Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada umat Islam agar memakan
makanan yang halal lagi baik, kerana makanan yang halal dan baik akan memberi
kesan yang baik terhadap diri.
“Setiap sesuatu mempunyai asas. Asas
agama ini adalah makanan yang halal. Tidak jarang kerana sesuap makanan haram
yang dimakan manusia dengan tanpa mempedulikannya, tidak diterima alam
ibadatnya selama empat puluh hari.”
(Hadis direkodkan oleh Tabrani daripada
Ibnu Abbas)
“Wahai Sa’ad, perbaikilah makananmu,
nescaya doamu akan termakbul.”
(Hadis direkodkan oleh Tabrani dalam
al-Ausath daripada Ibnu Abbas)
“Seorang lelaki berdoa, Ya Tuhan! Ya
Tuhan! Sedangkan makanannya haram, minumanny haram, dan pakaiannya juga haram,
dia diberi makan (sejak kecil) dengan yang haram, mana mungkin doanya
dikabulkan.”
(Hadis direkodkan oleh Muslim daripada Abu
Hurairah)
“Apakah kamu tidak tahu bahawa Abu
Bakar Siddiq ra tidak memasukkan ke (dalam) perutnya kecuali yang halal?”
(Hadis direkodkan oleh Bukhari
daripada Aisyah)
“Orang beriman makan dalam satu
perut, sedangkan orang kafir makan dalam tujuh perut”
(Hadis direkodkan Bukhari dan
Muslim)
Dalam kehidupan orang kafir, mereka
memang tidak mempunyai peraturan mengenai makan makanan sama ada yang halal
atau haram. Mereka memakan apa-apa sahaja makanan yang mereka inginkan sehingga
makanan tersebut memberi kesan terhadap tubuh badan mereka sendiri. Mereka yang
sedemikian amat mudah dijangkiti penyakit, misalnya SARS. Penyakit ini
disebabkan pengambilan makanan yang bercorak bebas, contohnya di China, Hong
Kong, Taiwan, Singapura, Toronto dan Canada. John Gibson melaporkan (2003) :
“Dunia mengetahui tentang epidemic ini
apabila seorang professor perubatan dari Quangzho, china dijangkiti dan
menjangkiti pula 6 orang pelanggang lain di salah sebuah hotel di Hong Kong.
Dari situ, penyakit yang menyebablan kematian ini menular ke Vietnam, Singapura,
Taiwan, Kanada dan Eropah. Penyakit ini sebenarnya sudah menular di China sejak
Nov 2002 tetapi ia tidak dilaporkan kepada WHO. Kemudian, penyakit itu menular
dengan cepat sehingga situasi menjadi tidak terkawal. Pihak berkuasa
menyembunyikan maklumat mengenai Epudemik SARS itu dengan menyimpulkan
penyebabnya adalah virus Chlamydia. Kemudian, apabila WHO mengeluarkan amaran global pada 15 March
2003, suasana panic melanda dunia. Selepas itu, China melaporkan kematian
kepada WHO, 5 daripada 305 kes, dari Nov hingga pertengahan Feb. Kemudian, id
diubah kepada 792 kes dengan 31 kematian pada akhir Feb. Sekitar 30% daripada
kes itu melibatkan kematian pegawai
perubatan. Pada bulan Mei 2003, WHO mengumumkan sudah lebih daripada 500 orang
menjadi korban SARS. Angka kematian adalah sekitar 5% hingga 15%. China, Hong
Kong, Taiwan, Singapura dan Kanada mencatatkan jumlah kes yang paling tinggi.
Gejala SARS pada mulanya seperti gelaja selesema biasa, iaitu demam, nafas
pendek, batuk, sakit keronggkong, hidung tersumbat atau berhingus, kakit otot
dan sendi, lemah dan lelah serta cirit-birit.
Daripada kenyataan diatas jelas
menunjukkan bahawa makanan memainkan peranan yang penting terhadap tubuh badan
kita. Corak pemakanan yang bebas akan
menyebabkan badan kita dijangkiti oleh virus dan bacteria. Fenomena sedemikian
akan menyebabkan pada suatu hari nanti akan munculnya dan berlakunya gabungan
bangsa – bangsa utara Yakjuj dan Makjuj. Mereka akan menjadi ganas akibat
kebuluran dan ini akan menyebabkan mereka berperang dan seterusnya mereka
bersatu bagi meruntuhkan tamadun dunia. Mereka inilah yang telah dimaksudkan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. akan kemunculan suatu bangsa yang digelar Yakjuj dan
Makjuj, iaitu gerombolan gasar dari utara.
Gerombolan gasar daripada keterunan
Scythian Asiatik (Yakjuj) dan Scythian Eropak (Makjuj) akan bersatu bagi
melakukan kerosakkan. Mereka akan muncul menimbusi tembok-tembok semula jadi
dan buatan manusia yang sedia ada. Tembok semula jadi yang dimaksudkan, iaitu
pergunungan Kaukasus, Elbrurz, Zagros, Hindu Kush, Tien Shan dan Himalaya,
manakala tembok buata manusia, iaitu Tembok Darial di Kaukasut Tengah, Tembok
Derband diantara Gunung Kaukasut dan Laut Kaspia, Tembok Gorgan di sempadan
Iran Utara, Tembok Besi Alexander Zulqarnain di Fergana dan Tembok Besar China.
Mereka semua akan mati setelah Nabi
Isa berdoa kepada Allah agar diselamatkan daripada Yakjuj dan Makjuj di Bukut
Tursina, Mesir.
“Nawas bin Sam’an melaporkan
Rasulullah berkata, “Ketika Isa dalam keadaan demikian, Allah mewahyukan kepada
Isa bin Maryam, ‘Sesungguhnya Aku mengeluarkan hamba-hambaKu yang tiada
seorangpun mampu memerangi mereka. Bawalah hamba-hambaKu berlindung di Bukit
Tur. Lalu Allah mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj dan mereka mengalir dari segala
penjuru. Rombongan pertama melalui Tasik Tabariyah dan meminum airnya. Robongan
terakhir menyusul sementara air tasik mongering, mereka berkata, ‘Kalau tidak
silap, disini pernah ada air dahulu.’ Nabi Isa as dan sahabat-sahabatnya
dikepung sehingga kepala lembu bagi
mereka lebih berharga daripada 100 dinar. Nabi Isa as dan pada sahabat berdoa
kepada Allah. Lalu Allah mengirimkan ulat di leher mereka lalu mereka mati
bergelimpangan seperti matinya jiwa yang satu. Kemudian Allah menurunkan Nabi
Isa dan kawan-kawannya ke bumi, maka tidak ada sejengkal tempatpun di bumi
kecuali dipenuhi oleh bau busuk mereka. Lalu Nabi Allah Isa a.s dan pada
sahabatnya berdoa kepada Allah. Kemudian Allah menurunkan hujan lebat yang
membersihkan seluruh rumah, baik yang diperbuat daripada tahan ataupun kulit
binatang. Hujan itu membasahi bumi sehingga ia seperti cermin yang berkilauan.”
(Mukhtashar Sahih Muslim, no. 2048)
Bentuk Yakjuj, ialah pendek daripada
Makjuj, berkulit kuning, berambut hitam, wajah lebar dan bulat, bermata sepet
serta tinggal dibahagian timur Padang Rumput Eurasia. Bentuk Makuj pula, ialah
tinggi daripada Yakjuj, berkulit putih merah, berambut perang muda, wajah
berbentuk bujur serta tinggal di bahagian barat Padang Rumput Eurasia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan