Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi
haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang
bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah
secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak
pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan
Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah
aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau.
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih
kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain
dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan,
tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku,
sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab
adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.
Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke
bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari
anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar
mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air
panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya
habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah
berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai
menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka
semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu
menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab,
"Tiada seorang pun yang dapat membeZakan antara sabar dengan mengeluh
melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeZa. Adapun sabar
dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan
adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan
tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh
setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dalam setiap
terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah
s.a.w bersabda dalam sebuah hadith Qudsi,:
"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin,
jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar,
melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan
hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah,
merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabda Rasulullah s.a.w pula,
" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang
mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, makaAllah akan memotongnya bagi
pakaian dari wap api neraka." (Riwayat
oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam
menghadapi segala musibah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan