Wahai manusia, sudah
datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa keberkatan rahmat dan
keampunan. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari – harinya adalah hari –
hari yang paling utama. Malam – malamnya adalah malam – malam yang paling
utama. Jam demi jamnya adalah jam – jam yang paling utama.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah
dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas – nafasmu menjadi tasbih, tidurmu
adalah ibadat, amal – amalmu diterima dan doa – doamu dimakbulkan . Mohon
kepada Allah, Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah
membimbingmu bagi melaksanakan puasa dan membaca kitab-Nya.
Malang bagi orang yang tidak mendapat ampunan Allah di
bulan yang agung ini. Kenang dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan
kehausan di hari kiamat. Bersedekah kepada fakir miskin. Muliakan orang tuamu,
sayangi yang muda, sambungkan tali persaudaraanmu, pelihara lidahmu, kawal
pandanganmu dari apa yang tidak halal bagi kamu memandangnya dan kawal
pendengaranmu dari apa yang tidak halal bagi kamu mendengarnya. Kasihi anak –
anak yatim, nescaya dikasihi manusia anak – anak yatimmu.
Bertaubat kepada Allah dari dosa – dosamu. Angkat tangan –
tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itu adalah saat – saat yang
paling utama ketika Allah memandang hamba – hamba-Nya dengan penuh kasih sayang
; Dia menjawab permintaan mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka
ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa
kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri – dirimu tergadai kerana
amal – amalmu, bebaskan ia dengan istigfar. Belakangmu berat kerana beban
dosamu, ringankan dengan memanjangkan sujudmu.
Ketahuilah, Allah Taala bersumpah dengan segala
kebesaran-Nya, dia tidak akan mengazab orang yang solat dan sujut, dan tidak
akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri dihadapan Tuhan
seluruh alam.
Wahai manusia, siapa di antara kamu memberi jamuan
berbuka puasa kepada orang Islam yang berpuasa pada bulan ini, di sisi Allah
nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa
– dosa yang lalu.
Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tidaklah
kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan khutbahnya, “Pelihara
dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Pelihara dirimu
dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.”
Wahai manusia,
siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, ia akan berhasil melewati Sirat
al-Muntaqim pada hari ketika kaki – kaki tergelincir. siapa yang meringankan
pekerjaan orang yang memiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan
ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. siapa menahan sikap
buruknya di bulan ini. Allah akan menahan kemurkaan-Nya pada hari ia berjumpa
dengan-Nya.
Siapa yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah
memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa menyambungkan tali
persaudaraan pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada
hari ia berjumpa dengan-NYa. Siapa meneruskan kekeluargaan di bulan ini, Allah
akan meneruskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan
menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa yang melakukan solat fardu,
baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu pada bulan lain.
Siapa memperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini,
Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan menjadi ringan.
Siapa membaca satu ayat al-Quran pada bulan ini, ganjarannya sama seperti
mengkhatamkan al-Quran pada bulan – bulan yang lain.
Wahai manusia! Sesungguhnya pintu – pintu syurga
dibukakan bagimu, mohon kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu.
Pintu – pintu neraka tertutup, mohonlah kepada Tuhanmu agar ia tidak akan
dibukakan bagimu. Syaitan – syaitan terbelenggu, mintalah agar ia tidak lagi
dapat menguasaimu.
Ali bin Abi Talib yang meriwayatkan hadis ini, berdiri
dan berkata, “Wahai Rasulullah, amal apakah yang paling utama di bulan ini?”
Jawab Nabi, “Wahai Abu al-Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah
menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah.”
Inti Sari Khutbah
Ø
Bulan Ramadhan
adalah bulan terbaik daripada seluruh bulan. Kerana pada bulan ini, setiap
perbuatan diberikan ganjaran, doa dimakbulkan dan amalan – amalan diterima.
Ø
Berpuasa
mengingatkan kita kepada kelaparan dan kehausan ketika dihari kiamat.
Ø
Bersedekah kepada
orang fakir miskin
Ø
Memuliakan kedua
ibu bapa
Ø
Menyambungkan
tali persaudaraan.
Ø
Pelihara lidah
daripada percakapan tidak berfaedah dan berdosa.’
Ø
Kawal pandangan
daripada perkara yang diharamkan kamu menandangnya, kerana pandangan itu
mengurangkan pahala berpuasa dan mengundang dosa.
Ø
Jaga pendenganran
daripada mendengar perkara yang tidak halal.
Ø
Kasihani anak –
anak yatim, orang lain juga akan mengasihani anak – anak kami setelah kamu
meninggal dunia.
Ø
Berdoa kepada
Allah pada bulan ini kerana ia adalah waktu utama ketika Allah memandang hamba –
hamba-Nya dengan penuh kasih sayang.
Ø
Berdoa ketika
solat, kerana ketika itu adalah antara masi doa paling mudah diterima Allah.
Ø
Perbuatan salah
yang dilakukan menyebabkan diri tergadai, bebaskan ia dengan beristigfar.
Ø
Ringankan beban
dosa dengan memanjangkan sujud.
Ø
Siapa yang
menjamu orang yang berpuasa, di sisi Allah seperti memerdekakan seorang hamba
dan diampunkan dosa – dosa yang lalu.
Ø
Siapa yang berakhlak mulia pada bulan ini, ida
akan melalui titian sirat dnegan mudah.
Ø
Barangsiapa yang
memudahkan urusan pekerjanya pada bulan ini akan dimudahkan hisab baginya.
Ø
Siapa yang memuliakan anak – anak yatim, Allah
akan memuliakan dia pada hari akhirat kelak.
Ø
Siapa yang menyambung tali persaudaraan, Allah
akan menyambungkan tali rahmat-Nya pada hari pertemuan-Nya.
Ø
Siapa yang
mengerjakan solat sunat pada bulan ini, akan dibebaskan daripada api neraka.
Ø
Siapa yang
mengerjakan solat fardu pada bulan ini, ia adalah sama dengan 70 solat fardu
pada bulan yang lain.
Ø
Sesiapa yang
membanyakkan selawat ke atas baginda, Allah akan memberatkan timbangannya.
Ø
Siapa yang membaca satu ayat al-Quran pada
bulan ini, ia adalah sama dengan khatam al-Quran pada bulan yang lain.
Ø
Pintu syurga akan
dibuka dan pintu nereka akan ditutup rapat.
Ø
Syaitan akan
diikat
Ø
Amalan yang paling utama adalah menjauhi
perkara yang diharamkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan