Berdiri di hadapan cermin, lihat diri anda. Adakah anda setampan Shah Rukh Khan? Adakah otot-otot anda segagah Arnold Schwarzenegger?
Dengan ketinggian yang anda ada, mampukah anda memikat model secantik Nasha Aziz? Adakah gaji anda cukup lumayan bagi menakluki hati gadis-gadis jelita untuk dijadikan isteri?
Sambil berdiri di hadapan cermin, tanyakan soalan ini, “Adakah aku memiliki ciri-ciri lelaki yang diidamkan wanita? “Kalau masih belum pasti, di bawah ini adalah 10 lelaki yang paling dikehendaki oleh kaum Hawa iaitu….
- Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.
- Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”
- Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK"
- Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.
- Yang membuat sesuatu, misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.
- Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.
- Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.
- Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.
- Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya bercakap kosong mengenai hal tersebut.
- Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan