rasulNya.
Firman Allah s.w.t. didalam Al-Quran yang bermaksud :
"Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik dan perbuatlah kebaikan. Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu lakukan" (Al-Mu'minun - 51)
"Hai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik yang telah Kami kurniakan atas mu" (Al-Baqarah - 172)
Nabi Muhammad s.a.w.telah menyebut tentang seorang manusia yang permintaannya tidak ditunaikan oleh Allah s.w.t. walaupun dia sering menadahkan tangannya dan menyebut-nyebut:"Ya Allah! Ya Allah!" Pada lahirnya doa seperti itu telah sepatutnya diterima oleh Allah s.w.t.tetapi apabila diteliti semua makanannya, minumnya serta pakaiannya telah diperolehi dari sumber-sumber yang haram, jadi Allah s.w.t. tidak menghiraukan doanya.

UMAR DAN KASTURI
Umar r.a.hu telah menerima kasturi dari Baharain. Dia berkata: "Saya mahu seseorang menimbangkannya supaya dapat dibahagi-bahagikan sama rata kepada orang-orang Islam Kata isterinya: "Saya akan menimbangkannya." Umar tidak berkata apa-apa. Beberapa lama kemudian dia bercakap lagi tentang perlunya kasturi itu untuk ditimbangkan. Sekali lagi isterinya melahirkan keinginannya untuk menimbangkannya. Umar terus berdiamkan diri. Apabila isterinya meminta hendak menimbangkan kasturi tadi bagi kali yang ketiga, dia pun berkata: "Aku tidak suka kamu menyentuh dengan tanganmu kasturi itu (semasa menimbangkannya) lalu menyapu-nyapu baunya keatas badanmu kerana ia akan bermakna aku mendapat lebih daripada hak aku yang halal."
Kalaupun orang lain menimbangkannya sudah tentu orang itu akan memperolehi keuntungan yang bakal diterima oleh isteri Umar tetapi dia tidak rela keuntungan itu dinikmati oleh ahli keluarganya sendiri. Demikianlah ketelitian dan keadilan Umar dalam melakukan sesuatu.
Cerita yang seakan-akan sama telah dikisahkan mengenai Umar yang kedua iaiti Umar bin Abdul Aziz. Semasa memegang teraju pemerintahan sebagai Khalifah, kasturi kepunyaan Baitulmal sedang ditimbangkan. Dia telah menutup kedua-dua lubang hidungnya kerana tidak ingin menikmati sesuatu yang bukan hak miliknya.

UMAR BIN ABD. AZIZ MENYINGKIRKAN SEORANG GABNOR
Umar bin Abdul Aziz telah melantik seorang hambaAllah sebagai Gabnor sebuah wilayah. Kemudian ada orang mengatakan yang orang itu telahpun memegang jawatan yang sama dibawah pemerintahan Hajjaj bin Yusuf (Penumpah darah yang terkenal). Umar dengan serta merta mengeluarkan perintah supaya Gabnor itu dipecat, Gabnor itu berkata: "Tetapi saya tidak lama bekerja dibawah pemerintahan Hajjaj." Umar menjawab: "Pergaulan kamu dengannya selama sehari ataupun kurang daripada sehari sudah menyebabkan kamu tidak layak memegang sebarang jawatan dalam perkhidmatan awam."
Kawan-kawan yang kita gauli menjadi ukuran orang terhadap diri kita. Kalau baik sahabat-handai kita maka baiklah tentunya budi pekerti kita. Kawan-kawan yang tidak senonoh pula mengakibatkan perangai kita menjadi merosot. Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda didalam sebuah Hadithnya:
"Orang yang bergaul dengan seorang lelaki yang soleh bolehlah diibaratkan seperti orang menemani seorang penjual kasturi. Sungguhpun dia tidak memperolehi kasturi itu, baunya sudah tentu merupakan suatu nikmat kepadanya, sebaliknya orang yang bergaul dengan mereka yang jahat adalah seperti yang duduk berdekatan dengan dapur. Kalau pun ia tidak dibakar oleh api didapur itu, asap dan kepanasan sudah pasti akan menggangguinya."

Khamis, 11 November 2010

WAHYU TERAKHIR DAN SAAT TERAKHIR RASULULLAH

\Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kita telah sempurna."

Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita denganRasulullah s.a.w.. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "YaRasulullah s.a.w., kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali ra. berkata, "YaRasulullah s.a.w., Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w.berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".

Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara 'Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah s.a.w., 'Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda." Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal ra., "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau. "Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah, Rasulullah s.a.w.telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?" Bilal ra. tidak menjawab pertanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepadaRasulullah s.a.w.  Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka baginda pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w.mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnyaAllah s.w.t.telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w.berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."

Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju. Setelah Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah s.a.w., siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan olehAllah s.w.t. dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu" Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."

Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku."

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "YaRasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w.bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawaRasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya Rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra., "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w.dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."

Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah s.a.w.bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. SetelahRasulullah s.a.w. sampai di masjid maka Rasulullah s.a.w. pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaanAllah s.w.t., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t.dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w.pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail a.s., "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam,"Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. danRasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah, "Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." BerkataRasulullah s.a.w., "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah s.a.w..

Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s., "Ya aku tahu" Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t" Berkata Jibril a.s., "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s., "Allah s.w.t.telah berfirman yang bermaksud,"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."
Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Setelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibrila.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda,"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."
Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Rabu, 10 November 2010

NAFSU YANG DEGIL

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : 

"Wahai akal mengadaplah engkau."

 Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

 "Wahai akal berbaliklah engkau!"

 lalu akal pun berbalik.Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : 

"Wahai akal! Siapakah aku?". 

Lalu akal pun berkata,


 "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : 

"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah s.w.t.menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : 

"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".

 Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud :

 "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

 Lalu nafsu berkata,


 "Aku adalah aku, danEngkau adalah Engkau."


 Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : 

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". 

Lalu nafsu berkata,


 "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."


Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : 

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". 

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, 


" Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

       Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah makaAllah s.w.t. mewajibkan puasa.

       Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.


Selasa, 9 November 2010

PERMULAAN

1.    Yang mula-mula diciptakan oleh Allah: Pena.
2.    Gunung yang mula-mula dipasakkan di muka bumi: Abu Qais.
3.    Masjid pertama dibina: Masjidil Haram.
4.    Anak nabi Adam yang pertama: Qabil.
5.    Manusia pertama yang boleh menulis dan menjahit: Nabi Idris a.s.
6.    Manusia pertama  yang dikhitam dan tawaf: Nabi Ibrahim a.s.
7.    Orang pertama berbahasa arab: Nabi Ismail a.s.
8.    Manusia pertama yang membuat baju besi: Nabi Ibrahim a.s.
9.    Orang pertama yang menetapkan diyat: Abdul Mutthalib bin Hasyim.
10.  Manusia pertama yang membentuk sekutu untuk menyemarakkan manusia: Az-Zubair bin Abdul Mutthalib.
11.  Manusia pertama yang membuka kasut ketika memasuki ka’abah: Al-Walid bin Al-Mughirah.
12.  Lelaki pertama yang memeluk islam: Abu Bakar as-Siddiq r.a.
13.  Wanita pertama yang memeluk islam: Khatijah binti Khuwailid r.a.
14.  Kanak-kanak pertama yang memeluk islam: Ali bin Abi Talib r.a.
15.  Orang pertama yang memeluk islam daripada golongan hamba: Zaid bin Haritsah r.a.
16.  Orang pertama memeluk islam dari kaum Ansar: Jabir bin Abdullah bin Rabab r.a.
17.  Oaring yang mula-mula berazan: Bilal bin Rabah r.a.
18.  Manusia pertaama membangun masjid dalam islam: Ammar bin Yasir r.a.
19.  Orang pertama yang menghunus pedang: Zubair.
20.  Orang pertama yang gugur syahid: Summayyah ibu Ammar bin Yasir r.a.
21.  Orang pertama yang berhijra ke Madinah: Mus’ab bin Umair r.a.
22.  Orang pertama yang mula-mula membai’at di malam Aqabah: Asad bin Zurarah.
23.  Manusia terawal di Bai’at Ridhwan: Abu Sinan Al-Amidi r.a.
24.  Orang pertama yang mengumpul al-Quran: Abu Bakar as-Siddiq r.a.