Khamis, 4 November 2010

BILAL DAN PENDERITAANNYA

Bilal r.a.hu adalah merupakan salah seorang sahabat-sahabat Nabi yang terkenal. Dia telah menjadi muazzin atau juru azan pertama di masjid Nabi. Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah. Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak terhingga dalam hati pemiliknya. Oleh hal demikiah, dia telah diseksa dengan begitu kejam oleh tuannya iaitu Ummyah bin Khalaf.Ummyah  telah menyeksa Bilal dengan membaringkannya di atas pasir yang panas membakar, sambil diletakkan batu besar di atas dadanya, sehingga tidak dapat menggerakkan tulangnya yang delapan kerat. Ummyah telah berkata kepada Bilal :


"Tinggalkan agamamu. Kalau tidak, matilah kamu dalam kepanasan metahari yang terik"

Bilal berkata :


"Ahad"-"Ahad" (Tuhan Yang Esa)


Pada waktu malam, dia telah didera dengan pukulan cemeti sehingga badanya luka. Pada waktu siang, dia dibaringkan di atas pasir yang panas membara. Tuannya berharap yang ia akan meninggalkan agamanya ataupun mati akibat luka-luka di badannya. Namun demikian, Bilal masih teguh dengan pendiriannya. Akhirnya, Saidina Abu Bakar telah membeli Bilal dan sejak daripada itu hiduplah dia sebagai seorang muslim yang bebas. Semenjak dibebaskan, Bilal sering mendampingi Baginda S.A.W. sehingga kewafatan Baginda . Selepas kewafatan Baginda, dia telah meninggalkan Kota Madinah.


Pada suatu hari beliau telah bermimpi didatangi Nabi dan berkata :


"Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak pernah melawatiku"


Sebaik-baik sahaja dia bangun daripada tidurnya, lantas beliau bersiap untuk ke Kota Madinah. Setibanya disana beliau telah berjumpa dengan Hassan dan Hussain, cucunda Baginda. Mereka meminta beliau supaya melaungkan azan. Manakah mungkin dapat beliau menolak permintaan orang yang dikasihinya. Apabila dilaungan azan, maka berkumandanglah diruang angkasa Kota Madinah. Penduduk-penduduk Madinah yang mendengar azan tersebut, tanpa segan silu telah membasahi pipi mereka denga air mata, kerana terkenangkan zaman keemasan mereka bersama Baginda S.A.W.  Setelah beberapa ketika berada di Kota Madinah, sekali lagi beliau telah meninggalkan Kota Madinah dan telah meninggal dunia di Damsyik pada tahun ke-20 hijrah.


Wahai sahabat-sahabat sekalian,
                              Marilah kita bersama-sama merenung diri kita,adakah iman kita seteguh iman Bilal. Sanggupkah kita mempertahankan agama kita yang dicintai(ISLAM) dan sanggup bertahan walaupun diseksa dengan macam seksa yang memedihkan? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan