Selasa, 1 November 2011

CHAKRA


salam. kepada semua saudaraku,
 adakah saudara tahu bahawa terdapat 7 jenis cakra dalam badan kita? Hal ini demikian, kerana setiap makhluk mempunyai medan elektromegneti. Bagi kita yang bergelar manusia, cakra kita disebut dengan nama aura yang mempunyai warna, yang tersendiri sebagai lambang kepada cakra itu sendiri. Cakra ini boleh berubah-ubah mengikut keadaan tubuh badan kita. Setiap cakra itu mempunyai jalinan yang tersendiri terhadap keadaan badan kita, sama ada dari segi emosi, pola fikiran, iman dan sebagainya. Cakra-cakra yang terdapat dalam badan kita, ialah :
1.    Cakra Mahkota ; terletak di atas kepala (ubun-ubun) ; berwarna ungu
2.     Cakra Ajna ; terletak di depan tengah alis mata ; berwarna indigo
3.     Cakra kerongkong ; terletak depan tenggorokan ; berwarna biru
4.    Cakra Jantung ; terletak di depan tengah dada ; berwarna hijau
5.     Cakra Solar Plexus ; terletak di depan ulu hati ; berwarna kuning
6.    Cakra Tantien ; terletak 2 sd. 3 jari dibawah pusar ; berwarna orange
7.    Cakra Dasar ; terletak diujung tulang ekor bawah ; berwarna merah
Saudaraku,  topik yang utarakan ini bukan untuk mengotak-kotakkan fikiran saudara semua, tetapi ingin mengajak saudara semua untuk membebaskan diri kita daripada rantai penipuan dunia. Mengapa saya berkata sedemikian? Jawapannya adalah, mereka yang digelar golongan elit ini telah berjaya mengawal diri kita demi mencapai matlamat mereka, iaitu bagi mewujudkan ‘Dunia Pemerintahan Baru’. Namun, daripada ketujuh-tujuh cakra itu, saya hanya ingin menekankan 5 cakra penting sahaja, iaitu cakra mahkota, cakra kerongkong, cakra jantung, cakra tantien dan cakra dasar.
Cakra dasar ialah cakra yang melibatkan tenaga seksual kita semua. Dalam Islam, terdapat konsep ‘halal’ dan ‘haram’ atau dengan kata lain, iaitu ‘dibolehkan’ dan ‘diharamkan’ oleh Allah. Maksud disini, ialah persetubuhan antara lelaki dengan perempuan adalah haram, kecuali jika kamu berkahwin. Cakra ini akan menghasilkan tenaga yang sihat apabila ia digunakan dalam persekitaran yang sihat, iaitu dengan berkahwin. Oleh hal demikian, hubungan yang dilakukan tanpa berkahwin adalah tidak digalakkan dan haram, kerana ia akan mengundang bencana yang besar kepada diri dan orang disekeliling kita. Mengapa saya menerangkan cakra dasar dengan sedemikian rupa? Jika saudara semua ingin tahu, bahawa kita mereka telah cuba untuk mengotorkan cakra tersebut dengan mewujudkan budaya “couple” dalam kehidupan kita, mereka juga telah mewujudkan hari yang dikatakan hari untuk memperingati orang yang kita cintai, iaitu “valentine day” dan banyak lagi perkara yang telah mereka lakukan untuk merosakkan cakra tersebut. Mereka juga telah memberikan ini kepada kita semua :
http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRf5xZxKwgllmAH-TZzqye55oaucOwn0Y6E2ecSFvCOKsqeIR21http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRnrz7W_0huvFRhFMki2CvLjOrh3q2QMWDsdmQEgUc9N9yZQYveQw
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSEXIjn6tQUk_MBh-Z7zT3VyTmeMCqctjeJPb8x_zKQKJavzhO1_lnuKl9k

sex
“Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur : 32)
Cakra yang kedua, iaitu cakra tantien. Cakra ini merupakan cakra yang berada disebelah perut kita semua dan ia melibatkan tenaga dalaman dan sebagai penyimpan tenaga kehidupan. Untuk membina tenaga kehidupan yang positif dan betul, kita mestilah mengambil makanan yang sihat, berkhasiat dan halal. Hal ini demikian, makanan itu akan menjadi darah daging kita semua. Jika makanan itu daripada sumber yang halal, maka baiklah kehidupan kita dan sebaliknya. Saudara semua ingin tahu mengapa saya menjelaskan sedemikian? Ini kerana, mereka telah pun mewujudkan satu sistem yang menimbulkan rasa curiga atau was-was terhadap apa yang kita lakukan. Contohnya, dengan melaburkan wang yang kita perolehi ke dalam bank yang tidak menjalankan urusan bukan dengan cara Islam. Adakah kita tahu bahawa faedah yang kita terima itu adalah betul-betul halal. Tepuk dada Tanya iman saudara semua. Mereka juga memberikan kita :
http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQBeuVNByETkp5QtUeOhKOW0c53KwdPMtxmHG_VrCTzoJa7XsNXRQhttp://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQgL8rdwi_OlbI-bnYMAW3zsziq0c1FyB7emMRmS_Vn35B3s0aL



Makanan yang tidak berkhasiat


 Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (Surah 2 - Al Baqarah : Ayat 172)

Cakra yang ketiga, iaitu cakra jantung atau dengan nama lain, iaitu cakra hati. Cakra hati melibatkan perasaan belas kasihan, cinta, penghormatan dan pemenuhan emosi. Ini semua boleh dicapai melalui hubungan yang sihat, kasih saying dan keamanan antara manusia dan alam semulajadi. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa baginda diutuskan bagi melengkapkan ajaran kebaikan oleh Nabi Isa dan para Nabi yang terdahulu. Melalui belas kasihan sahajalah masyarakat yang sihat dapat dilahirkan. Mengapa saya menghuraikan dengan cara sedemikian, ialah mereka semua telah mendidik kita semua supaya mementingkan diri sendiri daripada orang lain, buktinya di Negara Jepun, sesiapa yang menolong orang yang dilanggar dan orang itu disahkan cacat, maka dia akan dikenakan tindakan. Mereka juga telah merosakkan cakra ini :


pergaduhan dan peperangan
Cakra yang keempat, ialah cakra kerongkong. Cakra ini melibatkan komunikasi dan peluahan diri. Cakra ini sangat penting kerana kita sentiasa menggunakannya dalam kehidupan kita, tidak kira dimana kita berada. Cakra ini boleh menyebabkan pelbagai masalah yang besar timbul seperti pemutusan tali persaudaraan akibat daripada fitnah orang yang tidak bertanggungjawab. Oleh hal demikian, kita mestilah sentiasa berhati-hati apabila ingin mengeluarkan kata-kata. Penerangan saya berkaitan cakra ini kerana mereka telah berjaya menyebarkan  falsafah mereka  terhadap cakra ini, iaitu telah menjadikan perkataan yang tidak elok dalam pertuturan seharian kita semua. Misalnya, ‘shit’, ‘damp’, looser’ dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud :
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. 3)kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah al-‘Asr ayat 2-3)

Penipuan
            cakra yang terakhir, ialah cakra mahkota. Cakra ini melibatkan kebijaksanaan, gerak hati, kesedaran dan kerohanian. Cakra ini adalah cakra yang paling penting sekali kerana ia melibatkan akal kita, untuk berfikir sama ada perkara yang kita lakukan itu adalah betul atau salah. Pencemaran cakra ini dapat dilihat pada kawalan minda yang dilakukan oleh mereka. Mereka telah mengawal minda kita semua, supaya kita sedar dengan apa yang kita lakukan dan supaya kita tidak dapat menentang mereka. Buktinya, dalam kehidupan seharian kita, kita akan bangun tidur pada jam 6 pagi, kemudian pergi bekerja dan perlu sampai sebelum jam 8 pagi. Pada jam 10:30 pagi kita akan rehat dan selepas itu meneruskan semula kerja kita dipejabat. Pada jam 1:30 petang kita akan rehat lagi dan meneruskan semula kerja kita pada 2:30 petang. Pada jam 5 petang kita akan bergerak pulang ke rumah. Apabila kita sampai kita akan merehatkan badan. Proses ini akan berterusan sehingga umur kita mencapai usia 58 tahun. Tidakkah saudara semua Nampak bahawa mereka telah mengawal kehidupan kita semua tanpa kita sedari. Apabila kita sedah terbiasa dengan keadaan sedemikian, kita tidak dapat melakukan perkara yang baru tanpa masa yang singkat. Masa kita terikat semata-mata kepada kerja sahaja. Kita tidak dapat melungkan masa untuk bertemu dengan saudara-saudara kita yang lain. Fikit-fikirkanlah wahai saudaraku.
Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.( Yunus: 100)

Kawalan minda
Secara kesimpulannya, hanya dengan mengayakan setiap cakra ini dengan kebaikan sahajalah kita boleh mencapai potensi kita sebagai seorang insan. Oleh itu, seseorang harus menggunakan dan mengayakan kesemua kemahuan fizikal, mental, dan emosi dengan cara yang betul agar dapat membersarkan jiwa dan mengusai diri kita sendiri serta kita dapat mencapai potensi diri. Hanya dengan itu sahajalah kita boleh menjadi insan yang lengkap. Tidakkan saudara mengatahui bahawa mereka(kumpulan Illuminati) telahpun melancarkan peperangan dengan melibatkan cakra-cakra ini. Ia bukannya satu kebetulan bahawa sasaran mereka adalah cakra-cakra yang sama kita bincangkan sebentar tadi. Satu persatu cakra telah mereka serang mengikut urutan cakra tersebut. Justeru itu, bagi mencapai pengcahayaan hidup, seseorang mesti menaikkan tanganya melalui cakra-cakra ini, bermula dari bawah, iaitu cakra seksual kepada cakra yang tertinggi, iaitu cakra mahkota.
            Untuk pengetahuan saudara, salah satu kerisauan mereka, ialah apabila kita berjaya memenangi peperangan cakra-cakra ini. Hal ini demikian, apbila kesemua cakra ini tersusun dan digunakan dengan cara yang betul, maka akan muncul di atas cakra mahkota ini satu cakra yang baru. Cakra ini tidak akan dapat mereka sentuh dan merupakan satu cakra yang menjadi kemuncak kepada jiwa yang bebas. Mereka tahu bahawa apabila satu jiwa yang bebas akan berupaya untuk membebaskan jiwa-jiwa yang lain. Oleh hal demikian, satu persatu sistem mereka akan roboh. Namun, ini semua bergantung dengan pilihan yang dibuat oleh kita semua bermula dari sekarang. FIKIRKANLAH…PILIHAN TERLETAK KEPADA SAUDARA SEMUA… 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan