Isnin, 14 November 2011

WAHSIAT IMAM SYAFIE (MENUNTUT ILMU)



1.    KEUTAMAAN ILMU
Jika aku melihat ahli hadis, terbayang olehku akan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan kebaikan mereka, kerana mereka telah menyelamatkan sesuatu yang asli. Selain itu, mereka memiliki kelebihan ke atas kita.
            Semua ilmu, kecuali Quran, hadis dan Fiqih, menyibukkan orang. Ilmu yang benar adalah yang jelas rawinya, jika tidak ia datang daripada syaitan.
            Kurandahkan diriku untuk manusia dan kumuliakan diri mereka. Diri yang tidak direndahkan tidak akan mulia.

2.    INSAN PENGABDI ILMU
Ilmu itu memiliki keutamaan yang membuat orang mengabdi kepadanya. Memelihara ilmu itu wajib sebagaimana wajibnya seorang manusia menjaga harta dan darahnya. Barangsiapa mempunyai ilmu, kemudian ia mewariskan ilmunya kepada orang yang tidak berhak menerimanya, maka zalimlah perbuatan itu.

3.    ILMU MEMBAWA KEMULIAAN
Aku melihat bahawa pemilik ilmu itu akan mulia, walaupun ia dilahirkan di tengah keluarga yang buta huruf. Ilmu selalu dapat mengangkat darjat pemiliknya sehingga semua orang mulia menghormatinya. Mereka akan mematuhi kata-kata sang pemilik ilmu, ibarat pengembala yang menjadi raja gembalaanya. Setiap orang tidak akan merasakan kebahagiaan tanpa ilmu dan tanpa ilmu tidak akan kenali halal dan haram.

4.    CARA MEMPEROLEH ILMU
Tidak akan kamu memperoleh ilmu kecuali dengan enam perkara, iaitu kecerdasan, semangat keras, rajin, dan agresif, wang yang cukup, serta bersahabat dengan guru dalam tempoh yang lama.

5.    KESUNGGUHAN
Manakala engkau mendengar cerita tongkat milik datuk menjadi pohoh dan berbuah janganlah percaya.
            Manakala engkau mendengar seorang nenek tewas ketika hendak minum kemudia tenggelam ti tengah sungai, buktikanlah!
            Jika kekayaan dapat dicapai melalui angan-angan, maka akan engkau temukan aku tergantung di tengah taburan bintang yang bergemerlapan.
             Tapi ingatlah, orang yang diberi darjat mulia kerana ilmunya tidak mungkin diberi harta melimpah, kerana ilmu dan harta tidak mungkin jalan bersama.
            Sudah menjadi suratanbahawa orang yang akan dinaikkan darjatnya, pasti diuji dengan kemelaratan. Buktinya banayak orang pandai yang hidupnya melarat dan banyak orang bodoh yang hidup serba cukup.
            Orang yang diberi rezeki dengan mudah, pahalanya sedikit, tidak terpuji dan tidak mendapat taufik.
            Kesungguhan itu dapat memecahkan persoalan yang berat sekalipun, bahkan dapat membuka setiap pintu yang terkunci.

6.    MENUNTUT ILMU
Keterjagaanku di tengah malam untuk menekuni ilmu lebih nikmat bagiku berbanding lagu merdu dan bau wangian.
            Goresan penaku di tengah lembaran kertas terasa lebih indah berbanding dengan khayalan. Bergelut dengan masalah keilmuan lebih mengasyikanku disbanding mendengar nyanyian seorang gadis. Aku terjaga setiap malam untuk belajar pada saat orang-orang sedang lelap tidur.

7.    BELAJARLAH
Belajarlah! Tidak ada bayi yang lahir langsung menjadi ilmuan dan tidak sama di antara ilmuan dengan orang yang bodoh. Sebesar apapun sebuah Negara itu, ia kana dinili kecil jika penduduknya tidak berilmu, apabila dibandingkan dengan Negara kecil yang banyak penduduknya berilmu. Sekecil apapun Negara itu, akan menjadi kuat apabila penduduknya ebrilmu. Sesungguhnya negara itu besar jika dibandingkan dengan umumnya negara-negara lain.

8.    ILMU ITU DATANG DALAM KEHENINGAN
Hikmah tidak dapat dicapai oleh orang yang selama hidupnya sibuk denga urusan keluarga. Ilmu tidak akan diperolehi, kecuali oleh orang yang hidupnya tenang. Luqman al-Hakim diberi keutamaan oleh Allah kerana dia sudah diuji hidupnya dengan kemiskinan di tengah keluarga yang hartanya melimpah.

9.    ILMU BERADA DALAM DADA
Ilmuku sentiasa bersamaku. Ia sangat bermanfaat bagiku bila ku amalkan. Hatiku adalah bejena penampung ilmu dan bukan perut yang menampungnya.
            Ketika kau berada sirumah, ilmuku tinggal disana dan ketika aku pergi ke pasar, ilmuk selalu mengikutiku ke mana pun aku pergi.

10. SINAR ILMU MEMANCAR KETIKA MAKSIAT DITINGGAL
Aku pernah bercerita kepada Waki’ (guru Imam Syafie) mengenai kesulitan menghafal. Dia menunjuki aku agar menghindari maksiat. Dia juga mengatakan kepadaku bahawa ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan diberiakn kepada orang-orang yang banyak melakukan maksiat.

11. LADANG KEBANGGAN MANUSIA
Ilmu itu ladangnya kebanggan, maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Tetapi janagan sampai terlewatkan olehmu memiliki kebanggan itu.
            Ketahuilah, ilmu tidak akan dapat dirai oleh orang-orang yang perhatiannya hanya pada makanan dan pakaian. Ilmu aakn lebih senang bersahabat dengan orang-orang yang hidupnya sederhana.
            Ambilah ilmu sebanyak-banyaknya! Meskipun harus banyak berkorban dan menderita, kerana pada suatu hari kelak, bila engkau menghindari suatu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebanggaan majlis itu.

12. HIASAN MANUSIA ADALAH ILMU DAN TAKWA
Terimalah cacian gurumu dengan hati yang lapang dan penuh kesabaran, kerana ilmu gurumu hanya akan dapat engkau terima dengan menyerahkan dirimu sepenuhnya kepadanya.
            Barangsiapa yang tidak pernah merasakan pahit getirnya menuntut ilmu,  meskipun sedikit tentulah ia akan terjerumus ke dalam kebodohan seumur hidupnya.
            Barangsiapa yang tidak memanfaatkan masa mudanya untuk menuntut ilmu, maka bertakbirlah empatkali untuknya sebagai tanda kematian.
            Pemuda sejati di depan Allah adalah pemuda yang berbekalkan ilmu dan takwa. Jika dua bekal itu tidak dapat dimiliki oleh seorang pemuda, maka ia bukanlah pemuda sejati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan