KITAB – KITAB AGAMA BUDDHA
pengasas agama Buddha
adalah Siddhartha Gautama. Beliau kemudiannya diberikan gelaran ‘Buddha’ yang
membawa maksud ‘Dia Yang Mendapat Petunjuk’. Agama Buddha pada hari ini
terbahagi kepada dua bahagian besar, iaitu :
1. Aliran Theravada atau Jalan Orang Yang Mulia.
2. Aliran Mahayana atau Kenderaan Mulia.
Pengikut – pengikut aliran
Mahayanai cenderung menggelar kumpulan Theraada dengan nama Hinayana yang
bermaksud ‘Kenderaan Rendah’. Selepas kematian Buddha, ajaran – ajarannya
disebarkan melalui perkhabaran lisan. Keadaan ini berterusan sehingga beberapa
abad lamanya. Justeru itu, para pengkaji sejarah agama Buddha merumuskan, ajaran
Buddha yang sebenarnya tidak mungkin dapat diketahui secara pasti.
Sebagai contoh, Dr. Edward Conze di dalam bukunya
Buddhism, Its ssence and Development berkata :
“Manuskrip –
manuskrip asal agama Buddha dikenal pasti dengan menggunakan pendekatan yang
tidak kukuh. Semua pakar bersetuju mengatakan doktrin agama Buddha yang asal
berbeza daripada apa yang difahami oleh pengikut – pengikut Buddha pada hari
ini. H.J. Jennings sebagai contoh, membuang segala dokrin berkaitan dengan
konsep reinkarnasi kerana baginya ia tidak diajar oleh Buddha. Dr. P. Dahle
pula mengenepikan ajaran – ajaran berkaitan amalan magis dan metos.” (Buddhism,
its Essence and Development, Edward Conze, hal. 27)
Oleh hal demikian, rekod – rekod ajaran agama Buddha
wujud secara tidak sistematik, tokoh – tokoh agama itu cuba mengkaji pandangan
dan pentafsiran yang dibuat oleh kayshapa dan Ananda mengenai agama buddha.
kedua – duanya adalah anak murid kanan Gautama Buddha. namun, metodologi yang
digunakan bagi mengenal pasti keaslian fakta dan maklumat adalah lemah dan
tidak mantap.
Akhirnya, ajaran – ajaran buddha dapat juga dibukukan dan
kitabnya dikenali sebagai Tripikata yang ditulis dalam bahasa Pali. Tripitaka
bermaksud ‘Tiga Bakul’ kerana ia mengandungi 3 prinsip penting. Prinsip –
prinsip itu adalah Vinaya Pitaka yang berkaitan dengan displin dan etika hidup
seorang sami, Sutra Pitaka yang mengandungi sejaran hidup dan ucapan Gautama
Buddha dan Abhidharma Pitaka yang mengandungi ajaran – ajaran merafizikal.
(Encarta Encylopedia 2000 (CD), formation of Buddhist Scriptures (B)’.op.cit.)
Selepas masa berlalu, berlakulah beberapa perubahan pada
ajaran agama Buddha dan lahirlah teks – teks tambahan yang juga dianggap
autoritatif dalam agama Buddha.(Ibid) Pada tahun 1966, satu perhimpunan Majlis
Buddha Sedunia diadakan di Sri Lanka bagi mencari titik persamaan antara aliran
Mahayana dan Theravada. Hasilnya, beberapa keputusan telah diambil, antaranya
tidak mempercayai bahawa alam ini dicipta dan diperintah oleh Tuhan. (The
Heritage of the Bhikkhu, Walpola Rahula, Grove Press, N. York, 1974, pp. 100,
137 – 138)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan