Saidatina
Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk di
rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda
SAW berpaling dan mengatakan:
“Hai
Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya),
tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia
menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)
Walaupun
terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang
membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan
membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat
secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak
dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal
Wal Haram Fil Islam)
Diriwayatkan
dalam sebuah Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya
: Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di
sebelah dalamnya)(Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf
Abd Razak, no 5043; Kanzul Um...mal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu
ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di
hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan
wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu
sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa
At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa
melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik
kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya
tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada
menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi
nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di at...as pentas dengan pakaian
canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah
mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang
rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang
mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan
ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu
berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam
hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan