Isnin, 22 November 2010

KEWARAKAN DAN KETELITIAN


RASULULLAH S.A.W.MENERIMA JEMPUTAN SEORANG PEREMPUAN
Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. dalam perjalanan balik dari menghadiri suatu upacara pengkebumian. Seorang perempuan telah menjemput Baginda s.a.w.untuk menjamu selera dirumahnya. Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabtnya yang lain pun menuju kerumah perempuan tadi. Apabila makanan dihidangkan, Nabi Muhammad s.a.w.kelihatan susah untuk menikmati walau sesuappun makanan itu. Baginda s.a.w. berkata: "Nampaknya binatang ini telah disembelih tanpa kebenaran tuannya." Perempuan itu berkata: "Ya Rasulullah, saya telah menyuruh seorang lelaki membelikan saya seekor kambing dipasar. Malangnya kambing--kambing telah kehabisan. Jiran saya telah membeli seekor kambing tempoh hari, jadi saya menghantar lelaki itu kesana untuk membelinya. Jiran saya itu tidak ada dirumah dan yang menjual kambing itu ialah isterinya." Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkannya supaya membahagi-bahagikan daging kambing tadi kepada orang-orang tawanan.

RASULULLAH S.A.W.TIDAK DAPAT TIDUR
Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. tidak dapat melelapkan matanya. Baginda s.a.w. berguling kesana kemari namun tidak juga boleh tidur. Isteri Bagimda s.a.w. bertanya: "Mengapa tidak boleh tidur,Ya Rasulullah?" Baginda s.a.w. menjawab: "Ada sebiji tamar yang terletak disuatu tempat tadi, kerana takut ianya terbuang begitu sahaja, aku telah memakannya. Sekarang aku menyesal kerana buah itu mungkin dihantar kemari untuk disedekahkan kepada orang-orang miskin."
Buah yang Nabi Muhammad s.a.w. makan mungkin kepunyaan Baginda s.a.w. sendiri tetapi oleh kerana para dermawan biasanya menghantarkan sedekah mereka kerumah Nabi Muhammad s.a.w. untuk dibahagi-bahagikan oleh Baginda s.a.w. sendiri maka perbuatan Baginda s.a.w.memakan buah tamar itu telah menimbulkan keraguan didalam hatiBaginda s.a.w. sendiri. Bagaimana pula dengan keadaan kita yang memakan benda haram tanpa kesangsian dan ketakutan!
ABU BAKAR DAN MAKANAN TUKANG TILEK
Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan kepadanya sebagai Tuan, sebahagian daripada pendapatan hariannya. Pada suatu hari, hambanya membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya berkata: "Kamu selalunya akan bertanya akan sumber makanan yang aku bawa tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian."
"Aku terlalu lapar sehinggkan aku terlupa untuk bertanya. Terangkan kepada aku dimana kamu dapat makanan ini." kata Abu Bakar. Hamba itu berkata :"Sebelum aku memeluk agama Islam aku menjadi tukang tilek nasib. Orang-orang yang aku tilek nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepada aku. Mereka berjanji akan membayarnya apabila sahaja memperolehi wang. Aku telah berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."
Mendengarkan kata-kata hambanya, Abu Bakar pun memekik: "Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku!." Kemudian Abu Bakar cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang telah ditelannya tadi. Cadangan itu diterima dan dilaksanakan sehingga makanan itu dimuntahkan keluar.
Kata seorang pemerhati: "Semuga Allah s.w.t. mencucuri rahmat atasmu. Kamu telah berusaha dengan susah payah kerana makanan yang sedikit." Kepada orang ini Abu Bakar menjawab: "Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi Muhammad s.a.w. telah berkata: "Badan yang tumbuh segar dengan makanan yang haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."

UMAR MEMUNTAHKAN SUSU
Seorang hamba Allah s.w.t. telah membawa sedikit susu kepada Umar. Apabila diminumnya, terasa olehnya yang susu itu berlainan dengan susu biasa. Lantas dia bertanya kepada sipembawa mengenai sumber susu yang dibawanya. Kata orang itu:" Beberapa ekor unta yang telah disedekahkan sedang memakan rumput dipadang pasir. Susu ini diperah dari binatang-binatang itu dan diberikan sedikit oleh pengwal-pengawalnya kepada saya sebagai hadiah."
Umar dengan segera memasukkan jarinya kedalam mulut lalu memuntahkan keluar apa yang telah diminumnya tadi.

ABU BAKAR MENYERAHKAN KEBUNYA KE BAITULMAL
Diceritakan oleh Ibnu Seereen: "Semasa Abu Bakar r.a.hu hendak meninggal dunia dia telah mengatakan kepada anak perempuannya Aishah r.a.ha: "Aku tidak suka menerima sesuatu dari Baitulmal tetapi Umar telah menggesa aku supaya menerima wang sara agar aku tidak payah berniaga dan untuk membolehkan aku menumpukan sepenuh masaku bagi menjalankan tugas-tugasku sebagai seorang Khalifah. Aku tidak ada pilihan tetapi sekarang serahkan kebunku itu kepada pengganti aku sebagai membayar apa yang telah aku terima selama ini."
Jadi apabila Abu Bakar meninggal dunia, sebagai memenuhi wasiatnya maka kebunnya itu pun diserahkan kepada Umar oleh Aishah. "SemugaAllah s.w.t. memberkhati ayahmu. Dia telah tidak membuka peluang kepada sesiapa pun untuk mengata-ngatakannya."
Sungguhpun wang sara yang diterimanya dari Baitulmal sebagai mengantikan sumber pendapat beliau semasa menjadi Khalifah adalah halal dari segi undang-undang namun itupun tidak meyenangkan beliau. Hakikat ini jelas terbukti dari kisah yang tercatat diatas. Berapa banyakkah manusia yang seperti Abu Bakar ini terdapat dikalangan penganut-penganut Islam hari ini?

KISAH ALI BIN MAABAD
Dia berkata: "Saya pada suatu masa tinggal disebuah rumah sewa. Pada suatu hari saya telah menulis sesuatu yang saya hendak keringkan dengan cepat. Rumah yang saya duduki itu temboknya diperbuat daripada lumpur. Saya bercadang hendak mengikiskan sedikit lumpur dari tembok tadi untuk mengeringkan dakwat pada tulisan saya itu, tetapi saya terfikir yang rumah itu bukan milik saya sendiri dan sudah tentu saya tidak boleh mengikisnya. Kemudian saya terfikir pula: "Aku hanya hendakkan sedikit sahaja."
Saya pun mengikislah sedikit lumpur. Pada malam itu sedang saya nyenyak tidur, saya melihat satu lembaga dalam mimpi saya. Lembaga itu memarahi saya dengan berkata: "Mungkin pada hari kiamat kelak kamu akan menyesali pemikiran mu tadi (Aku hanya hendakkan sedikit sahaja)."
Sebagai manusia biasa, perbuatan Ali bin Maabad sudah tentu kita anggap sebagai kesalahan yang paling kecil dan yang tidak sepatutnya menimbulkan sebarang takut didalam hati beliau, tetapi beliau adalah seorang muhaddis maka dia tidak boleh menimbulkan sebarang syak wasangka terhadap dirinya. Oleh sebab yang demikianlah maka dia menyesali perbuatannya itu.

ALI MELALUI TANAH PERKUBURAN
Kata Kumail: "Saya dan Ali telah berjalan kearah padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat disitu sambil barkata: "Ya, ahli-ahli kubur! Wahai kamu yang menghuni ditempat yang sunyi ini! Bagaimanakah keadaan kamu didunia sana? Setahu kami segala harta pusaka peninggalanmu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telahpun menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telah pun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit darihal diri kamu." Kemudian sambil menoleh kepada saya dia berkata: "Ya Kumail! Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan bahawa sebaik-baik bekalan adalah Taqwa" Air mata berhamburan dari kedua-dua matanya. Katanya lagi: "Ya Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala jenis perbuatan manusia tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."
Mengikut sebuah Hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya, sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang hodoh yang mengeluarkan bau yang amat busuk dan yang menambahkan kesensaraannya.
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda dalam sebuah hadith:
"Hanya tiga benda sahaja yang mengikuti seseorang kekuburnya,hartanya bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta dan kaum kerabat serta rakan karib akan kembali selepas upacara pengkebumiannya, yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalan perbuatannya."
Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. telah bertanya kepada para sahabat: "Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaanmu dan amal perbuatanmu?"
Para sahabat semuanya ingin mendengar penjelasan Baginda s.a.w. KataBaginda s.a.w.: "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan tiga orang adik-beradiknya. Apabila manusia ini hampir hendak meninggal dunia dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu bertanya: "Saudara, engkau tahu yang keadaan aku bukan? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan kepada aku? "Saudaranya menjawab: "Aku akan memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akan menjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan memandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazah kamu keperkuburan, kemudian aku akan mendoakan kamu." Soalan yang sama ditujukan pula kepada kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini: "Aku akan berada bersama-sama engkau selama mana engkau masih bernyawa. Sebaik-baik sahaja engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya. Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga maka dia menjawab: "Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun kamu berada didalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ditempat itu. Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatan-perbuatanmu yang baik." Saudaranya yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah diperbuatkan. Sekarang yang mana satu lagi menjadi pilihanmu?" Jawab para sahabat: "Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudaranya yang terakhirlah yang paling berguna untuk dirinya."

PENDAPAT NABI MUHAMMAD S.A.W. TENTANG MAKANAN YANG HARAM
Nabi Muhammad s.a.w. telah berkata:"Oleh kerana Allah Maha Sucidaripada segala sifat-sifat yang tercela, Dia menyukai dan memberkati segala-galanya yang tidak cacat. Allah s.w.t. memerintahkan supaya semua orang-orang Islam menyanjung tinggi sesuatu yang sunyi daripada kecacatan sepertimana yang telah diperintahkan kepada para Rasul-rasulNya.
Firman Allah s.w.t. didalam Al-Quran yang bermaksud :
"Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik dan perbuatlah kebaikan. Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu lakukan" (Al-Mu'minun - 51)
"Hai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik yang telah Kami kurniakan atas mu" (Al-Baqarah - 172)
Nabi Muhammad s.a.w.telah menyebut tentang seorang manusia yang permintaannya tidak ditunaikan oleh Allah s.w.t. walaupun dia sering menadahkan tangannya dan menyebut-nyebut:"Ya Allah! Ya Allah!" Pada lahirnya doa seperti itu telah sepatutnya diterima oleh Allah s.w.t.tetapi apabila diteliti semua makanannya, minumnya serta pakaiannya telah diperolehi dari sumber-sumber yang haram, jadi Allah s.w.t. tidak menghiraukan doanya.

UMAR DAN KASTURI
Umar r.a.hu telah menerima kasturi dari Baharain. Dia berkata: "Saya mahu seseorang menimbangkannya supaya dapat dibahagi-bahagikan sama rata kepada orang-orang Islam Kata isterinya: "Saya akan menimbangkannya." Umar tidak berkata apa-apa. Beberapa lama kemudian dia bercakap lagi tentang perlunya kasturi itu untuk ditimbangkan. Sekali lagi isterinya melahirkan keinginannya untuk menimbangkannya. Umar terus berdiamkan diri. Apabila isterinya meminta hendak menimbangkan kasturi tadi bagi kali yang ketiga, dia pun berkata: "Aku tidak suka kamu menyentuh dengan tanganmu kasturi itu (semasa menimbangkannya) lalu menyapu-nyapu baunya keatas badanmu kerana ia akan bermakna aku mendapat lebih daripada hak aku yang halal."
Kalaupun orang lain menimbangkannya sudah tentu orang itu akan memperolehi keuntungan yang bakal diterima oleh isteri Umar tetapi dia tidak rela keuntungan itu dinikmati oleh ahli keluarganya sendiri. Demikianlah ketelitian dan keadilan Umar dalam melakukan sesuatu.
Cerita yang seakan-akan sama telah dikisahkan mengenai Umar yang kedua iaiti Umar bin Abdul Aziz. Semasa memegang teraju pemerintahan sebagai Khalifah, kasturi kepunyaan Baitulmal sedang ditimbangkan. Dia telah menutup kedua-dua lubang hidungnya kerana tidak ingin menikmati sesuatu yang bukan hak miliknya.

UMAR BIN ABD. AZIZ MENYINGKIRKAN SEORANG GABNOR
Umar bin Abdul Aziz telah melantik seorang hambaAllah sebagai Gabnor sebuah wilayah. Kemudian ada orang mengatakan yang orang itu telahpun memegang jawatan yang sama dibawah pemerintahan Hajjaj bin Yusuf (Penumpah darah yang terkenal). Umar dengan serta merta mengeluarkan perintah supaya Gabnor itu dipecat, Gabnor itu berkata: "Tetapi saya tidak lama bekerja dibawah pemerintahan Hajjaj." Umar menjawab: "Pergaulan kamu dengannya selama sehari ataupun kurang daripada sehari sudah menyebabkan kamu tidak layak memegang sebarang jawatan dalam perkhidmatan awam."
Kawan-kawan yang kita gauli menjadi ukuran orang terhadap diri kita. Kalau baik sahabat-handai kita maka baiklah tentunya budi pekerti kita. Kawan-kawan yang tidak senonoh pula mengakibatkan perangai kita menjadi merosot. Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda didalam sebuah Hadithnya:
"Orang yang bergaul dengan seorang lelaki yang soleh bolehlah diibaratkan seperti orang menemani seorang penjual kasturi. Sungguhpun dia tidak memperolehi kasturi itu, baunya sudah tentu merupakan suatu nikmat kepadanya, sebaliknya orang yang bergaul dengan mereka yang jahat adalah seperti yang duduk berdekatan dengan dapur. Kalau pun ia tidak dibakar oleh api didapur itu, asap dan kepanasan sudah pasti akan menggangguinya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan