KALKI AVATAR
Kajian Dr. Ved Prakash
Upaddhayaya menunjukkan bahawa perkataan ‘Avatar’ dalam bahasa Sanskrit
bermaksud ‘seseorang yang akan datang ke dunia’. Perkataan ‘Avatar’ juga
digunakan dengan maksud ‘nabi’. ‘Kalki’ dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘yang
terakhir’. Apabila kedua – dua perkataan ini dicantumkan akan menjadi perkataan
‘kalki Avatar’ yang membawa erti ‘Nabi akhir zaman’. Antara sifat – sifat Kalki
Avatar seperti yang telah disebutkan di dalam Purana, iaitu :
‘O God, with the
help of the four Brothers I will destroy the Devil.’ (Kalki Purana 2:5)
(Wahai Tuhan, dengan
bantuan empat saudara, aku akan hancurkan syaitan)
‘(He will be born)
on the 12 of Madhav’ (Kalki Avatar 2:25)
(Dia akan dilahirkan
pada 12 hari bulan Madhav)
‘(He will be born)
in the city of Shambhal’ (Bhagabat Purana 12:2:18)
(Dia akan dilahirkan
di bandar Shambhal)
‘(His father’s name
will be) Vishnu-Yash’ (Bhagabat Purana 12:2:18)
(Bapanya bernama
Vishnu-Yash)
‘(His Mother’s name
will be) Sumati’ (Kalki Purana 2:4 and 2:11)
(Ibunya bernama
Sumati)
Berpandukan kepada ayat –
ayat tersebut, Kalki Avatar mempunyai 4 orang saudara yang akan bersama –
samanya untuk menghancurkan Kali atau syaitan. Nabi Muhammad telah dikurniakan
oleh 4 orang sahabat kanan yang sangat setia, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan
Ali. Keempat – empat orang sahabat ini
telah menjadi khalifah setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. dan mereka semua
digelar sebagai ‘Khulafah Ar – Rasyidin Al – Muhdiyin’ yang membawa erti
khalifah – khalifah yang mendapat pentunjuk. Mereka semua meneruskan perjuangan
baginda untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia demi mempertahankan
kebenaran dan meruntuhkan kekufuran serta kesesatan pada zaman mereka.
Tarikh lahir Kalki Avatar ialah pada 12 Madhav dan tarikh
lahir Nabi Muhammad s.a.w. adalah pada 12 Rabiul Awal. Tempat lahir kalki
Avatar adalah Shambhal. Di dalam buku Vachaspattam disebutkan bahawa Shambhal
adalah suatu kawasan yang mempunyai 60 patung – patung berhala. Dalam bahasa
Sanskrti, Shambhal mempunyai beberapa maksud, iaitu :
1. Tempat yang boleh mendatangkan keamanan dan ketenangan.
2. Sesuatu yang menarik perhatian orang supaya datang.
3. Tempat yang berhampiran dengan air.
Shambhal ini amat
selari dengan Kota Mekah, iaitu tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Kaabah
juga terletak di Mekah. Di dalam surah al – Baqarah ayat 25, Allah menyatakan
mengenai kaabah yang bermaksud, “Kami jadikan rumah itu, Yakni Kaabah, tempat
berkumpul bagi manusia dan satu tempat yang aman’. Di situ juga terpancarnya
air zamzam yang tidak pernah kering sejak zaman Nabi Ibrahim sehingga sekarang.
Pada zaman jahiliah,
Kaabah telah dipenuhi dengan patung – patung berhala, iaitu sebelum kedatangan
Nabi Muhammad memecahkan kesemuanya pada hari Pembukaan Kota Mekah. Pada hari
ini, ketika musim aji, ratusan ribu orang dari seluruh pelusuk dunia akan
berhimpun di Kota Mekah bagi menunaikan haji ataupun umrah. Kesemua ini amat
selari dengan Shambhal, kerana ia adalah tempat yang mempunyai sumber air yang
tidak pernah kering disamping menjadi tempat tumpuan manusia berkunjung
terutamanya jemaah haju serta ia adalah suatu kawasan yang aman.
Bapa Kalki Avatar
bernama Vishnu-Yash. Yishnu-Yash dimana dalam bahasa Sanskrit ia membawa maksud
‘penyembah ayau hamba Tuhan’. Ini amat selari dengan nama bapa Nabi Muhammad
yang bernama Abdullah yang membawa erti ‘Hamba kepada Tuhan’.
Ibu Kalki Avatar
bernama Sumati. Dalam bahasa Sanskrit ia membawa maksud ‘yang bertimbang rasa
lagi baik’. Ini amat selari dengan nama ibu Nabi Muhammad yang bernama Aminah
yang bererti ‘yang baik hati’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan