Khamis, 4 Oktober 2012

AYAT – AYAT AL-QURAN MENGENAI TURUNNYA NABI ISA PADA AKHIR ZAMAN


1.    Ayat 159, Surah an – Nisak
“Tidak ada seorang pun daripada Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematianya. Pada hari kiamat nanti, Isa akan menjadi saksi pada mereka.”
Daripada ayat diatas, dapat kita membuat kesimpulan bahawa :
a.    Nabi Isa masih belum mati dan akan mati sebagaimana manusia yang lain apabila tiba masanya.
b.    Semua Ahli Kitab yang masih hidup masa Nabi Isa diturunkan akan menyembah Allah. Mereka akan masuk Islam ditangan Nabi Isa dan Nabi Isa akan menjadi saksi buat mereka bahawa meraka sudah bertaubat.
2.    Ayat 48, surah Ali’ Imran
“Dan Allah akan mengajarkan kepadanya al – Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil.”
Daripada ayat diatas dapatlah kita simpulkan bahawa, Nabi Isa akan diajarkan  al – Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil. Jika kita lihat keempat – empat ini merujuk kepada al – Quran. Justeru itu, dapatlah kita ringkaskan bahawa Nabi Isa akan mempelajari al – Quran. Ayat Quran yang lain :
“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang Hidup Kekal lagi terus – menerus mengurus makhluk-Nya. Dia menurunkan Al – Kitab (al – Quran) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil.”                            (Surah Ali Imran, ayat 2 – 3)
Semasa Nabi Isa diutus oleh Allah pada abad pertama Masihi, beliau hanya mempelajari Taurat dan Injil sahaja kerana al – Quran masih belum diturunkan. Ini dapat dibuktikan dalam surah al – Maaidah, ayat 110)
“(Ingatla), ketika Allah mengatakan, “Wahai Isa anak Maryam, ingatlah nikmatKu kepadamu dan keapda ibumu pada masa Aku menguatkan kamu dengan Ruhul Qudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia semasa  masih dalam buaian dan sesudah dewasa;  dan (ingatlah) ketika Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) ketika kamu membentuk daripada tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izinKu, kemudian kamu meniup padanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan izin-Ku. Dan (ingatlah), ketika kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan izin-Ku, dan (ingatlah) ketika kamu mengeluarkan orang yang mati daripada kubur (menjadi hidup) dengan izinKu, dan (ingatlah) ketika Aku menghalang Bani Israel (dari keinginan mereka untuk membunuhmu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan – keterangan yang nyata, lalu orang kafir antara mereka berkata, “Ini tidak lain melainkan sihir yang nyata.”
Daripada ayat – ayat di atas dapatlah kita simpulkan bahawa Nabi Isa sudah belajar Taurat dan Injil. Pada akhir zaman, Nabi Isa akan muncul dan akan mempelajari al – Quran sebagai sumber hukum – hakam agama. Abu Hurairah melaporkan Rasulullah berkata :
“Bagaimana keadaan kamu jika anak Maryam turun ditengah – tengah kamu, sedangkan imammu adalah dariapda kalanganmy sendiri?”                 (Direkodkan oleh Imam Muslim)
Daripada hadis diatas dapatlah kita simpulkan bahawa Nabi Isa akan turun dan akan memimpin kamu dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah.
3.    Ayat 46, surah Ali Imran & ayat 110 surah al – Maaidah
“(Ingatlah), ketika malaikat bekata, “Wahai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang anak lelaki yang diciptakan) dengan kalimah (yang datang) daripadaNya, namanya al-Masih Isa anak Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang yang didekatkan (kepada Allah). Dan dia berbicara dengan manusia (dari) dalam buaian dan ketika sudah dewasa dan dia termasuk dalam kalangan orang yang soleh.” (Surah Ali Imran, ayat 46)
“Kamu (Isa) dapat berbicara dengan manusia ketika masih di dalam buaian dan sesudah dewasa.” (Surah al-Maaidah, ayat 110)
Daripada kedua – dua ayat tersebut, menceritakan bahawa Nabi Isa sudah pandai berbicara sejak daripada buaian. “Berbicara ketika dewasa” dapat ditafsikan bahawa Nabi Isa akan berbicara pada akhir zaman nanti. Justeru itu,  ia menjadi bukti bahawa Nabi Isa akan turun semula ke dunia untuk menyampaikan dakwah.
4.    Ayat 61 – 66, surah az – Zukhruf
61. Dan sesungguhnya Isa itu benar – benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Oleh itu, janganlah kamu ragu – ragu tentang kiamat itu dan ikutlah Aku. Inilah jalan yang lurus.
62. Dan janganlah kamu sekali – kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
63. Dan taktala Isa datang membawa keterangan, dia berkata : “Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa hikmah dan untuk menjelaskan kepadamu sebahagian dari apa yang kamu berselisih tentangnya, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah (kepada)ku”.
64. Sesungguhnya Allah Dialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah Dia, ini adalah jalan yang lurus.
65. Maka berselisihlah golongan  - golongan (yang terdapat) antara mereka; lalu kecelakaan yang besarlah bagi orang – orang yang zalim, yakni seksaan hari yang pedih (kiamat).
66. Mereka tidak menunggu kecuali kedatangan Hari Kiamat kepada mereka dengan tiba – tiba, sedang mereka tidak menyedarinya.
                                                                              (Surah az – Zukhruf, ayat 61-66)
Nabi isa akan turun semula ke dunia ini untuk membawa pengetahuan mengenai hari kiamat. Salah satu daripada tugas beliau, ialah bertemu dengan ahli Kitab, terutamanya :
-       Golongan yang menyembahnya
-       Golongan yang menyembah Maryam (ibunya)
-       Golongan yang menganggap Nabi Isa sebagai anak Tuhan.
Nabi Isa akan menegaskan dirinya bukannya Tuhan dan bukan pula anak Tuhan. Hanya Allah sahaja Tuhan yang berhak disembah.
Nabi Isa dan kaum Muslimin mengahadapi Yakjuj dan Makjuj
Selepas Nabi Isa berjaya mengalahkan Dajjal dan para pegikutnya, maka malapetaka lain pula mengintai dari utara, iaitu suatu gerombolan ganas sedang bergerak ke Timur Tengah :
Hadis an-Nawas bin Sam’an menyatakan Rasulullah berkata, “ Ketika Isa adalam keadaan demikian, Allah mewahyukan kepada Isa bin Maryam, ‘Sesungguhnya Aku mengeluarkan hamba – hamba-Ku, tidak seorangpun yang mampu memerangi mereka, maka bawa hamba – hamba-Ku berlindung di At-Thur’. Lalu Allah mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj dan mereka mengalir dari segala penjuru…” (Mukhtashar Sahih Muslim, no 2048)
Nabi Isa akan menunaikan Haji di Makkah
“Demi Zat yang diriku berada ditangan-Nya, sesungguhnya anak Maryam akan mengucapkan tahlil dengan berjalan kaki bagi melaksanakan haji ataupun umrah ataupun kedua – duanya secara serentak.” (Direkodkan oleh Ahmad dan Muslim dariapda Abu Hurairah)
Nabi Isa hidup selama 40 tahun dan kemudiannya meninggal dunia
Abu Hurairah melaporkan Rasulullah berkata,
“Antara diriku dan Isa tidak ada nabi, dan sesungguhnya dia pasti turun. Jika kamu melihatnya, maka kenalilah dia, sesungguhnya dia berperawakan sedang, berkulit putih kemerah – merahan dia turun antara dua potong baju bewarna kekuning – kuningan, kepalanya seolah – olah menitis walaupun tidak basah, dia memerangi manusia atas isalam dia mematahkan salib dan membunuh babi dan menghapuskan juzyah pada masanya Allah menghancurkan semua agama kecuali Islam. Dia membunuh al-masih  dajjal, kemudian beliau tinggal di bumi selama 40 tahun, kemudiannya meninggal dunia dan kaum muslimin menyembayangkannya.”