Rabu, 2 Mei 2012

PERLUKAH AKU BERTUDUNG 3 ?



Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang... (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)



Wahai kaum hawa janganlah kamu rambutmu seperti punuk unta kerana kamu tidak akan dapat memasuki syurga jika kamu berbuat sedemikian. Kembalilah kepada kaedah dan cara pemakaian yang betul. Jika kamu berasa diri kamu boleh menahan bahang api neraka justeru teruskanlan dengan gaya yang sedemikian. Ini jugaa ditujuakan kepada mereka yang memakai selendang, tetapi selendang itu nipis sehingga boleh nampak rambut, leher, dan perhiasan badan yang lain. Marilah kita semua melakukan hijrah, berubah dari yang buruk kepada yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan