Jumaat, 5 Julai 2013

ALAM BARZAKH BAHAGIAN 4

1.    Menyempit, meluas dan ucapannya
Ucapan kubur :
a.    Aku adalah rumah yang merantau,
b.    Aku adalah rumah yang terpencil,
c.    Aku adalah rumah orang yang susa, gelisah dan cemas,
d.    Aku adalah rumah yang gelap,
e.    Aku adalah rumah debu,
f.     Aku adalah rumah sindat.
Jika mayat yang baik memasuki kubur, maka ia akan disambut baik oleh kubur, manakala mayat yang tidak baik memasuki kubur, ia tidak disukai oleh kubur. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Bahawasanya kubut itu merupakan satu taman dari taman-taman syurga dan merupakan lubang dari lubang-lubang neraka.”