KEJUJURAN NABI MUHAMMAD
DIAKUI OLEH MUSUH – MUSUHNYA
Sejak dahulu sehingga
sekarang, musuh – musuh Islam khususnya daripada golongan Yahudi dan Kristian
tidak pernah berhenti daripada memburuk – burukkan Islam dan Nabi Muhammad.
Namun, sehingga ke hari ini mereka masih belum dapat mengetengahkan sebarang
cacatan sejarah yang dapat dijadikan bukti keburukan mahupun kelemahan Nabi
Muhammad. Banyak buku yang ditulis dan disebarkan, terutamanya di barat yang
memburuk – burukkan Islam dan Nabi Muhammad, tetapi apa yang ditulis itu tidak
disertakan dengan bukti – bukti sejarah yang kukuh. Sebaliknya, para sejarawan
Islam memiliki banyak catatan sejarah yang sahih mengenai sifat – sifat Nabi
Muhammad yang menunjukkan keunggulan baginda.
BUKTI1 : GELARAN AL – AMIN
OLEH KAUM QURAISY
Ibn Ishak merekodkan
bahawa ketika berlakunya pertelingkahan dalam kalangan kabilah – kabilah Quraisy
berkaitan dengan siapakah yang layak untuk meletakkan batu Hajarul Aswad ke
tempat asalnya. Oleh hal demikian, hasil daripada persetujuan daripada mereka
semua, mereka akan menyerahkan keputusan tersebut kepada orang pertama yang
akan memasuki Masjid Haram ketika itu. “Selepas menanti, masuklah seorang
lelaki dan rupa – rupanya dia adalah Nabi Muhammad. Mereka pun berkata, inilah
dia al – Ameen. Kami reda dengannya.” Hal ini disebutkan di dalam kitab al –
Kamil fit Tarikh oleh Ibn Athir.
Al – Amin membawa erti kepada ‘seorang yang amat
dipercayai’. Gelaran ini tidak pernah diberikan kepada sesiapa kecuali kepada
mereka yang betul – betul dipercayai oleh semua orang. Oleh hal demikian,
gelaran ini telah diberikan kepada Nabi Muhammad kerana baginda adalah seorang
yang amat dipercayai oleh masyarakat Quraisy. Justeru itu, orang Quraisy tidak
mempunyai alasan yang kukuh untuk mengingkari dakwah Nabi Muhammad kerana
mereka sendiri yang menyaksikan kejujuran baginda.
BUKTI 2 : NABI MUHAMMAD
BUKAN SEORANG PENDUSTA
Imam Baihaqi merekodkan
daripada Mughirah bin Syu’bah, katanya, “Pertama kali aku mengenali Nabi
Muhammad adalah pada hari aku sedang berjalan – jalan dengan Abu Jahal di
Mekah. Tiba – tiba kami bertemu dengan Nabi Muhammad. Beliau terus berkata kepada
Abu Jahal : “Wahai Abil Hakam, marilah kepada Allah dan rasul – Nya. Aku ingin
menyerumu kepada Allah”. Berkata Abu Jahal : “Wahai Muhammad, bilakah kamu
hendak berhenti daripada mencaci tuhan – tuhan kami ? Sekiranya kamu mahu, kamu
sanggup mempersaksikan yang kamu menyampaikan risalahmu dan kami sanggup
menjadi saksi mengenai perkara itu. Demi Allah, sekiranya aku mengetahui apa
yang kamu sampaikan itu adalah benar, nescaya aku mengikutimu”. Lalu Nabi
Muhammad pun beredar.
Abu Jahal terus berpaling kepadaku dan berkata : “Demi
Allah, aku mengetahui apa yang dikatakan oleh Muhammad adalah benar tetapi ada
beberapa perkara yang menyebabkan aku enggan mengikutinya. Sebabnya adalah bani
Qusai berkata, ‘ Kami bertanggungjawab pada kain tirai Kaabah’ dan kami berkata
kepada mereka, ‘Benar’. Mereka berkata, ‘ Kami bertanggungjawab pada urusan
minuman jemaah haji’ dan kami berkata, ‘Kamu benar’. Kemudian mereka berkata,
‘Daripada kalangan kami pimpinan nadwah’ dan kami menjawab, ‘Kamu benar’.
Mereka kemudiannya berkata, ‘Kami pemegang panji – panji’ dan kami berkata,
‘Kami benar’. Akhirnya mereka berkata, ‘Daripada kalangan kami nabi diutus’.
Berkata Abu Jahal, demi Allah, perkara inilah yang aku tidak dapat terima”.
(Rujukan : Ar – Rasul, Said Hawa, Darul Kutub Al – Alamiyah, Beirut, 1979, jil.
1, halaman 22. Hadis diriwayatkan juga oleh Abi Syaibah)
Abu Jahal adalah seorang tokoh Quraisy yang begitu lama
bergaul dengan Nabi Muhammad. Beliau mengakui bahawa Nabi Muhammad bukan
seorang pendusta nabim disebabkan sikap finatik perkauman dan kabilah,
menyebabkan dia menolak risalah dan kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad.
Penolakkannya disebabkan bani Qusai mengatakan bahawa nabi yang diutus adalah
daripada kabilah mereka dan bukan daripada kabilah Abu Jahal.
Imam Tarmizi merekodkan bahawa Abu Jahal pernah berkata
kepada Nabi Muhammad, “Kami tidak mendustakan kamu tetapi kami mendustakan apa
yang kamu bawa”. Kerana insiden inilah Allah telah menurunkan wahyu di dalam
surah al – An’am ayat yang ke 33 yang bermaksud, “Sesungguhnya mereka tidak
mendustakanmu tetapi golongan yang zalim itu mengingkari ayat – ayat Allah”.
Cara Abu Jahal berfikir adalah dalam konteks ini adalah
cara fikir yang rasional. Beliau menolak risalah yang dibawa Nabi Muhammad
tetapi pada masa yang sama, beliau mengakui bahawa Nabi Muhammad tidak pernah
berdusta.
BUKTI 3 : NABI MUHAMMAD
BUKAN SEORANG AHLI SIHIR
Imam Thabrani dan Ibn
Asakir merekodkan daripada Muawiyah bahawa Muawiyah, pada suatu hari dia
bersama – sama dengan Abu Sufyan dan Hindun bermusafir menuju ke sebuah kawasan
pergunungan dengan mengenderai keldai. Muawiyah berkata, “Tiba – tiba kami
terdengan suara Nabi Muhammad”. Maka berkatalah Abu Sufyan kepadaku, “Turunlah
wahai Muawiyah supaya Muhammad dapat mengenderai keldaimu”. Aku pun turun dan
keldaiku terus dikenderai oleh Nabi Muhammad. Baginda kemudianya berpaling
kepada kami dan berkata, “Wahai Abu Sufyan Ibn Harb, wahai Hindun bt Utbah.
Demi Allah kamu pasti mati dan kemudian pasti dibangkitkan dan pasti akan
memasuki sama ada nikmat keenakan syurga ataupun seksa neraka. Aku hendak
menyerumu kepada kebenaran. Kemudian baginda membaca ayat 1 – 11 surah al –
Fussilat. Berkatalah Abu Sufyan, “Apakah kamu sudah selesai wahai Muhammad?”
Bekata Nabi Muhammad, “Ya”. Bagindapun turun daripada keldai dan aku pun
mengenderai keldai itu semula. Hindun lantas berpaling kepada Abu Sufyan dan
berkata, “Apakah kerana ahli sihir ini kamu menyuruh anakku turun daripada
keldai?” Berkata Abu Sufyan, “Demi Allah, dia bukan ahli sihir juga bukan
pendusta!”
Seorang musuh pasti akan mengutuk musuhnya, apatahlah
jika dibelakangnya. Namun dalam peristiwa di atas Abu Sufyan berbuat
sebaliknya, iaitu dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad bukan ahli sihir dan
bukan juga seorang pendusta, malah dia telah memarahi isterinya sendiri kerana
mengatakan Nabi Muhammad seorang ahli sihir. Hal ini demikian, Abu Sufyan telah
mengenali Nabi Muhammad sebagai seorang yang tidak pernah berdusta dalam hidup
baginda.
BUKTI 4 : PENYAKSIAN ABU
SUFYAN DAN RUMUSAN HERACLIUS
Imam Bukhari dan Muslim
merekodkan daripada Abdullah ibn ‘Abbas dialog yang berlaku antara Abu Sufyan
dengn maharaja Rom yang bernama Heraclius. Heraclius bertanya, “Adakah kamu
mendapati Muhammad seorang pendusta sebelum beliau berkata apa yang dikatakan
sekarang?” Berkata Abu Sufyan, “Tidak!” Seterusnya, dihujung dialog itu
Heraclius merumuskan, “Aku bertanya padamu sama ada dia adalah pendusta sebelum
seruannya sekarang dan kamu berkata tidak. Sekiranya demikian, aku berpendapat,
sekiranya beliau tidak sanggup berdusta kepada manusia, tidak mungkin beliau
sanggup berdusta kepada Allah”.
Daripada dialog diatas dapatlah kita lihat bahawa musuh
Nabi Muhammad tidak dapat menemui sebarang cacat cela perihal peribadi baginda
sebelum beliau diutus sebagai rasul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan