Jumaat, 24 Februari 2012

NABI MUHAMMAD S.A.W. DI DALAM KITAB BIBLE ( B 2 )



BUKTI EMPAT : KEJADIAN DI BUMI ARAB DAN PENGHIJRAHAN KE TEMA

Di dalam  The Revised Version of the Bible terbitan British and Foreign Bible Society pada bab Isaiah ayat 13 hingga 15 disebutkan,

“the burden upon Arabian.
In the forest of Arabian shall ye lodge,
O ye trevelling companies of Dedanim.
The inhabitants of the land of Tema
Brought water to him thet was thirsty,
They prevented with their bread
Him thet fled. For they fled from the swords…”

Terjemahannya :

“Ucapan Ilahi terhadap Arabia,
Di belukar di Arabia kamu akan bermalam,
Hai kafilah-khafilah Dedan!
Hai penduduk tanah Tema, keluarlah,
Bawalah air kepada orang yang haus,
Pergilah, sambutlah orang perlarian dengan roti!
Sebab mereka melarikan diri terhadap pedang…”

Tahukah bahawa ayat ini menceritakan mengenai satu kejadian yang berlaku di bumi Arab, di mana segolongan manusia yang ditindas sehingga menyebabkan mereka terpaksa berhijrah bagi mendapatkan pertolongan di bumi Tema. Megikut J. Hasting di dalam Dictionary of the Bible pada halaman 897, Tema adalah nama salah seorang anak Nabi Ismail. Justeru, kisah ini berkait rapat dengan keturunan Nabi Ismail. Seterusnya, J. Hastings menyebutkan, Tema juga adalah nama sebuah tempat yang pada hari ini terletak di sebelah utara Madinah pada bahagian Barat bumi Arab.

            Daripada ayat ini jelas menunjukkan pernghijrahan yang telah dilakukan oleh baginda s.a.w dan para sahabat dari Kota Mekkah ke Kota Madinah. Mereka berhijrah kerana di tindas oleh penduduk Quraish di Mekkah dan telah berhijrah ke Kota Madinah untuk mendapatkan bantuan. Jika  ayat ini menerangkan mengenai Nabi Isa, ia adalah suatu yang tidak munasabah kerana Nabi Isa adalah keturunan Nabi Ishak dan Nabi Isa tidak pernah berhijrah ke bumi Arab sebelah utara Madinah. Lantaran itu, ayat ini menceritakan mengenai Nabi Muhammad s.a.w.

BUKTI LIMA : KETURUNAN KEDAR DIKALAHKAN

Di dalam The Revised of the Bible terbitan british and Foreighn Bible Society pada bab Isaiah ayat 14 hingga 17 disebutkan,

“the inhabitants of the land of Tema
Brought water to him thet was thirsty,
They prevented with their bread
Him that fled. For they fled
From the swords … Within a year,
According to the years of an hireling,
And all the glory of kedar shall fail :
And the residue of the number of archers,
The mighty men of the children of kedar,
Shall be diminished.”

Terjemahannya :

“Hai penduduk tanah Tema, keluarlah,
Bawalah air kepada orang yang haus,
Pergilah, sambutlah orang perlarian dengan roti!
Sebab mereka melarikan diri terhadap pedang…
Sebab beginilah firman Tuhan kepadaku :
“Dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan,
Maka segala kemulian Kedar akan habis.
Dan daripada pemanah-pemanah yang gagah perkasa
Daripada bani Kedar, akan tinggal sejumlah kecil saja,
Sebab TUHAN, Allah Israel mengatakannya.”

Ayat yang dinyatakan itu adalah daripada sambungan daripada kisah penghijrahan ke Tema. Berhubungan dengan Kedar, tokoh-tokoh Kritian dan Islam mengesahkan bahawa Kedar atau Qaidhar adalah anak kepada Nabi Ismail (Ibid). Ibn Athir di dalam bukunya Al-Kamil fit Tarikh menyebutkan, “kemudian Nabi Ismail mengahwini Saidah bt Madhadh Al-Jurhami dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua belas orang cahaya mata iaitu Nabat, Qaidhar, Uzail, Misya, Masma’, Rima, Masy, Aazar, Qathura, Fakas, Thumayya dan Qidman. Daripada kedua-dua anak Nabi Ismail yang bernama Nabat dan Qaidhar lahirlah bangsa Arab.”
            Salah satu kabilah yang lahir daripada keturunan Kedar adalah Quraish yang begitu berpengaruh di Kota Mekkah. Kabilah Quraish banyak menentang Nabi Muhammad s.a.w. sehingga akhirnya berlaku penghijrahan ke Kota Madinah dan Perang Badar. Perkataan-perkataan Bible “within a year, according to the years of an hireling” yang bermaksud “dalam setahun lagi, mengikut masa kerja perajurit upahan” begitu signifikan dengan sejarah Perang Badar, kerana ia berlaku pada tahun kedua hijrah, lebih kurang setahun selepas baginda berhijrah.

            Peperangan ini telah dimenangi oleh umat Islam dan pemuka-pemuka Quraish yang terbunuh adalah seramai 70 orang. Kisah ini selari dengan ayat di atas. Jika berkaitan dengan Nabi Isa, ia adalah sesuatu yang tidak logic kerana Nabi Isa bukan berketurunan Kedar.

BUKTI ENAM : NABI YANG UMMI

Di dalam The English Version of the Authorised Version of the Bible pada bab Isaiah ayat 12 menyebut :

“ and the book is delivered,
To him that is not learned
Saying, read this, I pray thee:
Ang he saith, I am not learned.”

Terjemahan :

“ dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang’
Yang tidak dapat membaca dengan
Mengatakan; “baiklah baca ini,”
Maka ia akan menjawab ;
Aku tidak dapat membaca.”

            Nabi Muhammad adalah ummi(tidak tahu membaca dan menulis). Ketika berumur 40 tahun baginda telah bertapa di sebuah gua yang bernama Gua Hira. Di gua itulah baginda telah menerima wahyu Allah melalui malaikat Jibril. Baginda disuruh membaca oleh malaikat Jibril, namun baginda tidak dapat membaca. Ayat yang dibawa oleh malaikat Jibril adalah surah al-Alaq ayat 1 hingga 3 yang bermaksud : “ Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, Yang Mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu adalah Yang Maha Mulia.”

            Ayat yang dipaparkan adalah selari dengan peristiwa yang telah terjadi ke atas Nabi Muhammad di Guan Hira.  Jika ia merujuk kepada Nabi Isa, ia tidak selari kerana Nabi Isa bukanlah seorang yang Ummi.

            Untuk pengetahuan semua, seorang paderi Katolik dari Sri Lanka, Father George Antony telah memeluk agama Islam. Beliau telah menjalani latihan sebagai paderi selama 10 tahun sebelum berkhidmat di Gereja Katumayaka, Sri Lanka. Antara ayat-ayat Bible yang mengagumkan beliau adalah ayat daripada bab Isaiah. Bagi beliau, ia jelas menampakkan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w.” (IPC Overviews at Islamic Presentation Committee di http://www.islam.com.kw/3.htm#)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan