Jumaat, 8 April 2011

ANTARA MARMARA & ANATOLIA

Di antara Lautan Marmara, Selat Istanbul dan Canakkale
terhampar sebuah sejarah silam citra Anotolia
berdiri megah di batas dua dunia
dahulu di sini gagah Muhammad al-Fatih membangun islam
wanginya menyebar ke seluruh jagatraya
kesan gagahnya kukuh membekas disanjung pejuang unggul
limpahan semangatnya meledak ke seluruh jajahan
itu citra lalu...
biarpun yang tinggal hanya kenangan dan tugunya
Anatolia tetap meriah di puncak dua benua
sesekali angin sejuk menyapa wajah
dalam tasik beku bersama seekor angsa putih
yang kian sepi bersama sirnanya sorakan pejuang
yang gagah itu!
Namun bungkam di Anatolia bukanlah wajah jujurnya
kerana di sudut sepi ini pada suatu ketika
zikrullah pernah berkumandang
tapi kini perlahan mendesah
dalam himpitan kapitalis yang tahu memanfaatkan
sebuah daerah di Anatolia!
Ini juga peringatan buat kita andai sering dibuai leka
cinta hanya leka dibuai untuk dunia
sehingga lupa bahawa yang hakiki itu hanya
akan kembali bersama bekalan takwa
ke kampung abadi...
Sesungguhnya kebahagian abadi ibarat suluh sentiasa menyinar dalam amalnya
membalut mesra kerana saudaranya
lantas pilihlah cinta hanya damba redha-Nya!




siapakah yang akan menyambung perjuangan seorang hamba bernama Muhammad al-Fatih???
mari kita bersama-sam merenungkan sajak di atas...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan