Selasa, 12 Jun 2012

NABI MUHAMMAD DALAM KITAB AGAMA HINDU (B3)


MUHAMMAD DI DALAM VIDAS DAN PURANA
Dr. Ved Prakash Upaddhayaya, pakar bahasa Sanskrit di Universiti Prayag, mengatakan Muhammad disebut di dalam kitab – kitab Vedas dan Purana dengan empat nama dan gelaran, iaitu Narashangsa (Yang Terpuji), Antim Rishi (Utusan Terakhir), Kalki Avatar (Utusan Akhir Zaman) serta Mamaha dan Ahmamiddhi (Muhammad dan Ahmad). (Muhammad in Vedas and the Puranas, Dr. Ved Prakash Upaddhayaya, A.S. Noordeen, KL, 1998, hal. xiii)
NARASHANGSA
Merujuk kepada ayat – ayat di dalam Vedas, misalnya di dalam Amar Kosh bab Manusia ayat 1, Nar dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘manusia’ dan Ashangsa bermaksud ‘yang dipuji’. Oleh hal demikian, jika kedua – dua perkataan itu digabungkan ia akan menjadi perkataan ‘Narashangsa’ yang membawa bererti ‘ Dia yang Dipuji’ dan apabila dikaitkan dengan peribadi seseorang ia melambangkan seorang manusia yang terpuji. Perkataan Narashangsa ini telah disebut dalam semua kitab Vedas, malah semua mantera di dalam kitab Rig Veda bermula dengan perkataan Narashangsa. Antara bahagian di dalam Vedas yang mengandungi perkataan Narashangsa, ialah :
1.    Rig Veda (1:13:3, 1:18:9, 1:106:4, 1:142:3, 2:3:2, 3:29:11)
2.    Sama Veda (mantra nombor 1349)
3.    Yajur Veda (29:27, 1:6:4, 1:7:4)
4.    Atharva Veda (canto 20 seksyen 127)
Antara sifat – sifat Narashangsa yang disebut di dalam kitab Atharva Veda, ialah :
1.    “He will use camels as his mounts” (Atharva veda 20:127:2)
-       Dia akan menggunakan unta sebagai kenderaannya.
2.    “He have twelve wives”
-       Dia mempunyai 12 orang isteri
3.    “God will honour Narashangsa with ten garlands”
-       Tuhan akan memuliakannya dengan 10 kalungan di leher
4.    “He will receive a gift of ten thousand cows”
-       Dia akan menerima anugerah 10,000 ekor lembu
Sudah diketahui oleh umum bahawa kenderaan yang telah digunakan oleh Nabi Muhammad, ialah unta. Mengikut rekod Imam Bukhari, “Anas melaporkan Nabi Muhammad memiliki seekor unta bernama Adhba’ yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun dalam perlumbaan ketika latihan...”
Kita juga sudah mengetahui bahawa, Nabi Muhammad juga mempunyai 12 orang isteri, iaitu Khadijah, saudah, Aishah, Hafsah, Zainab bt Khuzaimah, Juwairiyah, Zainab bt Jahsy, Ummi Salamah, Ummu Habibah, maimunah, safiyah dan Mariah Kopti. (Misykatul Masabih, Fazlul Karim, English Edition; Book House, Lahore, 1939, Vol.4 hal. 488)
Mengenai 10 kalungan pada leher, Dr. Ved Prakash berpendapat ia adalah suatu kata – kata simbolok yang melambangkan persahabatan yang rapat. Nabi Muhammad telah dianugerahkan 10 orang sahabat istimewa yang dikenali sebagai ’10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga’. Mereka adalah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Talhah, Zubair bin ‘Awwam, Saad bin Waqas, said bin Zaid, Abdul Rahman ‘Auf dan Abu Ubaidah bin Jarrah.
Mengenai 10,000 ekor lembu, Dr. Ved Prakash berpendapat, perkataan ‘lembu’ di dalam Vedas adalah perkataan metafora yang melambangkan golongan yang baik dan berpekerti mulia.Jika kita melihat sejarah pembukaan Kota Mekah, Kota Mekah telah dibuka dengan 10,000 orang sahabat Nabi Muhammad pada tahun kelapan Hijrah. Justeru itu, ia amat selari dengan 10,000 ekor lembu.
Secara Kesimpulannya, apabila peribadi Narashangsa dengan maksud “Yang Terpuji” dikaitkan dengan sifat – sifatnya yang mempunyai 12 orang isteri, menaiki unta, mempunyai 10 orang sahabat – sahabat terdekat, dan 10,000 sahabat – sahabat yang mulia lagi gagah, ia menepati sifat dan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan