“Hidup” dan “Mati” adalah suatu yang pasti dilalui oleh
setiap insan. Jika seseorang itu melalui kehidupan, pasti ia akan melalui mati.
Firman Allah yang bermaksud :
“Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan
Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk
menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha
Perkasa, Maha Pengampun.”
(Surah al-Mulk :
1-2)
“Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang (mengatur)
pergantian malam dan siang. Tidakkah kamu mengerti?”
(Surah al-Mu’minum : 80)
1. Keutamaan mengingati
kematian
“Perbanyakkanlah mengingati sesuatu
yang menlenyapkan segala macam kelazatan (kematian)” (HR. At-Tarmizi)
“Perbanyakkanlah mengingati
kematian, sebab yang sedemikian itu akan
menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia” (Diriwayatkan oleh
Ibnu Abiddunya)
“Sebijak-bijak manusia adalah yang
paling banyak mengingati kematian serta banyak melakukan persiapan untuk
menghadapi kematian. Merek itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan
mereka pergi ke alam baka’ dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan
akhirat.”
(HR. Ibnu Majah dan Ibnu Abiddunya)
Janganlah
kita semua termasuk dalam golongan yang mementingkan harta kekayaan dan
mengikuti nafsu serta lalai daripada mengingati mati, kerana ingatlah kematian
itu adalah suatu yang pasti dan azab Allah itu amatlah pedih. Firman Allah yang
bermaksud :
“Katakanlah, ‘Sesungguhnya kematian
yang kamu lari daripadanya, ia pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan
dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, lalu Dia beritakan
kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah al-Jumu’ah : 8)
2. Bersegeralah melakukan
amal kebaikan
Setiap orang mempunyai tempoh masa
untuk hidup di alam dunia yang tersendiri, tetapi kita tidak tahu bilakah
tarikh berakhirnya itu. Justeru itu adakah kita akan menghabiskan masa itu
dengan perkara-perkara yang melalaikan? Ingatlah hidup di alam dunia ini
hanyalah sekali dan mati juga adalah sekali. Jika berat timbangan amalan
kejahatan maka nerakalah sebaik-baik tempat untuk diri kita, jika berat timbanagan
amalan kebaikan maka syurgalah sebagai balasan untuk kita. Janganlah apabila
kematian sudah datang menjemput kita, baru hendak kembali kepada Yang Maha Esa,
kerana ia sudah terlambat. Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara. Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Rebutlah lima perkara sebelum
datangnya lima perkara, iaitu : masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa
sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa muskinmu,
masa lapangmu sebelum datang masa sempitmu dan masa hidupmu sebelum datang
kematianmu.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Ibnu al-Biddunya dan Ibnu Ibnu
Mubarak)
“Bekerjalah untuk mencari
keduniaanmu, seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah untuk
akhiratmu, seolah-olah engkau akan mati keesokkannya.” (HR. Ibnu ‘Asaakir)
Borgata Hotel Casino & Spa - JtmHub
BalasPadamBorgata Hotel Casino & Spa · 통영 출장안마 Borgata 의왕 출장마사지 Hotel Casino 울산광역 출장마사지 & Spa · Borgata Hotel Casino & Spa 이천 출장마사지 · Borgata Hotel Casino & Spa · Borgata Hotel Casino & Spa 진주 출장샵 · Borgata