Sabtu, 4 Februari 2012

“BASMALAH” KURNIAAN ALLAH BUAT HAMBA-NYA


Banyak riwayat-riwayat yang telah dikemukan oleh para ulama’ di dalam kitab-kitab mereka. Di antaranya, ialah  riwayat daripada Waqi’ daripada Al-A’amasy daripada Ubai daripada Abi Wajil daripada Abdullah bin Abi Mas’ud, katanya :

“sesiapa yang mahu menyelamatkan dirinya daripada 19 malaikat Zabaniah yang ditugaskan di dalam neraka maka hendaklah membaca Basmalah supaya Allah akan memeliharanya daripada tiap-tiap huruf daripadanya sebagai pelindung daripada tiap-tiap satu daripada malaikat itu”

            Maka Basmalah mempunyai 19 huruf mengikut bilangan malaikat Zabaniah yang menjaga nereka  dan Allah menyebut mereka itu di dalam al-Quran bahawa di dalam neraka itu ada 19 malaikat iaitu dalam kalangan pemimpin mereka  dan mereka berkata pada tiap-tiap pekerjaan yang dilakukan dengan Basmalah maka di sanalah dikurniakan kekuatan kepada merekan. Oleh hal demikian, dengan membaca Basmalah akan dipelihara oleh Allah S.W.T. di mana banyak hadis-hadis yang menunjukkan kelebihan Basmalah.

            Berkata Ja’afar a.s. Sodiq r.a. ; Basmalah mahkota kepada semua surah yang ada di dalam al-Quran. “ Disunatkan kita membaca Basmalah apabila memulakan pekerjaan yang baik atau pekerjaan yang disunatkan dan disuruh kita membaca ayat tersebut  kecuali amalan-amalan yang secara ‘Qot’i’ (putus) ditentukan oleh Rasulullah dengan permulaannya yang tersendiri. Umpamanya sembahyang dimulakan takbir bukan dengan Basmalah. Oleh sebab tidak disunatkan memulakan sembahyang dengan basmalah. B egitu juga dengan khitbah yang disunatkan memulakan dengan menyebut “ Assalamu’alaikum” bukan dengan cara membaca Basmalah, kerana inilah cara yang diajar oleh Rasulullah. Adapun perbuatan-perbuatan seperti makan, minum, menyembelih dan sebagainya adalah disunatkan dimulakan dengan bacaan Basmalah agar mendapat berkat dan pertolongan daripada Allah.

            Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Penyayang, ialah nama Allah yang paling besar dan yang paling mulia dalam kalangan nama-nama Allah yang lain. Allah sahaja tuhan yang layak untuk disembah. “Ar-Rahmanur Rahim”, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ar-Rahman, dikhususkan kepada Allah sahaja, tidak kepada yang lain. Adapun Ar-Rahim dinamakan juga kepada makhluk disamping menjadi nama kepada Allah. Kalimah itu juga ditujukan kepada makhluk Allah sebagaimana yang telah diFirmankan oleh-Nya dalah surah At-Taubah; 128. Perkataan tersebut ditujukan kepada Rasulullah iaitu seorang nabi yang sangat penyayang dan kasih kepada umatnya.  Allah S.W.T. menurunkan Basmalah ini sebagai satu kurniaan dan pemberian yang sangat besar buat kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan