Wahai kaum Hawa, tidakkah kalian semua terfikir
mengapa kalian semua diwajibkan untuk bertudung? Jika kalian semua mengetahui akan perlunya
kalian bertudung, adakah anda mengetahui bagaimana untuk mengenakan tudung
sebenarnya ? Cubalah anda tanya dalam diri anda, lihat pada badan anda, adakah
betul cara pemakaian yang sebenarnya ? Cara yang betul bukan hanya dilihat pada
tudung sahaja, malah keseluruhan anggota badan. Saya bukan hanya memperkatakan
kepada anda sahaja, malah kepada semua orang tidak kira sama ada lelaki atau
perempuan. Bagi seorang lelaki yang muslim wajib baginya menutup aurat dari
atas pusat sehingga ke bawah lutut, bagi wanita muslim wajib baginya untuk
menutup keseluruhan tubuh badannya, kecuali pada beberapa tempat yang
dibenarkan baginya.
Tidaklah
saya memperkatakan hal yang sedemikian jika tiada dalil yang kuat mengenainya.
Renungkanlah firman Allah dalam surah an – Nur ayat yang ke- 31, maksudnya :
“Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau
bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari
orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan
kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Oleh hal demikian, ingin saya kongsikan dengan anda
bagaimanakah cara memakai tudung dengan betul.
1.
Tudung yang dipakai mestilah menutup rambut dengan
sepenuhnya
2.
Kain tudung tidak jarang sehingga boleh nampak
rambut didalamnya
3.
Memakai anak tudung yang bersesuaian
4.
Menutup leher dan dilabuhkan tudung sehingga
menutup dada
5.
Tidak menampakkan sanggul (atau bonggol) di kepala
Tudung bukanlah sekadar untuk
berfesyen tetapi tudung dipakai untuk menutup aurat seperti yang telah
diperintahkan oleh Allah S.W.T. Tutup aurat kita dengan betul, agar kita
menjadi seorang hamba yang beriman.
Allah
berfirman, dalam Surah An-Nisa Ayat 78:
أَيْنَمَا تَكُونُواْ يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ
فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُواْ هَـٰذِهِ مِنْ
عِندِ اللهِ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُواْ هَـٰذِهِ مِنْ عِندِكَ قُلْ
كُلًّ مِّنْ عِندِ اللهِ فَمَا لِهَـٰؤُلاء الْقَوْمِ لاَ يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ
حَدِيثاً
Maksudnya : “Di mana saja kamu berada, kematian akan
mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh
(bintang/planet yang jauh), dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka
mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa
sesuatu bencana mereka mengatakan: Ini (datangnya) dari sisi kamu
(Muhammad)." Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah."
Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami
sedikit pun pernyataan (nasihat dan kebenaran)? Akhir sekali, sebagai
kesimpulan, kaum hawa amat dipelihara sepenuhnya oleh Islam kerana mereka merupakan
mutiara berharga, lagi ditutup dan tidak terdedah, lagi berharga lah wanita
itu.”
Dalam
memastikan “harga” ini sentiasa “mahal” terutamanya dari segi maruah, adalah
disyorkan sebelum keluar dari rumah dan terdedah kepada suasana luar yang
pelbagai ragam dan mata sedang memandang, pastikan segala-galanya ditutup rapi,
yang penting semua yang boleh menimbulkan syahwat mata yang memandang dan
menjadi fitnah (tidak selamat bagi mereka), maka tutuplah dan berhati-hatilah,
seperti wangi-wangian. Untuk memastikan memenuhi piawaian yang ditetapkan,
tanyalah kaum adam dari kalangan adik-beradik atau saudara yang mahram atau
suami sendiri, kerana jika bertanya kepada kaum yang sejenis, akan dikatakan
“tidak mengapa”.. “OK dah”.. “Cantik dah”..dan macam-macam lagi jawapan yang
mana diukur dengan mata mereka semata-mata, sedangkan kaum adam ini lebih peka
dalam hal-hal ini.
Sebagai
contoh,mungkin bagi kaum hawa sesama mereka dirasakan wangian yang dipakai
biasa sahaja dan tidak kuat bauannya, tetapi bagi kaum adam, ia cukup
membuatkan jiwa dalam bergelodak! Semoga Allah memelihara kaum hawa pada zaman
ini, agar terjaga hati-hati kaum Adam yang begitu lemah, jika godaannya adalah
dari kaum hawa yang mana lebih hebat dari godaan Iblis dan konco-konconya.
Berikut adalah perkara - perkara yang sering
berlaku dihadapan mata kita. Cara yang tidak betul dalam pengamalan menutup
aurat:-
1.Aurat
itu adalah memakai tudung sahaja.
2.Bertudung
tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
3.Bertudung
- tetapi tudungnya singkat, atas paras dada menampakkan bonjolan buah dada
4.Bertudung
tetapi baju kebarungnya atau kebaya terbelah kainnya.
5.Bertudung
tetapi seluarnya ketat dan menampakkan bentuk badan
6.Bertudung
tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan
mudah ‘menggoda’.
7.Bertudung
tetapi Kemeja pun singkat dan ketat, kain kemeja itu tidak pun menutup atau
dilabuhkan sehingga menutup bahagian kemaluan depan atau belakang
seluar.(kalaulah zip seluar terbuka mesti dapat diketahui oleh orang)
8.Bertudung
tetapi Berbaju T-Shirt dan berlengan pendek menampakkan lengan dan sikunya yang
sesetengahnya lengan berbulu.
9.Bertudung
tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
10.Bertudung
tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan
sebagainya.
11.Bertudung
tetapi ber seluar jeans,cukup ramai wanita memakai seluar jeans sekalipun ianya
ketat, menampakkan bentuk tubuh badan, dan mengikut shape potongan kaki.
12.Bertudung
tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari
ditutupi kain tudung.
13.Bertudung
tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher,
tengkuk dan dadanya.
14.Bertudung
tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
15.Bertudung
dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika
berinteraksi dengan lelaki.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu
adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah
dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya
mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU...
MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur:
31)
Pengertian
khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala.
Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun,
yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap
perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya
termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah
tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat
hatinya.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada
orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang
untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa
yang terzahir. Oleh kerana itu, para ulama kemudian berbeza pendapat tentang
erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a,
ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin. Yang
berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat
celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya
pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang
ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan
lain-lain.
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama
dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman
sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini
semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh
dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu
semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas
hukumnya adalah haram.
“Dan
hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali
terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)
Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah
diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada
perempuan-perempuan mu’minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau
menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan
telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai),
perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki).
Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada kaum adam. Mereka hanya boleh
melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat
jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan
memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk
diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh,
khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan
sebagainya.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua
golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum
yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang...
(penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang
lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak
akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau
syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka
itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu
tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, kerana
pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti
kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr
Yusof Al-Qaradawi)
‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta
yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk
unta tersebut kerana rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah
melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam
bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon
kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon
seperti ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan