Sabtu, 17 November 2012

FADHILAT MENGHAFAL QURAN


Wahai saudara-saudaraku marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjadi seorang Hafiz. Kerana ia akan memberi manfaat kepada diri kita dan kedua ibu bapa kita didunia dan diakhirat. Walaupun kita ini lemah dalam hafalan, tetapi kita berusaha untuk menghafal sebanyak yang mungkin, yang selebihnya kita serahkan kepada Allah kerana Dia Maha Melihat lagi Maha mengetahui apa yang kita semua lakukan dan apa yang berada didalam hati kita semua. Juateru, timbulkan dan betulkan niat kita dalam usaha untuk menjadi seorang Hafiz Quran.
Hazrat Abu Umamah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : Hafallah al-Quran kerana Allah swt tidak akan mengazab hati yang mengandungi al-Quran. (Riwayat Mulla Ali Qari)
Hazrat Ali ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesiapa membaca al-Quran lalu menghafalkannya (30 juz) dan menghalalkan apa yang halal didalamnya dan mengharamkan apa yang diharamkan didalamnya akan dimasukkan ke dalam syurga Allah swt dan Allah swt akan menerima syafaatnya yang diberi kepada sepuluh orang daripada ahli keluarganya yang kesemua mereka wajib memasuki neraka. (Riwayat Tarmizi)
Hazrat Mu’az Al Johani ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesiapa membaca al-Quran dan beramal segala yang terkandung didalamnya, maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat, dimana sinaran mahkota itu melebihi daripada cahaya matahari, sesungguhpun matahari itu berada didalam rumah-rumah kamu didunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-Quran. (Riwayat Abu Daud)
Hazrat Buraidah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : Seorang yang membaca dan beramal dengan al-Quran akan dipakaikan mahkota yang dibuat daripada NUR dan kedua ibu bapanya akan dipakaikan sepasang pakaian yang lebih berharga dari nilai seluruh dunia. Mereka akan berkata “Wahai Allah untuk balasan apakah kami diberi pakaian ini? ‘Pakaian ini adalah kerana bacaan al-Quran anakmu’ (Riwayat al-Hakim)
Hazrat Anas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesiapa yang mengajar anaknya membaca al-Quran, maka segala dosanya yang lalu dan yang akan datang akan diampungkan dan sesiapa yang menjadikan anaknya Hafiz al-Quran akan dibangkitkan pada hari Kiamat denga  cahaya wajahnya seperti bulan purnama dan akan dikatakan kepada anaknya ‘Mulakan bacaanmu’ Apabila anak itu membaca satu ayat maka satu darjat orang tuanya akan ditinggikan dan demikianlah sehingga keseluruhan ayat al-Quran itu habis dibaca. (Riwayat Tabarani)
Hazrat Jabir ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : al-Quran adalah pemberi syafaat yang syafaatnya akan diterima dan sebagai pembela yang pembelaannya dibenarkan. Sesiapa meletakkan al-Quran dihadapan, al-Quran akan membawanya ke syurga, sesiapa yang meletakkan al-Quran dibelakang maka al-Quran akan mencampakkannya ke dalam neraka. (Riwayat Ibn Hibban)
Hazrat Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : Tiga macam orang yang tidak ada ketakutan pada hari Kiamat yang penuh dengan huru hara dan mereka tidak akan dihisab. Mereka berada diatas timbunan kasturi sehinggalah kesemua manusia telah habis dihisab. Pertama, seseorang yang mempelajari al-Quran semata-mata kerana Allah swt dan kemudian mengimani orang ramai dalam solat sedangkan mereka menyukainya. Kedua, ialah orang yang mengajak orang lain kepada solat semata-mata kerana Allah swt. Ketiga, ialah orang yang berlaku baik antara dirinya dengan tuannya juga antara dirinya dengan orang bawahannya. (Riwayat Tabarani)
Secara kesimpulannya, berdasarkan kepada sebahagian hadis-hadis diatas dapatlah kita lihat bahawa pada penghafal Quran akan memperoleh syafaat daripada al-Quran diakhirat kelak. Bukan penghafal itu sahaja yang beroleh kebaikan, malah kedua ibu bapa penghafal juga akan memperoleh manfaatnya. Manfaat yang saya utarakan ini barulah sedikit, masih banyak lagi manfaat yang diperoleh oleh penghafal al-Quran didunia dan diakhirat. Jika saudara dan saudari ingin mengetahui dengan lebih banyak mengenai kelebihan menjadi seorang Hafiz Quran, bolehlah merujuk kepada Ustaz atau Ustazah yang lebih arif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan