Jumaat, 11 November 2011

WAHSIAT IMAM SYAFIE (BERDOA)



1.    NILAI SEBUAH DOA
Adakah engkau menganggap nilai sebuah doa itu rendah atau tidak bernilai langsung? Padahal engkau tidak mengetahui bagaimana besarnya pengaruh doa dalam kehidupan seseorang. Tidak ada kesalahan jika engkau berdoa di tengah malam. Tetapi renungkanlah bahawa malam memiliki batas yang pasti akan berakhir.

2.    HARI UNTUK BERDOA
(dalam sebuah catatan yang pernah dibacakan oleh Abu Sulayman Al-Kathabi kepada sebahagian daripada anak-anak muridnya. Sang guru berkata : “dahulu pada hari-hari saat Imam Syafie menunaikan ibadah haji, ada satu kesempatan yang digunakan olehnya untuk mengkaji pelbagai masalah. Tiba-tiba ada seorang wanita menyampaikan sebuah lembaran yang bertuliskan :
            Semoga Allah mengampuni dosa orang yang memberi pertolongan dengan doa terhadap dua orang yang dahulunya bersahabat. Kemudian mereka bercerai-berai kerana kuasa nafsu mereka. Setelah itu hilanglah rasa persahabatan antara keduanya.
            Al-Khathabi melanjutkan. “lalu Imam al-Syafie menangis sambil mengatakan, hari ini bukanlah hari untuk berdebat. Hari ini adalah hari untuk berdoa. Kemudia Imam terus menerus mengucapkan Allah humma…Allah humma… sehingga semua sahabatnya pulang”.)

3.    HINDARILAH DOA ORANG YANG TERANIAYA
Kebayakkan orang zalim telah engkau perangi, namun ia akan tetap seperti yang ditakdirkan. Bagiku Islam tidak lain hanya mengajarkan ibadah dan doa-doa yang tidak dapat ditangkis dengan baju-baju besi.
            Jangan engkau mengaggap remeh doa orang-orang yang teraniaya, kerena doanya menembusi orang yang zalim dan pegikutnya bagaikan panah dari negeri Qis. Doanya akan masuk ke dalam jiwa dan tubuhnya bagaikan anak panah yang menebusi tubuhnya. Ekorannya adalah bulu matanya, pelicinnya adalah air mata.

4.    AKU TIDAK PEDULI
Cukuplah Engkau sebagai pelindungku, kerana dalam diri-Mu terkandung pelindung hatiku. Aku tidak peduli, bilakah cinta-Mu tiba. Selamanya tidak ada yang menghalangi kedatangan cinta-Mu kepadaku.

5.    JANGAN BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH
Apabila pagimu telah penuh dengan dosa, dan engkau takut akan seksa-seksa-Nya di hari kemudian, percayalah telah datang keampunan Allah Yang Maha Pengampung kepadamu, beserta nikmat-Nya yang berlipat ganda. Janganlah sesekali berputus asa daripada kasih sayang Allah, pada saat yang bagaimanapun. Bukankah dalam perut ibumu ada segumpal darah dan sejuta kasih sayang apabila Dia menginginkan engkau untuk menjadi penghuni Jahanam selama-lamanya, pastilah Dia mengosongkan hatimu daripada ketauhidan.

6.    ISTIGHFAR DAN TAUBAT
Ya Allah, limpahilah hatiku dengan belas kasih-Mu, baik pada siang dan malam hari, mahupun pada saat pagi dan petang yang bersiling ganti.
            Tidak terlewatkah dalam hatiku, semasa aku tidur atau terjaga, kecuali mengigat nama-nama-mu antara jiwa dan nafasku.
            Engkau telah masukkan ke dalam hatiku sebuah gagasan bahawa Engkau Maha Suci daripada segala-galanya.
            Telah banyak dosa yang telah aku perbuat, dan Engkau mengetahuinya. Namun, saat petang menjelang dan pagi itu datang, aku juga masih berbuat dosa.
            Tuntunlah aku pada jalan yang telah ditempuh oleh hamba-hamab-Mu yang soleh dan janganlah sesatkan aku dalam menapaki jejak agama-Mu.
            Bimbinglah aku di dunia ini dan di akhirat kelak serta cerahkanlah wajahku pada saat orang-orang bermuka masam.

7.    ANUGERAH ALLAH
Aku melihat-Mu pada saat penciptaanku yang penuh dengan anugerah. Engkaulah sumber satu-satunya pada saat penciptaanku. Hindarkanlah aku dari anugerah yang buruk. Kerana sepotong kehidupan telah cukup bagiku hingga tiba saat Engkau mematikanku.

8.    MERENDAHKAN DIRI MENGHARAP BELAS KASIH
Dalam keadaan yang hina, yang jauh dari keagungan-Mu dengan segala rahsia yang tidak kuketahui. Dengan kepala menunduk, dengan kesedaran yang dalam, dengan kedua tangan mengadah, kumohon anugerah dan belas kasih-Mu ya Allah.
            Dengan Asma-Mu yang baik itu, kupanjangkan doa baik dengan puisiku mahupun dengan prosaku.
            Dengan janji-Mu yang terdahulu: ‘Bukankah Aku Tuhanmu?’
            Dengan orang yang belum dikenal, kemudian ia dikenal dengan namanya.
            Berilah aku setitis kasih sayang, duhai Zat Yang Maha Pengasih, agar hidupku tidak merana.

9.    PERPISAHAN DENGAN DUNIA MENUJU AKHIRAT
(Abu Ibrahim Ismail bin Yahya mengatakan : “Aku masuk menemui Imam Syafie ketika dia dalam keadaan sakit dan akhirnya menyebabkan kematiannya. Aku berkata kepadanya: “bagaimana keadaamu pagi ini?” Imam menjawab: “pagi hari ini kutinggalkan dunia. Aku berpisah dengan kawan-kawan. Aku telah minum ‘piala’ kematian. Aku sedang menuju Allah s.w.t. dan aku sama sekali tidak tahu akan ke man rohku. Apakah ke neraka atau ke syurga? Aku (Abu Ibrahim) mencuba menghiburkannya. Imam lalu menangis sambil mengucapkan ;)
            Disaat hatiku membeku dan fikiranku kacau, kujadikan harapanku sebagai tangga menuju ampunan-Mu. Dosaku terlalu besar bagi diriku, akan tetapi ampunan-mu lebih besar dibandingkan besarnya dosaku.
            Selama ampunan-Mu masih mengalir, tidak ada dosa yang tidak dihapuskan, Engkau Maha Pemurah, Maha Pengampun dan Maha Mulia.
            Kalaulah bukan kerana Engkau, tidak seorang hambapun yang tunduk kepada iblis. Bagaimana mungkin? Adam pilihan-Mu, telah dijerumuskan oleh iblis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan