Isnin, 6 Februari 2012

KECACATAN DAN PERCANGGAHAN DALAM BIBLE


Bible mempunyai pelbagai jenis versi dan versi itu mempunyai banyak kecacatan dan percanggahan. Antara tokoh yang mengatakan bahawa Bible ini mempunyai banyak percanggahan, ialah Allen D. Callahan, profesor madya dalam Bidang Ilmu Bible di Harvard School, di dalam artikelnya yang bertajuk Gospels are Not Eye Witness Acount :

“Apabila kita menganggap Gospels adalah fakta-fakta mengenai kehidupan Nabi Isa, kita akan dapati ada antara isi-isinya yang tidak selari. Malah, kita mungkin menemui beberapa maklumat yang bercanggahan antara satu sama lain. Antara sebabnya adalah pendekatan-pendekatan yang digunakan.”
(FRONTLINE, Allen D. Callaghan, ‘ Gospels Are Not Eye Witness Account’, op. Cit., http://www.pbs.org/wgbh/pages/frontline/shows/religion/story/gospels.html)

                Semua kecacatan dan percanggahan yang terdapat didalam Bible itu akan dapat dilihat apabila kita semua membaca pendahuluan Bible Revised Standard Vesion terbitan 1971 yang menyatakan, :

“ Bible Versi King James terpaksa bersaing dengan Bible Geneva dan akhirnya ia (Bible King James) mendominasi. Selama dua setengah abad tidak ada penterjemahan lain yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris  dan ketika itu Versi King James menjadi versi yang paling berkuasa di kalangan mereka yang berbahasa Inggeris. Versi King James disifatakn ketika itu sebagai penulisan terbaik dalam bahasa Inggeris. Namun, ia mempunyai kecacatan yang besar. Kecacatan ini terlalu banyak dan serius sehingga memerlukan semakan semula dilakukan ke atas Bible ini.”
(Fotograf tulisan yang asal terdapat di dalam Is The Bible God’s Word, Ahmad Deedat, IPCI, Durban; hal. 11.)

 Dalam sebuah majalah juga turut menerbitkan dan menjadikan isu berkaitan dengan kesalahan yang terdapat di dalam Bible. Majalah itu adalah Majalah Awake terbitan kumpulan Jehovah Witness bertarikh 8 September 1975, dimana ia telah menjadikan tajuk ‘50 000 Errors ini the Bible’ sebagai tajuk utama majalah itu.

Percanggahan yang terdapat di dalam Bible ini dapat dilihat, misalnya dalam Bible al-Kitab iaitu Berita Baik Terbitan The Bible Society of Malaysia ;

1.       Percanggahan 1 : Tentera Raja Daud Menbunuh 700 orang ataupun 7 000 orang pemandu kereta kuda?

Dalam ii Samuel 10 ayat 18 menyebut : “tetapi tentera Israel memukul mundur tentera Syria. Raja Daud dan tenteranya membunuh 700 orang pemandu kereta kuda dan 40 000 orang daripada pasukan berkuda.”

                Sedangkan dalam bab i Tawarikh 19 ayat 18 mengatakan : “ tentera Israel memukul mundur tentera Syria. Raja Daud dan tentera baginda membunuh 7 000 orang pemandu kereta kuda dan 40 000 orang daripada pasukan berjalan kaki.’

                Kedua-dua ayat ini menceritakan perkara yang sama, namun terdapat percanggahan jumlah sebenar Raja Daud membunuh pemandu-pemandu kereta kuda. Jika perkara yang kecil ini sudah bercanggah apatah lagi perkara yang besar.

2.       Percanggahan 2 : Tentera Raja Daud membunuh 40 000 pasukan berkuda ataupun pasukan berjalan kaki?

Dalam ii Samuel 10 ayat 18 menyebut : “tetapi tentera Israel memukul mundur tentera Syria. Raja Daud dan tenteranya membunuh 700 orang pemandu kereta kuda dan 40 000 orang daripada pasukan berkuda.”

                Sedangkan dalam bab i Tawarikh 19 ayat 18 mengatakan : “ tentera Israel memukul mundur tentera Syria. Raja Daud dan tentera baginda membunuh 7 000 orang pemandu kereta kuda dan 40 000 orang daripada pasukan berjalan kaki.’

                Maklumat mengenai 40 000 orang yang dibunuh oleh Raja Daud dan tenteranya bercanggah di dalam ayat-ayat diatas. Satu mengatakan yang dibunuh itu adalah tentera pasukan berkuda, manakala yang satu lagi adalah anggota pasukan berjalan kaki. Jadi ayat yang manakah yang betul sebenarnya?

3.       Percanggahan 3 : Raja Solomo menpunyai 4 000 ataupun 40 000 buah kandang kuda?

Dalam bab ii Tawarikh 9, ayat 25 disebutkan, “ Raja Solomo juga mempunyai 4 000 buah kandang bagi kereta kuda dan kudanya. Baginda mempunyai 12 000 orang pasukan berkuda.”

                Sedangkan dalam bab i Raja-raja 4, ayat 26 disebutkan, “ Raja Solomo mempunyai 40 000 buah kandang bagi kuda yang menarik kereta kuda dan 12 000 ekor kuda bagi pasukan berkuda.”

                Berapakah jumlah kandang kuda yang dimiliki oleh Raja Solomo yang sebenarnya? Adakah 4 000 buah ataupun 40 000 buah ?

4.       Percanggahan 4 : Tangki Nabi Sulaiman mampu menampung 40 000 ataupun 60 000 liter air?

Dalam bab ii Tawarikh 4, ayat 4 dan 5 menyebut, “Tangki itu diletakkan di atas belakang 12 ekor lembu jantan yang dibuat daripada gangsa, yang menghadap keluar, tiga menghadap utara, tiga menghadap ke barat, tiga menghadap ke selatan dan tiga menghadap ke timur. Tebal tepi tangki itu 75 milimeter. Tepi tangki itu seperti cawan yang melengkung ke luar seperti kelopak bunga bakung. Tangki itu dapat menampung air sebanyak 60 000 liter.”

                Sedangkan dalam bab i Raja-raja, ayat 25 dan 26 menyebut, “Tangki itu diletakkan di atas belakang 12 ekor lembu jantan yang dibuat daripada gangsa, yang menghadap ke luar, tiga menghadap ke utara, tiga menghadap ke barat, tiga menghadap ke selatan dan tiga menghadap ke timur. Tebal tepi tangki itu 75 milimeter. Tepi tangki itu seperti tepi cawan yang melengkung ke luar seperti kelopak bunga. Tangki itu dapat menampung air sebanyak 40 000 liter.”

                Berapakah jumlah liter air sebenarnya dapat ditampung dalam tangki Nabi Sulaiman? Adakah ia berjumlah 40 000 liter ataupun 60 000 liter?

                Cara penulisan Bible memang mendedahkan kepada percanggahan dan kesalahan. Di dalam the Anchor Bible Dictionary mengatakan ;

“Oleh kerana salinan-salinan asal Bible tidak wujud lagi, isi-isi Bible terpaksa dibina dengan menggunakan teks-teks yang tidak sempurna dan sering kali tidak selari.”
(The Anchor Bible Dictionary, David Noel Freeman. CD-ROM, op.cit.)

                Percanggahan dalam Bible ini juga dapat dilihat pada bab 9 ayat 3 Injil Kisah Para Rasul ada mengatakan bahawa Paulus sedang dalam perjalanan ke Damsyik dengan sahabat-sahabatnya ketika sudah dekat dengan kota, tiba-tiba cahaya memancar dari langit mengelilingi dia. Dia rebah ke tanah dan mendengar satu suara yang berkata : ‘kenapa menganiayai aku?’ sementara sahabat-sahabatnya termangu-mangu. Mereka ada mendengar suara itu tetapi tidak melihat seorang jua pun. Dalam bab 22 ayat 6 -7, kitab yang sama menceritakan sahabat-sahabat ada melihat cahaya di langit tetapi tidak mendengar suara. Manakala dalam bab 26 ayat 13 mengatakan St. Paulus dan sahabat-sahabatnya dikelilingi oleh cahaya dan mereka semua terjatuh ke tanah.  Cuba fikirkan dalam sebuah Injil, peristiwa yang sama telah menceritakan perkara yang sama tetapi versi yang berbeza di tiga tempat. Cerita yang manakah yang betul?

                Tokok tambah yang disengajakan oleh penulis-penulis Bible juga turut mencacatkan lagi Bible itu sendiri, sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Paderi Profesor David Jenkins, orang keempat tertinggi di gereja England, di dalam London Daily Mail, 1984. Beliau berkata :

“Sesetengah kisah di dalam bible memang tidak pernah berlaku tetapi dimasukkan juga kedalam Bible sekadar menunjukkan Nabi Isa adalah Messiah atau Penyelamat.”
(London Daily Mail, 15 Julai 1984, hal. 12)

                                        Kewujudan pelbagai percanggahan dalam kitab Bible itu sendiri telah diperakui oleh tokoh-tokoh Kristian. Dalam The Catholic Encyclopedia mengatakan ;

“Kewujudan banyak percanggahan di dalam Gospels memang diketahui dan diakui oleh tokoh-tokoh Kristian.”
(Catholic Encyclopedia; ‘Gospels,’ Volume Vl, op.cit., http://www.newadvent.org/cathen/06655b.htm)

     B.A. Robinson dalam artikelnya yang bertajuk Inerrancy: is The bible Infallible, Inerrant, Free of Error berkata;

“Bagi tokoh-tokoh ilmu dalam bidang ketuhanan yang bersikap liberal, ramai daripada kalangan mereka mengakui bible menpunyai pelbagai kesilapan kerana ia memang ditulis dan diedit oleh manusia.”
(Religious tolerance.org, B.A. Robinson, ‘inerrancy: Is The Bible Infallible, Inerrant, Free Of Error?’ 2000, http://www.religioustolerance.org/interrant.htm)

                                       Bagaimanakah pendirian anda semua mengenai Bible yang pada masa ini? Secara dasarnya kita tidak boleh mengiktiraf Bible yang wujud sekarang sebagai Kalam Tuhan secara keseluruhannya. Walaubagaimanapun kita tidak dapat menafikan bahawa masih ada ayat-ayat yang didalamnya selari dengan al-Quran. Antaranya berkaitan dengan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. As-Syeikh said Hawa sebagai contoh, di dalam kitab tafsirnya yang bertajuk Al-Asas fit Tafsir, sering menukilkan ayat-ayat daridapa Bible bagi mengukuhkan hujjah beliau. Justeru, antara tugas kita pada hari ini adalah menapis serta mengeluarkan ayat-ayat yang selari untuk dijadikan bukti kebenaran Nabi Muhammad sebagai rasul seluruh alam, bukanya Nabi Isa. Nabi Isa itu bukannya Tuhan ataupun Anak Tuhan, tetapi seorang Nabi dan Rasul Allah. Nabi Isa beriman kepada Allah, dalam al-Quran banyak meyebut mengenai Nabi Isa dan ibunya Mariam. Bukti yang terdapat dalam kitab Bible mengenai Nabi Muhammad akan saya khabarkan pada masa yang terdekat, Insya’Allah...

4 ulasan:

  1. Sebagaimana juga saudara berkemungkinan besar tidak akan menerima pendapat2 orang Islam yang disifatkan 'liberal' seperti pendapat Zaid Ibrahim, Marina Mahathir dan G25 (sebagai contoh dalam isu hudud), saya sebagai seorang penganut Kristian juga tidak akan menerima pendapat2 tokoh Kristian yang bersifat 'liberal' yang, pada pendapat saya, sudah terpesong daripada ajaran Kristian sebenar.

    Kalau benar saudara telah mengkaji kandungan Alkitab secara mendalam, jelas bahawa kesahihan kebanyakan kandungan tersebut dapat dibuktikan dengan sumber2 sejarah dan arkeologi di luar agama Kristian dan Yahudi juga. Penganut Kristian percaya pada kesahihan Alkitab kerana ketepatan rekod2 sejarahnya dapat disahkan oleh sumber2 di luar agama Kristian atau Yahudi juga, bukannya semata-mata berdasarkan kenyataan tokoh2 Kristian dan Yahudi. Kesahihan fakta2 sejarah dalam al-Quran pula cuma diterima kebanyakan penganut Islam kerana agama Islam yang menyatakan begitu, bukannya kerana adanya sumber2 lain di luar agama Islam yang boleh mengesahkan ketepatan rekod2 tersebut.

    Kalau benar saudara ingin membuktikan bahawa Alkitab penganut Kristian itu telah diseleweng dan mempunyai percanggahan yang serius, sepatutnya saudara mengkaji pelbagai sumber secara mendalam, termasuk sumber2 arkeologi dan penulisan sejarawan duniawi yang menulis tentang sejarah zaman Perjanjian Lama dan Baru dalam Alkitab tanpa berat sebelah. Diharap saudara jangan membuat kajian semata-mata berdasarkan sumber2 Islam, Kristian (liberal dan konservatif) atau ateis yang sudah pasti akan memberi ulasan yang berat sebelah.

    Dan di sini ingin saya juga meminta saudara membuat sedikit penyelidikan berkenaan Nabeel Qureshi, seorang bekas penganut Islam yang pernah berpegang kuat pada ajaran Islam sebelum kajiannya terhadap agama Kristian membawanya kepada kepercayaan dalam agama tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nabeel Qureshi bukannya ilmuan islam yang di-iktiraf sebagai tokoh ulama islam,ia cuma seorang yang munafik yang di-bayar untuk menyeleweng ajaran islam pada umat muslim

      Padam
  2. fakta utama tiada 1 pun paderi/paulus dapat kalahkan ulama islam dalam debat seperti ahmad deedat dan dr zakir,bahkan paderi ramai memeluk islam dan boleh dakwah mengeani islam,rajin2 tengok youtube debat bukan hiburan.

    BalasPadam
  3. Kristian mna ade istilah liberal,dah mmg korg ni jnis liberal.

    BalasPadam