Ahad, 5 Februari 2012

KITAB BIBLE


Kita sebagai seorang yang bergelar Islam wajib percaya dan yakin kepada empat buah kitab yang telah diturunkan oleh Allah kepada rasul-Nya yang terpilih. Kitab-kitab yang dinyatakan itu adalah Kitab Taurat, Kitab Zabur, Kitab Injil dan Kitab al-Quran. Jika kita menolak salah satu daripada kitab ini atau kesemuanya, ini bermakna kita telah menolak salah satu daripada rukun iman yang enam. Menolak salah satu ini akan membawa kepada kekufuran dan pembatalan iman.

                Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, surah yang terdapat dalam kitab Bible ini disebut dalam bahasa Inggeri sebagai “book” atau “buku”. Kitab ini mempunyai 66 surah, 39 dikenali sebagai Perjanjian Lama atau “Old Testment”, manakala 27 dikenali sebagai kitab Perjanjian Baru atau “New Testment”. Perjanjian lama ini mengadungi undang-undang Nabi Musa, kisah-kisah sejarah, puisi dan kebijaksanaan di samping terdapat ramalan-ramalan perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Perjanjian Baru pula mengandungi kisah-kisah kehidupan Nabi Isa yang ditulis oleh tokoh-tokoh agama Kristian, iaitu Matthew, Mark, Luke dan John. Tulisan-tulisan ini dikenali sebagai Gospels. Disamping itu, kitab ini juga mengadungi sejarah keadaan agama Kristian pada peringkat awal ia diwujudkan, yang ditulis oleh St. Paul.

                Untuk pengetahuan semua, The Interpreter’s Dictionary of the Bible telah mengatakan bahawa Bible yang asal sudah tidak wujud lagi pada hari ini :

“ Tulisan-tulisan asal Perjanjian Baru sudah lama tiada. Perkara ini tidaklah mengejukan kerana sumber-sumber itu ditulis di atas bahan-bahan yang tidak tahan lama.”

Pendapat itu juga telah dikeluarkan dalam The Catholic Encyclopedia :

“Pendapat yang mengatakan konongnya Bible yang lengkap seperti asal masih wujud sebenarnya tidak berasas sama sekali. Bible yang kini menjadi pengangan umum, seperti juga kitab Perjanjian Lama, melalui beberapa perkembangan dan proses sehingga akhirnya isi-isinya diputuskan secara rasmi oleh Majlis Trident atau Tridentine Council”

Ada juga tokoh-tokoh Kristian yang mengatakan bahawa Bible adalah dokumen yang  dikeluarkan oleh pihak gereja. Justeru pihak gerejalah yang menentukan isi Bible dan bukan sebaliknya. Pernyataan ini dikeluarkan oleh seorang paderi besar dari gereja ortodoks di Denver iaitu “His Eminence Metropolitan Isaiah of Proikonisou and Presiding Hierarch of the Greek Orthodox Diocese of Denver di salam Buletin yang diterbitkan pada bulan Mac 1995, jilid 3, nombor 3.

“ landasan perjalanan geraja tidak didasarkan kepada kitab Bible ditentukan oleh pihak gerja. Pada abad-abad awal agama Kristian, tidak ada seorang manusia pun dapat menyentuh kitab yang bernama ‘Bible’ kerana ia memang tidak wujud.”

Dengan pernyataan sedemikian, menunjukkan bahawa gereja yang berkuasa penuh terhadap isi bible, berbanding dengan agama Islam al-Quran sebagai penentu akan setiap sesuatu.

                Daripada pernyataan diatas, dikatakan bahawa kitab Biable yang dahulu telah tidak wujud lagi, tetapi bagaimana pada masa sekarang boleh terdapat kitab Bible ini? Hal ini dapat diperjelaskan, kerana isi-isi Bible telah mengambil daripada sumber-sumber yang tidak mempunyai penulisan yang lengkap.  Pernyataan ini dapat dibuktikan dalam The Anchor Bible Dictionary :

“Disebabkan salinan asal Bible tidak wujud lagi, isi Bible terpaksa dibina  dengan menggunakan teks-teks yang tidak sempurna yang sering kali bercanggah”

                Berkaitan dengan sejarah kehidupan Nabi Isa, penulis-penulis kitab Bible ini tidak menyalin dan menceritakan kisah-kisah itu dengan tepat. Peryataan yang sedemikian telah diakui oleh seorang tokoh Kritian, iaitu Bruce M. Metzger di dalam The Text of the New Testment : Its  Transmission, Corruption and Restoration. Kata beliau:

“ Penulis-penulis tidak menulis dengan tepat segala sumber yang mereka temui, sebaliknya mereka menulis pentafsiran mereka sendiri berhubung sumber-sumber itu. Mereka melakukannya bagi membetulkan kesilapan penulis-penulis lain tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah mereka sendiri dengan tindakan itu telah melakukan kesilapan.”

Dalam The Interpreter’s Dictionary of the Bible :

“Banyak kisah yang terdapat di dalam kitab Perjanjian Lama mengikut gaya dan olahan penulis-penulisnya”

                Secara kesimpulannya, surah-surah yang terdapat di dalam kitab Bible tidak mempunyai suber rujukan yang sahih dan tidak sempurna berbanding dengan al-Quran yang mempunyai isi yang sempurna dan datangnya daripada Allah. Nantikan sambungannya...

3 ulasan:

  1. subhanallah.. dapat tahu serba sedikit pasal bibble ni..syukran awk. sy bersyukur lahir sbg Islam. agama yg benar :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...kite harus bersyukur...

      Padam