1. Ayat 159, Surah an – Nisak
“Tidak ada
seorang pun daripada Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum
kematianya. Pada hari kiamat nanti, Isa akan menjadi saksi pada mereka.”
Daripada ayat diatas,
dapat kita membuat kesimpulan bahawa :
a. Nabi Isa masih belum mati dan akan mati sebagaimana
manusia yang lain apabila tiba masanya.
b. Semua Ahli Kitab yang masih hidup masa Nabi Isa
diturunkan akan menyembah Allah. Mereka akan masuk Islam ditangan Nabi Isa dan
Nabi Isa akan menjadi saksi buat mereka bahawa meraka sudah bertaubat.
2. Ayat 48, surah Ali’ Imran
“Dan Allah akan mengajarkan kepadanya al – Kitab,
Hikmah, Taurat dan Injil.”
Daripada ayat
diatas dapatlah kita simpulkan bahawa, Nabi Isa akan diajarkan al – Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil. Jika
kita lihat keempat – empat ini merujuk kepada al – Quran. Justeru itu, dapatlah
kita ringkaskan bahawa Nabi Isa akan mempelajari al – Quran. Ayat Quran yang
lain :
“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia. Yang Hidup Kekal lagi terus – menerus mengurus makhluk-Nya. Dia
menurunkan Al – Kitab (al – Quran) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan
kitab yang diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil.” (Surah Ali Imran, ayat 2 –
3)
Semasa Nabi Isa diutus oleh Allah pada abad pertama Masihi, beliau hanya
mempelajari Taurat dan Injil sahaja kerana al – Quran masih belum diturunkan.
Ini dapat dibuktikan dalam surah al – Maaidah, ayat 110)
“(Ingatla), ketika Allah mengatakan, “Wahai Isa anak
Maryam, ingatlah nikmatKu kepadamu dan keapda ibumu pada masa Aku menguatkan
kamu dengan Ruhul Qudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia semasa masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajar kamu
menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) ketika kamu membentuk
daripada tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izinKu, kemudian kamu
meniup padanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan
izin-Ku. Dan (ingatlah), ketika kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam
kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan izin-Ku, dan (ingatlah)
ketika kamu mengeluarkan orang yang mati daripada kubur (menjadi hidup) dengan
izinKu, dan (ingatlah) ketika Aku menghalang Bani Israel (dari keinginan mereka
untuk membunuhmu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan –
keterangan yang nyata, lalu orang kafir antara mereka berkata, “Ini tidak lain
melainkan sihir yang nyata.”
Daripada ayat –
ayat di atas dapatlah kita simpulkan bahawa Nabi Isa sudah belajar Taurat dan
Injil. Pada akhir zaman, Nabi Isa akan muncul dan akan mempelajari al – Quran sebagai
sumber hukum – hakam agama. Abu Hurairah melaporkan Rasulullah berkata :
“Bagaimana keadaan kamu jika anak Maryam turun
ditengah – tengah kamu, sedangkan imammu adalah dariapda kalanganmy sendiri?” (Direkodkan oleh Imam Muslim)
Daripada hadis
diatas dapatlah kita simpulkan bahawa Nabi Isa akan turun dan akan memimpin
kamu dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah.
3. Ayat 46, surah Ali Imran & ayat 110 surah al –
Maaidah
“(Ingatlah), ketika malaikat bekata, “Wahai Maryam,
sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang anak lelaki
yang diciptakan) dengan kalimah (yang datang) daripadaNya, namanya al-Masih Isa
anak Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang
yang didekatkan (kepada Allah). Dan dia berbicara dengan manusia (dari) dalam
buaian dan ketika sudah dewasa dan dia termasuk dalam kalangan orang yang
soleh.” (Surah Ali Imran, ayat 46)
“Kamu (Isa) dapat berbicara dengan manusia ketika
masih di dalam buaian dan sesudah dewasa.” (Surah al-Maaidah, ayat 110)
Daripada kedua – dua ayat tersebut, menceritakan bahawa Nabi Isa sudah
pandai berbicara sejak daripada buaian. “Berbicara ketika dewasa” dapat
ditafsikan bahawa Nabi Isa akan berbicara pada akhir zaman nanti. Justeru
itu, ia menjadi bukti bahawa Nabi Isa
akan turun semula ke dunia untuk menyampaikan dakwah.
4. Ayat 61 – 66, surah az – Zukhruf
61. Dan
sesungguhnya Isa itu benar – benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat.
Oleh itu, janganlah kamu ragu – ragu tentang kiamat itu dan ikutlah Aku. Inilah
jalan yang lurus.
62. Dan janganlah
kamu sekali – kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh
yang nyata bagimu.
63. Dan taktala
Isa datang membawa keterangan, dia berkata : “Sesungguhnya aku datang kepadamu
dengan membawa hikmah dan untuk menjelaskan kepadamu sebahagian dari apa yang
kamu berselisih tentangnya, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah
(kepada)ku”.
64. Sesungguhnya
Allah Dialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah Dia, ini adalah jalan yang
lurus.
65. Maka
berselisihlah golongan - golongan (yang
terdapat) antara mereka; lalu kecelakaan yang besarlah bagi orang – orang yang
zalim, yakni seksaan hari yang pedih (kiamat).
66. Mereka tidak
menunggu kecuali kedatangan Hari Kiamat kepada mereka dengan tiba – tiba,
sedang mereka tidak menyedarinya.
(Surah
az – Zukhruf, ayat 61-66)
Nabi isa akan turun semula ke dunia ini untuk membawa pengetahuan
mengenai hari kiamat. Salah satu daripada tugas beliau, ialah bertemu dengan
ahli Kitab, terutamanya :
-
Golongan yang
menyembahnya
-
Golongan yang
menyembah Maryam (ibunya)
-
Golongan yang
menganggap Nabi Isa sebagai anak Tuhan.
Nabi Isa akan
menegaskan dirinya bukannya Tuhan dan bukan pula anak Tuhan. Hanya Allah sahaja
Tuhan yang berhak disembah.
Nabi Isa dan kaum
Muslimin mengahadapi Yakjuj dan Makjuj
Selepas Nabi Isa
berjaya mengalahkan Dajjal dan para pegikutnya, maka malapetaka lain pula
mengintai dari utara, iaitu suatu gerombolan ganas sedang bergerak ke Timur
Tengah :
Hadis an-Nawas bin Sam’an menyatakan Rasulullah
berkata, “ Ketika Isa adalam keadaan demikian, Allah mewahyukan kepada Isa bin
Maryam, ‘Sesungguhnya Aku mengeluarkan hamba – hamba-Ku, tidak seorangpun yang
mampu memerangi mereka, maka bawa hamba – hamba-Ku berlindung di At-Thur’. Lalu
Allah mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj dan mereka mengalir dari segala penjuru…”
(Mukhtashar Sahih Muslim, no 2048)
Nabi Isa akan
menunaikan Haji di Makkah
“Demi Zat yang
diriku berada ditangan-Nya, sesungguhnya anak Maryam akan mengucapkan tahlil
dengan berjalan kaki bagi melaksanakan haji ataupun umrah ataupun kedua –
duanya secara serentak.” (Direkodkan oleh Ahmad dan Muslim dariapda Abu
Hurairah)
Nabi Isa hidup
selama 40 tahun dan kemudiannya meninggal dunia
Abu Hurairah
melaporkan Rasulullah berkata,
“Antara diriku dan Isa tidak ada nabi, dan
sesungguhnya dia pasti turun. Jika kamu melihatnya, maka kenalilah dia,
sesungguhnya dia berperawakan sedang, berkulit putih kemerah – merahan dia
turun antara dua potong baju bewarna kekuning – kuningan, kepalanya seolah –
olah menitis walaupun tidak basah, dia memerangi manusia atas isalam dia
mematahkan salib dan membunuh babi dan menghapuskan juzyah pada masanya Allah
menghancurkan semua agama kecuali Islam. Dia membunuh al-masih dajjal, kemudian beliau tinggal di bumi
selama 40 tahun, kemudiannya meninggal dunia dan kaum muslimin
menyembayangkannya.”