Ahad, 16 September 2012

PELBAGAI RAMALAN TENTANG HARI KIAMAT YANG NYATA TIDAK BERLAKU


Berikut adalah senarai ramalan hari kiamat yang ternyata tidak benar dan tidak akan berlaku. Terdapat peramal yang menyebut tahunnya sahaja dan ada juga yang menyatakan tarikhnya, malah termasuk masanya :

  1. Charles, seorang paderi Kristian dan Amerika Syarikat meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 12 sept 1945, pada jam 5:33 pagi.
  2. Charles Laugheda, seorang doktor AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dasyat akan terjadi pada 20 Dis 1954.
  3. Terdapat pihak yang pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, jam 1:45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Ekoran ramalan itu, ada orang yang menghasilkan perahu di gunung.
  4. Ahli astrologi India meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Feb 1962, iaitu antara jam 12:05 tgh sehingga 12:15 tgh.
  5.  Kultus Gereja Orang Denmark Orton Dan Anders Jensen meremalkan kiamat akan terjadi pada 25 Dis 1967, iaitu dalam bentuk perang nuclear. Ramalan itu mendorong kultur yang bekenaan membina tempat perlindungan bawah tanah.
  6.   Christian Church True Light meramalkan kiamat akan berlaku pada 31 Dis 1970, jam 12 tgh/ malam
  7.  Pada akhir tahun 1976, Pat Robertson meramalkan kiamat akan berlaku pada bulan Nov ataupun Okt 1982. Dalam siaran The 700 Club pada Mei 1980, dia menyatakan, “Saya jamin pada akhir tahun 1982 akan menjadi hari penghakiman bagi dunia.” (VOA Islam.com,2009)
  8.   Leland Jensen dan Charles Geynza daripada kultus Baha’I meramalkan pada 29 April 1980, dunia akan kiamat akibat perang nuclear. Mereka kemudiannya membina tempat perlindungan di pergunungan AS.
  9. Elizabeth Clare Triumph dari Church and The World meramalkan dunia akan kiamat pada 31 Dis 1989 disebabkan kejatuhan ekonomi dunia dan perang nuclear.
  10. Tami Lee Young Lim dari gereja Korea selatan meramalkan kiamat akan terjadi pada tengah malam 28 Okt 1992.
  11. Marina Tsvigun, mary Davy daripada kultus White Brotherhood (kultus orang Ukraine-Rusia) mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa dan meramalkan dunia akan kiamat pada 10 Nov 1993.
  12.  Sheldomp Nidla, seorang peramal dari Amerika meramalkan dunia akan kiamat pada 17 Dis 1996, iaitu disebabkan kemunculan makhluk asing dan pada malaikat.
  13. Chelyabinsk meramalkan bumi akan dilanggar komet dan seterusnya kiamat pada tahun 1998.
  14. Seorang ahli astronomi dari Chile, Munena Charlos Ferrraro meramalkan kiamat akan terjadi antara tahun 1998 – 2001, akibat Bernard – 1 yang memasuki sistem suria.
  15. Alexander Kazantsev mentafsirkan tulisan Nostradamus yang menyebut kiamat akan terjadi pada tahun 1999, kononnya disebabkan hentaman asteroid ke bumi (kawasan Donbass)
  16. Alexei Priyme, seorang penulis dan ahli astrologi dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada 19 Julai 1999. Apabila ia tidak berlaku, dia mengubah pula ramalannya kepada 7 Julai 2002, jam 3:00 pagi.
  17. Ahli astrologi bernama Stevan Polasom mentafsirkan buku Nostradamus, permulaan kiamat akan berlaku pada 23 Sept 1999. Ia kononya akan berlaku dalam bentuk jatuhnya bintang berekor di lautan Atlantik
  18. Sebuah kultus dari Jepun, iaitu Sekou Asahara meramalkan kiamat akan terjadi pada Sept 1999.
  19. Kontakterov Ozersk dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada Okt 1999, akibat daripada ledakan supernova.
  20.  “Imam Mahadi” Syamsuri pernah meramalkan 9 Sept 1999 adalah hari kiamat. Ratusan orang diajar ke tempat pertapaannya bagi menyambut kiamat pada jam 9 pagi (waktu tempatan). Sebelum sempat ramalan itu terungkap, dia tertangkap oleh pihak polis. Dia kemudiannya dihukum penjara 11 bulan. Apabila ramalannya ternyata meleset, dia memberi alasan, “Kiamat tetap akan terjasi dalam waktu yang terdekat.” Itu sebabnya selepas dia dibebaskan dari penjara, lelaki dengan15 orang cucu itu tetap menunggu kiamat, sambil mengusahakan kebun limau dibelakang rumahnya (VOA Islam.com,2009& GATRA, Jumaat, 14 Nov 2003)
  21. South Korean Church Semona Che and Park meramalkan Nabi Isa akan turun buat kali kedua pada 28 Okt 1992 dan disususli dengan  hari kiamat pada 6 Dis 1999, jam 6 ptg.
  22. Joseph Kibwetere dari Uganda, Afrika, iaitu pengasas The Movement for the Restoration of Ten Commandments of meramalkan kiamat akan terjadi pada 31 Dis 1999. Ia kemudiannya ditunda kepada 31 Dis 2000.(VOA Islam.com, 2009)
  23. seorang ahli astrologi dari Rusia, Vladimir Sobolev meramalkan kiamat akan berlaku pada rahun 2000.
  24. Hieromonk Arsene, orang Romania yang mengaku dirinya seorang nabi meramalkan kiamat akan terjadi pada 11 Ogos 2002, jam 4 pagi. Disebabkan itu, dia menasihatkan semua pengikutnya supaya berlindung di Gunung Athos.
  25.  seorang ahli astrologi Amerika, Jane Dixon meramalkan kiamat akan terjadi pada tahun 2003, iaitu disebabkan kereputan bumi.
  26. Mangapin Sibuea, seorang paderi Kristian dari Bandun Selatan, Indonesia yang mengaku dirinya adalah rasul meramalkan pada 10 Nov 2003, antara jam 9 pagi hingga 3 ptg.
Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan bahawa manusia tidak mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat. Hanya Allah sahaja yang mengetahui bila tarikh sebenarnya berlakunya hari kiamat. Nabi Muhammad s.a.w selaku nabi dan rasul terakhir sendiri tidak mengetahui tarikh sebenar hari kiamat, tetapi hanya diberitahu tanda – tanda bila berlakunya hari kiamat sahaja. 

Sabtu, 8 September 2012

ADAKAH DIA JODOH KITA ?


Jodoh itu barada ditangan Allah, Dia telah menetapkan segala - galanya untuk diri kita. Dia tahu apa yang terbaik untuk diri kita, justeru itulah ketetapan yang telah ditentukan kepada kita. Oleh hal demikian, janganlah mudah berputus asa dan mengeluh dengan apa yang kita alami, kerana Dia tahu kita mampu untuk melaluinya. Walaupun jodoh itu sudah ketentuan Ilahi, tetapi janganlah kita tidak berusaha untuk mencarinya. Lantaran itu, berusahalah untuk mencarinya. Selepas berusaha kemudian bertawakkallah kepada Allah, kerana kita sudah melakukan yang terbaik. 

Kepada sahabat - sahabat yang ingin mencari jodoh, disini ada sedikit perkongsian mengenai tanda mungkin si dia adalah jodoh anda :

1. Berkelakuan bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang apabila bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Menerima diri kita seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Saling mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita                                                              

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.