Selasa, 13 Mac 2012

KATA - KATA HIKMAH DARIPADA PARA KEKASIH ALLAH

                                                   

1.       IBN JAWZI

“sekarang fikirkalah keadaan dirimu, saya kata kepada diriku. ‘kamu sebenarnya hamba kepada seorang Tuan yang telah memeliharamu sejak kamu  dilahirkan. Tidak diketahui berapa kali Dia telah mengampuni kesalahanmu, adakah kamu ingat bagaimana Dia telah memenuhi keperluan hidupmu? Dengan anugerah-Nyalah kamu mendapat ilmu dan mengusahakan mata pencarianmu. Dia menjagamu daripada setiap bahaya dan memimpinmu ke jalan yang benar. Dia telah menyelamatkan dirimu daripada musuh-musuh kamu. Dia telah memperelokkan rupa paras kamu dan menyempurnakan akal fikiran kamu. Dia membolehkan kamu menguasai pelbagai bidang ilmu dalam masa yang singkat, sedangkan orang lain mengambil masa yang lebih lama daripadamu. Dia juga telah mengurniakan kepadamu kefasihan lidah, kecerdasan akal, dan kekeuatan ingatan serta telah membuat kamu dikasihi dan dihormati oleh manusia, serta memudahkan mata pencarianmu tanpa kamu terhudang budi dengan sesiapapun. Adakah patut bagi kamu untuk tidak mensyukuri segala nikmat dan kurniaan-Nya yang telah dilimpahkan kepada kamu?’.

“Dan jika kamu menghintung nikmat pemberian Allah nescaya kamu tidak dapat menghintungkannya”
(Ibrahim:34)
2.       ABD QADIR AL-JILANI

“Hadapkanlah pandangan kamu kepada Dia yang sedang melihatmu. Tetapkanlah dirimu di hadapan dia yang menetapkan diri-Nya dihadapanmu. Cintailah Dia yang mencintaimu. Sahutilah seruan Dia yang menyerumu. Pintalah pertolongan daripada Dia yang dapat menolongmu, mengeluarkanmu daripada kegelapan kejahilan, menyucikan kamu daripada nafsu rendah serta godaan, kekecewaan dan ketakutan yang mengaburimu. Nafsu duniawi kamu adalah seperti rakan bodoh yang menyimpangkanmu daripada jalan yang benar serta mneghalang kamu daripada mencapai perkara yang benar-benar menyukakanmu. Berapa lamakah kamu hendak menjadi hamba kepada godaan dan tarikan nafsumu, kelobaan, kesombongan, pendek kata dunia sementara ini? Berapa lamakah kamu hendak lalai daripada akhirat, dan daripada Pencipta kamu yang mencipta segala akan sesuatu, Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Nyata dan Yang Tersembunyi? Semua benda berada dalam genggaman-Nya, dari Dialah terbitnya rasa cinta dalam hati kamu serta ketenangan, ketenteraman, kurnia dan rahmat”

3.       ALI BIN AL-MA’MUN

“Wahai kekasihku, sesungguhnya aku ini tidak mempunyai kedudukan apa pun di sisi Allah. Oleh sebab itu, aku tidak akan berdoa kepada-Nya, hanya saja sebahagian orang-orang ahli hikmah mengatakan, “Barangsiapa takut akan sesuatu, dia pun  akan berusaha menjauhinya.” Oleh itu usahakanlah dirimu setiap hari untuk melakukan kebaikan secara berterusan, yang dengannya akan datang kepadamu suatu keteguhan dengan mendapatkan pertolongan dari Allah SWT untuk melakukan kebaikan itu sendiri. Janganlah menunda pekerjaan hari ini untuk esok, jangan paksakan diri untuk melakukan hal yang tidak mungkin engkau melakukannya. Ingatlah akan kematian kerana dengannya akan dapat memperbanyakkan sesuatu yang semestinya hanya sedikit dan dapat mengurangi sesuatu yang telah banyak. Jaga diri agar selalu bertakwa dan taat kepada Allah serta menjauhi maksiat!”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan