Sabtu, 24 Mac 2012

PERINGATAN


 
Kepada putera dan puteri islam yang dikasihi
Bagaimanakah dengan amalan yang kita lakukan dalam kehidupan kita? Adakah ia bersesuaian dengan tuntutan agama kita? Adakah segala amalan wajib telah kita tunaikan? Adakah ilmu yang wajib telah kita tuntuti? Tepuk dada tanya iman kita sendiri…

            Cintakah kita kepada Allah dan Rasulnya? Adakah cinta itu hanya sekadar pada bibir atau sebaliknya? Adakah cinta kita hanya pada dunia sahaja? Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekalian, ingatlah bahawa kita sekarang berada dalam keadaan dan suasana masyarakat yang telah disabdakan oleh baginda Rasulullah S.A.W. sejak beribu tahun dahulu, iaitu kita berada pada zaman dimana zaman akan terbitnya Dajjal serta kelahiran Imam Mahadi dan turunnya semula Nabi Isa A.S. dimuka bumi ini. Zaman ini disebut sebagai zaman “Akhir Zaman”. Zaman berlakunya kerosakkan yang sungguh dasyat, tidak kira dari segi agama, akhlak, ekonomi dan segalanya.

            Pada zaman ini akan berlakunya pelbagai perkara-perkara yang sangat penting, iaitu :

1.    Sembahyang diabaikam, diringankan dan ditinggalkan
2.    Orang yang taat pada agama ditindas, sehingga tidak dapat melakukan apa-apa
3.    Agama Islam tidak dibela, walaupun ramai penganutnya
4.    Al –Quran akan banyak dicetak, tetapi bukan untuk dibaca bahkan hanya untuk digantung, dijadikan slogan, perhiasan dan sebagainya
5.    Keinginan nafsu mudah diperolehi, seperti pada filem-filem, buku-buku dan sebagainya
6.    Orang yang zalim akan menjadi pemimpin dan orang yang jahil banyak mengeluarkan fatwa-fatwa agama
7.    Perkara-perkara yang halal menjadi haram, dan yang haram menjadi halal
8.    Berbohong menjadi satu keperluan dalam kehidupan, bahkan jikalau tidak berbohong akan menjadi susah
9.    Zakat dianggap sebagai beban
10. Hujan turun bukan pada musimnya
11. Wanita menguasai lelaki dengan amalan syaitan
12. Anak-anak derhaka kepada ibu bapa
13. Antara kawan dan lawan sukar untuk dibezakan
14. Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya
15. Banyak berlaku bencana alam

Wahai saudara-saudaraku, itulah sedikit sebanyak gambaran yang telah diberikan oleh Rasulullah kepada kita sebagai panduan buat kira semua. Marilah kita bersama-sama kembali kepada jalan Allah, berpeganglah dengan seutuhnya tali Allah itu(Agama Islam), kerana barangsiapa yang tidak berpegang dengan Islam, azab yang pedih akan kita perolehi pada akhirat kelak.

Ingatlah bahawa Rasulullah telah meninggalkan kita semua sejak seribu tahun dahulu lagi, namun ingatlah bahawa Rasulullah itu sentiasa hidup dalam diri kita semua. Ingatlah bahawa Allah itu Tuhan kita yang satu, janganlah sesekali menyembah Tuhan selain dia, dan janganlah sesekali mengambil agama lain selain agama Islam. Rasulullah telah meninggalkan dua perkara yang penting dalam kehidupan seharian kita, sebagai panduan hidup kita semua. Selagi kita berpegang teguh kepada kedua-duanya, maka akan sejahteralah dunia dan akhirat kita. Perkara tersebut, ialah al-Quran dan as-Sunnah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan