Setiap insan yang hidup pasti akan melalui mati dan telah
pun melalui beberapa alam yang sebelumnya. Alam yang mesti dilalui oleh roh
boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu alam kandungan, alam dunia, alam
kubur dan alam akhirat.
1. Alam Kandungan
Alam kandungan adalah alam yang
dilalui oleh manusia ketika berada di dalam kandungan ibu dan pada ketika
itulah berlakunya proses kejadian manusia daripada gabungan ovum dan sperma.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Dan sungguh, Kami telah menciptakan
manusia dari saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami menjadikan air mani
(yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (Rahim). Kemudian, air mani itu Kami
jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal
daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu daging
belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikannya makhluk
yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik.” (Surah
al-Muk’minum : 12-14)
Daripada Abdullah bin Mas’ud ra, Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Bahawasanya seseorang daripada kamu
itu dikumpulkan kejadiannya dalam kandungan ibunya 40 hari, dalam keadaan air
mani. Lalu jadilah segumpal darah selama 40 hari juga. Kemudian Allah s.w.t
mengutus malaikat, lalu meniupkan roh ke dalam tubuhnya dan diperintah dalam
empat perkara, iaitu : dituliskan ketetapan mengenai rezekinya, ajalnya,
amalnya dan menjadi seorang yang celaka atau bahagia. (HR Imam Muslim)
2. Alam Dunia
Setelah manusia mengalami fasa yang
pertama, iaitu alam kandungan lebih kurang selama 9 bulan, seterusnya makhluk
yang bergelar manusia akan mengalami alam yang kedua, iaitu alam dunia. Semasa berada di alam dunia, manusia akan
berlumba-lumba untuk mencari kebaikan bagi mereka yang menggunakan akal dengan
sebaiknya, manakala bagi mereka yang tidak menggunakan akal dengan sebaiknya
mereka akan berada dalam kesesatan dan keburukan. Kehidupan dunia hanyalah
suatu kehidupan yang fana sahaja, ia tidak kekal dan penuh dengan tipu daya.
‘Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda
gurau. Sedangkan negeri akhirat itu,
sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?’ (
Surah al-An’am : 32)
‘Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah
permainan dan senda gurauan, perhiasan
dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan
anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanaman nya mengagumkan para petani;
kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning
kemudiannya menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan
ampunan dari Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah
kesenangan yang palsu.’ (Surah al-Hadid : 20)
‘Dan kehidupan dunia ini hanyalah senda gurau dan
permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya,
sekiranya mereka mengetahui.’ (Surah al-Ankabut : 64)
‘Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah
kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.’
(Surah al-Mu’min : 39)
Oleh hal
demikian, setiap insan yang sedang melalui alam dunia mestilah berlumba-lumba
dalam mengumpul bekal dengan secukupnya bagi melalui alam yang seterusnya
dengan aman. Bekal yang paling baik disisi Allah, ialah takwa. Firman Allah
yang bermaksud :
“Bawalah bekal, kerana sebaik-baik bekal adalah takwa.
Dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sihat!”
(Surah al-Baqarah : 197)
3. Alam Kubur
Setelah seseorang hamba itu melalui
alam kandungan dan alam dunia, yakni telah meninggal dunia, maka akan dilalui
alam yang ketiga, iaitu alam kubur atau alam barzakh. Alam ini juga hanyalah
bersifat sementara sahaja kerana ia adalah tempat untuk menunggu, iaitu menanti
akan ketibaan Hari Pembalasan akan segala amal yang telah dilakukan semasa
berada di alam dunia.
4. Alam Akhirat
Setelah melalui ketiga-tiga alam, iaitu alam kandungan,
alam dunia dan alam barzakh, manusia akan melalui alam yang terakhir, iaitu
alam akhirat. Alam akhirat adalah suatu negeri yang kekal dan ia merupakan
tempat pembicaraan yang paling adil. Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan
(sementara) dan sesungguhnya akhirat itu negeri yang kekal.” (Surah al-Mu’min : 39)
“Sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih
kekal.” (Surah al-A’laa : 17)
“Dan kehidupan dunia ini hanyalah senda gurau dan
permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya,
sekiranya mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut : 64)
Pada
hari tersebut, buku cacatan amala setiap manusia akan diberikan dan timbangan
amal akan dilaksanakan. Setelah itu, semua manusia akan melintasi titian
Ash-Shirath, iaitu sebuah jambatan yang tajam dan licin dimana dibawahnya
terletaknya neraka, manakala syurga berada dihadapannya. Mereka yang berat
timbangan buruknya akan jatuh ke dalam neraka yang mengandungi api yang
menyala-nyala dan penuh dengan seksaan yang amat dasyat. Bagi mereka yang
mempunyai timbangan amal baik yang berat akan berjaya melalui titian
Ash-Shirath menuju syurga yang penuh dengan kenikmatan yang belum pernah
dinikmati oleh sesiapapun ketika berada di alam dunia. Firman Allah yang
bermaksud :
“Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang
tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakkan di (muka) bumi. Dan
kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah
al-Qashash : 83)
“Allah menjanjikan (mengancam) orang-orang munafik
laki-laki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka jahanam. Mereka
kekal di dalamnya. Cukuplah (neraka) itu bagi mereka. Allah melaknat mereka;
dan mereka mendapat azam yang kekal.” (Surah at-Taubah : 68)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan