Khamis, 12 April 2012

KHUTBAH JASA IBU


 Teks Khutbah Jumaat
dibaca pada 22 Mei 2009

KEWAJIPAN MENTAATI DAN MEMBALAS JASA IBU

ِوِئاَقْىا ِللهِ ُدََِحْىَا     : اّّاَسِحِإ  ِِٔيَدِِىاَىِب  َُاَسِِّإلا اَِْيَصَوَو
َُٔى َلِيِسَشاَ َُٓدِحَوُ للها َّاِإ َٔىِإ َا َُْأ ُدَهِشَأ ،    ََُّأ ُدَهِشَأَو ُُٔىِىُسَزَو ُُٓدِبَع اّدَََحٍُ   .
َِِيِعََِجَأ ِِٔباَحِصَأَو ِِٔىا ًَيَعَو  ٍدَََحٍُ اَِّدِّيَس ًَيَع ِّوَص  ٌَُهّيىَا
ُدِعَب اٍََأ  , ِللها َداَبِع اَيَف ،َللها اىُقَحِإ ،   ِيِصِوُأ ِللها يَىْقَخِب َياَيِاَو ٌُِم ،   َُِىُقَخَُْىا َشاَف ِدَقَف


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, 
Marilah sama–sama kita bersungguh-sungguh dan berusaha untuk
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan  sentiasa mematuhi
dan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. 
Mudah-mudahan kita memperolehi kesejahteraan dan kerahmatan dari
Allah dalam menjalani kehidupan kita di dunia dan akhirat.  

Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 23:
 Maksudnya: 
“Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali
sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah
engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun
seperti  perkataan  “ah”  adalah tidak dibenarkan  dan janganlah engkau
menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun)”.

Dalam Islam kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa  dan
tuntutan tersebut adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan . Ini kerana  
setiap permulaan kehidupan manusia adalah bermula dengan    kelahiran
dari seorang ibu.  Oleh itu,  Islam memandang serius hukum  dan adab
berkaitan hubungan anak dengan seorang ibu . 

Kita diperintahkan untuk sentiasa melakukan kebaikan  , berlemah lembut, 
berbudi bahasa dan bersopan santun terhadap mereka. Lantaran itu juga
kita diharamkan dan dilarang keras untuk melakukan kekasaran terhadap
mereka samada dengan perbuatan mahupun percakapan hatta dengan
perkataan  “ah”  sekalipun tidak di benarkan memandangkan perkataan
menyanggah seperti  tersebut menunjukkan tanda  ingkar  atau membenci
terhadap tindakan mereka. 

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN

Islam memandang berat pengorbanan seorang ibu kerana merujuk kepada
kepayahan dan kesusahan mereka  ketika  mengandungkan kita,
membesar, memelihara dan mendidik kita sehingga kita mampu berdikari. 

Firman Allah dalam Surah Lukman ayat 14:
Maksudnya: 
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya
,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan
tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.  Dengan
demikian bersyukurlah kepada ku dan kedua ibu bapamu dan ingatlah
kepad Aku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan”.

Pengorbanan mereka  adalah pengobanan yang cukup  besar. Maka atas
dasar itulah Islam  menggandingkan tanggungjawab mentaati ibubapa
mengiringi persoalan mentauhidkan Allah. 

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 36: 
Maksudnya 
“Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu
sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua pun dan hendaklah kamu berbuat
baik kepada kedua ibu bapa kamu, kaum kerabat, anak-anak  yatim,
orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh,
rakan sejawat, orang yang bermusafir dalam kesusahan dan hamba yang
kamu miliki.  Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
sombong, takbur dan suka membangga diri”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Perintah untuk menyembah Allah dan  larangan  mensyirikkanNya  diikuti
dengan berbuat baik dengan kedua ibu bapa adalah menunjukkan begitu
rapatnya hubungan antara persoalan  taat kepada Allah dan  taat  kepada
kedua ibu bapa. Namun dewasa ini,  terdapat dikalangan anak-anak yang
mengabaikan tanggungjawab terhadap ibubapa mereka. Mereka  tidak
mempedulikan nasib ibu bapa, jarang bertanya khabar tentang sakit pening
mereka,  kurang prihatin terhadap kesusahan mereka. Bahkan, terdapat
juga di kalangan  kita menambah  bebanan  kepada ibu bapa seperti
menyuruh menjaga cucu, menjadi  pembantu rumah bahkan ada yang
sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua  dan
mengabaikannya. 

Ingatlah bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda 

" لا ىضر في للها ىضر نيدلاو  . نيدلاولا طخس في للها طخسو
  ( يذمزتلا هجزخأ

Bermaksud: 
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala
kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”.

Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan untuk menghantar ibubapa
dengan kerelaan  mereka sendiri untuk menginap di premis-premis atau
rumah jagaan yang dikhususkan untuk mengikuti program-program yang
telah disediakan seperti aktiviti-aktiviti ilmiah dan ibadah untuk warga
emas. Oleh itu masyarakat setempat perlulah mengambil inisiatif  terbaik
dengan mewujudkan tempat-tempat pengajian bagi orang-orang tua seperti
manayang terdapat di beberapa kawasan di negeri Selangor ini.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian

Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu
bapa kita, lebih lebih lagi terhadap ibu. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi
s.a.w.:  

 َهاَق ِّيِسِيَشُقْىا َةَدِيَح ِِِب َتَيِواَعٍُ َِِع  :  ؟َسَبَأ ٍَِِ ،ِللها َهِىُسَز اَي ُجْيُق
 َهاَق  : َلٍُُأ  .  ُجْيُق َهاَق  :  َهاَق ؟ٍَِِ ٌَُث  : َلٍُُأ  . ُجْيُق َهاَق  : ُد  ؟ٍَِِ ًَ
 َهاَق  : َلٍُُأ  . ُجْيُق َهاَق  :  َهاَق ؟ٍَِِ ٌَُث  : َبَسْقَلأاَف َبَسْقَلأا ٌَُث ؟َكاَبَأ
( يزيمزتلا هاور

Maksudnya : 
“Muawiyah bin Haidah Al-Qusairi telah  bertanya kepada Rasulullah
s.a.w. Siapakah  orang yang paling patut untuk aku berbuat baik?. Baginda
menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya  lagi: Kemudian  siapa?.  Baginda
menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?.  Baginda
menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian  siapa?.  Baginda
menjawab: Bapa Mu, seterusnya orang yang paling hampir denganmu” .

Menurut maksud Hadis tersebut pengulangan lafaz ibumu menunjukkan
tentang ketinggian martabat seorang ibu tanpa menafikan hakikat  dan
tanggung jawab seorang ayah. 

Dalam kita mengenang jasa ibu sempena kita menyambut hari ibu setiap
tahun marilah sama-sama kita bermuhasabah dan berikrar untuk sentiasa
menyayangi dan menjaga hubungan baik dengan ibu kita. Berusahalah
agar kita tidak menyakiti hati ibu kita yang selama ini entah berapa kali kita
telah menyakiti dan menyentuh hati  dan perasaan mereka. Ingatlah,
perbuatan menyakiti hati seorang ibu adalah merupakan dosa yang cukup
besar.  Berjanjilah  kita bahawa kita akan menjadi anak  yang tidak
menderhaka kepada kedua ibu bapa kita.  

Adalah sesuatu yang amat mengecewakan kita  pada hari ini apabila ada
sebahagian anak-anak  tidak lagi hormat kepada ibu-bapa, berani memaki
hamun  apabila tidak mendapat apa yang dihajati malah lebih dahsyat
sanggup melakukan jenayah seperti memukul, sepak terajang bahkan lebih
dahsyat hingga sanggup membunuh ibu-bapa sendiri. Ini adalah tanda jiwa
mereka sudah tandus daripada keimanan bahkan jiwa mereka sebenarnya
telah dikuasai oleh syaitan. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian.

Di antara amalan yang diajar oleh Islam untuk kita membalas jasa ibu bapa
adalah dengan kita mendoakan kesejahteraan ke atas mereka.

Disamping itu, kita hendaklah  sentiasa mengunjungi dan menziarahi
mereka serta   menghulurkanlah bantuan dan kewangan. Sentiasalah  kita
bertanya khabar dan prihatin tentang kesihatan mereka. Sebagai anak
maka kita hendaklah sentiasa mendahulukan keutamaan ibu dari orang
lain. 

Marilah kita mengambil iktibar peristiwa yang pernah berlaku  di  zaman
Nabi  s.a.w.  iaitu  kisah seorang pemuda  bernama Al-Qamah  yang lebih
mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akibatnya, ketika saat
kematiannya  al-Qamah tidakmampu untuk mengucap kalimah syahadah
sehinggalah ibunya memaafkan kesalahan al-Qamah.  Akhirnya, barulah
al-Qamah dapat menghembuskan nafasnya dengan penuh tenteram.  

Mahukah peristiwa tersebut terjadi kepada diri kita?.  Semoga kita tidak
termasuk dari golongan yang menderhakai kedua ibu bapa kita
ذىعأ   للهاب   ٍِ   ُاطيشىا   ٌيجسىا 

(Al-Isra’ : 24)
Maksudnya : 
“Dan Hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana
kasihan belas dan kasih sayang Mu dan Doakanlah untuk mereka dengan
berkata : Wahai tuhan kami cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapa kami
sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan
mendidikku semasa kecil”.
ِه ُللها َكَزاَب ِي   ِف ٌُِنَىَو ِي   ْها ُِاَءِسُقىا َِِعَفََّو ،ٌِِيِظَع ِي   ْا ٍَِِ ِِٔيِف اََِب ٌُِماَيِإَو  ِسْمِّرىاَو ِثاَيآ
ْها ًٍِِِّْ َوَبَقَحَو ،ٌِِيِنَح   ٍَِِِو ِيََِسىا َىُٕ َُِّٔإ ،َُٔحَوَاِح ٌُِم ْها ُع ٌُيِيَع .   
ِىُقَأ  ُه   ِهِىَق  ِي َٓ ْها َللها ُسِفِغَخِسَأَو اَذ ٌَِيِظَع   ِه ِي   ،ٌُِنَىَو   ِسِئاَسِىَو   ٌُْىا َو َِِيَِِيِس ٌُْىا  ،ِثاََِيِس
َو ٌُْىا َو ِِيٍِِِْؤ ٌُْىا ِوُسِفِغَخِساَف ،ِثاٍَِِْؤ  ُٓ ا ُزِىُفَغْىا َىُٕ َُِّٔإ ٌُِيِحَسى            .  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan