Keluarga bahagia dan bertakwa boleh
menyumbang kepada pembinan institusi masyarakat
yang bersatu padu, berwibawa, sejahtera dan bertakwa. Ruang lingkup
sosial individu yang membentuk keluarga, tidak hanya terbatas kepada hubungan
sesama ahli keluarga sahaja, bahkan meliputi hubungan dengan masyarakat di
sekeliling.
Jalinan
persahabatan erat sesama ahli masyarakat, kemesraan jiran tetangga yang saling
hormat menghormati, urusan muamalat yang sihat terpautnya hati anggota
masyarakat untuk memakmurkan masjid, berjihad dan berbuat kebajikan, amalan
ziarah-menziarahi saudara dan taulan adalah sebahagian daripada corak dalam
masyarakat yang diutamakan, selaras dengan tuntutan syariat Islam.
Dalam pemilihan sahabat telah diberikan
banyak panduan dalam syrak, iaitu firman Allah yang bermaksud :
“Dan janganlah engkau menurut orang yang
telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami, lalu ia mengikuti hawa
nafsunya”
(Surah al-Kahfi : 28)
“Dan ikutilah jalan orang yang suka
kembali (bertaubat) kepada-Ku”
(Surah Luqman : 15)
Dalam riwayat para sahabat pula, Nabi saw
telah bersabda yang bermaksud :
“Seseorang itu atas agama
(perjalanan)rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih
sebagai rakan”
Al-Qamah,
seorang ulama masyhur pada zaman dahulu telah memberi panduan kepada anaknya
dalam memilih sahabat, antaranya :
1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan
daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan
daripadamu, dia akan menghargainya.
3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti
dia akan melindungimu.
4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia
akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.
Saidina Ali pernah berkata, “Saudaramu
yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan
senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorbang
apa sahaja untuk kepentinganmu.”
Abu Sulaiman al-Darani r.a. mengingatkan
kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan
:
1. Orang yang mudah engkau berurusan dalam
kehidupan seharian.
2. Orang yang dapat memberikan faedah dan
manfaat dalam segala perkara.
Sememangnya Allah telah menegaskan bahawa
pentingnya menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang yang beriman,
bertakwa dan berakhlak mulia yang dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah
dimuka bumi ini, menyuruh manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan melarang
mereka daripada melakukan kemungkaran. Firman Allah yang bermaksud :
“Berpegang teguhlah
dengan tali (agama) Allah bersama-sama dan janganlah pula berpecah belah”
(Surah Ali
Imran : 103)
Hubungan antara individu dengan individu
dapat dilaksanakan beberapa perkara berikut dapat menjadi ukhuwah yang terjalin
:
1. Mengucapkan salam ketika bertemu
2. Menjenguk mereka ketika sakit/ mati
3. Mendoakan ketika bersin
4. Menolong ketika kesempitan
5. Memenuhi undangan selagi tiada maksiat
6. Memberikan bantuan dalam usaha jihat dan
kebajikan
Jika dilihat salah satu sudut, terdapat
satu rahsia yang boleh mengeratkan perpaduan, ikatan persefahaman dan kasih
mengasihi semasa insan, iaitu dengan menyebarkan salam. Sabda Rasulullah s.a.w.
yang diriwayatkan oleh Abu Daud r.a. yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di
sisi Allah ialah orang yang lebih dahulu memberi salam kepada orang lain”
Secara kesimpulannya, pemilihan sahabat
yang baik dapat membantu kita untuk menjadi baik. Dalam etika bersahabat juga,
kita perlulah menjaga batas –batas pergaulan dan berusaha untuk mengekalkan
hubungan silaturrahim antara sesama insan. Andai kita berkawan dengan seorang
penjual minyak wangi, kita akan turut berbau wangi.
Senyum,
Bagi sesetengah hati,
Mungkin suatu yang biasa,
Tetapi siapa yang tahu akannya,
Pabila diukir,
laksana cahaya yang menerangi malam;
Senyum,
Senyum itu suatu sedekah,
Senyum itu suatu nikmat,
Senyum itu suatu kebahagiaan,
Senyum itu suatu kegembiraan,
Senyum itu suatu penawar,
Yang pasti ada hikmahnya;
Senyumlah wahai rakanku,
Ukirlah ia sepanjang waktu,
Kerana itu tandanya hati,
Yang mungkin tiada ganti.