Sabtu, 28 April 2012

ANTARA SABAR DAN MENGELUH



Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau.

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membeZakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeZa. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith Qudsi,:

"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:

" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." 

Dan sabda Rasulullah s.a.w pula, 

" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, makaAllah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) 

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Ahad, 22 April 2012

KETELITIAN CIPTAAN ALLAH


 


Allah mencabar manusia untuk mencipta seusatu makhluk dari tiada kepada ada. Atau mencipta jantina lelaki atau perempuan.

Firman-nya
يأيها الناس ضرب مثل فاستمعوا له أن الذين تدعون من دون الله لن يخلقوا ذبابا ولو اجتمعوا له وإن يسلبهم الذباب شيئا لايستنقذوه منه ضعف الطالب والمطلوب
(Surah Al-Hajj: 73)
Terjemahan:
“Hai manusia telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu, sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya dan jika lalat-lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tidaklah mereka dapat merebut kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menymbah dan amat lemah pulalah yang disembah”.

Cabaran dari Allah ini akan terus berlaku dan berterusan sehingga ke Hari Kiamat. Meskipun berkumpul sekalian pakar-pakar dari seluruh dunia dan bekerjasama, mereka tidak akan mampu untuk mencipta seekor lalat pun. Sehingga ini, manusia telah melangkah menjelajahi bulan, planet marikh dan melakukan berbagai penerokaan angkasa lepas. Namun, mereka tidak berupaya untuk mencipta seekor lalat pun, maka itulah Allah telah bertanya dalam firman-Nya:
أم خلقوا من غيرشئ أم هم الخلقون
(Surah Al-Thur: 35)
Terjemahan:
“Apakah mereka ciptakan tanpa pencipta, atau apakah mereka menciptakan diri mereka sendiri?"

Oleh kerana segala sesuatu dalam ala mini ciptaan Allah, maka secara automatic segala hokum dan peraturan alam yang berlaku juga berjalan menurut kemahuan dan kehendak Allah. Hanya dalam perkara tertentu sahaja Allah memberikan kuasa kepada manusia untuk melakukan pemilihan.

Sebagai contoh, peredaran matahari, bulan, bintang-bintang dan bumi. Mereka bergerak dan beredar pada orbit masing-masing, tidak berlanggar antara satu sama lain semata-mata tunduk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah penciptanya.

Firman Allah:
لا الشمس ينبغي لها أن تدرك القمر ولا اليل سابق النهار وكل في فلك يسبحون
(Surah Yassin: 40)
Terjemahan:
“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarannya”

Telah terbukti bahawa matahari, bulan dan bintang beredar dengan perhitungan tepat tanpapernah maju atau mundur sedikitpun dalam terbit mahupun terbenamnya sejak berjuta tahun yang lalu. Masing-masing punya garis edar tersendiri dengan jarak edar tertentu yang ditetapkan oleh Allah. Manusia tidak mampu mengejar terbitnya matahari walaupun hanya satu detik. Tidak juga manusia mampu menghentikan atau mempercepatkan putaran bumi meskipun hanya seketika.

Meninjau tentang kejadian alam ini, jelas sekali membuktikan tentang ketelitian, keagungan dan kemampuan Al-Khalik sebagai Maha Pencipta. Ianya tidak dapat disanggah lagi oleh sesiapa pun.

JIKA KAMU DIBERI PILIHAN



Jika kamu diberi pilihan antara celaan manusia dengan kesukaan Allah kerana kebenaranmu, maka pilihlah celaan manusia, kerana ia hanya sementara. sesungguhnya orang - orang yang benar pasti akan memperolehi kejayaan yang cukup besar. Justeru itu, teguhkanlah pendirian kamu atas pegangan yang benar, walaupun kamu  diberi amaran yang keras daripada manusia, kerana amaran Allah lebih hebat lagi daripada mereka.


Khamis, 12 April 2012

BARANG SIAPA YANG INGINKAN TEMAN


Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.

KHUTBAH JASA IBU


 Teks Khutbah Jumaat
dibaca pada 22 Mei 2009

KEWAJIPAN MENTAATI DAN MEMBALAS JASA IBU

ِوِئاَقْىا ِللهِ ُدََِحْىَا     : اّّاَسِحِإ  ِِٔيَدِِىاَىِب  َُاَسِِّإلا اَِْيَصَوَو
َُٔى َلِيِسَشاَ َُٓدِحَوُ للها َّاِإ َٔىِإ َا َُْأ ُدَهِشَأ ،    ََُّأ ُدَهِشَأَو ُُٔىِىُسَزَو ُُٓدِبَع اّدَََحٍُ   .
َِِيِعََِجَأ ِِٔباَحِصَأَو ِِٔىا ًَيَعَو  ٍدَََحٍُ اَِّدِّيَس ًَيَع ِّوَص  ٌَُهّيىَا
ُدِعَب اٍََأ  , ِللها َداَبِع اَيَف ،َللها اىُقَحِإ ،   ِيِصِوُأ ِللها يَىْقَخِب َياَيِاَو ٌُِم ،   َُِىُقَخَُْىا َشاَف ِدَقَف


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, 
Marilah sama–sama kita bersungguh-sungguh dan berusaha untuk
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan  sentiasa mematuhi
dan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. 
Mudah-mudahan kita memperolehi kesejahteraan dan kerahmatan dari
Allah dalam menjalani kehidupan kita di dunia dan akhirat.  

Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 23:
 Maksudnya: 
“Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali
sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah
engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun
seperti  perkataan  “ah”  adalah tidak dibenarkan  dan janganlah engkau
menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun)”.

Dalam Islam kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa  dan
tuntutan tersebut adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan . Ini kerana  
setiap permulaan kehidupan manusia adalah bermula dengan    kelahiran
dari seorang ibu.  Oleh itu,  Islam memandang serius hukum  dan adab
berkaitan hubungan anak dengan seorang ibu . 

Kita diperintahkan untuk sentiasa melakukan kebaikan  , berlemah lembut, 
berbudi bahasa dan bersopan santun terhadap mereka. Lantaran itu juga
kita diharamkan dan dilarang keras untuk melakukan kekasaran terhadap
mereka samada dengan perbuatan mahupun percakapan hatta dengan
perkataan  “ah”  sekalipun tidak di benarkan memandangkan perkataan
menyanggah seperti  tersebut menunjukkan tanda  ingkar  atau membenci
terhadap tindakan mereka. 

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN

Islam memandang berat pengorbanan seorang ibu kerana merujuk kepada
kepayahan dan kesusahan mereka  ketika  mengandungkan kita,
membesar, memelihara dan mendidik kita sehingga kita mampu berdikari. 

Firman Allah dalam Surah Lukman ayat 14:
Maksudnya: 
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya
,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan
tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.  Dengan
demikian bersyukurlah kepada ku dan kedua ibu bapamu dan ingatlah
kepad Aku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan”.

Pengorbanan mereka  adalah pengobanan yang cukup  besar. Maka atas
dasar itulah Islam  menggandingkan tanggungjawab mentaati ibubapa
mengiringi persoalan mentauhidkan Allah. 

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 36: 
Maksudnya 
“Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu
sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua pun dan hendaklah kamu berbuat
baik kepada kedua ibu bapa kamu, kaum kerabat, anak-anak  yatim,
orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh,
rakan sejawat, orang yang bermusafir dalam kesusahan dan hamba yang
kamu miliki.  Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
sombong, takbur dan suka membangga diri”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Perintah untuk menyembah Allah dan  larangan  mensyirikkanNya  diikuti
dengan berbuat baik dengan kedua ibu bapa adalah menunjukkan begitu
rapatnya hubungan antara persoalan  taat kepada Allah dan  taat  kepada
kedua ibu bapa. Namun dewasa ini,  terdapat dikalangan anak-anak yang
mengabaikan tanggungjawab terhadap ibubapa mereka. Mereka  tidak
mempedulikan nasib ibu bapa, jarang bertanya khabar tentang sakit pening
mereka,  kurang prihatin terhadap kesusahan mereka. Bahkan, terdapat
juga di kalangan  kita menambah  bebanan  kepada ibu bapa seperti
menyuruh menjaga cucu, menjadi  pembantu rumah bahkan ada yang
sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua  dan
mengabaikannya. 

Ingatlah bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda 

" لا ىضر في للها ىضر نيدلاو  . نيدلاولا طخس في للها طخسو
  ( يذمزتلا هجزخأ

Bermaksud: 
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala
kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”.

Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan untuk menghantar ibubapa
dengan kerelaan  mereka sendiri untuk menginap di premis-premis atau
rumah jagaan yang dikhususkan untuk mengikuti program-program yang
telah disediakan seperti aktiviti-aktiviti ilmiah dan ibadah untuk warga
emas. Oleh itu masyarakat setempat perlulah mengambil inisiatif  terbaik
dengan mewujudkan tempat-tempat pengajian bagi orang-orang tua seperti
manayang terdapat di beberapa kawasan di negeri Selangor ini.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian

Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu
bapa kita, lebih lebih lagi terhadap ibu. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi
s.a.w.:  

 َهاَق ِّيِسِيَشُقْىا َةَدِيَح ِِِب َتَيِواَعٍُ َِِع  :  ؟َسَبَأ ٍَِِ ،ِللها َهِىُسَز اَي ُجْيُق
 َهاَق  : َلٍُُأ  .  ُجْيُق َهاَق  :  َهاَق ؟ٍَِِ ٌَُث  : َلٍُُأ  . ُجْيُق َهاَق  : ُد  ؟ٍَِِ ًَ
 َهاَق  : َلٍُُأ  . ُجْيُق َهاَق  :  َهاَق ؟ٍَِِ ٌَُث  : َبَسْقَلأاَف َبَسْقَلأا ٌَُث ؟َكاَبَأ
( يزيمزتلا هاور

Maksudnya : 
“Muawiyah bin Haidah Al-Qusairi telah  bertanya kepada Rasulullah
s.a.w. Siapakah  orang yang paling patut untuk aku berbuat baik?. Baginda
menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya  lagi: Kemudian  siapa?.  Baginda
menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?.  Baginda
menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian  siapa?.  Baginda
menjawab: Bapa Mu, seterusnya orang yang paling hampir denganmu” .

Menurut maksud Hadis tersebut pengulangan lafaz ibumu menunjukkan
tentang ketinggian martabat seorang ibu tanpa menafikan hakikat  dan
tanggung jawab seorang ayah. 

Dalam kita mengenang jasa ibu sempena kita menyambut hari ibu setiap
tahun marilah sama-sama kita bermuhasabah dan berikrar untuk sentiasa
menyayangi dan menjaga hubungan baik dengan ibu kita. Berusahalah
agar kita tidak menyakiti hati ibu kita yang selama ini entah berapa kali kita
telah menyakiti dan menyentuh hati  dan perasaan mereka. Ingatlah,
perbuatan menyakiti hati seorang ibu adalah merupakan dosa yang cukup
besar.  Berjanjilah  kita bahawa kita akan menjadi anak  yang tidak
menderhaka kepada kedua ibu bapa kita.  

Adalah sesuatu yang amat mengecewakan kita  pada hari ini apabila ada
sebahagian anak-anak  tidak lagi hormat kepada ibu-bapa, berani memaki
hamun  apabila tidak mendapat apa yang dihajati malah lebih dahsyat
sanggup melakukan jenayah seperti memukul, sepak terajang bahkan lebih
dahsyat hingga sanggup membunuh ibu-bapa sendiri. Ini adalah tanda jiwa
mereka sudah tandus daripada keimanan bahkan jiwa mereka sebenarnya
telah dikuasai oleh syaitan. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian.

Di antara amalan yang diajar oleh Islam untuk kita membalas jasa ibu bapa
adalah dengan kita mendoakan kesejahteraan ke atas mereka.

Disamping itu, kita hendaklah  sentiasa mengunjungi dan menziarahi
mereka serta   menghulurkanlah bantuan dan kewangan. Sentiasalah  kita
bertanya khabar dan prihatin tentang kesihatan mereka. Sebagai anak
maka kita hendaklah sentiasa mendahulukan keutamaan ibu dari orang
lain. 

Marilah kita mengambil iktibar peristiwa yang pernah berlaku  di  zaman
Nabi  s.a.w.  iaitu  kisah seorang pemuda  bernama Al-Qamah  yang lebih
mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akibatnya, ketika saat
kematiannya  al-Qamah tidakmampu untuk mengucap kalimah syahadah
sehinggalah ibunya memaafkan kesalahan al-Qamah.  Akhirnya, barulah
al-Qamah dapat menghembuskan nafasnya dengan penuh tenteram.  

Mahukah peristiwa tersebut terjadi kepada diri kita?.  Semoga kita tidak
termasuk dari golongan yang menderhakai kedua ibu bapa kita
ذىعأ   للهاب   ٍِ   ُاطيشىا   ٌيجسىا 

(Al-Isra’ : 24)
Maksudnya : 
“Dan Hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana
kasihan belas dan kasih sayang Mu dan Doakanlah untuk mereka dengan
berkata : Wahai tuhan kami cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapa kami
sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan
mendidikku semasa kecil”.
ِه ُللها َكَزاَب ِي   ِف ٌُِنَىَو ِي   ْها ُِاَءِسُقىا َِِعَفََّو ،ٌِِيِظَع ِي   ْا ٍَِِ ِِٔيِف اََِب ٌُِماَيِإَو  ِسْمِّرىاَو ِثاَيآ
ْها ًٍِِِّْ َوَبَقَحَو ،ٌِِيِنَح   ٍَِِِو ِيََِسىا َىُٕ َُِّٔإ ،َُٔحَوَاِح ٌُِم ْها ُع ٌُيِيَع .   
ِىُقَأ  ُه   ِهِىَق  ِي َٓ ْها َللها ُسِفِغَخِسَأَو اَذ ٌَِيِظَع   ِه ِي   ،ٌُِنَىَو   ِسِئاَسِىَو   ٌُْىا َو َِِيَِِيِس ٌُْىا  ،ِثاََِيِس
َو ٌُْىا َو ِِيٍِِِْؤ ٌُْىا ِوُسِفِغَخِساَف ،ِثاٍَِِْؤ  ُٓ ا ُزِىُفَغْىا َىُٕ َُِّٔإ ٌُِيِحَسى            .